You are on page 1of 19

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

KERTAS KERJA MINI SUKAN ( FUTSAL DAN BOLA JARING ) PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2012

1.0

PENDAHULUAN Mini Sukan Futsal dan Bola Jaring adalah disertai oleh murid Prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Kurikulum Prasekolah untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ).

2.0

MATLAMAT

Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.

3.0

OBJEKTIF

3.1 3.2 3.3 3.4

Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan. Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif. Meningkatkan disiplin dalam diri murid.

4.0

KUMPULAN SASARAN

4.1 4.2 4.3

57 Sekolah yang mempunyai kelas Prasekolah KPM di Daerah Alor Gajah 10 orang murid lelaki dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah Daerah Alor Gajah untuk futsal 10 orang murid perempuan dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah Daerah Alor Gajah untuk bola jaring

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

5.0

CADANGAN MINI SUKAN

5.1

Dijalankan selama 2 hari untuk 2 jenis permainan dijalankan di 2 kawasan iaitu : i. ii. Kawasan Alor Gajah ( 7 JULAI 2012 ) Permainan Futsal Kawasan Masjid Tanah( 14 JULAI 2012 ) Permainan Bola Jaring

5.2

Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Alor Gajah ke Peringkat Negeri

6.0

SUMBER KEWANGAN

6.1

Yuran penyertaan dari setiap sekolah yang menyertai kedua-dua pertandingan : RM 100.00 X 57 Sekolah = RM 5,700.00

7.0

PERBELANJAAN

7.1 Bi l. 1. 2. 3. 4. Perkara Bayaran Pengadil RM 20.00 X 8 orang X 2 kawasan Hadiah Tempat Pertama Plak RM 5.00 X 20 orang X 2 kawasan Hadiah Tempat Kedua Plak RM 5.00 X 20 orang X 2 kawasan Hadiah Tempat Ketiga Plak RM 5.00 X 20 orang X 2 kawasan 2 Jumlah RM 320.00 RM 200.00 RM 200.00 RM 200.00 Catatan

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

5. 6. 7. 8.

Saguhati (untuk semua peserta) RM 1.00 X 560 orang X 2 kawasan Jamuan Guru dan Pegawai RM 3.00 X 100 orang X 2 kawasan Jamuan Murid RM 2.00 X 570 X 2 kawasan Lain-lain JUMLAH

RM 1120.00 RM 600.00 RM 2280.00 RM 460.00 RM 5700.00

8.0

PELAKSANAAN 8.1 PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL DAN BOLA JARING Bilangan semua pemain untuk pertandingan futsal dan bola jaring termasuk simpanan ialah 10 orang. Peraturan-peraturan semasa pertandingan futsal dan bola jaring diberi kelonggaran untuk murid peringkat prasekolah mengikut persetujuan dari semua pihak. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik untuk Mini Sukan adalah muktamad.

8.2 8.3

NAMA PERTANDINGAN Mini Sukan ( Futsal dan Bola Jaring ) Prasekolah Negeri Melaka BILANGAN PEGAWAI/PESERTA Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Futsal dan Bola Jaring ialah seperti berikut:Pengurus Pasukan Jurulatih Pasukan Peserta 1 orang ( setiap pertandingan ) 1 orang ( setiap pertandingan ) 10 orang ( setiap pertandingan )

8.4

PENYERTAAN Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid perempuan Kelas Prasekolah Negeri Melaka Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu 1 pasukan sahaja setiap pertandingan. 3

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini. Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan. Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga hari sebelum pertandingan. TEMPOH PERLAWANAN Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:

8.5

8.6 A.

Bahagian pertama Rehat Bahagian kedua

7 minit 3 minit 7 minit

SISTEM PERTANDINGAN Liga Kumpulan Pusingan Permulaan Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.

B.

Pusingan Suku Akhir i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati

ii. Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang sebagai kumpulan X1 dan X2 iii. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B. Pemenang sebagai kumpulan Y1 dan Y2 C. Pusingan Separuh Akhir i. ii. Z1 iii. Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2. 4 Pusingan separuh akhir secara kalah mati. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

D.

Pertandingan akhir i. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah

ii. Y1 lawan X2. 8.7

MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

8.7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti berikut :Menang Seri Kalah 8.7.2 Keputusan Seri Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut: i. pasukan Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan. ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang. 8.7.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir : i. Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa sepenuh perlawanan. ii. Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (5) minit setiap bahagian akan dimainkan. ii. Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan 5 2 Mata 1 Mata 0 Mata

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya. iv. Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat. v. Hantaran Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Tengah berikutnya. vi. Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol. 9.0 9.1 PERTUKARAN PEMAIN Penggantian dan Pertukaran posisi Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain. Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira. Pertukaran posisi dalam pasukan gelanggang bertukar posisi. adalah apabila pemian di

Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada: i. ii. Masa rehat Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit. Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit

yang menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian dan atau pertukaran posisi. 9.2 Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain yang telah di daftarkan Kecederaan dan kesakitan Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan 6

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung. 9.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa. 9.4 kerana kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa. 10.0 PAKAIAN Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama. Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib warna yang bernombor atau huruf sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama dengan pasukan lain. Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek. Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku. Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan

11.0 GELANGGANG DAN PERALATAN Gelanggang futsal Gelanggang bola jaring merujuk kepada peraturan asas IFNA dan diubah suai mengikut kesesuaian murid Prasekolah.

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

1. lebar(l) )

Cadangan luas padang futsal ialah 25 m X 18 m ( panjang(p) X 25 m

18 m 3m

5m

3m

1.5 m

i. ii.

Gol adalah ukuran keluasan 3 m lebar di depan gol 5 m Lebar di tengah untuk separuh bulatan adalah 1.5 m

2. lebar(l) )

Cadangan luas padang bola jaring ialah 21 m X 12 m ( panjang(p) X 21m 7m 7m bulatan tengah 12m 280m m bulatan gol 7m

i. ii. iii. iv.

Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 1.5 m tinggi. Bulatan tiang gol mempunyai diameter 280 mm Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran 150 mm atau 6 inci p Tebal garisan gelanggang mempunyai 50 mm (2 inci) lebar 8

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

3. 4.

Peralatan Futsal 2 biji bola perlu disediakan atau digunakan adalah bersaiz 3. Tiang gol seperti tiang gol Bola Baling. Peralatan Bola Jaring

Jika permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola perlu di sediakan oleh penganjur mengikut spesifikasi berikut: i. Permainan di jalankan di atas gelanggang padang: Jenis bola jaring Ukuran bola ii. : rubber : saiz 4

Permainan di jalankan di atas gelanggang bersimen Jenis bola jaring Ukuran bola : synthetic leather : saiz 4

12.0

KELEWATAN Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan. Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0. Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi. Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila :-

i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu. ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit. 9

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

ii.Sebaik sahaja selepas rehat

13.0 14.0

BANTAHAN DAN RAYUAN Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan. Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar. JURI RAYUAN Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) dengan sekurang-kurangnya 3 wakil daripada Kelas Prasekolah berkecuali. Ahli juri rayuan terdiri daripada:

i. Pengerusi. ii. wakilnya. iii.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya

sebagai

Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau Pengerusi Teknik Permainan berkenaan.

iv. Dua hingga empat orang wakil daripada Kelas Prasekolah yang berkecuali. Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

15.0

KEHILANGAN DAN KESELAMATAN Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung. Setiap Pasukan Prasekolah dikehendaki menyediakan First Aid Kit sendiri.

16.0

PENANGGUHAN PERLAWANAN 10

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan. Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal. 2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula. 3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta. 4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Futsal dan Bola Jaring akan menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu. sama, maka

17.0

PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK Sekolah Pengelola akan melantik Pengerusi Teknik Pertandingan Futsal dan Bola Jaring manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan disediakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang menganjurkan Mini Sukan tersebut untuk menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman.

18.0 CADANGAN PENGELOLAAN Bangku dan pemain simpanan)

PERALATAN

BAGI

SATU

GELANGGANG-

- 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain

11

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

Kerusi masa dan 1

-6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga pencatat skor)

Meja Payung

- 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa) - 2 buah (1 papan skor dan 1 di meja pencatat) - borang skor, borang pertukaran dan borang

Borang pertandingan keputusan Jam randik Papan skor

- 2 buah - 1 unit

Bola pertandingan - 2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding)setiap pertandingan

19.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkanmemasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan. 20.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi Naib Pengerusi (K) Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari Balak )

Adnan bin Isenin ( SK Parit Melana ) : Irmadila binti Mat Ismail ( SK Durian Daun

Julianty binti Idris ( SK Hutan Percha ) : Noraini binti Zammeri ( SK Sri Laksamana )

Azila binti Ayob ( SK Dato Naning ) : Noraini binti Abu Bakar ( SK Pengkalan

Ahli Jawatankuasa : i. Pendaftaran dan Borang 12

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

Nurhalawati Jannat binti Saad ( SK Tanjung Bidara ) Yaw Mei Ting ( SJK C Pay Chee ) ii. Persiapan Tempat / Padang Rohaimizan bin Che Mat Hassan @ Hussain ( SK Rantau Panjang ) Nurul Hayati binti Amat ( SK Telok Berembang ) iii. Teknikal / Peralatan Mohd Maizon bin Waham ( SK Alor Gajah 1 ) Madhumathi a/p Sankaran Nair ( SJK T Alor Gajah ) iv. Jamuan Rosmala Melati binti Kamaruddin ( SK Pulau Sebang ) Hanisah binti Hamid ( SK Simpang Empat ) v. Hadiah dan Cenderahati Hazlinda binti Abdul Rahman ( SK Gangsa ) Izazuzita binti Idrus ( SK Sungai Tuang ) vi. Buku Program / Jemputan Noraini bin Zammeri ( SK Seri Laksamana ) Mok Suit Kit ( SJK C Machap Umboo ) vii. Juruacara Mahani bin Ab Jalil ( SK Jeram ) viii. Penyelia Peserta Irwanimarzilla binti Abd Samad ( SK Durian Tunggal )

21.0 LAMPIRAN

1. Jadual Perlawanan secara Liga Futsal dan Bola Jaring 2. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan 13

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

3. Borang Penyertaan Pertandingan 4. Borang Senarai Nama Pasukan

14

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

LAMPIRAN 1

JADUAL PERLAWANAN SECARA LIGA

KUMPULAN A

KUMPULAN 1 SUKU AKHIR

KUMPULAN 2 SEPARUH AKHIR

KUMPULAN 3 SUKU AKHIR KUMPULAN 4 AKHIR

KUMPULAN 5 SUKU AKHIR

KUMPULAN 6 SEPARUH AKHIR

KUMPULAN 7 15

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

SUKU AKHIR

KUMPULAN 8 LAMPIRAN 2

JADUAL PUNGUTAN MATA PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN

NAMA PASUKAN PASUKAN 1

PASUKAN 1 PASUKAN 2 PASUKAN 3 PASUKAN 4 JUMLAH

PASUKAN 2

PASUKAN 3

PASUKAN 4

JUMLAH

Disahkan oleh,

16

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

LAMPIRAN 3

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

NAMA SEKOLAH : . NAMA PASUKAN : NAMA GURU : . NAMA PEMBANTU : . WARNA BIP/JERSI : .

BIL

NAMA PESERTA

NO. SURAT BERANAK

POSISI

17

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.. .

LAMPIRAN 4

SENARAI NAMA PASUKAN


BIL NAMA SEKOLAH JURULATIH / PENGURUS PASUKAN

18

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

19

You might also like