You are on page 1of 13

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIAN 36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN

KEMAHIRAN INGAT SIFIR MELALUI OPERASI DARAB DAN BAHAGI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN EMPAT DAN TAHUN LIMA

MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK ( PPPS DG 41 )

JULAI 2009

1.0. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Selepas semua murid tahun empat dan tahun lima menduduki Ujian Pengesanan 1 ( Bulan April ) yang telah diadakan pada 31 Mac hingga 2 April 2009, penulis berasa dukacita dan terkejut kerana semua soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi dalam Matematik Kertas 1 dan Kertas 2 tidak dijawab dan jawapan yang diberikan adalah salah oleh murid-murid tersebut. Impaknya, peratus lulus Matematik tahun empat dan tahun lima dalam ujian tersebut ialah masing-masing 33 % dan 75 %. Penulis telah mengambil langkah segera dalam permasalahan ini dengan berjumpa murid-murid tersebut pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya. Kelemahan yang saya peroleh ialah murid-murid tidak menghafal sifir sepenuhnya. Penulis memandang serius kelemahan-kelemahan tersebut dan berusaha untuk menyelesaikan masalah melalui kajian tindakan saya yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Ingat Sifir Melalui Operasi Darab Dan Bahagi Dalam Kalangan Murid-Murid Tahun Empat Dan Tahun Lima .

2.0. ISU KEPRIHATINAN Setelah penulis mendapati murid-murid tahun empat dan tahun lima tidak dapat menjawab soalan yang melibatkan operasi darab dan operasi bahagi, saya telah berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui kajian tindakan penulis pada tahun 2009. Kajian tindakan penulis pada tahun ini memberi fokus kepada peringkat pertama iaitu meningkatkan kemahiran ingat sifir dan diteruskan dengan peringkat kedua iaitu menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi.

3.0. OBJEKTIF Objektif Umum : Pada akhir kajian tindakan ini, akan dapat : 1. meningkatkan peratus lulus Matematik dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ).

Objektif Khusus : Pada akhir kajian tindakan ini, murid-murid akan dapat : 1. menyampaikan secara lisan sifir 2 hingga sifir 12 dengan baik dan lancar di hadapan guru Matematik. 2. menjawab 8 daripada 10 soalan operasi darab yang diberikan dengan betul. 3. menjawab 8 daripada 10 operasi bahagi yang diberikan dengan betul.

4.0. KUMPULAN SASARAN Kajian tindakan ini menggunakan sampel kajian seramai tujuh orang yang terdiri daripada murid-murid tahun empat dan tahun lima Sekolah Kebangsaan Sungai Durian, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Jadual 1 : Bilangan Murid Mengikut Kelas dan Jantina Kelas 4 Bestari 5 Usaha Jumlah Lelaki 2 4 6 Bilangan Murid ( Orang ) Perempuan Jumlah 1 3 0 4 1 7 ( Sumber : Sistem Maklumat Murid SK Sungai Durian )

5.0. PELAKSANAAN KAJIAN


3

5.1. Tinjauan Masalah Sebelum kajian tindakan ini dijalankan, penulis telah membuat tinjauan dan mengenal pasti masalah melalui keputusan Ujian Pengesanan 1 ( Bulan April ) yang telah diadakan pada 31 Mac hingga 2 April 2009. Keseluruhannya, murid-murid tahun empat dan tahun lima : i. ii. iii. tidak menjawab langsung soalan operasi darab dan bahagi. tidak menjawab sebahagian soalan operasi darab dan bahagi. menjawab salah soalan operasi darab dan bahagi.

Selain itu, melalui sesi temu bual yang telah dijalankan, penulis mendapati murid-murid tahun empat dan tahun lima tidak lancar dalam sifir 2 hingga sifir 12. Ini diperkukuh lagi dengan soalan sifir diajukan secara rawak dalam tahun empat dan tahun lima.

5.2. Analisis Masalah Hasil daripada tinjauan masalah tersebut, beberapa jadual di bina untuk menunjukkan dapatan kajian dalam kajian tindakan ini. Jadual 2 : Bilangan Murid Yang Menjawab Soalan Operasi Darab Dan Bahagi Soalan 1 hingga 10 11 hingga 20 Operasi Darab Bahagi Bilangan Murid Yang Menjawab Betul Salah ( 8 dan ke atas ) ( 5 dan ke atas ) 2 5 1 6 ( Sumber : Latih Tubi Darab dan Bahagi )

Rumusan daripada jadual 2 yang di atas menunjukkan bilangan murid yang menjawab salah soalan darab lebih banyak daripada bilangan murid yang menjawab betul. Seramai 2 orang sahaja yang menjawab betul dan selebihnya seramai 5 orang telah menjawab salah. Ini menunjukkan hanya 28 % sahaja murid yang menjawab betul bagi soalan darab. Manakala bagi

soalan bahagi hanya seorang sahaja yang menjawab betul dan 6 orang lagi menjawab salah. Ini menunjukkan hanya 14 % sahaja murid yang menjawab betul. Kenyataan yang di atas telah dikukuhkan lagi dengan analisis soal selidik yang telah penulis jalankan. Analisis tersebut adalah seperti yang berikut.

Jadual 3 : Bilangan Murid Bersetuju Dengan Kenyataan Yang Berkaitan Matematik Soalan 1. Saya meminati mata pelajaran Matematik. 2. Saya suka guru Matematik saya. 3. Guru Matematik saya mengajar dengan jelas. 4. Guru Matematik saya memberikan latihan yang mencukupi. 5. Guru Matematik saya sering menyuruh saya menghafal sifir. 6. Saya telah menghafal sifir 2 hingga sifir 4. 7. Saya telah menghafal sifir 5 hingga sifir 9. 8. Saya telah menghafal sifir 10 hingga sifir 12. 9. Saya boleh menyelesaikan soalan darab satu digit secara lisan. 10. Saya boleh menyelesaikan soalan darab satu digit secara lazim. 11. Saya boleh menyelesaikan soalan darab dua digit secara lisan. 12. Saya boleh menyelesaikan soalan darab dua digit secara lazim. 13. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi satu digit secara lisan. 14. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi satu digit secara lazim. 15. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi dua digit secara lisan. 16. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi dua digit secara lazim. 17. Saya boleh menyelesaikan soalan darab lebih daripada dua digit secara lisan dan lazim. 18. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi lebih daripada dua digit secara lisan dan lazim. 19. Saya sering bertanya dengan guru jika saya tidak faham
5

Bilangan Murid Yang Bersetuju 3 orang 7 orang 7 orang 7 orang 7 orang 5 orang 3 orang 0 orang 4 orang 6 orang 1 orang 4 orang 4 orang 5 orang 1 orang 5 orang 0 orang 2 orang 6 orang

soalan darab dan bahagi. 20. Saya sering membuat latihan tambahan di rumah. 21. Saya sering bertanya ahli keluarga saya jika saya tidak faham soalan darab dan bahagi.
22. Saya senang faham jika guru saya mengajar dalam Bahasa Inggeris. 23. Saya senang faham jika guru saya mengajar dalam Bahasa Melayu. 24. Skim Baucer Tuisyen ( SBT ) dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran Matematik saya.

4 orang 7 orang 2 orang 7 orang 7 orang

( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 ) Rumusan daripada jadual yang di atas jelas menunjukkan murid-murid tahun empat dan tahun lima tidak menguasai sepenuhnya sifir dua hingga sifir 12. Ini dibuktikan dengan purata bilangan murid yang bersetuju dengan soalan 6 hingga soalan 8 adalah seramai dua orang murid sahaja. Kesannya, hanya purata seramai tiga orang murid sahaja yang berjaya menguasai menjawab soalan darab dan bahagi dalam pelbagai bentuk soalan. Penyataan masalah ini saya kukuhkan lagi dengan analisis Uji Sifir yang telah diadakan. Penulis menganalisis Uji Sifir tersebut dalam bentuk catatan minit. Analisis adalah seperti yang di sebelah.

Jadual 4 : Bilangan Murid Yang Menjawab Uji Sifir Mengikut Catatan Minit Catatan Minit 1 hingga 10 minit 11 hingga 20 minit 21 hingga 30 minit 31 hingga 40 minit 41 minit dan lebih
6

Bilangan Murid 0 orang 0 orang 1 orang 0 orang 6 orang

( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 ) Rumusannya, murid-murid tahun empat dan tahun lima belum lagi menguasai sifir untuk menjawab soalan operasi darab yang telah diuji melalui program Uji Sifir yang dijalankan. Seramai seorang murid sahaja yang dapat menjawab dalam tempoh 30 minit. Ini tidak relevan dengan jumlah soalan yang diberikan iaitu sebanyak 10 soalan sahaja. Masalah ini dapat dikukuhkan buktinya melalui satu program Hafal Sifir yang dianjurkan oleh pihak panitia. Keputusan murid yang dapat menguasai setiap sifir dipamerkan seperti yang berikut. Jadual 5 : Bilangan Murid Yang Menghafal Sifir Dua Hingga Sifir 12 Sifir Sifir 2 Sifir 3 Sifir 4 Sifir 5 Sifir 6 Sifir 7 Sifir 8 Sifir 9 Sifir 10 Sifir 11 Sifir 12 Bilangan Murid 7 orang 7 orang 5 orang 5 orang 3 orang 3 orang 3 orang 2 orang 2 orang 1 orang 1 orang ( Sumber : Fail Panitia Matematik SK Sungai Durian ) Rumusan daripada jadual yang di atas menunjukkan bilangan murid yang menghafal sifir semakin menurun. Penguasaan semua murid dalam sifir hanya dalam sifir dua dan sifir tiga sahaja. Manakala dalam sifir empat dan sifir lima masing-masing hanya lima orang dan sifir
7

enam hingga sifir lapan hanya tiga orang sahaja. Sifir Sembilan hingga sifir 12 hanya dua dan tiga orang sahaja. Ini jelas menunjukkan murid-murid masih belum menguasai semua sifir. Hasil daripada pengumpulan semua data analisis yang diperoleh daripada pelbagai sumber jelas menunjukkan murid-murid tahun empat dan tahun lima tidak menguasai sifir dan sekaligus menyebabkan mereka tidak menguasai menjawab soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi.

5.3. Tindakan Yang Dijalankan Setelah meneliti dan menganalisis masalah yang dikaji, dua kaedah tindakan telah dan akan dijalankan. Kaedah tindakan yang dijalankan ialah adalah :-

5.3.1. Pembinaan Rumah Sifir Setiap kali sebelum menjawab soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi, penulis akan meminta semua murid tahun empat dan tahun lima membina rumah sifir.
1 2 3 4 5 6 2 4 6 8 10 12 3 6 9 12 15 18 4 8 12 16 20 24 5 10 15 20 25 30 6 12 18 24 30 36 8 7 14 21 28 35 42 8 16 24 32 40 48 9 18 27 36 45 54 10 20 30 40 50 60 11 22 33 44 55 66 12 24 36 48 60 72

7 8 9 10 11 12

14 16 18 20 22 24

21 24 27 30 33 36

28 32 36 40 44 48

35 40 45 50 55 60

42 48 54 60 66 72

49 56 63 70 77 84

56 64 72 80 88 96

63 72 81 90 99 108

70 80 90 100 110 120

77 88 99 110 121 132

84 96 108 120 132 144

5.3.2. Ujian Pra. Ujian Pra Sifir akan diadakan sebelum program Hafal Sifir dijalankan. Ia bertujuan untuk menguji tahap kemampuan seseorang murid menguasai sifir 2 hingga sifir 12. Sebanyak 10 soalan yang melibatkan operasi darab dan 10 soalan yang melibatkan operasi bahagi. Selepas keputusan ujian tersebut diperolehi, program Hafal Sifir dijalankan setiap subjek Matematik. 10 minit pertama akan digunakan untuk hafal sifir. Tempoh masa yang digunakan untuk program Hafal Sifir ialah selama 4 minggu sebelum Ujian Post dijalankan dengan menggunakan soalan yang sama dengan Ujian Pra. 5.3.3. Ujian Post Ujian Post diadakan selepas program Hafal Sifir dijalankan. Sebanyak 10 soalan yang melibatkan operasi darab dan 10 soalan yang melibatkan operasi bahagi. Keputusannya adalah seperti yang di bawah. Jadual 6 ( I ) : Perbandingan Bilangan Murid Yang Menjawab Betul Dalam Soalan Operasi Darab dan Bahagi Soalan 1 hingga 10 11 hingga 20 Operasi Darab Bahagi Bilangan Murid Yang Menjawab Betul Ujian Pra Ujian Post Beza Bil. % Bil. % Bil. 2 29 4 57 2 1 14 4 57 2

% 28 43

( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 ) Jadual 6 ( II ) : Perbandingan Bilangan Murid Yang Menjawab Salah
9

Dalam Soalan Operasi Darab dan Bahagi Soalan 1 hingga 10 11 hingga 20 Operasi Darab Bahagi Bilangan Murid Yang Menjawab Salah Ujian Pra Ujian Post Beza Bil. % Bil. % Bil. 5 71 3 43 2 6 86 3 43 3

% 28 43

( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 ) Walaupun keputusannya tidak memberangsangkan tetapi terdapat peningkatan dalam kedua-dua operasi yang dijalankan. Dalam operasi darab, bilangan murid yang menjawab betul dalam Ujian Pra hanya 2 orang sahaja atau 29 % manakala bilangan murid yang menjawab salah dalam Ujian Pra ialah 5 orang atau 71 %. Dalam operasi bahagi pula, bilangan murid yang menjawab betul dalam Ujian Pra hanya 1 orang sahaja atau 14 % manakala bilangan murid yang menjawab salah dalam Ujian Pra ialah 6 orang atau 86 %. Walaubagaimanapun, selepas Ujian Pra dijalankan, penulis telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini dengan mengambil masa 10 minit masa pertama untuk menghafal dan membaca sifir 2 hingga sifir 12 selama 4 minggu. Kemudian, Ujian Post akan dijalankan. Hasilnya, berlaku peningkatan dalam murid yang menjawab betul dan berlaku penurunan dalam bilangan murid yang menjawab salah. Dalam operasi darab, peratus murid yang menjawab betul meningkat sebanyak 28 % atau seramai 4 orang atau 57 %. Manakala peratus murid yang menjawab salah menurun sebanyak 28 % atau seramai 3 orang atau 43 %. Dalam operasi bahagi, peratus murid yang menjawab betul meningkat sebanyak 43 % atau seramai 4 orang atau 57 %. Manakala peratus murid yang menjawab salah menurun sebanyak 28 % atau seramai 3 orang atau 43 %.

10

5.4. Refleksi Hasil kajian tindakan yang telah penulis jalankan, kekuatan-kekuatan yang dapat ditunjukkan oleh guru Matematik ialah :i. ii. iii. guru Matematik telah mengajar dengan jelas dan terang. guru Matematik telah memberi latihan yang secukupnya kepada murid-murid. guru Matematik sentiasa mengingatkan murid-murid supaya menghafal sifir.

Kelemahan-kelemahan yang ditunjukkan oleh murid-murid ialah :i. ii. iii. murid-murid tidak menghafal sifir. murid-murid tidak memahami konsep darab dan bahagi. Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.

Bagi mengatasi semua kelemahan yang diperoleh, penulis telah mengambil masa 2 bulan untuk menyelesaikan masalah tersebut seperti yang telah dijelaskan dalam para 5 : Pelaksanaan Kajian.

6. CADANGAN UNTUK TINDAKAN YANG SETERUSNYA Penulis mencadangakan untuk tindakan yang seterusnya ialah :i. mengadakan program Mentor Mentee Matematik. Semasa perjumpaan bersama-sama

murid dan mentor, satu sifir mesti dihafal dan dapat disampaikan dengan lancar di hadapan mentor. ii. Latih Tubi soalan asas operasi seperti tambah, tolak, darab dan bahagi setiap 2 minggu

sekali dalam masa Matematik.


11

iii.

Kajian dalam aspek-aspek lain dalam bidang Matematik perlu diperluas sama ada oleh

guru akademik biasa atau guru cemerlang Matematik dan dibentangkan di hadapan semua guru Matematik.

7. BIBLIOGRAFI Azli Bin Abdul Kadir ( 2004 ), Kajian Tindakan Mengatasi Kelemahan Murid Dalam Menguasai Soalan Pecahan , Teluk Intan : Sekolah Kebangsaan Sungai Durian. Lee Gik Lean, Rabiyah Binti Fakir Mohd dan Wan Yusof Bin Wan Ngah ( 2005 ), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSR : Mathematics Teachers Guidebook Year 5, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Marzita Binti Puteh, Mohamad Khairuddi Bin Yahya dan Santi Periasamy ( 2006 ), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSR : Mathematics Teachers Guidebook Year 4, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Pengembangan Kurikulum, ( 2008 ), Soalan Kemahiran Mengira Program Pemulihan 3M PROTIM, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

12

LAMPIRAN

13

You might also like