You are on page 1of 10

AKTIVITI PEMBAHAGIAN DAN PENDARABAN

MAWADAH BT SHAMSUDIN NIK AIN IZZATI BT NIK HASHIM NURUL FAKHRIAH BT ABDUL GHANI (PISMP 5.14)

AKTIVITI PENDARABAN

PERATURAN PERMAINAN
1. Setiap murid dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 10 orang. 2. Guru menyediakan bola dan 10 buah bekas. Bekas tersebut telah dilabel 1 sehingga 10. 3. Murid diminta untuk berbaris mengikut kumpulan. 4. Setiap murid akan membawa 2 biji bola mengikut giliran. 5. Bola tersebut akan dimasukkan ke dalam bekas berlainan sehingga bekas yang ke-10.

6. Kumpulan yang dapat memenuhi kesemua bekas akan dikira sebagai pemenang. 7. Guru akan menunggu sehingga kesemua bekas bagi setiap kumpulan penuh. 8. Guru akan mengira bilangan bola di dalam bekas sehingga membentuk sifir 2. 9. Guru akan meminta murid mengulang pengiraan sifir 2 berdasarkan bola di dalam bekas.

AKTIVITI PEMBAHAGIAN
PERMAINAN: HARIMAU LAPAR BBB: TOPENG HARIMAU DAN TOPENG KAMBING.

Murid dipecahakan kepada 5 kumpulan. Satu kumpulan 6 orang.


Mereka mencabut undi untuk menentukan siapa harimau dan siapa kambing. Murid-murid diberikan topeng mengikut undian. 2= Harimau, 4= Kambing Guru memberikan arahan kepada murid untuk menangkap seekor kambing menggunakan tangan sebelah kanannya dan seekor kambing menggunakan tangan sebelah kirinya.

Harimau perlu menunjukkan hasil tangkapannya di hadapan kelas.


Guru meminta murid untuk mengira berapa ekor kambing yang setiap harimau dapat. Guru mnjelaskan konsep pembahagian berdasarkan aktiviti tersebut bahawa seekor harimau akan mendapat 2 ekor kambing. Ini menunjukkan bahawa apabila 4 ekor kambing dibahagikan (dimakan) dengan 2 ekor harimau secara sama banyak, maka seekor harimau akan mendapat 2 ekor kambing setiap ekor.

You might also like