You are on page 1of 6

SOALAN 1 Peristiwa 13 Mei 1969 mengakibatkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak Dato

Hussein pada tahun 1970. a) Jelaskan faktor-faktor tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. b) Nyatakan tujuan Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan. c) Huraikan secara ringkas kesan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap hubungan etnik di Malaysia.

SOALAN 2 Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada Rancangan Malaysia Kedua (RMK 2) sehingga Rancangan Malaysia Kelima (RMK 5) bermatlamat untuk mencapai perpaduan Negara. a) Nyatakan rangka-rangka kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut. b) Jelaskan secara ringkas usaha-usaha kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK 2) sehingga Rancangan Malaysia Kelima (RMK 5). c) Bincangkan kesan-kesan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap orang bukan Bumiputera.

SOALAN 3 Sistem pendidikan di Negara ini telah melalui beberapa fasa yang menunjukkan bahawa terdapat beberapa perubahan yang telah dibuat hasil daripada laporanlaporan serta kajian yang dilaksanakan untuk menambahbaik sistem pendidikan di negara ini. a) Berikan LIMA (5) laporan atau penyata yang dikeluarkan dalam membentuk Dasar Pendidikan Kebangsaan. b) Jelaskan mengapa perubahan-perubahan dalam sistem pendidikan ini perlu dilakukan. c) Bincangkan bagaimana sistem persekolahan yang sama yang diamalkan di negara ini boleh membentuk perpaduan antara kaum.

SOALAN 4 Satu jawatankuasa telah dibentuk pada tahun 1960 bagi mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah digubal dan hasil kajian tersebut dinyatakan melalui Laporan Rahman Talib. a) Berikan DUA (2) faktor mengapa jawatankuasa ini ditubuhkan. b) Nyatakan kedudukan sekolah rendah bantuan kerajaan menurut laporan ini. c) Jelaskan secara ringkas kaedah yang diusulkan bagi memartabatkan kedudukan bahasa melayu yang terkandung dalam laporan ini.

SOALAN 5 Gagasan Islam Hadhari membawa bersama pelbagai pendekatan bagi memartabatkan Islam di Malaysia. Antaranya ialah pendekatan untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan. Huraikan antara usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan di bawah Gagasan islam hadhari.

SOALAN 6 Pada pandangan anda, bagaimanakah Islam Hadhari memainkan peranan dalam hubungan etnik di Malaysia?

You might also like