You are on page 1of 52

Falsafah Dan

Pendidikan Di Malaysia

(EDU 3101)

PENGERTIAN FALSAFAH

Falsafah dalam bahasa Inggeris iaitu philosophy berasal dari dua perkataan Yunani iaitu :

Philos (mencintai) Sophia ( kearifan / kebijaksanaan)


falsafah = perihal mencintai kebijaksanaan

Ia merupakan satu bentuk pemikiran dan pandangan yang benar, rasional dan bernas.
Pemikiran yang dihasilkan berasaskan kepada cara saintifik, sistematik dan logik.

Fung Yu-Lan dalam bukunya Sejarah ringkas Falsafah China: Falsafah sebagai pemikiran reflektif yang sistematik terhadap kehidupan. Maka, semua teori kehidupan dan semesta serta ilmu adalah hasil daripada pemikiran reflektif.

E.D.Miller dalam bukunya Question That Matter(1984): Falsafah sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting

Sharifah Alwiyah,1984

Falsafah merupakan satu bentuk pemikiran yang menilai fakta, menganalisis makna, memberi interpretasi, meletakkan kepentingan dan kemudian mempertimbangkan semua fakta tersebut untuk amalan dalam kehidupan.

Hu Jun dalam bukunya What is Philosophy? Falsafah adalah satu disiplin yang berlainan dengan psikologi, ekonomi, sosiologi dsb Falsafah bermula daripada rasa terkejut. Mengikut Plato, rasa terkejut ini memotivasikan manusia berfikir dan ini memulakan aktiviti berfalsafah

Tujuan utama falsafah ialah usaha memahami kendiri individu Falsafah ialah panduan kesejahteraan hidup

Kesimpulannya : FALSAFAH
Pemikiran atau pandangan yang rasional, benar dan bernas. Pemikiran atau pandangan ialah hasil daripada kajian ahli falsafah secara sistematik, logikal dan saintifik.

CABANG-CABANG FALSAFAH

METAFIZIK

Kajian realiti

EPISTEMOLOGI

Kajian ilmu
Kajian nilai penaakulan

AKSIOLOGI

LOGIK

CABANG-CABANG FALSAFAH
1. Metafizik (Ontologi)

- kajian mengenai realiti secara mutlak


- mengikut takrifan kamus : yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan - bersifat spekulatif - melihat perkaitan antara sebab dengan akibat

Aristotle pada asasnya berkaitan masalah-masalah seperti bahan dan penyebabnya serta kewujudannya (termasuk sebab pertama atau Tuhan) Ontologi pengajian kewujudan (existence) atau kejadian (being)

Immanuel Kant, konsep metafizik tentang persepsi kebenaran sebenarnya hasil struktur kognitif dalam minda manusia Kini, Metafizik mengenai kajian realiti yang muktamad

Mengkaji realiti dengan persoalan : 1. Apakah alam semester? 2. Apakah kehidupan? 3. Apakah dia pemikiran? 4. Apakah dia demokrasi? Dsb

2. Epistemologi
- kajian tentang ilmu dan kepercayaan - melibatkan pengetahuan dan proses mengetahui

- tertumpu kepada cara untuk


memperoleh ilmu dan kesahan

cara mencari ilmu

Mempersoalkan: 1. Apa dia ilmu? 2. Bagaimana kita memperoleh ilmu? 3. Apakah perkaitan ilmu dengan pembelajaran?

- ilmu boleh diperoleh melalui sumber sumber ilmu seperti : wahyu berasaskan pengalaman pancaindera intuisi pandangan pakar bidang berkaitan logik

kaedah saintifik

3. Aksiologi - melibatkan teori nilai yang cuba menjelaskan apa yang dikatakan

tingkah laku yang baik dan betul


- terbahagi kepada etika dan estetika

Etika mengkaji nilai-nilai moral dan peraturan yang mengariskan tingkah laku yang betul/murni Cabang etika falsafah moral Etika dibahagikan kepada etika normatif dan metaetika

Etika Normatif mengkaji prinsip-prinsip kelakuan yang betul dan sesuai Etika Metaetika mengkaji kegunaan dan konsep asas seperti betul atau salah, baik dan jahat Dalam sistem organisasi sosial, kelakuan etika dipandang sebagai penyempurnaan kendiri melalui usaha mengejar kebaikan dan kewajipan terhadap orang lain

Estetika membincangkan nilai-nilai dalam kecantikan dan seni lukis Mempersoalkan: 1. Apakah kecantikan? 2. Apakah nilai-nilai kecantikan? Plato dan Aristotle kecantikan sebagai ungkapan kualiti universal.

Yunani- konsep seni merangkumi kraf tangan, bentuk simetri, keseimbangan dalam tenunan, seni tembikar, puisi atau pahat Abad ke-19, seni menjadi satu yang berkaitan dengan lukisan, seni pahat dan sastera dan dikenali sebagai seni halus.

4. Logik
- merujuk kepada peraturan-peraturan dan corak pemikiran yang betul serta

sah - secara umum terdapat 2 jenis logik


iaitu : a) logik induktif b) logik deduktif

a) logik induktif :
~ penaakulan yang bergerak daripada situasi khusus kepada generalisasa

atau situasi am
Contohnya:

Jika A>B dan B>C


Maka berdasarkan prinsip logik, A>C

b) logik deduktif ~ penaakulan yang bergerak daripada kenyataan atau prinsip am kepada aplikasi atau situasi khusus Misalnya : Premis 1: Semua manusia ialah mahluk yang fana Premis 2: Socrates ialah seorang manusia Premis 3 : Jadi, Socrates ialah mahkluk yang fana.

FALSAFAH PENDIDIKAN

KONSEP PENDIDIKAN

SECARA UMUM - Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.

SECARA KHUSUS

- Aktiviti persekolahan ~ ada objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu agar berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa hadapan.

PENGERTIAN PENDIDIKAN

Dari perspektif Timur Dari Perspektif Barat Dari Perspektif Islam

Dari Perspektif Timur..


Confucius

- Pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia. Hal ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara

Hamka

(Haji Abdul Malik Karim Amrullah) - Pendidikan ialah suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap merendahkan diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya

Rabindranath Tagore

- Pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian, dengan penuh bermakna

Dari Perspektif Barat..

Plato - Proses membentuk individu yang berakhlak mulia yang dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara.

Maria Montessori - Proses membentuk dan mengembangkan intelek, rohani, jasmani, dan sosial kanak-kanak.

John Dewey - Proses perkembangan individu

Aristotle

- Ilmu yang bersifat etikal dan politikal yang dapat membentuk warganegara yang mematuhi peraturan, tingkah laku yang baik, cekap mentadbir dan mempertahankan kedaulatan negara.

Dr John Park - Seni dalam proses penyampaian ilmu pengetahuan dan tabiat menerusi pengajaran dan pembelajaran. Mouly - proses penyesuaian diri dengan interaksi sosial, undang-undang, kepercayaan dan situasi masyarakat dari satu generasi kepada satu generasi yang lain.

Jean Jacques Rousseas

- Satu proses yang berterusan dan bermula dari masa kecil. Dalam proses ini segala kebolehan semula jadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semula jadi.

Horne - Satu proses tidak berkesudahan bagi menyesuaikan diri manusia dari segi perkembanga jasmani dan kematangan akal fikiran, kebebasan dan perasaan manusia terhadap tuhan sebagaimana ternyata dalam emosi serta kemahuan manusia.

John MacDonald - terdapat perbezaan antara masyarakat primitif dengan masyarakat moden. Masyarakat primitif : ~ Latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang yang disampaikan melalui tunjuk ajar secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa.

Masyarakat moden :

~ Latihan khusus untuk menguasai kemahiran dan memperoleh ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan yang disampaikan melalui pengajaran secara langsung oleh guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.

Dari Perspektif Islam..

Hassan Langgulung - Pendidikan merupakan proses untuk membawa kepada perkembangan diri dan pengetahuan, membawa perubahan serta memindahkan nilai kebudayaan kepada setiap individu melalui proses jangka panjang dengan tujuan untuk mencapai objektif ke arah memenuhi kehendak dan tuntutan manusia itu diciptakan oleh Allah swt.

Al-Syaibany

- Usaha untuk membina dan membentuk keperibadian individu muslim yang sempurna dalam pelbagai aspek bagi mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Mohamad Yusuf al-Qaradawi - Pendidikan yang menyeluruh dari segi pembinaan akal, jiwa, rohani, jasmani, akhlak dan perilaku individu itu.

Al-Jamali proses melatih dan mendidik dari segi mental dan fizikal untuk berbakti kepada Allah Azza Wa Jalla.

Izzan-Din al-Tamimmiy

memperbaiki kehidupan manusia dalam erti kata dapat mewujudkan perimbaqngan keperibadian seorang insan antara keperluan dunia dan akhiratnya dengan berlandaskan kepada iman, akhlak dan ilmu.

Mohammad Qatb proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.Tujuan utama pendidikan ialah memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.

Dr Mohd Athiyah al-Abrasy

pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama islam.

Al-Ghazali

peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara

KESIMPULAN PENGERTIAN PENDIDIKAN ..

Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, emosi dan sosial seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri, masyarakat, bangsa dan negaranya.

Secara umum Falsafah Pendidikan. satu cara pemikiran yang analitikal yang digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep asas berhubung dengan pendidikan.

Perbentangan
Kumpulan 1: Falsafah Pendidikan Islam dan Timur (India) Kumpulan 2: Falsafah Pendidikan China Kumpulan 3: Falsafah Pendidikan Barat (Tradisional) Kumpulan 4 : Falsafah Pendidikan Barat (Moden) Bincangkan dari aspek konsep dan prinsip mengikut tokoh-tokoh berkenaan.

Sekian, Terima Kasih Atas Tumpuan dan Perhatian Anda

You might also like