You are on page 1of 1

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA DAN TREK AJK PENGANGKUTAN Sebelum menjelang hari KOT, AJK pengangkutan telah menyediakan

Kupon dan jadual bagi memudahkan pengurusan. Pada hari KOT tepat jam pukul 4.30pagi AJK pengangkutan membuat pengumuman untuk mengingatkan kepada pelajar yang akan menaiki bas pada jam 5.30 minit pagi. Pengumuman tersebut berselang setiap 15 minit. Pada jam 5.15 pagi, kebanyakkan bas yang disediakan telah dipenuhi oleh peserta-peserta rumah sukan, AJK, dan Atlit. Dan bas mula bergerak pada jam 5.30 minit pagi. Pada jam 5.45 pagi, pengumuman dibuat lagi dan ditujukan kepada pemengang kupon iaitu pelajar yang menaiki bas pada jam 6.30 pagi. Pada jam 6.15 pagi, pelajar mula berkumpul dan beberapa bas mula bergerak. Pada jam 7.00 pagi, bas yang membawa staf mula bergerak daripada IPG KBM. Bas terakhir bergerak ialah bas yang membawa kanak-kanak pra sekolah iaitu pada jam 7.30 pagi. Pada sebelah pulang pula, pelajar yang memiliki kupon sahaja dibenarkan menaiki bas awal iaitu sepatutnya pada jam 3.30 ptg. Tetapi kejohanan berakhir dengan lewat pelajar tersebut perlu naik bas pada jam 4.30 ptg. Semua bas bergerak dengan membawa atlit, staf dan ahli rumah sukan. Bas untuk pusingan kedua pula telah membawa pelajar yang akhir serta ajk pada jam 6.15 ptg. Bas lambat tiba kerana kesesakan lalu lintas.

You might also like