You are on page 1of 20

PROSEDUR TETAP SEBELUM PERKHEMAHAN

DISEDIAKAN OLEH: PISMP 4D

1. PERATURAN PERLAKSANAAN PERKHEMAHAN


Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan mengemukakan permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan berikut: Dalam kawasan sekolah (kelulusan Pengetua / Guru Besar ) Dalam daerah di luar kawasan sekolah (kelulusan Pegawai Pendidikan Daerah ) Dalam negeri tetapi di luar daerah / luar negeri (kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri ) Luar negara (kelulusan Pengarah Bahagian Sekolah, Kementeian Pendidikan Malaysia).

Setiap permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut : a. Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan KLIK DI SINI
b. Senarai nama pelajar dan guru pengiring c. Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia perkhemahan. d. Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan. e. Jadual aktiviti perkhemahan. f. Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta pelaksanaan.( Rujuk SP Bil 24/1998 )

Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan pengangkutan, pihak tuan dikehendaki memohon kebenaran mengadakan lawatan kepada Pengarah Pendidikan Negeri

Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurangkurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan dijalankan. Suatu perjanjian persefahaman perlu dibuat antara pihak penganjur dengan jurulatih yang dilantik itu ( Rujuk para 3E, SPI Bil. 24/1998 ).

Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah dikemukakan kepada:

Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan. Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan. Pejabat/Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan Pejabat Pentadbiran/Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan

Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.(Rujuk para 3F, SPI Bil 24/998 )

Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta. Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada semua peserta.

Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah diperoleh terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa. Lokasi Perkhemahan mestilah sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi bencana (Rujuk para 2.4 SPI Bil. 12/2000 dan SPI Bil. 9/2000 )

Jurubantu mula mestilah dilantik dan berada bersama peserta pada sepanjang masa perkhemahan. ( Rujuk para 3E, SP Bil. 24/1998 ) Penyertaan murid mestilah disertai oleh guruguru pengiring yang dilantik secara bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa secara bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan. Semua keperluan logistik ( peralatan perkhemahan ) hendaklah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.

2. ORGANISASI PERKHEMAHAN
Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru, organisasi tersebut dirancang berdasarkan perkara-perkara di bawah: KLIK DI SINI

DARI ASPEK LAIN..


PERKHEMAHAN Pemimpin pasukan yang ingin menganjur satu perkhemahan Pandu Puteri perlulah memenuhi syarat berikut : Berwaran Mendapat kebenaran dari pesuruhjaya Semua ahli dilindungi insuran Maksima perkhemahan lima hari empat malam Peserta 24-36 ( bagi pemimpin yang mengambil ujian ) Memohon kepada ibupejabat Pandu Puteri kebenaran menjalankan perkhemahan Menubuh jawatankuasa perkhemahan (staf kem)

Mengadakan mesyuarat staf perkhemahan Memilih tapak yang sesuai dan mempunyai kemudahan asas. Menghantar surat makluman kepada majlis perbandaran (kutip sampah), hospital (doktor on call dan Balai Polis). Memilih staf perkhemahan iaitu :Kem Komandan , Penolong Kem Komandan , Juru Pertolongan Cemas, Penolong Juru Pertolongan Cemas, Juru Masak & Penolong Juru masak Menyedia jadual aktiviti perkhemahan Menyedia anggaran perbelanjaan perkhemahan Senarai peralatan perkhemahan

TUGAS-TUGAS STAF PERKHEMAHAN (KEM KOMANDAN)


Kem Komandan adalah merupakan ketua di tapak perkhemahan

Mendapat kebenaran mengadakan perkhemahan daripada pesuruhjaya Daerah, Perkhemahan, Ketua Pesuruhjaya negeri dan Ibu pejabat kebangsaan Mengisi borang permohonan dalam tiga salinan dan dihantar ke ibupejabat satu bulan sebelum tarikh perkhemahan

Menubuh jawatankuasa perkhemahan yang terdiri daripada Kem Komandan, Juru pertolongan cemas, juru masak dan penolongpenolong. Membuat kertas kerja perkhemahan dan menetapkan tarikh, tempat, tema , matlamat, kumpulan sasaran dan struktur organisasi perkhemahan. Membuat surat menyurat kepada pihak sekolah, Balai Bomba,Balai Polis, Doktor On Call, semburan kabus anti aedes, Majlis Perbandaran, penceramah, peminjaman peralatan, kebenaran ibu bapa dan surat jemputan majlis perasmian atau penutupan.

Menyedia borang pendaftaran , kebenaran ibu bapa, kesihatan dan penilaian perkhemahan. Melawat tapak perkhemahan bagi memantau kemudahan dan keselamatan. Menyediakan jadual aktiviti cuaca baik dan cuaca buruk.

Mengurus pengangkutan jika perlu. Menganjur latihan pra perkhemahan Menyedia anggaran perbelanjaan perkhemahan bagi pembelian bahan kering, bahan basah, sewa tapak, pengangkutan dan cenderamata. Menentukan yuran perkhemahan Merangka peraturan perkhemahan Menyedia jadual tugas kumpulan.

JURU PERTOLONGAN CEMAS


Memilih tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah Juru Pertolongan Cemas ( kawasan yang teduh dan kondusif) Memilih khemah yang sesuai dan menentukan bilik / khemah kurantin. Mengumpul peralatan untuk JPC seperti katil untuk pesakit dalam khemah, cooler, termos dan anduh. Menghubungi pihak hospital dan mendapatkan nama doktor on call. Menyediakan borang kesihatan untuk mendapat maklumat tahap kesihatan pekhemah.

Menyimpan satu buku catatan berkenaan nama pekhemah dan masalah kesihatan mereka Memastikan ubat dan peralatan dalam peti pertolongan cemas tidak luput tarikh dan lengkap.

Mempunyai pengetahuan merawat dan memberi pertolongan cemas untuk masalah luka, kecederaan, patah, melecur, gigitan serangga,sawan, pengsan, rejatan, terkena benda tajam pada anggota badan, cara mengusung atau mengangkat pesakit, tercekik, bahaya asap, keracunan makanan, demam, sakit gigi, dan lain-lain kemalangan yang mungkin berlaku.

JURU MASAK
Membuat perancangan menu dan resepi yang sesuai untuk pekhemah. Menyenarai bahan basah dan kering untuk dimasak

Membuat anggaran perbelanjaan Membeli barangan kering untuk persediaan perkhemah. Memberi cadangan yuran perkhemahan berasas belanja dapur

You might also like