Professional Documents
Culture Documents
Syarat
Syarat
Nama Program
Tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut : 1. Segala maklumat yang saudara/i telah berikan dalam borang permohonan kemasukan hendaklah benar . Jika terdapat maklumat palsu, Universiti berhak menarik balik tawaran ini atau menamatkan pengajian saudara/i pada bila-bila masa. 2. Saudara/i sihat dan dibuktikan dengan Borang Akuan Doktor yang dilampirkan bersama surat tawaran di Lampiran UTM 1a. Pemeriksaan kesihatan boleh dibuat di Pusat Kesihatan UTM atau dimana-mana Klinik Kerajaan dan Swasta, walau bagaimanapun keputusan muktamad pemeriksaan kesihatan tertakluk kepada perakuan pegawai perubatan Universiti. Universiti berhak menarik balik tawaran ini atau menamatkan pengajian sekiranya saudara/i didapati menghidap dan / atau pembawa penyakit berjangkit yang memerlukan rawatan lanjutan yang boleh menjejaskan pengajian saudara/i di UTM. 3. Saudara/i diwajibkan membawa bersama semasa pendaftaran maklumat sebagaimana berikut : a. Surat Tawaran (Asal) b. Sijil, Transkrip Akademik dan Ijazah Pengajian (Asal) c. Surat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (Jika pelajar membuat permohonan semasa di semester akhir ) dari pihak fakulti (Asal & Salinan) d. Surat Penajaan ( jika ditaja ) (Asal & Salinan) e. Surat Cuti Belajar ( untuk calon sepenuh masa yang berkerja ) (Asal & Salinan) f. Surat Pelepasan Majikan ( calon Separuh Masa ) (Asal & Salinan)
4. Menjelaskan bayaran pada hari pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan di Lampiran II surat ini. 5. Saudara/i dikehendaki mengambil dan lulus matapelajaran berikut selain dari matapelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum :
- Subjek pra-syarat akan ditentukan oleh fakulti. 6. Sila bawa bersama surat asal dari penaja semasa pendaftaran program pada semester pertama pengajian sekiranya pengajian anda ditaja oleh mana-mana pihak yang berkenaan. Pihak UTM akan menuntut bayaran penuh setiap semester sebelum pendaftaran Semester tersebut boleh dilakukan oleh pelajar. 7. PERINGATAN : Sila lengkapkan borang maklumat pendaftaran pada Lampiran III, IV (a dan b), UTM 1a, UTM 2a dan UTM 2b yang disertakan bersam surat tawaran ini untuk diserahkan semasa pendaftaran