You are on page 1of 3

Resepi Nasi Ayam Ipoh ( sumber : Dapur Kak Nor, Secubit Garam ) Bahan Utk Nasi: 4 mug beras

4 1/2 mug air rebusan ayam 2 inci halia* 3 biji bawang putih* 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah diayg ada buah dia tu sekali) 1 sudu besar minyak bijan 2 sudu besar sos tiram 2 helai daun pandan 4 sudu mentega ~

Bahan Untuk Ayam:1 ekor ayam 3 biji bawang putih* 1 inci halia* 3 sudu besar kicap lemak manis 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe) Bahan Untuk Sup:air secukupnya 4 bawang putih diketuk 3 inci halia di hiris 3 helai batang bawang 1 biji sengkuang dipotong dadu sy tak letak 1 sudu besar serbuk lada sulah

Bahan Untuk Cili 10/15 biji cili burung 6 biji cili merah sedikit halia (ambik dari rebusan) 5/6 biji bawang putih 1 biji limau kasturi/nipis sedikit air dari air rebusan ayam garam dan gula secukupnya (Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur) Bahan Untuk Kicap:5 biji cili burung sedikit halia (ambik dari rebusan) 4/5 biji bawang putih kicap secukupnya air rebusan ayam secukupnya tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah) Bahan Hiasan tomato, salad, daun sup dan bawang, timun Cara2:Mula2 buat air rebusan ayam(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan. Method Untuk Nasi Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak. Method Untuk Ayam Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lainkacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lamaagak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus. Method Untuk Sup:Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini) selepas semua dah masak, boleh la di makancara penyediaantimun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

You might also like