You are on page 1of 3

TTTH3843 PENGURUSAN PROJEK MULTIMEDIA

PENSYARAH : PUAN SITI FADZILAH BINTI MAT NOOR

ASSIGNMENT 2

AMEER ASYRAF BIN MOHD NASIR

A131117

Pada 26 Februari 2013 bertempat di Dewan Multimedia Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM telah diadakan taklimat kerjaya berkenaan multimedia. Terdapat dua orang penceramah yang dijemput iaitu En. Mohd Azrul Mohd Noor, Senior Manager Content Development dari Multi Media Synergy Corporation Sendirian Berhad (MMSC) dan En. Ahmad Razuri Roseli, Assistant Art Director dari Les Copaque Production Sdn Bhd. En. Mohd Azrul terlibat dalam syarikat edutainment manakala En. Ahmad Razuri dalam syarikat entertainment.

Ceramah dimulakan dengan En. Mohd Azrul sebagai penceramah pertama. Dia memberitahu bahawa antara elemen yang terdapat dalam multimedia adalah design, animation samada 2D atau 3D, programming, voice over dan storyborder yang meliputi writing dan idea. Kemudian, En. Mohd Azrul menunjukkan beberapa contoh courseware yang telah dihasilkan untuk beberapa client. Dia juga memberi beberapa tips antaranya ialah pelajar perlu menguatkan penguasaan terhadap software dan pelajar juga perlu kreatif.

Terdapat beberapa soalan yang diajukan oleh pelajar kepada En. Mohd Azrul. Soalan yang pertama ialah software apakah yang digunakan oleh MMSC. En. Azrul memberitahu bahawa MMSC menggunakan software seperti Adobe Flash, Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Soalan kedua ialah adakah wajar pelajar diberi peluang untuk terlibat didalam projek semasa di latihan industri. En. Azrul menyatakan bahawa kebanyakan syarikat tidak sanggup mengambil risiko dengan membenarkan pelajar menyertai sesuatu projek tetapi jika pelajar diberi kesempatan, pelajar harus mengambil peluang tersebut untuk mencari pengalaman dan membanyakkan bertanya semasa latihan industri kerana bertanya itu satu kelebihan yang hanya pelajar dapat gunakan semasa latihan industri.

Selesai ceramah dari En. Mohd Azrul, penceramah kedua iaitu En. Ahmad Razuri pula dijemput untuk memberi ceramah. En. Ahmad Razuri memulakan ceramah dengan tayangan video animasi Upin & Ipin yang bertajuk Kenangan Mengusik Jiwa. Video ini adalah sempena penghormatan terhadap P. Ramlee dan Datuk Aziz Sattar juga dijemput sebagai pelakon undangan didalam video tersebut. Kemudian, En. Ahmad Razuri menceritakan serba sedikit mengenai Les Copaque yang mempunyai tiga jabatan utama iaitu Animation, Art dan Story House. Antara tugas jabatan Animation adalah Blocking, finalize animation dan facial & lip sync. Jabatan Art pula ditugaskan dengan concept, modeling, rendering, compositing, effects dan games. Akhir skali, jabatan story house ditugaskan dengan script, audio, composer, storyboard dan design.

Selepas itu, En. Ahmad Razuri menayangkan video The Making Of Kenangan Mengusik Jiwa yang menunjukkan proses-proses dalam penghasilan sesuatu video animasi bermula dari proses memerah otak untuk mencari idea hingga proses terhasilnya satu video animasi. Selain dari animasi 3D, Les Copaque juga menghasilkan games contohnya U & I Dash Games dengan menggunakan software Unity. Sebelum mengakhiri ceramah, En. Ahmad Razuri menyatakan bahawa Passion itu penting dalam mencapai kejayaan.

You might also like