You are on page 1of 16

PENGENALAN. Perkembangan sejarah Malaysia memperlihatkan proses pembentukan masyarakat plural yang ada pada hari ini.

Ianya bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Pertemuan dengan pertembungan budaya-budaya besar dunia seperti Arab Pra-Islam, Hinduisme, Buddisme, Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis, Sepanyol, Belanda dan British) telah melahirkan satu ciri fenomena social dalam masyarakat Melayu iaitu kewujudan kepluralitian budaya dan masyarakat Melayu.Ciri pluralisme alam Melayu sebelum kedatangan orang Eropah adalah fleksibel. Walaubagaimanapun, ianya dirombak, diubah suai, dan sebahagiannya terhapus dengan kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah. Kuasa-kuasa besar ini seterusnya memperkenalkan sistem kerajaan mereka yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik. Akibat daripada terlaksananya undang-undang kolonial dan wujudnya masyarakat pluralistik serta diikuti dengan terbentuknya negara bangsa, rangka, dan cara mengupas perkembangan baru turut mengalami perubahan. Apabila penjajah British datang menjajah masyarakat Melayu khususnya di Tanah Melayu, Eropah telah mengalami perubahan Epistemologi iaitu pemisahan antara Negara dan agama. Akibat daripada perselisihan antara para agamawan dan saintis di Eropah, ilmu pengetahuan terpisah kepada agama dan sains moden. Agama tidak lagi menjadi factor penting dalam kehidupan duniawi manusia. Kesannya, agama berada satu pihak yang lain dan kehidupan duniawi berada pada satu pihak yang lain. Dasar ini diteruskan oleh British terhadap masyarakat Melayu.

Definisi Penjajahan. Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain, selalunya melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan menyaksikan wilayah diambil dengan cara ini. Istilah penjajahan dan imperialisme kadang-kadang digunakan bertukar ganti tetapi sarjana selalunya membezakan di antara kedua-duanya; penjajahan bagi satu negara yang

menguasai negara lain melalui kuasa politik, dan imperialisme lebih kepada istilah umum untuk penguasaan politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung. SEJARAH PENJAJAHAN DI MALAYSIA Sejarah Awal. Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial. Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisiran pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penempatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Zaman Penjajahan. Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu. Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan

komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka Era Penjajahan Barat. Pada tahun 1824 telah berlakunya perjanjian Inggeris-Belanda. Kesan daripada perjanjian ini ialah berlakunya pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan Pengaruh Belanda. Perpecahan Empayar Johor berakhir apabila Singapura dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British dan Kepulauan Riau di bawah pengaruh Belanda. Persaingan kuasa di antara Belanda dengan British semakin sengit. Selain itu, satu lagi perjanjian telah ditandatangani antara Siam dan Pihak British pada 1826 iaitu Perjanjian Burney. Perjanjian ini selanjutnya menjamin pemilikan Pulau Pinang bagi British dan memberikan hak kepada British untuk berdagang di Kelantan dan Terengganu tanpa ganguan Siam. Keempat-empat negeri Melayu tidak diwakili dalam rundingan perjanjian ini. Pada tahun 1909, pihak dalam perjanjian tersebut menandatangani satu perjanjian baru yang menggantikan perjanjian 1826. Perjanjian 1909, dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Siam 1909, atau juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, memindahkan keempat-empat negeri Melayu daripada Siam menjadi wilayah British. Disamping itu,pada tahun 1895 empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan telah digabungkan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1946, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi membentuk Malayan Union. Dalam gabungan ini Pihak British bertanggunjawab dalam hal ehwal luar negeri dan keselamatan sementara negerinegeri bertanggungjwab dalam polisi domestik. Walau bagaimanapun, pihak sultan pada realitinya hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam. Pihak negeri

terpaksa mengikut nasihat yang diberikan oleh Residen Jeneral. Ibu kota persekutuan ialah Kuala Lumpur yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Selangor. Residen Jeneral pertamanya ialah Sir Frank Swettenham. Selain daripada Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British telah menubuhkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang terdiri daripada lima buah Negeri-Negeri Melayu iaitu Johor ,Terengganu ,Kelantan ,Kedah ,Perlis.. Johor menandatangani Perjanjian perlindungan pada tahun 1885 dan akhirnya tunduk kepada tekanan untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904. Seterusnya dibawah Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Siam telah memindahkan hak-hak mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada pihak British. Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pegawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai "Penasihat". Kesemua negeri ini kemudiannya menyertai Malayan Union dan sekarang merupakan sebahagian daripada Malaysia. Selain British, Jepun juga pernah menjajah di Tanah Melayu. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru ( pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih sebelum ini). Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu.

KESAN-KESAN TERHADAP MALAYSIA .

Kesan Pluraliti Masyarakat di Malaysia. Masyarakat Plural bermaksud masyarakat yang mengandungi dua atau lebih unsur atau peringkat sosial, terdapat saingan tetapi tidak bercampur. Unsur-unsur ini hidup dalam satu unit politik. Dalam konteks masyarakat di Alam Melayu, masyarakat plural merujuk kepada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina, dan India walaupun terdapat pelbagai lagi kaum di Malaysia. Masyarakat plural juga boleh di definasikan sebagai masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah Negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri. Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk. Kehadiran pelbagai

kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British.Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun. Pembentukan masyarakat plural atau majmuk melibatkan tiga perkara utama iaitu, yang pertama ialah masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan dan hidup secara bersama dengan norma dan aturan tersendiri, boleh bergabung dengan masyarakat lain di sekitarnya, secara tidak langsung berlaku penyesuaian dalam tuntutan budaya asal. Kedua ialah, pembentukan budaya melalui proses bertindak, berkelakuan dan berfikir yang diwarisi secara turun temurun. Ketiga ialah identiti yang dikekalkan dan dijadikan indikator asal atau tempat di mana pengenalan diri berpunca. Sejarah pembentukan masyarakat majmuk ini bermula selepas campur Tangan British secara langsung dalam hal-ehwal politik negeri-negeri Melayu pada pertengahan kedua abad ke-19. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri pelbagai kaum iaitu kaum utama Melayu, Cina dan India. Selain itu, terdapat juga kaum minoriti spt Serani, Punjabi dan Orang Asli. Orang Melayu merupakan kaum terbesar dan penduduk asal tanah melayu (Bumiputera). Di Sabah, Kadazan, Bajau, Murut, Rungus dan Sarawak, Iban, Dayak, Bidayuh, Melanau dan Penan. Kedatangan Imigran Cina. Pembentukan masyarakat majmuk juga bermula selepas British membawa masuk imigran asing, antaranya kaum cina, dan india. Penghijrahan beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku sekitar kurun ke-19 hingga kurun ke-20. Kemuncak kedatangan imigran Cina berlaku pada tahun 1891 di mana hampir separuh penduduk Perak, Selangor dan Sg. Ujong terdiri dari orang Cina. Antara 1895 1927 kira-kira 6 juta orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Orang Cina bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah yang awal di Lukut dan Sg. Ujong. Selain itu, mereka terlibat dengan perladangan gambir dan lada hitam di Johor melalui Sistem Kangchu, dan sistem tiket kredit.Melalui

sistem tiket kredit orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai singkheh dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka. Bilangan penduduk cina pada waktu tersebut yang terbesar ialah Hokkien. Pada tahun 1921, 32.4% (380656) daripada jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu (1174777) terdiri daripada orang Hokkien. Kumpulan yang kedua besar ialah Kantonis yang membentuk 28.3% (332307), diikuti oleh Hakka (18.6%), Teochew (11.1%), Hailam (5.9%) dan lain-lain (3.7%). Kemasukan orang Cina bertambah dengan pesat pada abad ke-20. Pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum terbesar di Tanah Melayu, mereka membentuk kira-kira 43% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu berbanding dengan orang Melayu yang merupakan 41% pada tahun tersebut. Menjelang tahun 1921, kira-kira 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Namun selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1957, 74.7% daripada bilangan orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Mereka membentuk 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Kedatangan Imigran India. Kaum India merupakan kaum kedua terbesar yang berhijrah ke Tanah Melayu. Kebanyakan berasal dari India Selatan (Negapatam dan Madras).Hubungan terawal bermula sejak abad pertama masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama Hindu di Nusantara, contohnya di Lembah bujang, Kedah. Selepas perjanjian InggerisBelanda 1824, kerajaan British telah membawa masuk buruh tawanan India. Buruh tawanan dibawa ke Tanah Melayu untuk membina bangunan, jalan keretapi, jalanraya dan sebagainya. Peringkat kedua, orang India dibawa masuk untuk mengusahakan ladang-ladang milik British seperti ladang tebu di Seberang Perai dan utara Perak , kopi di Selangor serta ladang teh dan getah apabila Inggeris kuasai NNM sekitar tahun 1880an. Sistem popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India melalui Sistem Kangani dan Sistem Kontrak untuk bekerja di ladang-ladang getah, kopi dan tebu. Jumlah orang India di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1911 ialah 172465 orang dan di seluruh Tanah Melayu ialah 267159 orang. Pada tahun 1921, jumlah ini meningkat

kepada 305219 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan 470099 di Tanah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 621847. Pada tahun 1921, 12% daripada penduduk India dilahirkan di Tanah Melayu dan pada tahun 1957, 62.1% yang lahir di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 juga, bilangan orang India di Tanah Melayu ialah 695985 orang 11% daripada penduduk Tanah Melayu. Kesan Terhadap Politik. Dari segi politik kita dapat melihat bahawa kedatangan eropah banyak membawa kepada perubahan dari segi politik atau pentadbiran dan juga perundangan pada masa itu,yang secar tidak lansung turut memberi kesan terhadap pembentukan masyarakat pluraliti di Malaysia. Penjajahan British di tanah melayu telah membawa bersama dasardasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan. Prinsip, sistem, struktur dan dasar yang diamalkan dalam pemerintahan mereka adalah jauh berbeza dengan sistem dan dasar pemerintahan yang telah sedia ada dan diguna pakai di tanah melayu. Ini dapat dilihat dengan jelasnya melalui perubahan epistemologikal yang besar iaitu dari segi perpisahan diantara agama dan negara. Kesannya di alam melayu ialah pemerintahan negara telah dikawal secara langsung oleh penjajah, manakala segala perkara berhubung dengan agama dan adat istiadat telah diberi kuasa dan di bawah pengawasan sultan melayu sendiri. Kesan penjajahan eropah juga telah membawa perubahan terhadap politik negara dimana telah wujudnya sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa diantara tiga unsur penting iaitu; legislatif, eksekutif dan juga badan kehakiman diperkenalkan. Ini dapat dilihat dengan jelas sekali perubahan yang telah dibawa berdasarkan perbezaannya dengan pentadbiran alam melayu yang telah sedia ada iaitu, sebelum penjajahan eropah, sistem pentadbiran adalah dibawah kuasa mutlak raja-raja dimana tiada pengagihan bidang kuasa. Seperti yang dapat kita lihat, perubahan didalam pentadbiran ini, iaitu pengagihan kepada tiga bidang kuasa iaitu eksekutif, legislatif dan juga kehakiman telah diteruskan didalam operandi dan pentadbiran negara sehingga ke hari ini, dimana setiap unsur penting tersebut mempunyai bidang kuasa mereka yang tesendiri. Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi, Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan undangundang buruh.

Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini, Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi merancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya. Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.

Kesan Terhadap Ekonomi. Kesan penjajahan Eropah dari aspek ekonomi, dapat dilihat melalui kewujudan sistem ekonomi dualisme. Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuan ekonomi yang berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik. Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh penjajah ialah perlombongan dan perladangan getah. Penjajah Eropah telah mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan dimana Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian, manakala Cina sebagai pelombong dan peniaga, dan orang India sebagai pekerja estet dan ladang. Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang berasaskan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi ini berasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini banyak melibatkan kumpulan etnik Cina dan India. Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Teknik pengeluaran, pemasaran, dan tenaga kerja didominasi oleh etnik melayu dengan berteraskan budaya Melayu luar bandar atau budaya Melayu tradisional. Secara tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. Etnik Melayu tertumpu di sektor pertanian tradisional iaitu pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi, dan nelayan kecil-kecilan. Dalam sektor ekonomi moden pula, ianya didominasi oleh kumpulan etnik Cina di mana mereka menceburi aktiviti perlombongan, perkilangan, dan perkhidmatan. Ketidakseimbangan antara etnik jelas dilihat dalam sektor ketiga di mana separuh daripada sektor ini didominasi oleh etnik cina manakala etnik Melayu dan India hanya sedikit sahaja. Sektor ini menjadikan jurang etnik menjadi lebih luas lagi.

10

Kesan Terhadap Sosial. Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum penjajahan Eropah terbentuk melalui proses semulajadi. Mereka datang bersama-sama keluarga secara sukarela untuk menjalani kehidupan serta mencari kekayaan. Kehidupan di Tanah Melayu yang berlandaskan kebebasan dan tanpa paksaan telah mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan. Terdapat unsur-unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman itu. Mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan secara sukarela. Ini dapat dilihat melalui perkahwinan antara orang Cina dan masyarakat tempatan yang melahirkan masyarakat Cina Baba. Walaupun perkahwinan campur telah berlaku antara mereka tetapi mereka masih lagi mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu. Selain itu, budaya dan adat resam yang dibawa olah mereka juga turut diterima oleh penduduk tempatan dengan hati yang terbuka. Pembentukan masyarakat pluralistik selepas kedatangan Eropah adalah berbeza dengan zaman sebelumnya. Ini dapat dilihat daripada imigrasi penduduk Cina dan India ke Tanah Melayu yang digalakkan oleh British untuk kepentingan ekonomi mereka. Oleh kerana tujuan kedatangan mereka adalah untuk memenuhi keperuan ekonoi British, maka interaksi antara kaum tidak berlaku. Mereka hanya menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masingmasing. Namun begitu, kehidupan yang harmoni tetap wujud di mana mereka tetap menjalani hidup berasaskan sistem sosial masing-masing tanpa mengganggu antara satu sama lain. Kehidupan yang harmoni ini telah berterusan sehingga ke hari ini Penekanan aspek ini juga menjuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan

11

serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah. Kesan Terhadap Agama. Penjajahan Barat telah membawa berbagai kesan terhadap umat Islam. Terutamanya berkenaan kehilangan kuasa politik dan pemerintahan daripada pimpinan orang-orang Islam sendiri kepada pimpinan kuasa Barat yang beragama Kristian. Penguasaan penjajah ini adakalanya secara langsung ( direct rule ) ataupun tidak langsung ( indirect rule ) apabila mereka memerintah melalui penguasa-penguasa tradisional yang hanya dijadikan sebagai boneka sahaja. Sebelum kedatangan British, agama Islam tidak dipisahkan dari sistem politik Melayu. Dalam Undang-undang Melayu Lama atau Hukum Kanun masih terdapat hukum-hukum Islam yang masih digunakan seperti hukum potong tangan untuk kesalahan mencuri dan hukuman sebat atau rotan untuk mereka yang berzina. Hakikat ini diakui sendiri oleh Hakim-hakim Lord Action dan Thomas dalam kes Ramah lawan Laton ( 1927 ) yang mana dikatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang asal negeri ini bukan undang-undang asing. Bagaimanapun dengan kedatangan British, mulalah diperkenalkan dengan sistem pentadbiran sekular, bahawa antara agama dengan politik terdapat jarak yang tidak mungkin diketemukan. Pemisahan ini lebih bererti dalam Perjanjian Pangkor 1874 yang menegaskan semua urusan pentadbiran diserahkan kepada Residen British kecuali soalsoal agama ( disempitkan maknanya ) dan adat istiadat Melayu. Seterusnya kepada pembentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British telah mula menentukan corak pemerintahan, pentadbiran dan keputusan dasar yang penting berhubung dengan sesebuah

12

negeri Melayu bahkan dapat menentukan kedudukan seseorang raja yang dilantik memerintah negeri. Ini telah menunjukkan bagaimana British telah berjaya mengubah wajah Islam di Malaysia dalam pentadbiran dengan perkenalkan pentadbiran serta undang-undang sekular. Dimana lebih pentingkan keduniaan tidak berkaitan dengan agama dan ia juga telah mengenepikan sebahagian besar undang-undang Islam. Kita dapat lihat dalam kes, dimana Residen-residen yang memberi nasihat-nasihat di Majlismajlis Negeri telah campurtangan kerja-kerja para kadi. Kerana bagi mereka urusan nikah dan cerai libatkan hal keselamatan dalam negeri. Sebab itu British telah tentukan perlantikan, pendapatan, pengantungan dan pemecataan kadi-kadi. Tindak tanduk kadi juga telah diawasi dan kadang-kadang penyelesaian masalah dipindahkan kepada Majistret-majistret. Ini menunjukkan pentadbiran undang-undang Islam yang tadinya bebas tidak bererti lagi. Walaupun begitu hakikatnya undang-undang British yang diperkenalkan tidaklah diambil sepenuhnya kerana undang-undang Islam masih kukuh dijiwa rakyat Malaysia. Selain penjajahan dalam pentadbiran, British juga telah mengubah wajah Islam di Malaysia dalam bidang pendidikan. Dimana hasrat sebenar penjajah British ke Malaysia adalah untuk mengubah corak pegangan hidup masyarakat Melayu dan juga pemikiran mereka agar menyanjungi kehebatan Barat. Satu sistem pendidikan telah diadakan, keseluruhan aspek dan sistem nilai serta kebudayaan penduduk tempatan dibentuk dan diindoktrinasikan dengan pengaruh kebudayaan, sikap dan pandangan Barat. Pada peringkat awal sistem pendidikan British yang berbentuk formal diperkenalkan di negerinegeri lain sebagai cawangannya. Penubuhan sekolah-sekolah ini dibawah budi bicara, daya usaha dan pengawasan badan pengembangan agama Kristian. Oleh itu sambutan rakyat tempatan sangat dingin. Ini kerana pada peringkat awal pendidikan bagi masyarakat tempatan masih di institusi masjid, rumah dan surau yang terkenal sebagai Sekolah Quran atau Sekolah Agama dan mereka sanggup lagi untuk melanjutkan pendidikan tentang agama ke peringkat lebih tinggi di hantar ke Patani, Makkah dan Mesir. Selain itu ibu bapa masyarakat tempatan juga takut untuk menghantar anak ke Sekolah British sebab dikhuatiri anak-anak mereka nantti akan masuk Kristian. Dengan kegagalan awal ini, British telah mencuba taktik

13

yang baru iaitu dengan mencampuri serta mengambil alih pentadbiran Sekolah Quran untuk diletakkan dibawah pengawalan mereka. Sejak 1854, Sekolah Quran pentadbirannya telah diambiil alih dengan dibiayai pengajian dan diberi bantuan penuh. Kurikulumnya diubah, pentadbiran dan perjalanan sekolah berubah corak. Masa persekolahan dibahagikan dua, pagi untuk pelajaran akademik iaitu Sekolah Melayu dan petang untuk pelajaran agama iaitu Sekolah Quran. Ini telah menunjukkan satu doktrin yang cuba memisahkan antara ilmu agama dan akademik. Manakala pula Sekolah Quran sangat diabaikan berbanding Sekolah Melayu yang banyak pembaharuan serta bantuan diberikan. Dengan memisahkan kedua-dua jenis sekolah ini boleh melahirkan individu-individu atau masyarakat yang tempang atau tidak seimbang. Kemudian penjajah British makin kuat dan mereka menguasai pendidikan serta pelajaran. Strategis melalui sektor pendidikan ini menjalarlah idea-idea, pandanganpandangan hidup Barat itu ke dalam jiwa dan pemikiran rakyat umum tanpa disedari sehingga terjadilah revolusi kebudayaan. Perubahan yang paling nyata telah dilakukan oleh British di Malaysia adalah corak pergaulan. Yang mana ia telah mengamalkan corak pergaulan bebas diantara masyarakat ataupun jantina, sedangkan dalam Islam hal pergaulan amat sensitif. Ini kerana ada jurang atau tembok pemisah pergaulan antara lelaki atau perempuan yang bukan muhrim. Tetapi ini telah diketepikan setelah Malaysia dijajaah oleh British. Apabila penganut Islam sendiri menolak sistem hidup Islam dan menganggapnya sebagai satu cara hidup kurun ke 7, maka penolakkan itu merangkumi semua aspek samada nilai-nilai unik ataupun universalnya. Ini termasuklah keadilan sosial menerusi sistem zakat. Dalam bidang ekonomi, penjajahan British juga telah berjaya mengubah pegangan Islam yang pernah digunakan. Antaranya di dalam sukatan dan juga aktiviti perniagaan serta jual beli yang diperkenalkan. Jikalau dahulu Islam mengharamkan riba' atau bunga ataupun faedah semasa menjalankan aktiviti perdagangan tapi setelah penjajahan aktiviti inni adalah penting untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda malah kekal hingga sekarang.

14

KESIMPULAN. Kewujudan Malaysia pada 1963.Negara dijajah kerana kita pada itu tiada

kekuatan mempertahankan Negara daripada penjajah termasuk ketenteraan dan ekonomi. Ini membawa erti kita perlu kita perlu mengabdikan diri kepada arahan Allah. Pengabdian kepada arahan Allah bermaksud negara mampu menyusun dan membangun untuk mewujudkan peradaban masyarakat berasaskan prinsip agama. Negara

memerlukan barisan kepemimpinan kerajaan berwibawa dan berketrampilan. Kejayaan kepemimpinan Rasulullah SAW dan Khalifah Al-Rasyidin disebabkan mutu

kepemimpinan mereka yang luar biasa di samping memiliki ikatan keimanan yang jitu dengan Allah dalam menghayati nilai kebenaran, menegak keadilan dan memupuk kasih sayang dikalangan ahli masyarakat.Firman Allah yang bermaksud: "(Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun" (Surah Saba, ayat 15). Faktor pembaratan telah menyebabkan ramai kalangan masyarakat Islam menjadi dualistik. Sejarah tamadun Islam telah menunjukkan bahawa ilmu dan pendidikan Islam berlaku secara integratif. Ilmu mengurus diri seperti akidah, ibadah, akhlak dan syariah mendasari ilmu-ilmu mengurus sistem. Umumnya pertimbangan agama tidak dijadikan pertimbangan utama dalam penyuburan ilmu dan pembangunan pendidikan, seterusnya menyebabkan fahaman sekular berkembang. Dalam pada itu, faktor globalisasi yang sedang berjalan disamping faktor positif yang boleh dimanfaatkan pula menjadikan umat Islam terjebak dalam proses pembaratan. Penjajahan pemikiran, gaya hidup, ekonomi dan teknologi langit terbuka amat ketara berlaku dalam kehidupan orang-orang Islam khususnya di kalangan generasi muda.

15

RUJUKAN

1. Hubungan Etnik, Syamsul Amri Baharuddin 2. Sejarah dan tamadun islam, dr Abdul Rahman Hj Abdullah, Edisi Kedua, Pustaka Darussalam, 2007 3. Ruslan Zainuddin et.al (2005), Kenegeraan Malaysia, Kuala Lumpur : Oxford Fajar 4. www.scribd.com/.../Kuliah-4-5-PLURALITI-MASYARAKAT-DI-TANAHMELAYU-PADAZAMAN-PENJAJAHAN 5. www.benmokhtar.com 6. http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2010/08/pluraliti-dan-masyarakatpluralistik-di.html 7. Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987,(Penang: U.S.M, 1988). 8. Abdul Halim Saad et al,Malaysia Kita, (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam NegaraMalaysia, 1991)

16

You might also like