You are on page 1of 12

WAJ3106 1 HUBUNGAN ETNIK

Hubungan Etnik Di Malaysia secara Umum 1. Pengenalan 2. Kepentingan Hubungan etnik 3. Pengajaran Daripada Peristiwa 13 Mei 4. Usaha-usaha kerajaan Untuk memupuk perpaduan Nasional 5. Hubungkait antara ekonomi dan etnisiti KONSEP MASYARAKAT Definisi Masyarakat Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama (dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu ) atau pergaulan hidup. (Bangsa pula ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan) Masyarakat didefinisiskan sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Masyarakat juga menggambarkan rakyat sesebuah negara. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang multiracial dan multiculture yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. (CIRI-CIRI NEGARA BANGSA) PISMP RBT IPKS09 WAJ3106 2 HUBUNGAN ETNIK Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu,pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan yang ketiga adalah aspek kebangsaan Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui

simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya. Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Aspek kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang mana merupakan penggerak yang sangat hebat dalam mengisi semangat kebangsaan dan mejadi batu asas kepada pembentukan bangsa Malaysia. Pada hakikatnya hubungan antara kebudayaan kebangsaan dengan semangat kebangsaan adalah bertimbal-balik kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain. Keperluan Mengkaji Masyarakat Manusia Hidup Bermasyarakat Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh itu, seseorang yang menghormati orang laian atau rajin bekerja dicermin dan mencerminkan masyarakatnya. Kegigihan individu Jepun dikaitkan dengan kegigihan masyarakatnya. Maka, kajian terhadap masyarakat itu menjadi penting kerana melaluinya, kita dapat memahami manusia secara keseluruhan. Memahami Cara Hidup Bermasyarakat Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat. Iini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud di dalam lingkungan sosialnya. Memahami Budaya dan Masyarakat Lain PISMP RBT IPKS09 WAJ3106 3 HUBUNGAN ETNIK Individu yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan mengalami satu kejutan budaya, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud.seseorang yang mengkaji masyarakat industri tidak akan terkejut jika pergi ke negara tersebut. Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya, memerlukan kerjasama antara

masyarakat. Maka, kajian terhadap masyarakat akan membolehkan kita memahami dan memupuk kerjasama dengan sesuatu masyarakat. Ciri-Ciri Masyarakat Definisi:Manusia Yang Hidup Berkelompok manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok ini lah yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain. Melahirkan Kebudayaan Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian. Mengalami Perubahan Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu snediri. Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu. Berinteraksi PISMP RBT IPKS09 WAJ3106 4 HUBUNGAN ETNIK Salah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya perlakuan berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.komunikasi berlaku apabila masyarakat bertemu di antara satu sama lain. Terdapat Kepimpinan Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan. Stratifikasi Sosial Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau merujuk kepada susunlapis masyarakat. Stratifikasi sosial boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta. Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasaarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan

Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya. Kasta ialah kelas sosial yang keahlinya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra BUDAYA Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya. KONSEP BUDAYA aBudaya berasal dari perkataan Jawa: budaya a hasil cantuman budhi dan daya . a Perkataan budhi yang dipinjam dari bahasa kecergasan fikiran dan akal bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan sanskrit pengaruh. bererti a daya ialah perkataan Melayu Polynesia PISMP RBT IPKS09 WAJ3106 5 HUBUNGAN ETNIK a Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini maksud tenaga jiwa. budaya akan membawa fikiran , usaha rohani atau kuasa yang Melayu,1963 ). menggerakkan ( Kajian Kebudayaan Budaya juga diertikan sebagai, The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too pervasive to be readily noticed from within . ( Dictionary Of Philosophy, 1996 ). Di definisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat.( Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia, 2001).

Kesimpulan Budaya itu dari sudut bahasanya membawa makna cara hidup manusia, manakala sudut istilah pula menyatakan bahawa budaya itu ialah cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa. Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu : budaya kebendaan budaya bukan kebendaan Budaya kebendaan Ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi PISMP RBT IPKS09 WAJ3106 6 HUBUNGAN ETNIK masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya. Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).

Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai budaya dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok tambah dari apa yang telah sedia ada. Maka boleh di katakan bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri. Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada tingkahlaku dan akal manusia : Dipelajari PISMP RBT IPKS09 WAJ3106 7 HUBUNGAN ETNIK Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung. Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, akulturasi, difusi dan integrasi. Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu: a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya. b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu. c. Umur seseorang. d. Tahap pendidikan e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku. Dikongsi - Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan

seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat. Sejagat -Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu: i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia. ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi. PISMP RBT IPKS09 WAJ3106 8 HUBUNGAN ETNIK iii. sistem sosial. iv. bahasa v. kesenian vi. sistem pengetahuan. vii. agama dan kepercayaan. (Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington etc.) Diwarisi - Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau. Berubah - Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah. Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti: i. pertambahan bilangan anggota masyarakat. ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia. iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru. iv. pertembungan budaya. v. konflik yang berlaku. vi. perubahan alam sekitar. Perlambangan- Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut

PISMP RBT IPKS09 WAJ3106 9 HUBUNGAN ETNIK membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil. Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya. Fungsi Budaya Dalam Kehidupan - Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup. Memenuhi dan Menyediakan Keperluan - Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewrisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam BertingkahlakuKepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan

panduan, meliputi: i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan. ii. perlakuan yang patut dan tidak patut. iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan. Mengatur Hubungan Sesama Manusia Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati PISMP RBT IPKS09 WAJ3106 10 HUBUNGAN ETNIK rakan sesuai dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia. KONSEP ETNIK Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau subbudaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan anggil ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral. Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cinaa dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian. Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciriciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur PISMP RBT IPKS09 WAJ3106 11 HUBUNGAN ETNIK sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turuntemurun daripada nenek moyang itu. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza. Perbezaan budaya bagi kumpulan etnik yang dikelaskan melalui demografi ini. Dengan ini jelas memperlihatkan bahawa setiap satu etnik mempunyai perbezaan budaya dengan etnik yang lain TEORI-TEORI HUBUNGAN ETNIK Segregasi Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan. Akomodasi Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. Negara Swtzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka. Akulturasi PISMP RBT IPKS09 WAJ3106 12 HUBUNGAN ETNIK Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh ke

dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima. Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada: 1. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar. 2. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya. Asimilasi Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di Malaysia, apa yang beerlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, antara contoh berlakunya proses asimilasi Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya: 1. Etnik yang berbeza budaya. 2. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi. 3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada: 1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain. 2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain. 3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil. PISMP RBT IPKS09 WAJ3106 13 HUBUNGAN ETNIK 4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik. 5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi. Faktor penghalang asimilasi ialah: 1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. 2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain. 3. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat. Amalgamasi Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.

Implikasi; sempadan dan tauladan Tragedi-tragedi yang berlaku seperti 13 Mei 1969 etc. menyebabkan banyak dasar dan strategi dijalankan terutama pada peringkat persekutuan Majlis Penasihat Perpaduan DEB Dasar Pelajaran kebangsaan DKK Etc. Kesimpulan Hubungan etnik tidak boleh ditangani secara emosi dan sentimen Perlu kepada aras pemikiran dan tindakan yang didasarkan oleh ilmu (baik sudut konseptual/teori dan juga sejarah) PISMP RBT IPKS09

You might also like