You are on page 1of 15

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM CINA

Anis Azirah binti Mohamad Yazid Fatin Nazirah binti Yaakob Nadzirah binti Abu Bakar

ADAT RESAM

Perkahwinan
Pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat 2 bentuk perkahwinan : Bentuk eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moingin) Bentuk implisit iaitu perkahwinan di mana keduadua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing.

Merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Bagi menjalankan adat meminang, seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkaraperkara berkaitan perkahwinan. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan.

Kematian
Setelah dimandikan, mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. - Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama
apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik.

Ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. -Menggambarkan kesedihan keluarga dan
sahabat handai terhadap kematian itu.

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya.
- Sebagai lambang kesedihan atau takziah. - Supaya si mati dapat di hiburkan di alam akhirat

Memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. - Penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak.

Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal dunia. Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan.
Ahli keluarga akan menjalani adat berkabung.

Kelahiran
Untuk ibu mengandung:
Perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali. Mesti berjaga jaga supaya tidak terperanjat dengan benda benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira kira sebulan selepas bersalin. Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah hadiah itu dibungkus dengan kertas merah.

PANTANG LARANG

Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri dan oleh itu tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah and kedai sahaja

Tahun Baru Cina, menyapu rumah ataupun kedai milik orang cina tidak dibenarkan pada 3 hari pertama perayaan ini kerana ia boleh menghilangkan tuah

Penyapu
digunakan untuk menhilangkan semangat buruk atau lemah seseorang dengan menyapu seluruh badan sambil menghadap patungpatung pujaan tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan kawasan sembahyang di rumah orang cina

7&1
Membawa kesunyian dan kematian

4
Membawa kematian Jarang digunakan untuk alamat, plat kereta

NOMBOR

Digunakan untuk menafsir nasib seperti menghasilkan nama seseorang bayi

8
Nombor paling digemari

Membawa tuah

adanya nombor yang dipercayai boleh membawa tuah dan ada yang tidak.

Mimpi tentang salji ataupun gigi bererti kematian mungkin tertimpa ke atas ibu atau ayahnya

Air mata anjing : Anjing berkebolehan melihat mahluk ghaib dan akan menyalak apabila terserempak dengannya. Anjing itu menyalak tidak terhentihenti, bererti satu kematian akan terlangsung tidak lama lagi. Airmata dari seekor anjing jika disapukan di atas mata seseorang, akan memperolehi keupayaan untuk melihat ke dalam alam roh-roh, terutama roh nenek moyang.
Jikalau terdengar bunyi burung gagak diantara jam 3 dan 7 pagi bererti seseorang itu akan mendapati hadiah. Hujan dan ribut akan menjelang sekiranya terdengar bunyi burung itu di antara 7 pagi dan 11 pagi dan diantara 11 pagi dan 1 petang, satu pergaduhan akan berlaku.

LAIN-LAIN PANTANG LARANG

Yarrow, iaitu sejenis tumbuhtumbuhan dan cangkerang kura-kura dianggap sebagai benda pembawa tuah.

Pantang larang perkahwinan


Pada pertemuan semasa pertunangan, keluarga pengantin lelaki akan mempersembahkan seekor angsa hidup kepada keluarga pengantin perempuan. Walau bagaimanapun, keluarga pengantin perempuan tidak boleh membunuh angsa tersebut kerana ia mewakili pengantin perempuan berkenaan

. Jika angsa tersebut tidak mengeluarkan bunyi bising ketika diserahkan kepada keluarga pengantin perempuan, ia menunjukkan bahawa pengantin lelaki mempunyai personaliti yang baik dan menarik..

Jika sebaliknya, ia menunjukkan pengantin berkenaan mudah marah. Keluarga perempuan akan membiarkan angsa tersebut di kawasan tasik atau kolam di mana ia akan membesar dengan sendirinya

Apabila pengantin perempuan meninggalkan rumahnya dan menuju ke kenderaan pihak lelaki, dia harus memakai kasut yang biasa dipakainya kerana ia menggambarkan bahawa pengantin perempuan berkenaan tidak membawa sesuatu bersamanya walaupun nasib baik ibu bapanya.
Apabila pengantin perempuan memasuki rumah pengantin lelaki, mentua dan kakak iparnya tidak seharusnya mengadap pintu memerhatikan pengantin perempuan masuk. Ini menurut kepercayaan masyarakat Cina bagi menghalang sebarang pertelingkahan pada masa akan datang

Misai dan Janggut -Sesiapa yang gemar menyimpan misai ataupun janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke atas si keluaga and saudara mara lelaki itu. -Walaupun terdapatnya wira-wira dan dewa dewa Cina yang memilikinya pada zaman dahulu, ia masih di percayai tidak akan membawa tuah kepadanya. - Seorang yang memiliki misai ataupun janggut akan di kategorikan sebagai pekerja buruh atau pekerja bawahan, kerana ia tidak mempunyai masa untuk bercukur, justeru itu dikaitkan dengan kelas bawahan.

Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. Sisa sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi, kerana mengikut adat, ia boleh digunakan untuk menjatuhkan sumpahan terhadap pemilik kuku itu.

You might also like