You are on page 1of 19

PG 2203 PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA

PROF. MADYA DR. ZAINI NASOHAH Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM

TAJUK 12
TATACARA DI MAHKAMAH SYARIAH SULH , PENGUATKUASAAN PERINTAH

KAEDAH PENYELESAIAN KES MAL DI MAHKAMAH SYARIAH


KES MAL

SULH

MEDIASI

JIKA SULH GAGAL

BICARA

JIKA MEDIASI GAGAL

PENGHAKIMAN / PERINTAH

SULH

MAKSUD
Suatu proses dimana pihak-pihak terlibat di dlm sesuatu pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan di Mahkamah Syariah, dipanggil dan dipertemukan dlm suatu majlis perundingan terpimpin secara rasmi yang diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu, dan seandainya perdamaian tercapai, ianya akan dikeluarkan sebagai suatu perintah mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa.

ASAS UNDANG2
Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (WP) 1998 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Sgor) 2003 Kaedah-kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001

PERATURAN2/ PANDUAN LAIN


Arahan Amalan No. 3/ 2002 Manual Kerja Sulh JKSM

Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (WP) 1998, S. 99 Pihak2 dlm apa-apa prosiding blh, pada mana-mana peringkat prosiding itu, mengadakan sulh untuk menyelesaikan pertikaian mereka mengikut apa-apa kaedah yang ditetapkan atau, jika tiada kaedah sedemikian, mengikut Hukum Syarak

S. 274
Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mahkamah Syariah boleh membuat kaedah2, yg hdklah disiarkan dalam warta, bagi menjalankan peruntukan Akta ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yg terdahulu, kaedah2 itu blh membuat peruntukan bagi: a) tatacara dan amalan pejabat pendaftaran Mah b) fi, elaun dan kos yg kena dibayar berkenaan dgn prosiding di bawah Akta ini c) tatacara mengenai sulh

Kaedah2 Tatacara Mal (Sulh) Mahkamah Syariah Selangor 2001, S.3


Jika slps menerima sesuatu atau permohonan bagi apa2 kuasa tindakan, Pendaftar berpendapat bahawa ada kemungkinan yg munasabah bagi penyelesaian antara pihak2 kpd tindakan itu, Pendaftar boleh: a) Tdk menetapkan tarikh perbicaraan dalam tempoh 3 bulan. b) Dgn seberapa segera yg praktik, menetapkan tarikh bg pihak2 mengadakan Sulh. c) Menyampaikan notis kpd pihak2 mengenai tarikh yang ditetapkan itu.

ARAHAN AMALAN JKSM NO 3/ 2002


Hendaklah dgn seberapa segera, tdk melebihi 21 hari dirujukkan kpd Pengerusi. Majlis Sulh dgn memanggil pihak2 yg terlibat utk sesi sulh penyelesaian damai, sebarang persetujuan yg dicapai hdklah dicatatkan dan dibacakan semula di hadapan pihak2 dan terus dipanjangkan kpd hakim utk direkodkan perintah persetujuan bersama.

Bagi kes yg gagal diselesaikan di peringkat ini, hdklah terus ditetapkan tarikh perbicaraan setelah semua prosiding kes dipenuhi.

TUNTUTAN2 YG BOLEH DISELESAI SECARA SULH Melanggar janji berkahwin Mutah, nafkah, harta sepencarian, hutang mas kahwin, hadanah, permohonan perintah nafkah, permohonan pelaksanaan perintah dll yg difikirkan perlu oleh Mahkamah. Tuntutan untuk perceraian / harta pusaka/ penentuan nasab tdk boleh sulh

KAEDAH2 TATACARA MAL (SULH) SELANGOR 2001, KAEDAH 5 1) Sulh hdklah diadakan dlm suatu majlis yg dihadiri oleh kedua-dua pihak, dan dipengerusikan oleh Pendaftar 2) Dalam majlis sulh tsb, pihak2 hdklah hadir sendiri tiada peguam blh hadir bg sesuatu pihak.. 3) Pengerusi hdklah di mana2 mungkin membantu pihak2 ..

PIHAK2 DLM SUATU MAJLIS SULH

ISTERI SUAMI MEJA BULAT

PEGAWAI SULH

PERANAN PEGAWAI SULH / PENGERUSI MAJLIS SULH Menjadi perantara (mediator) perundingan antara pihak-pihak terlibat

PERJALANAN MAJLIS SULH


Kenyataan awal Pegawai Sulh Pembentangan awal pihak bertikai Perbincangan bersama Pertemuan sebelah pihak Perundingan bersama Menderaf perjanjian persetujuan (jika sulh berjaya) Penghakiman berasaskan persetujuan Kes diserah kembali kpd Mahkamah (jika sulh gagal)

KELEBIHAN PENYELESAIAN SECARA SULH


Menjimatkan kos tdk perlu guna peguam Menjimatkan kos tdk perlu byk kali hadir ke mahkamah Menjimatkan masa pertikaian dpt selesai dlm tempoh kurang 3 bulan Mengelakkan rasa tidak puas hati sebab persetujuan dibuat secara bersama Dapat mengurangkan kes-kes tertangguh di Mahkamah Syariah

KEKURANGAN YG MASIH ADA


Ada Pegawai Sulh kurang pengalaman Salah faham pihak-pihak terhadap penyelesaian secara Sulh. Cth: Masih meminta nasihat peguam walaupun deraf persetujuan telah dicapai Menggunakan ruang Sulh untuk mengenakan pihak lawan Pihak-pihak masih boleh menarik balik persetujuan sebelum deraf persetujuan disahkan oleh mahkamah

You might also like