You are on page 1of 1

Pendidikan Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga

ke umur lapan tahun. Mengikut The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun: Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud Garden of Children. Prasekolah pertama di dirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Scotland dan diberi nama The Infant School. Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz. Seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston. Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas. Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

You might also like