You are on page 1of 2

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) - Pernyataan Standard

Indeks Artikel Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Hasrat KSSR Prinsip KSSR Bentuk Kurikulum Fokus KSSR Organisasi Kurikulum Pernyataan Standard Perbezaan KBSR dan KSSR Pendidikan Khas Semua Halaman Muka 7 of 9 Kurikulum Berasaskan Standard KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.

Standard Kandungan Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau petunjuk ( indicator ) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

You might also like