You are on page 1of 1

1. Kes penipuan internet mencatatkan peningkatan saban tahun yang membabitkan kaum wanita.

Ramai pihak menyalahkan kaum wanita kerana terlalu mudah mempercayai kenalan dalam internet. Bincangkan. 2. Tekanan mental yang membabitkan remaja dan kanak-kanak semakin serius dan mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada golongan tersebut. Bincangkan. 3. Perubatan tradisional masih lagi mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia pada masa ini. Hal ini seolah-olah menafikan peranan perubatan moden dalam mengesan pelbagai penyakit. Berikan pendapat anda. 4. Penglibatan mahasiswa dalam misi kemanusiaan dikatakan menganggu tugas hakiki sebagai mahasiswa. Berikan pendapat anda. 5. Ungkapan 1 bahasa ,1 bangsa dan 1 negara mampu menyatukan semua bangsa di Malaysia dalam usaha kerajaan mengekalkan kemerdekaan. Hujahkan. 6. Kecenderungan masyarakat Malaysia berbelanja di negara jiran boleh menjejaskan ekonomi negara dan merendahkan produk tempatan. Hujahkan. 7. Kebaikan susu ibu merupakan elemen penting dalam perkembangan anakanak berbanding susu formula. Paparkan. 8. Masyarakat yang bertamadun bermula dengan perubahan akhlak yang baik. Paparkan.

You might also like