You are on page 1of 15

Akta Syarikat

Definisi Syarikat
Syarikat adalah suatu badan korporat yang diperbadankan mengikut akta syarikat 1965 atau mana-mana enakmen sebelumnya. Syarikat wujud sebagai satu entiti yang berasingan dengan individuindividu yang menjadi ahli syatikat pada sesuatu ketika. Syarikat boleh didakwa atau mendakwa atas namanya, bukan ahli-ahlinya.

Jenis Syarikat
Syarikat Persendirian Syarikat Awam

Syarikat Persendirian
ciri-ciri: a) Membuat sekatan terhadap hak pemegang saham untuk memindahkan saham b) Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang c) Larangan untuk membuat tawaran kepada umum untuk menyumbangkan syer atau debentur d) Larangan terhadap tawaran untuk mengambil wang deposit daripada orang ramai.

Syarikat Awam
Ciri-ciri a) Keahlian- tiada had mengenai bilangan ahli. Had umur adalah 70 bagi seseorang pengarah b) Dibenarkan untuk menawarkan saham kepada orang ramai (iaitu syarikat boleh menerima atau memperolehi wang daripada orang ramai). Boleh disenaraikan di BSKL. c) Nama syarikat diakhiri dengan Berhad atau Bhd.

Syarikat berhad
Syarikat yang dihadkan oleh saham atau jaminan atau kedua-duanya Syarikat dihadkan oleh saham bermakna tanggungan/liabiliti ahli adalah setakat jumlah saham yang belum dibayar. Sekiranya berlaku penggulungan, ahli tidak boleh diminta untuk membayar lebih daripada jumlah syer yang belum dibayar. Syarikat dihadkan oleh jaminan bermakna tanggungan ahli adalah dihadkan kepada jumlah tanggungan yang dipersetujui oleh ahli-ahlinya bagi menyumbangkan asset syarikat jika berlaku penggulungan syarikat. Syarikat yang dihadkan oleh kombinasi saham dan jaminan perlu menyumbangkan setakat amaun yang ahli telah dipersetujui di dalam memorandum dan juga perlu membayar jumlah syer yang belum dibayar sekiranya berlaku penggulungan.

Syarikat tidak berhad


Syarikat yang diperbadankan di atas dasar di mana tanggungan ahliahlinya adalah tidak terhad. Liabiliti ahli adalah seperti dalam perkongsian Boleh tukar kepada syarikat berhad.

Syarikat induk/anak Syarikat


Sesebuah syarikat itu merupakan anak syarikat kepada syarikat yang lain jika syarikat yang lain itu menguasai keahlian lembaga pengarah perbadanannya menguasai lebih daripada separuh kuasa mengundi memegang lebih daripada separuh modal saham yang diterbitkan olehnya Syarikat yang lain itu menjadi syarikat induk kepada syarikat pertama

Syarikat asing
Sesebuah syarikat, perbadanan, pertubuhan, persatuan atau lain-lain badan yang diperbadankan di luar Malaysia dan menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia.

Perlantikan pengarah
Cara-cara perlantikan pengarah adalah dinyatakan dalam memorandum atau artikel syarikat. Kebiasaannya dibuat oleh ahli-ahli syarikat melalui resolusi biasa yang diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan.

Tugas-tugas pengarah adalah:


Fidusiari- iaitu bertindak untuk kepentingan syarikat, tidak menghadapi percanggahan kepentingan antara tugas untuk syarikat dan kepentingan diri dan menggunakan kuasa dan harta yang telah diamanahkan dengan tujuan yang sesuai atau diperuntukkan. Menjalankan tugas dengan berskil(kepakaran), berhati-hati dan berusaha sewajarnya. Tugas statutori- Menjalankan tugas dan memenuhi kewajipan mengikut peruntukan yang wujud dalam akta syarikat.

Tugas setiausaha syarikat


Tugas Statutori- Menghadiri semua mesyuarat serta mengambil minit, menyenggara daftar-daftar syarikat spt daftar pengarah/ dafatar S/U , daftar pemegang syer dll Tugas fidusiari bertugas secara jujur dan amanah pada setiap masa

. Laporan tahunan
Isi kandungan laporan tahunan: (a) Maklumat korporat/struktor korporat (b) Lembaga Pengarah (c) Penyata pengerusi (d) Kajian semula operasi (e)J/K Audit (f) Kenyataan Kewangan- Laporan juruaudit, lembaran imbangan syarikat , akaun untung rugi (profit and Loss) , penyata aliran tunai dll (g) Maklumat pemegang syer dan maklumat-maklumat syt. Lain..

Mesyuarat agung tahunan


Mesti diadakan setahun sekali dan tidak lebih drp 15 bulan selepas AGM yg lepas.

Memorandum dan tataurus syarikat


Memorandum- Perlembagaan dan Piagam Syarikat. Ia perlu megandungi perkara-perkara berikut:
nama syarikat, objektif syt., jumlah saham, tanggungan ahli dll

Tataurus/Artikel
Menerangkan tentang urusan dalaman sesebuah syarikat. Contoh: Perhubungan antara pemegang-pemegang syer, pemindahan modal saham, notis, butir-butir lantikan, perjalanan mesyuarat, kuasa, tindakan pengarah, akauan, audit, dividen, pinjaman, penggulungan dll.

Latihan
1. 2. 3. 4.

Berikan definisi syarikat Senaraikan jenis-jenis syarikat. Terangkan maksud syarikat berhad. Huraikan tugas fidusiari pengarah syarikat.

You might also like