You are on page 1of 14

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 77

UNIT PELAJARAN 7
KANAK-KANAK HIPERAKTIF (ADHD)

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Menyatakan definisi hiperaktif 2. Mengenalpasti ciri tingkahlaku kanak-kanak hiperaktif. 3. Menjelaskan punca berlakunya hiperaktif

PENGENALAN
Perasaan marah, cemas dan gusar sering membelenggu ibu bapa setiap kali menerima panggilan atau surat daripada pihak sekolah yang mengatakan anak mereka nakal, tidak mendengar ajaran guru malah mendapat keputusan yang lemah di dalam kelas. Sifat anak yang tidak boleh duduk diam dan asyik bermain kemungkinan disebabkan sejenis sindrom dipanggil hiperaktif (attention deficit hyperactivity disorder-ADHD). ADHD biasanya lapan peratus ke sepuluh peratus dikesan bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD berbanding kanak-kanak perempuan. Ibu bapa boleh memastikan anak mengalami ADHD jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat gelisah serta hilang tumpuan. Ramai ibu bapa yang mendapati sukar untuk menguruskan kanak-kanak yang terlalu aktif. Kanak-kanak begini sentiasa bergerak ke sana ke mari menerokai persekitaran mereka dan dalam proses ini menyebabkan berlakunya huru-hara ke atas ibu bapa dan individu yang berada di persekitaran mereka. Sebenarnya ibu bapa tidak seharusnya cepat melatah untuk melabelkan anak-anak mereka atau kanak-kanak yang terlalu aktif dan riuh sebagai hiperaktif sebelum membuat pemeriksaan dan penilaian dari pihak tertentu. Adalah menjadi kelaziman bagi kanak-kanak yang sedang mengalami tahap perkembangan mempunyai dorongan yang kuat untuk mencuba sesuatu yang baru walaupun tingkahlaku mereka yang aktif mendatangkan kerisauan kepada kedua ibu bapa. Kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Sememangnya lumrah semua kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi ADHD perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 78 Apabila kanak-kanak gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan kanak-kanak menghadapi masalah tingkah laku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ini ada kalanya menunjukkan tingkah laku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Oleh sebab itu, topik 7 ini akan akan mengupas mengenai kanak-kanak yang mengalami masalah ADHD. Penulisan ini akan membincangkan isu mengenai definisi dan konsep ADHD untuk mengetahui dengan tepat apakah itu ADHD, punca yang menyebabkan berlakunya ADHD, ciri-ciri individu yang mempunyai simptom ADHD dan masalah pendidikan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami ADHD.

DEFINISI KANAK-KANAK HIPERAKTIF(Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) )


Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) adalah istilah perubatan yang digunakan kepada kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah daripada segi tingkah laku dan kognitif dalam aspek penting kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan hubungan peribadi di sekolah dan ditempat kerja. Kesukaran ini mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan tidak memberi perhatian (Paul Cooper dan Katherine 2002: 9). Rief (2005) pula mendifinisikan Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) sebagai

ADHD is neurobiological behavioral disorder characterized by chronic and developmentally inappropriate degrees of inattention, impulsivity and in some cases hyperactivity. ADHD is a brain based disorder that arises out of differences in the central nervous system (CNS)-both in structural and neurochemical areas. ADHD is a developmental disorder of self-control, consisting of problem with attention span, impulse control and activity level. ADHD refers to a family of related chronic neurobiological disorders that interfere with an individuals capacity to regulate activity level (hyperactivity), inhibit behavior (impulsivity) and attend to task (inattention) in developmentally appropriate way

Marilyn Friend (2006) pula mendefinisikan ADHD sebagai mereka yang memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan. For some student with ADHD, inattention is the primary symptom. These student might skip important parts of an assignment may appear to be day dreaming during large group instruction,

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 79 cannot seem to get organized and generally seem forgetful both in school and at home. This variation of the disorder is call ADHD. Foe another group of student with ADHD, the primary symptom is combination of hyperactivity and impulsivity and inability to put on the brakes before acting. Menurut Oregan (2005) mendefinisikan ADHD seperti berikut ........ attention deficit hyperactivity disorder,more commonly known as ADHD,is a complex and often controversial term. It is an internationally validated medical condition, involving brain dysfunction, in which individuals have difficulty in controlling impulses, inhibiting their behaviour and sustaining their attention span. This leads to a variety of educational, behavioural, social and related difficulties. Merujuk kepada Wintraub (1997) dalam Natural Treatments for ADD and Hyperactivity, bunyi, imej, warna dan pergerakan semuanya berterusan bergerak dan berterusan mengganggu. Pemikiran merawang dan mengembara kerana rangsangan yang ada. Mereka sukar mengawal diri secukupnya untuk menumpukan perhatian dan menyelesaikan segala tugasan. ingatan dan pemikiran berlaku dan ini akan menyebabkan mereka tidak menghiraukan sesiapa yang bercakap dengan mereka. Manakala mengikut The DSM (Dragnostic & Statistical ManualUS), hiperaktif adalah sebahagian dari ADHD, berlaku sebelum umur 7 tahun, berulang-ulang selama tidak kurang 6 bulan. Ciri-ciri yang tetap ialah tingkahlaku yang sukar dikawal disebabkan rangsangan-rangsangan luar, tumpuan yang singkat, pergerakan tangan dan kaki yang kerap, menghilangkan barang dan gagal mendengar dengan baik (American Psychiatic Association, 1987). Selain itu, menurut Lahey et.al (1997) ADHD adalah masalah kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian keranan terhadnya kebolehan untuk memberi tumpuan dan mereka menunjukkan tanda-tanda tingkah-laku yang tidak sabar. Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. Selalunya ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanakkanak. Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD. Justeru itu, kanak-kanak ADD tidak hiperaktif, biasanya kanak-kanak ini tidak menimbulkan gangguan di bilik darjah dan tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan dapat di kawal oleh guru.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 80 Walau bagaimanapun, ADHD boleh memberi masalah kepada kanak-kanak dan menyebabkan pencapaian dan konsep kendiri yang rendah.

a.Bincangkan masalah kognitif yang dialami oleh kana-kanak hiperaktif b. Jelaskan ciri-ciri tingkahlaku utama kanak-kanak hiperaktif b. Terangkan masalah sosial dan emosi kanak-kanak hiperaktif

PUNCA DAN CIRI TINGKAHLAKU


Punca yang pertama adalah keturunan. Kajian oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat dan ciri ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga yang rapat mempengaruhi kecacatan. Individu yang mengalami ADHD selalunya dipengaruhi oleh faktor keturunan. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda lebih berpotensi menjadi ADHD berbanding mereka yang tidak mempunyai sejarah ADHD. Beliau juga membuat kajian terhadap sepasang kembar di mana kembar ini dibesarkan dalam dua persekitaran yang berbeza. Hasilnya beliau mendapati bahawa kanak-kanak ini tetap menunjukkan sindrom hiperaktif walaupun dibesarkan di kawasan dan suasana yang berbeza. Menurut Baekley (1998) 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturunan. Pendapat ini turut dipersetujui oleh Lombroso et.al (1998). Kanak-kanak yang mengalami simptom ADHD biasanya mempunyai ibu atau bapa, adik beradik, nenek moyang ataupun saudara rapat yang mempunyai masalah atau simptom ADHD semasa kanak-kanak. Menurut Mohd Sharani Ahmad (2004) kejadian ADHD berkait dengan baka ia bermula dengan hubungan seksual suami dan isteri. Ia dibahagikan kepada dua iaitu jika ibu bapa mempunyai kecacatan maka ia akan diwarisi oleh anak dan jika ibu bapa tidak cacat tetapi anak adalah cacat. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom. Begitu juga isteri menghasilkan 23 pasang ovum. Setiap pasang kromosom yang wujud dalam pasangan itu akan menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat (ketidaksempurnaan). Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu autosomal dominant di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Perwarisan autosomal excessive iaitu kedua ibu bapa pembawa gen cacat. Jika salah seorang sahaja pembawa baka cacat maka anak yang dilahirkan tidak cacat tetapi cuma pembawa baka cacat. Namun bagi pasangan yang normal tetapi pembawa baka cacat maka kemungkinan anak yang dilahirkan cacat adalah tinggi. Rajah 1 di bawah menunjukkan pewarisan baka daripada ibu bapa kepada anak-anak.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 81

Sumber daripada : Eric J. Mash & David A. Wolfe, 2004 Menurut Sandra (2005) ADHD juga berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap metabolisma yang rendah di bahagian otak yang tertentu. Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang mengalami ADHD menghadapi masalah kekurangan aktiviti di bahagian otak berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ADHD di mana aktiviti ini mengawal perjalanan bahagian otak yang lain. Bahagian ini akan mengawal tahap aktiviti otak, dorongan dan perhatian seseorang. Friend (2006) menyatakan kajian yang dijalankan ke atas bahagian otak menunjukkan bahawa terdapat tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia dan cereblum. Ketiga-tiga bahagian otak ini mengawal fungsi yang berlainan. Bagi penghidap ADHD mereka kekurangan electrical activity dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak. Rajah di bawah menunjukkan penghidap ADHD

Sumber daripada : Eric J. Mash & David A. Wolfe, 2004

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 82

KATEGORI HIPERAKTF
Mengikut perkembangan ADHD (Aftention Deficit Hyperactivitiy Disorder) untuk mengenalpasti kanak-kanak yang hiperaktif terdapat 3 gejala utama yang harus dikenalpasti iaitu Inatesi, Impulsif dan Hiperaktif. a. Inatesi (Kekurangan tumpuan perhatian ) : Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya tergolong sebagai kanak-kanak yang lemah kuasa penumpuan perhatian terhadap sesuatu. Kanak-kanak ini selalu tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanakkanak lain. b. Impulsif (Mengikut dorongan hati ) : Kanak-kanak ini tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malah melakukannya sahaja. Dia membuat sesuatu dan dia akan dengan cepatnya berubah pada membuat sesuatu yang lain. Ibubapa dan guru-guru mendapati sukar mengawalnya kerana dia tidak mengikut arahan yang diberikan . c. Hiperaktif ( Berlaku terlalu aktif ) : Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat-manjat perabot sukar duduk diam dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai hiperaktif. Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak-kanak yang berusia 2 tahun atau 3 tahun sudah pandai berlari, memanjat dan melompat. Pemeriksaan urat saraf di kalangan kanak-kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif, selalu tidak menunjukkan apa-apa gangguan. Malahan di kalangan kanak-kanak yang dikatakan brain damaged ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif. Anggapan umum ialah kanak-kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum, tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF


Menurut William Cruickshank (1986) cirri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 83 1. Sensory Hyperactive (pancaindera) : Lemah dan gagal memberi tumpuan : Kanak-kanak hiperaktif ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu suka bermain dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang menghiburkan walaupun seketika. Selalunya mereka gagal memberikan tumpuan yang baik di dalam proses pembelajaran. Mudah hilang tumpuan : Apabila proses pembelajaran sedang berlangsung, kanak-kanak ini hanya memberi tumpuan untuk seketika sahaja tetapi selepas beberapa minit mereka akan mengalihkan tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yang lebih memberikan sesuatu perasaan yang menghiburkan hatinya. Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali : Di dalam kelas juga atau di tempat-tempat lain seperti di rumah, perhatiannya tertumpu pada pandangan dan pendengaran yang berulang kali. Tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan : Biasanya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan sesuatu objek, membezakannya dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait seperti perbezaan di antara lori dan bas sebagainya contohnya. Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang : Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari segi saiz, jarak dan keadaan ruang. 2. Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) : Tingkahlaku yang aktif dan melampau : Kanak-kanak ini terlalu aktif dalam aktiviti sehariannya. Dalam lain perkataan, kanakkanak ini tidak boleh duduk diam dan ada ketikanya mereka bersikap agak agresif sehingga menyebabkan pergaduhan mencederakan rakan-rakan. Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang : Apabila mereka mendapat sesuatu, mereka akan mencuba pelbagai cara seperti menghentak, memukul, membaling atau sebagainya terhadap benda tersebut. Sasarannya adalah orang atau benda yang berada berhampiran dengannya.

a. Bincangkan perbezaan hiperaktif sensori dengan hiperaktif motor. b. Sebagai guru apakah cadangan anda untuk mengurangkan masalah hiperaktif murid berkeperluan khas di dalam bilik darjah.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 84

CIRI-CIRI INTELEKTUAL KANAK-KANAK HIPERAKTIF


Terdapat beberapa ciri-ciri intelektual kanak-kanak hiperaktif yang perlu kita ketahui terutama ibu bapa dan guru-guru. Ciri-cirinya adalah seperti : Mudah terganggu : Kanak-kanak yang aktif keterlaluan ini adalah mudah terganggu sama ada terganggu daripada orang lain atau dengan dirinya sendiri. Fikirannya sentiasa terganggu oleh perkara-perkara lain semasa melakukan sesuatu perkara yang dianggap penting. Tidak boleh tumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara : Apabila disuruh oleh guru untuk menumpukan sesuatu perkara yang sedang diajar di dalam kelas, kanak-kanak hiperaktif ini tidak boleh memberikan perhatian sepenuhnya. Mereka asyik memikirkan perkara yang lain dalam tempoh pembelajaran tersebut. Begitu juga di rumah atau di tempat lain, mereka biasanya tidak dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya apabila diminta untuk melakukan sedemikian. Sebagai contoh, apabila disuruh memegang sesuatu benda, kanak-kanak tersebut boleh memegangnya tetapi dalam masa yang sama mereka akan memikirkan sesuatu yang lain sehingga boleh mengakibatkan sesuatu yang dipegang itu boleh terjatuh atau sebagainya. Tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan : Sekiranya kanak-kanak hiperaktif ini disuruh untuk melakukan sesuatu tugasan atau kerja, mereka biasanya tidak boleh menyiapkannya sendirian. Mereka hanya boleh melakukan kerja atau tugasan tersebut dengan baik hanya dipermulaannya sahaja akan tetapi untuk menyiapkan dengan baik dan sempurna mereka tidak mampu lakukannya. Ini kerana kanak-kanak ini cepat bosan dengan sesuatu perkara atau kerja yang memenatkan dan menyusahkan. Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti : Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu aktif ini tidak suka kepada sesuatu perkara yang membosankan dan memenatkan, maka kerja yang diarahkan supaya dilakukan dengan sempurna tidak dapat dilakukan. Kesannya, hasil kerja yang diperolehi tidak berkualiti dan memberangsangkan. Suka membuat sesuatu aktiviti tetapi sedikit sahaja yang siap : Untuk pengetahuan, kanak-kanak yang mempunyai perlakuan hiperaktif ini adalah suka membuat sesuatu aktiviti, tetapi aktiviti tersebut hanya berkesan untuk seketika sahaja dan menyebabkan sedikit sahaja yang siap. Ini kerana kegemaran atau sikap yang ada padanya adalah berbentuk sementara sebagai contoh mereka hanya suka kepada sesuatu aktiviti yang ringkas dan pendek sesuai dengan dirinya yang mempunyai naluri suka berubah-ubah dan tidak gemar kepada sesuatu yang memenatkan. Perkembangan bahasa yang lambat :

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 85 Dalam masalah kanak-kanak yang terlalu aktif ini, perkembangan mereka juga terbantut misalnya perkembangan bahasa. Oleh kerana kanak-kanak ini sentiasa aktif dengan perlakuannya, sentiasa suka bermain, mengusik orang di sekitarnya, berkhayal dan sebagainya maka mereka mengalami masalah bahasa yang lambat dan pertuturan mereka juga turut terjejas. Boleh dikatakan di sini bahawa kanak-kanak ini tidak boleh berbahasa dengan baik.

CIRI-CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK HIPERAKTIF


Begitu juga dengan tingkahlaku kanak-kanak hiperaktif, terdapat pelbagai ciri-ciri yang telah dikenalpasti. Ciri-cirinya adalah : Suka memberontak Bertindak sebelum berfikir Memerlukan kepuasan dengan segera Tidak boleh menunggu giliran Suka mengganggu kawan Suka mencuri Sentiasa bermasalah Selalu merosakkan harta benda orang Selalu bergaduh dengan rakan Kadangkala berani mencederakan diri sendiri dan orang lain Suka membuat bising Perlakuan secara tiba-tiba Degil dan sukar dikawal Lemah merancang Perlukan perhatian yang lebih Tidak suka dengar nasihat Tidak tahu mempertahankan diri Selalu tukar aktiviti Tidak suka dibelai Suka menjerit Sensitif terhadap bau-bauan Suka bermain tanpa mengira bahaya.

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN MOTOR


Risau/resah/gelisah : Kanak-kanak ini sentiasa risau, mereka resah dan gelisah apabila tidak dapat melakukan sesuatu perkara yang mereka suka dan berminat. Suka mengelamun/berkhayal : Apabila kanak-kanak ini bersendirian, mereka banyak berkhayal dan mengelamun tentang perkara-perkara yang digemarinya dan apabila tersedar dari lamunannya mereka akan mengaplikasikan.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 86

Tidak tahu erti bahaya : Kanak-kanak ini biasanya tidak pernah membayangkan tentang bahaya atau kecederaan yang akan mereka alami dan tempuhi disebabkan mereka sentiasa berkhayal seterusnya dengan tidak disedarinya mereka terus melakukan sesuatu di luar kawalannya. Selalu melakukan perlakuan yang merbahaya : Kanak-kanak ini selalu melakukan aktiviti yang merbahaya seperti melompat longkang yang besar, memanjat pagar seterusnya terjun ke bawah, memegang kaca yang pecah dan sebagainya. Mereka ini merasa seronok apabila dapat melakukannya. Agresif iaitu suka berlari-lari : Apabila berada di dalam kelas atau berada di mana-mana sahaja, kanak-kanak ini suka berlari ke sana ke mari untuk memuaskan hatinya. Mereka merasakan berlari itu sesuatu yang menyeronokkan tanpa mempedulikan orang lain walaupun akan mengakibatkannya terjatuh atau tersungkur. Tidak berhati-hati : Apabila kanak-kanak hiperaktif ini melakukan sesuatu perkara, mereka tidak berhati-hati dan sentiasa terdedah dengan perkara-perkara yang akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri atau orang lain. Tingkahlaku yang memerlukan pengawasan yang rapi : Biasanya kanak-kanak hiperaktif akan sentiasa berkelakuan dengan mengikut perasaan tanpa memikirkan tentang keselamatan diri sendiri. Oleh kerana itu, kanak-kanak ini perlu pengawasan yang rapi oleh guru-guru, ibu bapa atau seseorang yang lebih dikenalinya atau rapat dengannya. Tidak boleh menyesuaikan diri dalam permainan : Apabila berada di dalam sesuatu permainan atau pasukan, kanak-kanak hiperaktif ini tidak dapat untuk menyesuaikan dirinya dengan permainan tersebut atau tidak dapat untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain kerana kanak-kanak ini biasanya berada dalam dunianya sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain. Masalah tidur yang lasak, berjalan-jalan dan kurang tidur : Sewaktu tidur pula, kanak-kanak ini biasanya tidur dalam keadaan yang tidak menentu iaitu seringkali beralih ke kiri dan ke kanan, ke atas atau ke bawah dan posisinya sering beralih arah. Semasa sedang tidur juga, kanak-kanak boleh berjalan mengikut suka hatinya sama ada pergi tidur bersama adik-beradik yang lain atau mencari tempat yang lebih selesa. Kadang-kadang mereka juga kurang tidur ataupun suka tidur lewat. Bertindak cepat tetapi kurang berkesan : Apabila diberikan tugas oleh guru, kanak-kanak hiperaktif akan segera melakukan tugasan dengan penuh semangat dan berkeyakinan tetapi dalam masa yang sama tugasan tersebut kurang berkesan kerana dilakukannya dengan tidak teliti dan tiada peraturan atau strategi tertentu.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 87 Lemah koordinasi : Perlu juga kita ketahui bahawa kanak-kanak hiperaktif ini adalah lemah koordinasinya. Mereka sebenarnya tidak dapat menyeimbangkan dirinya atau pemikiran serta perlakuannya dengan lebih sempurna.

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN SOSIAL


Di samping itu juga, keadaan individu yang mengalami ADHD mereka cepat berasa bosan dan pada waktu yang sama tidak berdaya hendak menumpukan perhatian pada tugas yang perlu disiapkannya. Mereka juga mungkin kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain. Ini dapat dilihat daripada tindakan yang mengikut gerak hati dan mereka juga gagal memahami kenapa mereka dihukum kerana perbuatan yang dilakukan. Kanak-kanak ADHD kerap mengalami kesukaran pemprosesan auditori. Apa yang dimaksudkan adalah mereka mungkin mempunyai pendengaran yang baik dan boleh mendengar arahan tetapi tidak berkeupayaan memahami bunyi yang didengar. Selain daripada itu, mereka juga seorang yang pelupa dan tumpuan mereka mudah terganggu. Mereka juga selalunya gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya APA (2000) dalam dalam Azizi Yahaya et al. (2006)

RAWATAN DAN PENGENDALIAN KANAK-KANAK ADHD


Di sini terdapat tiga cara rawatan bagi kanak-kanak hiperaktif : Terdapat beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan keadaan hiperaktif seperti Amphetamine, Ritalin dan Haloperidol. Tetapi malangnya dengan cara ini, kesannya tidak berpanjangan. Sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul balik. Kadangkala rawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan yang negatif. Teknik pengubahsuaian kelakuan (behavioural modification) cara ini lebih berkesan tetapi cara-caranya perlulah ditunjukkan oleh pakar psikologi, supaya dapat dilakukan dengan cara yang betul. Teknik ini perlu diamalkan. Pendekatan pembelajaran (educational approach) cara ini bertujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak-kanak ini dan sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang boleh memperkembangkan intelek mereka. Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan satu demi satu. Bagi kanak-kanak mestilah disesuaikan secara orang perseorangan. Misalnya ada kanak-kanak yang memerlukan cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya dirawat dengan cara kedua sahaja.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 88

CARA-CARA MEMBIMBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF


Selain daripada rawatan kanak-kanak hiperaktif, juga mesti mendapat bimbingan daripada pihak ibu bapa dan guru-guru. Di sini ada beberapa cara membimbing kanak-kanak hiperaktif : Bermula dengan mendapatkan perhatian anak-anak sebelum bercakap dengannya. Kemudian pastikan anak hiperaktif bertentang mata dengan mata anda ketika bercakap. Berikan arahan dengan tepat dan jelas. Buatkan satu jadual untuknya. Pastikan kanak-kanak hiperaktif ini mengikuti jadual tersebut. Suruh mereka mengulangi bahagian yang anda pilih untuk diingati. Berikan ganjaran kepada tingkahlaku yang baik dan bersesuaian. Benarkan kanak-kanak hiperaktif ini berehat untuk menyegarkan dirinya (semasa membuat kerja sekolah). Mereka akan lebih baik selepas berehat selama 5 hingga 10 minit. Jangan galakkan permainan kasar dan tidak terkawal dengan orang dewasa. Bagi kanak-kanak yang bersekolah, suruhlah mereka selalu berkomunikasi dengan guru. Jika perlu, pertimbangkan untuk mendapatkan pertolongan dalam pelajaran kanak-kanak ini dari guru yang sesuai.

RUMUSAN

1. Hiperaktif adalah perlakuan atau tingkahlaku yang dianggap bertentangan nilai sosial yang disebabkan oleh ketidakseimbangan sistem saraf pusat otak dalam mentafsir rangsangan-rangsangan yang ada di persekitaran. 2. Pencegahan lebih baik dari rawatan. Kanak-kanak hiperaktif ini memerlukan rawatan yang terperinci dan pemeriksaan fizikal serta penilaian perkembangan intelek dan emosinya. Kaunseling yang intensif diperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan memberi rawatan kepada anak mereka. Ini memerlukan kesabaran, pengorbanan masa, tenaga dan kewangan. 3. Matlamat rawatan supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan masyarakat dengan sebaik mungkin. Dari masa ke semasa pencapaian perlu dinilai dan strategi perlu diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan. Apa yang paling penting ialah setiap ibu bapa perlu mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang permasalahan-permasalahan kanak-kanak hiperaktif. 4. Kepada guru-guru juga tindakan dan kaedah yang sesuai hendaklah diaplikasikan dan direalisasikan bagi mengelakkan kanak-kanak yang hiperaktif ini daripada berterusan dengan kepelbagaian masalah yang mereka timbulkan serta dapat mengawal dan membantu mereka dengan sewajarnya.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 89

RUJUKAN

Fitzgerald, M. 2004. Autism And Creativity: in there a link between autism in men and expectional ability?. Brunner- Routledge, Taylor & Francis Group Hove and New York. Hamid Arshat. 2009. Kanak-kanak Autistik. http://www.hamidarshat.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=1999 (akses pada 24 Disember 2011.). Ives, M. & Munro, N. 2002. Caring For A Child With Autism: A Practical Guide For Parents. Jessica Kingsley Publishers, London and Philadelphia, Published with the National Austistic Society. Khairul Anwar Bin Sharin. 2009. Kanak-kanak Autisme: Ciri-ciri dan Implikasi Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajara.(akses pada 26 Disember 2011.). Mohd Hisyammieddy Bin Esa. 2009. Punca Kejadian. http://hisyammieddy.blogspot.com/2009/01/punca-dan-kadar-kejadian-autisma.html. (akses pada 24 Disember 2011). NASOM. 2009. Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia. http://rehabmalaysia.org/images/2008-03-17/Press_release_ Voc_Klang_(BM).pdf. (akses pada 24 Disember 2011). Wikipedia. 2009. Autisme. www.wikipedia.com. (akses pada 25 Disember 2011). *Worth, S. 2005. Autistic Spectrum Disorders. Continuum International Publishing Group, London. Philips. N. et al, 2007, Teching Play to Children with Autism Practical Interventions during Interplay. Paul Chapman Publishing, London Hanbury. M. 2005. Educationg Pupils with Autistic Specktrum Disorder: A Practical Guide. Paul Chapman Publishing, London Seach.D. et al, 2003, Supporting Children with Autism in Mainstream School. The Questions Publishing Company Ltd. Birmingham Plotnik. R.2001. Introduction to Psychology. 6th edition. Wadsworth Thomson Learning, US. Scott. J., Clark. C., Brady. M. 2000. Students with Autism: Characteristics and Instruction Programming for Special Educators. Singular Publishing Group, San Diego California. Smith.C. 2005. Writing and Developing Social Stories Practical Interventions in Autism. Speechmark Publishing Ltd, UK.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 90

You might also like