You are on page 1of 7

PENERANGAN I N D E KS 10 0 KOP E RAS I T E R BA I K MA LAYS IA

PENDAHULUAN 1. Sesebuah koperasi ditakrifkan sebagai Koperasi Terbaik di Malaysia apabila koperasi berkenaan mencapai tahap prestasi kewangan (perolehan, aset dan ekuiti), perniagaan, pengurusan dan pematuhan perundangan yang memuaskan mengikut piawaian (standard) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan diselaraskan dengan kriteria yang digunapakai oleh International Co-operative Alliance (ICA).

LANGKAH PENILAIAN 2. Terdapat tiga langkah utama yang perlu dijalankan dalam proses penilaian penentuan Koperasi Terbaik iaitu:2.1. Penetapan Saiz Koperasi; 2.2. Penentuan Koperasi Berjaya; 2.2.1. Penentuan Faktor Kewangan; 2.2.2. Penentuan Purata Nisbah Kewangan Koperasi; 2.2.3. Penentuan Faktor Bukan Kewangan; dan 2.3. Penentuan Perolehan Koperasi.

PROSES PENILAIAN Penetapan Saiz Koperasi 3. Tahap keupayaan operasi sesebuah koperasi berbeza mengikut saiz koperasi berkenaan. Oleh yang demikian, tahap kejayaan koperasi bersaiz besar adalah tidak sama dengan tahap kejayaan sebuah koperasi kecil. Bagi koperasi dewasa, lima saiz koperasi ditetapkan iaitu saiz *****, ****, ***, ** dan *. Bagi menentukan saiz sesebuah koperasi kumpulan ini, penilaian dibuat berasaskan lima (5) faktor utama yang diberikan wajaran (weightage) yang berbeza mengikut kekuatan faktor tersebut di dalam menyumbang kepada prestasi koperasi berkenaan iaitu:a. b. c. d. e. Kumpulan Wang Anggota (30%); Jumlah Aset (30%); Pusingan Perniagaan(25%); Jumlah Anggota (10%);dan Jumlah Pekerja (5%)

4.

5.

Bagi menyesuaikan (to t) koperasi kepada saiz *****, ****, ***, ** atau *. kaedah jumlah kutipan skor setiap faktor di atas digunakan. Setiap faktor diberikan lima kelas skor dan nilai saiz setiap kelas (class range) seperti ditunjukkan di dalam Jadual Skor Penentuan Saiz Koperasi di Lampiran 1.

Penentuan Koperasi Berjaya 6. Bagi setiap kumpulan jenis koperasi, penentuan koperasi berjaya dinilai berdasarkan dua (2) faktor utama iaitu Faktor Kewangan (FK) dan Faktor Bukan Kewangan (FBK).

Penentuan Faktor Kewangan (FK) 7. Bagi Faktor Kewangan (FK), penilaian hanya menumpukan kepada tujuh (7) kriteria berasaskan prestasi nisbah kewangan terpilih iaitu:a. b. c. d. e. f. g. 8. Nisbah Semasa (Current Ratio); Nisbah Hutang Ekuiti (Gearing Ratio); Nisbah Untung Kasar (Gross Prot); Nisbah Untung Bersih (Net Prot); Pulangan Atas Aset (Return On Assets-ROA); Pulangan Atas Ekuiti (Return On Equity-ROE/Earning Per Share); dan Harta Ketara Bersih ( Net Tangible Asset-NTA ).

Bagi menentukan kekuatan dan kepentingan setiap nisbah kewangan di dalam menjana prestasi kewangan koperasi, skor wajaran (weightage) telah diberikan kepada setiap nisbah kewangan yang mewakili jumlah wajaran sebanyak 70% seperti berikut:NISBAH Nisbah Semasa (Current Ratio) Nisbah Hutang Ekuiti (Gearing Ratio) Nisbah Untung Kasar (Gross Prot) Nisbah Untung Bersih (Net Prot) Pulangan Atas Aset (Return On Assets-ROA) Pulangan Atas Ekuiti(Return On Equity-ROE/EarningPerShare) Harta Ketara Bersih (Net Tangible Asset-NTA) JUMLAH WAJARAN 15% 15% 10% 10% 10% 5% 5% 70%

9.

Setiap nisbah bagi setiap koperasi dikira berdasarkan data prestasi teraudit bagi tahun yang dipilih akan dibandingkan dengan nisbah piawaian Purata Nisbah Koperasi (PNK) mengikut sektor atau fungsi sesebuah koperasi.

Purata Nisbah Koperasi (PNK) 10. 11. Purata Nisbah Koperasi (PNK) atau Co-operative Industrial Average adalah merupakan piawaian (standard) bagi mengukur prestasi kewangan Koperasi. Bagi maksud menentukan ukuran piawaian PNK ini, purata tahunan nisbah kewangan semua koperasi berdaftar bagi tempoh beberapa tahun terakhir dikira berdasarkan data kewangan teraudit. Nisbah yang tidak munasabah (out-lier record) dikeluarkan daripada pengiraan purata nisbah bagi tiap-tiap tahun yang dinilai bagi mendapatkan purata yang munasabah. Nilai wajaran akan diberikan sekiranya: a. b. 14. Nisbah semasa, ROE/EPS, ROA dan NTA yang melebihi atau sama dengan PNK. Nisbah hutang ekuiti (Gearing Ratio), nilai nisbah sama atau lebih rendah dengan PNK.

12. 13.

Seterusnya skor wajaran bagi ketujuh-tujuh nisbah akan dijumlahkan bagi menentukan pencapaian FK koperasi berkenaan.

Penentuan Faktor Bukan Kewangan (FBK) 15. Faktor Bukan Kewangan (FBK) mewakili jumlah skor wajaran sebanyak 30% dan sebanyak empat (4) kriteria telah ditetapkan seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah:Kriteria Penilaian Faktor Bukan Kewangan (FBK) BIL 1 2 3 4 KRITERIA Tadbir Urus Koperasi Perkhidmatan Kepada Anggota Tanggung Jawab Sosial Objektif Penubuhan JUMLAH WAJARAN 17% 5% 5% 3% 30%

16.

Bagi mengukur prestasi FBK ini, satu senarai semak (Checklist) yang seragam mengandungi kesemua 4 kriteria FBK di atas telah disediakan untuk digunakan oleh Pegawai Penyelia dalam proses membuat penilaian. Bagi maksud menentukan koperasi yang layak dijalankan penilaian FBK, keputusan telah dibuat bahawa hanya koperasi yang mencapai skor bagi Faktor Kewangan (FK) 35% atau lebih sahaja yang dipilih. Contoh Senarai Semak seragam FBK adalah seperti di Lampiran 2. Jumlah skor wajaran bagi faktor FK dan FBK yang mewakili 100% skor wajaran akan digunakan untuk menentukan samada sesebuah koperasi itu berada pada kategori koperasi Berjaya atau sebaliknya. Bagi maksud ini, tiga (3) syarat utama telah ditetapkan bagi menentukan sesebuah koperasi Berjaya iaitu:a. b. c. Mencapai Skor Wajaran bagi FK 35% dan ke atas; Mencapai Skor Wajaran bagi FBK 15% dan ke atas; dan Mencapai Jumlah Skor Wajaran (FK dan FBK) 50% dan ke atas.

17.

18.

Bagi Koperasi yang mencapai status Berjaya akan disusun mengikut jumlah perolehan yang tertinggi. 100 koperasi yang mempunyai perolehan tertinggi akan disenaraikan.

Penentuan Perolehan 19. Bagi koperasi kredit, jumlah faedah bersih dan lain-lain pendapatan diambilkira sebagai jumlah perolehan. Bagi koperasi selain dari kredit, jumlah pusingan perniagaan dan lain-lain pendapatan diambilkira sebagai jumlah perolehan. Jumlah faedah bersih, jumlah pusingan perniagaan dan lain-lain pendapatan dicampur bagi mendapatkan jumlah perolehan bagi sesuatu koperasi serbaguna atau koperasi pelbagai aktiviti.

20.

21.

PENUTUP 22. Penyenaraian 100 Koperasi Terbaik ditentukan dengan melalui tiga (3) proses penilaian yang dibuat mengikut aturan. Pencapaian di dalam faktor kewangan bergantung kepada perbandingan dengan prestasi keseluruhan PNK. Walaupun sesetengah koperasi mempunyai nilai aset dan ekuiti yang besar tetapi prestasi faktor kewangan di bawah purata keseluruhan PNK, maka koperasi tersebut tidak tersenarai di dalam 100 Koperasi Terbaik Malaysia.

23.

Penyenaraian juga dibuat berdasarkan kluster iaitu kluster besar yang mempunyai perolehan lebih daripada RM5 juta, kluster sederhana yang mempunyai perolehan lebih daripada RM1 juta, kluster kecil yang mempunyai perolehan di antara RM200 ribu hingga lebih daripada RM1 juta dan kluster mikro yang mempunyai perolehan kurang daripada RM200 ribu. Tujuan penyenaraian mengikut kluster ini adalah untuk memudahkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengambil pendekatan yang berbeza bagi mengawalselia dan memberi bimbingan untuk pembangunan koperasi.

24.

Kriteria ini disediakan berdasarkan Kriteria Koperasi Terbaik yang diselaraskan mengikut standard kriteria International Co-operative Alliance (ICA).

LAMPIRAN 1

P E N E TA PA N S A I Z KO P E R A SI

1.

JUMLAH KW ANGGOTA (Wajaran 30%) KW ANGGOTA (RM) 10 j 2 j - <10 j 1 j - <2 j 0.5 j - <1 j <0.5 j SKOR 40% 30% 20% 10% 1%

2.

JUMLAH ASET (Wajaran 30%) ASET (RM) 50 j 10 j - <50 j 4 j - <10 j 0.5 j - <4 j < 0.5 j SKOR 35% 30% 20% 10% 1%

3.

PUSINGAN PERNIAGAAN (Wajaran 25%) PUSINGAN (RM) >5j 1j- 5j 200 r - < 1 j < 200 r SKOR 35% 30% 25% 10%

4.
Koperasi Asas INDIVIDU 5,000 3,000 - <5,000 1,000 - <3,000 500 - <1,000 <500

BILANGAN ANGGOTA (Wajaran 10%)


operasi Menengah dan Atasan SKOR 15% 10% 5% 3% 1%

5.

JUMLAH PEKERJA (Wajaran 5%) PEKERJA 50 40 - <50 20 - <40 10 - <20 <10 SKOR 10% 8% 6% 3% 1%

PENENTUAN SAIZ KOPERASI SKOR 90% 80 - <90% 70 - <80% 50 - <70% <50% SAIZ ***** **** *** ** *

You might also like