You are on page 1of 1

Bincangkan kemahiran teknologi maklumat yang mesti dikuasai, perlu dikuasai, baik jika dikuasai dan tidak perlu

dikuasai oleh guru. Pendahuluan Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang pendidikan. Kemajuan yang dicapai dalam bidang teknologi dan maklumat merupakan satu cabaran yang perlu diambil perhatian oleh pihak berwajib terutamanya dalam sistem pendidikan negara. Guru merupakan orang yang paling sesuai dalam mempraktikkan kemahiran teknologi maklumat terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat memudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Menurut Winston Churcil, empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Terdapat empat aspek dalam kemahiran Teknologi Maklumat iaitu kemahiran yang mesti dikuasai, kemahiran yang perlu dikuasai, kemahiran yang baik jika dikuasai dan kemahiran yang tidak perlu dikuasai oleh guru. Penutup Kesimpulannya, kemahiran Teknologi Maklumat merupakan satu kemahiran yang mempunyai kebaikan dan keburukan dalam bidang pendidikan. Jika setiap guru dapat memainkan peranan yang baik dalam mengaplikasi kemahiran Teknologi Maklumat, pastinya modal insan yang bakal dilahirkan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu seimbang dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani.

You might also like