You are on page 1of 11

SOALAN STPM KERTAS 1/2005

1. (a) Nyatakan prinsip perakaunan yang dipatuhi atau tidak patuhi dalam setiap situasi di
bawah
(i) Inventori dilaporkan pada nilai terendah antara kos dengan pasaran
(ii) Peralatan penyenggaraan yang dibeli direkodkan sebagai belanja
penyenggaraan
(iii) Ringgit Malaysia digunakan dalam melaporkan maklumat kewangan
dalam penyata kewangan
(iv) Pelaburan jangka pendek dalam saham-saham yang dipasarkan di Bursa
Malaysia dilaporkan pada kos sejarah
(v) Maklumat terperinci tentang saham modal dan rizab dilaporkan dalam
nota kepada akaun [5]

(b) Yang berikut ialah penyata kewangan yang belum diaudit bagi Syarikat Kelana
Berhad untuk tahun 2003 dan 2004
Syarikat Kelana Berhad
Kunci Kira-kira pada 31 Disember
2004 2003
RM RM
Aset Tetap
Hartanah 3 150 100 2 646 200
Peralatan dan Mesin (Bersih) 650 200 525 600
Pelaburan dalam anak syarikat 320 000 320 000
Pelaburan lain 61 300 57 300
Muhibah 80 000 80 000
4 261 600 3 629 100
Aset Semasa
Inventori (TAKAP) 250 400 260 100
Penghutang perdagangan (bersih) 760 900 690 500
Penghutang lain dan deposit 325 300 328 200
Tunai dan baki bank 18 500 20 200
1 355 100 1 299 000
Liabiliti Semasa
Pemiutang perdagangan 915 700 550 500
Hutang daripada anak syarikat 1 160 100 851 000
Pinjaman jangka pendek 50 000 50 000
Cukai belum bayar 43 000 89 000
2 168 800 1 540 500
Aset semasa bersih (813 700) (241 500)
Jumlah aset bersih 3 447 900 3 387 600
Dibiayai oleh
Modal saham 600 000 600 000
Rizab 2 297 900 2 012 000
2 897 900 2 612 000
Liabiliti jangka panjang
Pinjaman bank 550 000 775 600
3 447 900 3 387 600

1
SOALAN STPM KERTAS 1/2005

Syarikat Kelana Berhad


Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember
2004 2003
RM RM
Perolehan 1 133 900 2 720 800
Kos barang dijual 510 300 1 360 400
Untung kasar 623 600 1 360 400
Pendapatan operasi yang lain 34 000 12 000
657 600 1 372 400
Perbelanjaan
Pengangkutan 97 700 122 000
Pentadbiran 189 400 26 600
Belanja faeadah 76 800 50 000
Belanja lain 123 200 112 900
Untung sebelum cukai 170 500 1 060 900
Cukai pendapatan 67 625 207 725
Untung bersih 102 875 853 175

Maklumat tambahan:
(1) 90 % daripada jumlah jualan syarikat adalah secara kredit
(2) Jumlah inventori dan penghutang dagangan (bersih) pada akhir tahun 2002
masing-masing ialah RM310 000 dan RM500 000
(3) Jumlah aset dan ekuiti pemilik pada akhir tahun 2002 masing-masing ialah
RM4 528 900 dan RM2 500 000

Dikehendaki:
(i) Hitung pulangan atas aset, pulangan atas ekuiti, nisbah semasa, nisbah cepat,
pusing ganti inventori dan pusing ganti penghutang bagi tahun 2004 dan 2003.
Berikan ulasan bagi setiap perubahan
(ii) Berdasarkan penyata kewangan yang disediakan, nyatakan tiga prinsip
perakaunan yang diamalkan oleh syarikat ini dengan memberikannya contoh
(iii) Jika pengurus Syarikat Kelana Berhad ingin membeli barang niaga tambahan
secara kredit dengan amaun RM365 000 daripada syarikat anda, adakah anda
bersetuju? Jelaskan

(iv) Berikat tiga maklumat kewangan tambahan yang boleh membantu anda
menganalisis penyata kewangan dengan lebih tepat
[20]

2
SOALAN STPM KERTAS 1/2005

2. Yang berikut ialah penyata kewangan yang belum dilaraskan bagi Syarikat Fajar Sdn
Bhd pada 31 Disember 2004
Syarikat Fajar Sdn Bhd
Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2004
RM
Aset
Tunai 14 200
Inventori 56 300
Penghutang perdagangan 12 000
Mesin 92 000
Perabot 47 400
Kenderaan 52 300
274 200
Liabiliti
Pemiutang perdagangan 77 900
Pendahuluan daripada Lembaga Pengarah 20 700
Sewa belum bayar 5 000
Cukai belum bayar 1 000
Pinjaman bank ( 1 Januari 2004) 30 000
134 600
Ekuiti Pemilik
Modal berbayar (par RM1.00) 100 000
Rizab 39 600
139 600
274 200

Syarikat Fajar Sdn Bhd


Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2004
RM
Jualan 321 800
Kos barang dijual 193 080
Untung kasar 128 720
Perbelanjaan
Sewa, operasi dan perkhidmatan 62 000
Gaji 32 000
Susut nilai 13 500
Belanja lain 4 000
Untung sebelum cukai 17 220

Anda telah menemui maklumat baru yang berikut yang belum diambil kira dalam
menyediakan penyata kewangan di atas
(i) Belanja operasi tahun semasa termasuk kos pembelian mesin pengisar yang
telah dibeli pada 1 September 2004. Kos mesin pengisar ini ialah RM15 000
dan dijangka digunakan untuk tempoh 4 tahun dengan nilai sisa 10% daripada

3
SOALAN STPM KERTAS 1/2005

kos asal. Syarikat menggunakan kaedah susut nilai garis lurus untuk
mengakaunkan belanja susut nilai
(ii) Peruntukan hutang ragu sebanyak 1.5% daripada jualan kredit ditetapkan
untuk tahun semasa
(iii) Gaji pekerja bagi bulan Disember 2004 sebanyak RM7 000 belum dibayar dan
oleh itu belum direkodkan
(iv) Pinjaman bank mempunyai kadar faedah 6% setahun dan faedah ini akan
dibayar pada setiap 1 Januari tahun berikutnya. Belanja faedah untuk tahun
semasa belum direkodkan
(v) Sewa kedai untuk sepanjang tahun pada amaun RM6 800 telah direkodkan
sebagai RM8 600
(vi) Jualan kredit ialah 85% daripada jumlah jualan

Dikehendaki:
(a) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan pelarasan bagi setiap maklumat
tambahan yang dinyatakan di atas [11]
(b) Hitung pendapatan terlaras sebelum cukai bagi Syarikat Fajar Sdn. Bhd untuk
tahun 2004 [3]
(c) Nyatakan empat prinsip perakaunan yang berkaitan dengan pelarasan yang dibuat
dalam (a) [2]
(d) Sediakan Kunci Kira-kira Syarikat Fajar Sdn Bhd selepas mengambil kira
pelarasan yang dilakukan [9]

4
SOALAN STPM KERTAS 1/2005

3. (a) Berikan dua sebab mengapa rakan kongsi sering memperuntukkan perkara di
bawah dalam perjanjian perkongsian mereka.
(i) Gaji kepada rakan-rakan kongsi
(ii) Faedah dikenakan atas ambilan

(b) GAB Enterprise ialah sebuah perniagaan perkongsian yang terdiri daripada tiga orang
rakan kongsi iaitu Ghani, Ai Ling dan Bala. Perjanjian perkongsian menetapkan bahawa
pembahagian untung dan rugi mengikut nisbah modal tetap mereka. Modal tetap Ghani,
Ai Ling dan Bala masing-masing ialah RM40 000, RM40 000 dan RM20 000. Tiada
faedah yang diberikan atas modal tetapi faedah sebanyak 6% setahun dikenakan atas
ambilan. Pada 1 Januari 2004, akaun semasa mereka yang berbaki kredit adalah seperti
berikut: RM
Ghani 1 120
Ai Ling 950
Bala 1 220
Sepanjang tahun 2004 urus niaga berikut telah berlaku:

(1) Pada 30 Jun, Ghani bersara daripada perkongsian. Pada tarikh yang sama Ghulam
telah diterima sebagai rakan kongsi baru. Walau bagaimanapun, nama perniagaan
perkongsian dikekalkan

(2) Ghulam dikehendaki membayar wang tunai RM5 000 untuk bahagian muhibahnya.
Catatan penyelarasan hendaklah dibuat dalam akaun modal tetap. Tidak ada akaun
muhibah yang disimpan dalam buku akaun.

(3) Sumbangan modal tetap Ghulam adalah sebanyak RM50 000 yang terdiri daripada
aset tetap sebanyak RM30 000 dan selebihnya dalam bentu tunai

(4) Ghani telah diberi cek sebanyak RM40 000 dan baki yang terhutang kepada beliau
dijadikan pinjaman kepada perkongsian.

(5) Penilaian semula aset tetap pada tarikh persaraan Ghani menunjukkan lebihan
sebanyak RM24 000. Selepas proses penilaian semula, semua akaun semasa rakan kongsi
lama ditutup dan dipindahkan ke akaun modal

(6) Untung bersih sebelum dikenakan faedah atas ambilan bagi tahun 2004 berjumlah
RM36 800 dan dianggap sama rata di sepanjang tahun.

(7) Ambilan oleh rakan kongsi sepanjang tahun 2004 adalah seperti yang berikut:
1/4/2004 30/9/2004
Ghani RM5 200 Tiada
Ai Ling RM4 800 RM5 120
Bala RM4 000 RM4 800
Ghulam Tiada RM4 160

5
SOALAN STPM KERTAS 1/2005

(8) Modal tetap setiap rakan kongsi disamakan dengan modal tetap Ghulam. Sebarang
lebihan modal dipindahkan ke akaun semasa dan sebarang kekurangan hendaklah
dicukupkan dengan pembayaran wang tunai. Semua rakan kongsi bersetuju untuk
membahagikan sama banyak untung dan rugi. Tiada faedah yang diberikan atas modal
tetapi faedah sebanyak 5% setahun dikenakan atas ambilan

(9) Perjanjian perkongsian memperuntukan bahawa Ghulam dijamin mendapat


keuntungan minimum sebanyak RM8 000 setiap tahun. Jika berlaku kekurangan ini akan
ditanggung oleh rakan kongsi yang lain mengikut nisbah untung rugi masing-masing

Dikehendaki:
(i) Sediakan Penyata Pengasingan Untung dan Rugi bagi tahun berakhir 31
Disember 2004
(ii) Sediakan akaun modal dan akaun semasa bagi semua rakan kongsi
termasuk yang telah bersara dalam berlajur hingga 31 Disember 2004
[21]

6
SOALAN STPM KERTAS 1/2005

4. Petikan penyata kewangan Syarikat Tecem Sdn. Bhd pada 31 Disember 2004 adalah
seperti yang berikut.
Syarikat Tecem Sdn. Bhd
Kunci Kira-kira pada 31 Disember
2004 2003
RM RM
Ekuiti Pemilik
Saham biasa 150 000 125 000
Premium saham 2 900 900
Untung tertahan 60 000 56 600
Rizab am 13 500 9 000
Rizab penilaian semula tanah 20 000 -
Dbentur 40 000 75 000
286 400 266 500
Liabiliti Semasa
Overdraf 850 -
Akaun Belum Bayar 18 625 20 750
Cukai 3 000 2 500
Dividen dicadangkan 3 500 3 250
312 375 293 000
Aset Tetap
Tanaj dan Bangunan (bersih) 195 000 150 000
Kenderaan (bersih) 40 500 44 000
Perabot (bersih) 16 150 17 000
251 650 211 000
Aset Semasa
Bank - 20 000
Akaun belum terima 17 700 19 750
Inventori 42 550 41 600
Bayaran terdahulu 475 650
312 375 293 000

7
SOALAN STPM KERTAS 1/2005

Syarikat Tecem Sdn. Bhd


Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2004

RM RM
Untung operasi 14 525
Selepas ditolak:
Susutnilai kenderaan 4 400
Susutnilai perabot 3 400
Ganjaran pengarah 3 000
Bayaran audit 2 250
Cukai 2 600
Untung selepas cukai 11 925
Untung tertahan pada 31 Disember 2003 56 600
68 525
Pindahan ke rizab am 4 500
Dividen dicadangkan 4 025 8 525
Untung tertahan pada 31 Disember 2004 60 000

Sepanjang tahun 2004, sebuah perabot kosnya RM1 000 telah dijual pada harga yang
sama dengan nilai bukunya sebanyak RM400. Sebuah kenderaan turut dijual dengan
kerugian sebanyak RM1 750. Kos kenderaan itu ialah RM10 000 manakala nilai bukunya
ialah RM6 000

Dikehendaki:
(a) Sediakan penyata aliran tunai bagi tahun berakhir 31 Disember 2004 [16]
(b) Sediakan lejar bagi tanah dan bangunan, kenderaan, debentur dan divideng
dicadangkan [6]
(c) Jelaskan mengapa baki wang di bank sekarang [3]

8
SOALAN STPM KERTAS 1/2005

5. Syarikat Norazam Sdn. Bhd memulakan operasi perniagaan perkhidmatan


pengangkutan menggunakan van dan lori pada awal tahun 2000.Mengikut polisi syarikat,
setiap van atau lori yang dibeli akan digunakan untuk tempoh maksimum 5 tahun dan
akan ditukar beli dengan van atau lori yang lain. Caj susut nilai yang dikenakan ialah
15% setahun atas kos. Nilai buku pada akhir sesuatu tempoh dianggap sebagai harga
jualan atau harga tukar beli yang dipersetujui.

Pada 1 Januari 2004, syarikat memiliki 10 unit lori dan 11 unit van. Maklumat tentang
lori dan van adalah seperti berikut:
Kenderaan Kos/unit Tarikh belian
4 unit lori RM30 000 1 Januari 2001
6 unit lori RM25 000 1 Ogos 2002
3 unit van RM35 000 1 Januari 2000
8 unit van RM25 000 30 Jun 2003

Maklumat urusniaga bagi Syarikat Norazam Sdn Bhd yang berlaku dalam tahun 2004
adalah seperti yang berikut:

(1) Pada 1 Januari 2004, syarikat telah membelanjakan RM30 000 untuk
membesarkan pejabat yang sedia ada. Bangunan pejabat lama syarikat telah
dibina pada awal tahun 2000 dengan kos RM50 000. Bangunan itu telah dicat
baru dengan kos RM3 000. Polisi syarikat tentang susut nilai bangunan ialah 10%
kos selama 10 tahun
(2) Pada 30 Jun 2004, syarikat telah membelanjakan sebanyak RM8 000 untuk servis
pembaikan van dan RM10 000 untuk servis dan pembaikan lori
(3) Pada 1 September 2004, syarikat telah menukar beli sebuah van yang telah dibeli
pada 1 Januari 2000. Kos van baru yang diperoleh ialah RM43 000. Perniagaan
membiayai lebihan kos ini dengan membuat pinjaman di bank pada kadar faedah
6% setahun mengikut kadar tetap selama 5 tahun. Bayaran ansuran bulanan yang
dibayar kepada bank ialah RM362.92 dan mula dibayar pada 30 September 2004
(4) Pada 1 Oktober 2004, syarikat telah menjual sebuah lori yang dibeli pada 1
Januari dengan harga RM12 500

Dikehendaki:
(a) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan semua urusniaga yang berkaitan
dengan aset tetap syarikat yang berlaku dalam tahun 2004
(b) Hitung nilai buku bagi bangunan dan van pada 31 Disember 2004
(c) Bezakan antara kos yang dipermodalkan dengan kos yang dibelanjawankan

9
SOALAN STPM KERTAS 1/2005

6. Pasar Mini Juita menjalankan perniagaan barangan runcit. Semenjak perniagaan mula
beroperasi tiada rekod perakaunan lengkap yang disimpan. Baki yang berikut diperoleh
daripada rekod yang disimpan.
31/12/2003 31/12/2004
RM RM
Tanah dan Bangunan (kos) 20 000 20 000
Kenderaan (kos RM6 000) 4 500 3 000
Inventori 7 000 8 000
Akaun belum terima 1 000 2 000
Belanja kenderaan bayar dahulu 400 600
Insurans bayar dahulu 100 200
Bank 1 100 1 900
Tunai 200 900
Pinjaman 2 0000 -
Akaun belum bayar 3 000 3 600
Belanja elektrik belum bayar 400 800
Belanja kenderaan belum bayar 400 200

Ringkasan buku tunai bagi tahun 2004 adalah seperti yang berikut.
Buku Tunai
Penerimaan RM Pembayaran RM
Jualan tunai 160 800 Belian tunai 34 000
Gaji 6 000
Belanja runcit 200
Ambilan 14 000
Belanja telefon 200

Akaun Bank
Penerimaan RM Pembayaran RM
Tunai dibankkan 105 700 Cek kepada pemiutang 94 400
Bayaran balik pinjaman 20 200
Elektrik 800
Belanja kenderaan 2 000
Insurans 300
Sewa 600
Telefon 600
Ambilan 3 500
Susut nilai kenderaan ialah 25% daripada kos

Dikehendaki:
(a) Sediakan
(i) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2004
(ii) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2004 [21]

(b) Nyatakan dua perbezaan antara rizab hasil dengan rizab modal [4]

10
SOALAN STPM KERTAS 1/2005

11

You might also like