You are on page 1of 21

1.

PENDAHULUAN Wacana atau juga disebut sebagai discource dalam Bahasa Inggeris merupakan kesatuan

bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan dan juga dalam penulisan. Dalam sesuatu wacana, ianya perlu memperlihatkan kesinambungan fikiran, iaitu pertautan dan perkaitan semantik yang meliputi aspek kohensi dan juga koheran sama ada dari aspek komunikasi dan konteks. Selain itu, wacana yang dikatakan berada dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas tingkat ayat dalam tatabahasa boleh terdiri daripada sesuatu ayat yang dikaitkan dengan konteks dan fungsi penggunaannya. Ahli bahasa berpendapat bahawa huraian bahasa yang berasaskan aliran struktural atau rumus dan transformasi generatif adalah tidak lengkap kerana huraian mereka berakhir pada tahap ayat sahaja sedangkan penggunaan bahasa yang sebenarnya sering melebihi batas ayat. Oleh itu, ahli bahasa berpendapat bahawa huraian bahasa sewajarnya dilanjutkan sehingga ke tahap wacana dan bukannya sehingga ke tahap ayat sahaja. Sehubungan itu, kemampuan menghasilkan wacana merupakan kayu ukuran untuk menilai tahap kecekapan berbahasa bagi seseorang individu. Pelbagai definisi dan pendapat yang diberikan oleh ahli-ahli bahasa berkaitan dengan wacana, namun secara umumnya dan ramai ahli bahasa seperti Lakoff (1970: 151-271), Asmah Haji Omar, Harimurti Kridalaksana dan ahli bahasa yang lain mengatakan bahawa wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat.

2.

KONSEP WACANA Menurut Asmah Hj Omar (1986), wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh

penutur atau penulis, iaitu pelahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang kea rah menjadikan sesuatu pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi. Harimurti Kridalaksana (1992) pula mentakrifkan wacana sebagai kesatuan bahasa yang lengkap dan dalam hierarki tatabahasa, wacana merupakan kesatuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, siri ensiklopedia, perenggan, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.Wacana merupakan unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat bahasa yang tertinggi, iaitu selepas tingkat ayat.

Wacana

Ayat Klausa

Frasa Kata Morfem

Fonem

Wacana dikatakan melebihi batas ayat kerana dalam kajian wacana, aspek yang diteliti tidak terbatas pada tahap ayat sahaja, tetapi turut merangkumi aspek-aspek yang lebih luas daripada ayat. Selain itu, wacana juga dikatakan melebihi batas ayat kerana wacana mungkin terdiri daripada dua ayat, sejumlah ayat, satu perenggan, sebuah karangan, satu bab, sebuah buku, ataupun satu siri buku. Seperti Kamus Dewan, Kamus Linguistik juga memberikan definisi yang hampir sama berkaitan dengan wacana. Menurut Kamus Linguistik, wacana merupakan unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kaliamt, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan yang dijadikan bahan analisis linguistik. Menurut Kamus Dewan pula, wacana merupakan keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan dan juga percakapan. Definisi lain bagi wacana yang dikemnukan dalam Kamus Dewan ialah kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan seperti pidato, khutbah atau tulisan seperti artikel, rencana, surat, novel dan cerpen. Kesimpulannya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. Ringkasnya, wacana ialah satu unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat.

3.

JENIS-JENIS WACANA

i) Wacana Lisan-

wacana ini disampaikan secara lisan melalui media lisan. Si penerima wacana perlu menyemak atau mendengar dan ianya boleh diulang dengar atau ditonton. Contoh bagi wacana ini ialah wacana yang disiarkan di radio dan ceramah.

ii) Wacana tulisan-

wacana ini disampaikan dalam bentuk bertulis melalui media tulisan. Wacana ini perlu dibaca bagi mendapatkan maklumat dan memahami wacana tersebut.

iii) Wacana langsung-

wacana ini mempunyai tanda baca dan juga intonasi.

iv) Wacana prosa-

wacana prosa wujud dalam bentuk prosa. Wacana ini boleh berbentuk lisan atau tulisan. Selain itu, wacana prosa boleh juga berbentuk wacana langsung atau tak langsung.

v)

Wacana puisi-

wacana puisi boleh berbentuk lisan atau tulisan. Wacana ini selalunya wujud dalam bentuk puisi.

vi) Wacana drama-

wacana ini berbentuk drama atau dialog dan sama seperti wacana puisi dan prosa, wacana drama juga boleh wujud dalam bentuk lisan atau tulisan.

vii) Wacana pembentangan- wacana ini tidak mementingkan waktu dan penuturnya. Wacana ini berorentasikan kepada pokok pembicaraan. viii) Wacana tak langsungwacana tak langsung merupakan pengungkapan kembali sesuatu wacana. Wacana jenis ini menggunakan klausa, perkataan bahawa dan sebagainya.

4.

CIRI-CIRI WACANA Wacana mempunyai beberapa ciri-ciri, iaitu;

Tidak boleh mengandungi maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.

Perlu mempunyai susun- atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu keutamaan dan sebagainya. Ayat-ayat itu perulah mempunyai urutan yang berkait rapat.

Setiap ayat perlu mempunyai maklumat baru yang ada dalam ayat sebelumnya. Ayat-ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana.

Perlu mempunyai andaian dan inferens. Maklumat pertama merupakan andaian (judul) manakala maklumat berikutnya merupakan inferens (ulasan).

Perlu mempunyai tujuan bagi menentukan jenis ayat dan perbuatan.

Mempunyai kaitan antara orang yang berkomunikasi (penutur dengan pendengar / penulis dengan pembaca)

Mempunyai gaya wacana sama ada formal atau tidak formal.

5.

KEUTUHAN WACANA Keutuhan wacana dalam sesuatu wacana sangat ditekankan kerana perkara inilah yang

menentukan sama ada satu kesatuan itu boleh dianggap sebagai sebuah wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Keutuhan sesuatu wacana dapat dilihat daripada wujudnya hubungan-hubunga dari aspek semantik, leksikal, gramatikal dan fonologis antara bahagian-bahagian dalam wacana itu. 5.1 Hubungan Wacana dari Aspek Semantik Hubungan wacana dari aspek semantik dapat dibahagikan kepada dua iaitu, hubungan semantik antara bahagian-bahagian wacana yang ditandai oleh unsur-unsur gantungan yang berupa preposisi dan lain-lain serta hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana. 5.1.1 Hubungan Semantik antara Bahagian-bahagian Wacana yang Ditandai Oleh Unsur-unsur Gantungan yang Berupa Preposisi dan Lain-lain i) Hubungan sebab dan akibat ii) Hubungan sebab dan hasil iii) Hubungan sebab dan tujuan iv) Hubungan latar dan kesimpulan v) Hubungan syarat dan hasil vi) Hubungan perbandingan vii) Hubungan memperkuat isi viii) Hubungan aditif (tambahan)

ix) Hubungan prafasa x) Hubunhan amplifikatif xi) Hubungan aditif waktu

xii) Hubungan aditif bukan waktu xiii) Hubungan identifikasi

xiv) Hubungan generik 5.1.2 Hubungan Semantik yang Dilihat dari Segi Konteks atau Latar Wacana i) Kesatuan tajuk atau topik ii) Hubungan sosial antara penutur dan pendengar iii) Laras bahasa yang digunakan 5.2 Hubungan Wacana dari Aspek Leksikal Hubungan antara bahagian-bahagian wacana dapat dilihat daripada pertalian unsur-unsur leksikal yang ada didalamnya. Hubungan acana dari aspek leksikal bleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu: i) Sinonim ii) Antonim iii) Hiponim iv) Kolokasi v) Unsur bersambut vi) Pengulangan vii) Pembuka dan penutup wacana 5.3 Hubungan Wacana dari Aspek Gramatikal Hubungan dari aspek gramatikal ialah hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa. Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah penanda rujukan, penanda penggantian, ellipsis, dan penanda penghubung.

5.3.1 Penanda Rujukan i) Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tunjuk. ii) Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan dengan bahagian dalam wacana. 5.3.2 Penanda Penggantian i) Penanda penggantian merujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain. ii) Penanda penggantian terdiri daripada beberapa jenis, iaitu; Nominalpenggantian yang dilakukan terhadap kata nama

atau frasa nama. Verbalpenggantian verbal melibatkan penggantian

terhadap kata atau frasa kerja. Klausapenggantian klausa melibatkan penggantian

sebahagian daripada ayat. 5.3.3 Elipsis i) Elipsis melibatkan pengguguran kata, frasa, atau klausa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. ii) Pengguguran ini dilakukan kerana pembaca atau pendengar sudah mengetahui maklumat tersebut berdasarkan konteks wacana. iii) Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong, iaitu sesuatu yang ada tetapi tidak diucapkan atau dituliskan. 5.3.4 Penanda Penghubung

i)

Penanda penghubung berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa, dan ayat dengan ayat.

ii)

Penanda penghubung terdiri daripada penghubung tambahan, penghubung tentangan, musabab dan penghubung tempoh. Penghubung tambahanpenghubung yang

memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contohnya, tambahan pula, di samping itu, malahan dan sebagainya. Penghubung tentanganpenghubung yang

menunjukkan pertentangan maklumat antara satu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat

sebelumnya. Contohnya, tetapi, sebaliknya, namun, walau bagaimanapun. Penghubung musababpenghubung musabab menunjukkan sebab

berlakunya sesuatu. Contohnya, kerana, oleh sebab, oleh itu. Penghubung tempohpenghubung tempoh menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Contohnya, pertama, kedua, kemudian, selanjutnya.

5.4

Hubungan Wacana dari Aspek Fonologis Hubungan ini dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan suara, intonasi, tinggi rendah tekanan dan nada suara. Unsur-unsur inu juga boleh menimbulkan hubungan semantik antara bahagian-bahagian wacana. Contohnya, perkataan duduk jika disebut

dengan lembut bermaksud mempersilakan tetapi jika disebut dengan intonasi tinggi bermakna marah atau perintah yang tidak boleh dilawan.

5.5

Koheran dan Kohensi Selain itu, dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh ialah koeran dan

kohensi. Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain. Keserasian hubungan dapat dilihat dari segi hubungan antara perkataan, frasa, klausa, atau ayat yang terdapat dalam teks. Tautan akan menghasilkan wacana yg utuh. Contohnya, Mira dan kakaknya ke Seremban. Mereka ke sana dengan menaiki bas. Perkataan mereka merujuk kepada Mira dan kakaknya, sementara sana merujuk kepada Seremban. Runtutan atau koheren pula merupakan kesinambungan idea dalam sesebuah wacana. Koheran dalam sesebuah wacana bertujuan untuk menghasilkan wacana yang bermakna. Oleh itu runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.

Penanda wacana Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. [sunting]Contoh Kata penghubung

-tetapi -lalu -jika -serta -agar -supaya -sungguhpun -kerana -walaupun

Penambahan

-dan -sebenarnya -juga -sekali lagi -bertitik tolak -hal ini -tambah lagi -lebih-lebih lagi -selain juga

Perbandingan/ Perbezaan

-tetapi -dalam nada yang berbeza -selain itu -walaupun -sehubungan dengan - sebagaimana -sebaliknya -jika dibandingkan dengan -sama dengan -berbeza dengan -walau bagaimana sekalipun -selari dengan -walau bagaimanapun -setelah dibandingkan dengan -namun demikian

Turutan

-pertamanya -akhirnya -selain itu -keduanya -seterusnya -pertama sekali -selepas itu -lebih awal dari itu -lebih penting lagi

Contoh

-contohnya -biar kita ambil contoh -khususnya -misalnya -mari kita mengambil contoh -terutamanya -umpamanya -apa yang dimaksudkan -seperti

Masa

-akhirnya -pada masa yang sama -sesekali -dewasa ini -pada ketika itu -sebelum ini -selepas itu -pada mulanya -semenjak itu -sementara itu -serentak dengan -ada ketikanya

Kesimpulan

-oleh itu -jadi -kesimpulannya -jika kita tidak -jelaslah -dapatlah disimpulkan bahawa -kesudahannya -sesungguhnya -tanpa (penglibatan/ usaha, dsb.) -pendek kata -walaupun -oleh hal yang demikian -ringkasnya -marilah kita -komitmen semua pihak -sebagai rumusan -demikianlah -dapatkah kita membayangkan.. -kejayaan...bergantung pada -pada keseluruhannya -sebagai menggulung hujah -keengganan... bakal menyaksikan -(peribahasa) -sebelum saya mengakhiri, saya menegaskan sekali lagi...

Penanda wacana umum


-dengan ini -banyak pihak yang berpendapat -amnya -sememangnya -selaras dengan -lazimnya -sejajar dengan sering kali kita -justeru itu

-sementelahan pula -secara khususnya -pada kebiasaannya

[sunting]Pautan luar

Penanda wacana OLEH MAB DI 2 MAC 2011 Penanda wacana yang sesuai digunakan untuk menulis Ringkasan dan Pemahaman, Karangan Respons Terbuka dan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan pada peringkat PMR) penanda -apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan: wacana 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen): Ayat contoh: Kita merindui dunia subur kritikan sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan wacana sastera yang mendalam dan pembacaan karya sastera yang banyak. i) Penanda wacana untuk memulakan karangan 1. Pada era globalisasi ini, 2. Dalam meniti arus kemodenan ini, 3. Dewasa ini-Dewasa ini bermaksud pada masa ini, pada ketika ini, pada waktu ini: Ayat contoh: Adat seperti itu tidak sesuai lagi dengan keadaan dewasa ini. Ada

sesetengah guru berpendapat dewasa ini kurang sesuai untuk memulakan karangan. Saya juga berpendapat demikian dan penggunaan dewasa ini sesuai digunakan seperti dalam ayat contoh tersebut. 4. Pada masa ini, 5. Kini, 6. Dasawarsa ini, -dasawarsa -masa sepuluh tahun, dekad: proses itu sahaja mungkin mengambil masa satu darsawarsa; perayaan ~ perayaan yg diadakan pd tahun kesepuluh tertubuhnya dsb sesuatu, perayaan ulang tahun yg kesepuluh. 7. Sejak sedekad yang lalu, 8. Sejak belakangan ini, (Kebelakangan ini .) 9. Belakangan ini, 10. Sejak akhir-akhir ini, 11. Baru-baru ini, 12. Umum mengetahui bahawa, 13. Sejak zaman-berzaman 14. Sejak dahulu lagi, 15. Pada tahun-tahun belakangan ini, ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan (untuk perenggan kedua dan ke seterusnya) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Antara, Selain itu, Di samping itu, Sementara itu, Dalam pada itu, Lain daripada itu Dalam pada itu, Seterusnya, Begitu juga dengan Ahkir sekali,

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Saya berpendapat demikian kerana Hal ini dikatakan demikian kerana Hal ini berlaku kerana Hal ini terjadi kerana Hal ini disebabkan oleh Hal ini wujud akibat daripada Hal ini bersangkut-paut dengan Hal ini berpunca daripada Hal ini tercetus apabila Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya..

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan 1. 2. 3. 4. Misalnya, Contohnya, Sebagai contoh, Tamsilnya,

tamsil 1. persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh: satu tamsil lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu cerita, ibarat: terkadangkadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yg mengandungi ~ dan ibarat; bertamsil menggunakan tamsil (contoh); 5. 6. 7. 8. 9. Seperti yang kita sedia maklum, Antaranya adalah seperti Satu contoh Satu cara Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh 1. 2. Hal ini mengakibatkan Hal ini menyebabkan

3. 4. 5. 6. 7. 8.

Oleh itu, Maka, Oleh hal yang demikian, Oleh sebab itu, Jelaslah bahawa Justifikasinya,

justifikasi -sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan (diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu: RTM mungkin mempunyai ~ sendiri utk menyiarkan majlis itu secara langsung; berbagai-bagai alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kpd kelemahan tersebut;

menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu. vi)Penanda menutup isi 1. 2. Kesannya, Natijahnya,

natijah -Ar keputusan (daripada sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik natijahnya; natijah daripada perkembangan ekonomi kolonial sepertr itu amat buruk padahnya kepada masyarakat Melayu. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu, Kesudahannya, Dengan berbuat demikian, Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. justeru juga malah malahan tambahan pula sementelahan bahkan juga sekali gus di samping bahkan malar-malar

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup 1. 2. Kesimpulannya, Intihanya,

intiha -Ar akhir, penghabisan, penutup. 3. Secara tuntas,

tuntas 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata); 2. meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, selesai, sempurna: saya sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yang bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas; menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2. menyelesaikan semuanya ketuntasan- perihal atau (keadaan, sifat) segala-galanya; tuntas;

ketidaktuntasan -keadaan yg tidak tuntas.

4. 5.

Tuntasnya,. Konklusinya,

konklusi -keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dll), kesimpulan. 6. 7. 8. 9. 10. Sebagai penutup wacana, Sebagai penghias bicara akhir, Sebelum mengakhiri wacana ini, Secara keseluruhan, Secara total,

total 1. bp jumlah; 2. seluruhnya, semuanya; ~ jeneral Id jumlah semuanya; perang ~ perang habis-habisan (segenap rakyat turut berperang); ditotal bp dijumlahkan, dicampurkan (semuanya). 11. Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Walau bagaimanapun, Namun demikian, Namun begitu, Meskipun, Daripada perspektif yang berbeza, Jika dilihat dari sudut lain, Dengan kata lain, Kontradiksinya, Di sebalik itu, Dalam pada itu, Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat 1. ___bak /seperti kata peribahasa,

bak I -sebagai, seperti: ~ kata orang tua-tua, tak ada gading yg tak retak. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. ___bak kata peribahasa Melayu, ___bak kata pepatah Melayu, ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll ___bak kata mutiara, ___bak peribahasa, ___bak pepatah, ___bak kata cendekiawan,/ pujangga ___persis kata peribahasa,

persis 1.- kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari;

kepersisan perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Masalah Saya yakin Hal Senario ini ___persis ini persis Fenomena ini kalau sama slogan sama dengan pd mutu ___persis ___persis ___persis ___persis kata dengan peribahasa ini dengan _________ Melayu, bahasa kata kata kata Melayu peribahasa orang yg dikuasai. Melayu, tua-tua, mutiara, peribahasa, cendekiawan, peribahasa yakni dikatakan peribahasa diamalkan

Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua

You might also like