You are on page 1of 2

Guru yang berpandangan progresif dan saintifik ialah guru yang sentiasa berfikiran

positif, proaktif inovatif dan motivatif. Setiap guru mempunyai minda yang kehadapan
sentiasa memperkembangkan pengetahuan dan kemahirannya. Mereka juga
sentiasa berusaha mencari dan mengguna idea, kaedah dan bahan baru dalam
melaksanakan bidang tugas. Sebagai contohnya, guru berusaha mempelbagaikan
teknik pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar agar para pelajar mudah
memahami sesuatu subjek

Guru yang bersedia menjunjung aspirasi negara ialah guru yang sentiasa
meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai yang terpenting dan utama. Mereka
sentiasa mendahulukan kepentingan negara dalam melaksanakan tugas-tugas yang
diamanahkan. Sebagai contohnya, guru sentiasa taat akan arahan guru besar
mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia dan sentiasa utamakan dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), Standard Guru Malaysia atau
dengan ringkas "SGM", menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai
oleh setiap guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institut latihan
perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan
Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru,
agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan guru berkualiti.
Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan
berterusan. Terdapat tiga tujuan Standard Guru Malaysia (SGM) digubal. Antaranya
ialah, kompetensi guru, kesediaan institusi latihan perguruan dan cabaran dunia
pendidikan.Standard Guru Malaysia mempunyai 3 komponen utama iaitu Komponen
Standard, Komponen Keperluan dan Komponen Asas Penentuan Standard &
Keperluan. Dari segi komponen Standard, standard ini memperincikan kompetensi
ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan,
kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Dari segi
komponen Keperluan, keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi
dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi
tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh
memantapkan lagi latihan perguruan. Perincian standard dan keperluan yang
digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan
menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif dan berketerampilan.

You might also like