You are on page 1of 2

SOALAN 3

Senaraikan kebaikan serta keburukan traktor jenis bertrek daripada traktor jenis empat roda pacuan. Kelebihan traktor jenis bertrek daripada traktor jenis pacuan empat roda.
a. Peralatan boleh digunakan dengan jangka masa yang lama jika diselegara dengan

sempurna mengikut jadual servis yang ditetapkan.


b. Rekabentuk yang tahan lasak dan kukuh terutama dari bahagian badan traktor dan

rodanya yang berantai.


c. Pemandu traktor boleh menjalankan kerja dan merancang kerja dalam jangka masa yang

lama berdasarkan keluasan yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu kerja. d. Traktor ini boleh menjalankan kerja diatas permukaan kawasan kerja dengan lebih luas kerana alat yang ingin digunakan atau disambung boleh diselaras mengikut keperluaan yang dikehendaki. e. Trakor ini mempunyai tahap geseran yang rendah dan boleh melalui tanah yang tidak rata seperti lumpur,ais atau salji.
f. Rodanya yang besar dan lebar menyebabkan daya tumpu ke tanah menjadi kecil dan

membolehkan traktor ini digunakan pada jalan yang lembik tanpa risau tenggelam
g. Traktor ini boleh menjalankan kerja-kerja dikawasan yang sukar seperti dikawasan

paya,cerun bukit, kawasan semak dan sebagainya.


h. Tidak menghadapi masalah tayar pancit semasa melaksanakan kerja di ladang.

Keburukan traktor jenis bertrek berbanding traktor jenis pacuan empat roda

a. Mempunyai mekanisma yang lebih kompleks berbanding trator jenis pacuan empat roda.

b. Mempunyai laluan yang terhad yang mana tidak boleh melalui kawasan bandar, kawasan

jalan bertar dan kawasan jalan bersimen kerana ianya akan merosakan permukaan kawasan tersebut.
c. Bergerak dengan kelajuan yang perlahan dan mengambil masa untuk bergerak ari satu

tempat ke tempat yang lain.


d. Traktor ini mempunyai relatif rantai iaitu mod kepada kegagalan seperti daya menghentak

dan mempunyai risiko untuk tergelincir daripada trek itu adalah besar.
e. Kos pembaikan yang tinggi disebabkan oleh komponennya lebih kompleks berbanding

dengan Traktor jenis pacuan empat roda.


f. Harganya lebih mahal jika berbanding dengan Traktor pacuan empat roda.

g. Roda rantai yang terdapat pada traktor bertrek berisiko untuk tercabut sekiranya tidak

diselenggara dengan baik dan mengikut jadual yang disyorkan.


h.

Masalah menukar rantai yang kompleks sekiranya rantai putus di dalam ladang

berbanding dengan traktor pacuan empat roda.

You might also like