You are on page 1of 3

Pengenalan Program Zoom A 1.Apakah 'Zoom-A?

' Zoom 'A' ialah suatu program e-Pembelajaran eksklusif melalui kemudahan Internet dirancangkan dan dikendalikan secara rapi, bersistematik, dan terkini untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran. 2. Apakah kelebihan yang terdapat pada Zoom-A yang membuatkan saya akan kerugian jika tidak melangganinya? Program Zoom-A merupakan gedung e-Pembelajaran yang eksklusif dan efektif. Kelebihan Zoom-A ialah sebagai gedung soalan klon peperiksaan tahun-tahun lepas, soalan praktis pengukuhan dan sumber pengayaan pembelajaran terkini 3. Apakah bentuk latihan yang disediakan dalam program ZoomA? Zoom-A menyediakan ujian topikal, soalan klon mengikut tahun peperiksaan, dan ujian pengukuhan yang boleh dipilih mengikut kehendak pelajar sendiri. 4. Apakah kelebihan yang ada pada Zoom-A? Pelajar boleh memilih soalan mengikut sukatan pelajaran seperti tahun atau tingkatan, subjek, bahagian peperiksaan, tajuk besar, tajuk kecil, dan aras kesukaran. 5. Siapakah yang merancang soalan-soalan dalam Zoom-A? Gedung soalan dalam Zoom-A dirancang rapi oleh Jabatan Panel Zoom-A yang terdiri daripada guru sekolah yang berpengalaman dan pakar dalam setiap subjek. 6. Apakah kemudahan yang perlu ada untuk menyertai program Zoom-A? Mudah sahaja! Pelajar hanya perlu ada komputer dan talian Internet. 7. Adakah anak saya perlu mengikuti program Zoom-A, walaupun dia telah menghadiri tuisyen? Zoom-A adalah sangat penting bagi anak anda sebagai praktis

pengukuhan ke arah peningkatan prestasi pembelajaran dan kecemerlangan peperiksaan. Lebih-lebih lagi kerana praktis ini boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. 9. Adakah Zoom-A bersesuaian atau tidak dengan suasana pembelajaran masa kini? Zoom-A adalah bersesuaian dengan suasana pembelajaran masa kini kerana program ini merupakan e-Pembelajaran yang terancang rapi, bersistematik, dan terkini. 10. Adakah Zoom-A sesuai digunakan oleh semua pelajar? Zoom-A sesuai dimanfaatkan oleh semua pelajar bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan juga UPSR. Manakala untuk peringkat sekolah menengah pula kini sedang dirancang rapi dan akan dilancarkan tidak lama lagi. 11. Adakah Zoom - A boleh digunakan di mana-mana sahaja? Ya! Zoom-A boleh dilayari di siber kafe, sekolah, dan rumah asalkan ada kemudahan Internet. 12. Adakah Zoom - A boleh digunakan pada bila-bila masa? Ya! Zoom-A boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. 13. Adakah Zoom-A menyediakan soalan peperiksaan tahuntahun lepas? Zoom-A tidak menyediakan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan akan berusaha untuk menyediakannya pada masa akan datang. 14. Adakah Zoom-A menyediakan soalan klon peperiksaan tahun-tahun lepas? Ya! Zoom-A merupakan gedung soalan klon. 15. Adakah Zoom-A dapat membantu anak saya mendapat keputusan A dalam peperiksaan? Zoom-A berkemampuan mempertingkat prestasi anak anda untuk mendapat keputusan A dalam peperiksaan melalui praktis yang tiada batas.

16. Adakah ibu bapa boleh memantau praktis anak-anak melalui Zoom-A? Ibu bapa boleh turut melakukan pemantauan bagi setiap praktis anakanak dengan cara yang begitu mudah. Ibu bapa boleh mengetahui pencapaian markah anak-anak, topik praktis, tarikh dan masa (termasuk tempoh masa) praktis, serta membuat semakan praktis.

You might also like