You are on page 1of 3

LAPORAN AKTIVITI

NAMA AKTIVITI : BENGKEL ETIKET DAN SOSIAL ( Kesantunan Berbahasa ) TARIKH : 20 JULAI 2013 BILANGAN PESERTA : 70 ORANG MURID TEMPAT : DEWAN MESRA RIA SK TAMAN RIA DIKENDALIKAN OLEH : EN. MOHD MARZUKI BIN HASAN

BIDANG TUGAS : 1. Menyampaikan ceramah berkaitan dengan kesantunan berbahasa. 2. Kepentingan mengamalkan adab dan sopan semasa berkomunikasi.

LAPORAN : Bengkel Etiket dan Sosial telah diadakan selama 3 jam. Di dalam bengkel tersebut ianya telah dibahagikan kepada 3 bahagian yang merujuk kepada 3 tajuk iaitu Kesantunan Berbahasa, Tertib / Adab di Meja Makan dan Etika Berpakaian. Bagi slot Kesantunan Berbahasa, pelajar telah didedahkan dengan bentuk-bentuk komunikasi dengan pelbagai individu dan pentingnya mengamalkan adab dan sopan semasa berkomunikasi dengan seseorang. Kepelbagaian bentuk-bentuk komunikasi yang ditunjukkan telah menarik minat murid untuk mengikuti sesi ceramah tersebut. Pelbagai komen positif juga telah diberi oleh murid-murid sekolah ini.

Seterusnya murid-murid didedahkan dengan uji kaji air yang berwarna mencemari air yang jernih yang diibaratkan percakapan yang kasar akan melukakan hati pihak yang mendengar kekasaran tersebut. Murid-murid juga ditemuramah oleh penceramah untuk mengesan sejauh mana kefahaman murid tentang kesantunan berbahasa.

Kekuatan Kerjasama antara pihak sekolah, pentadbir, guru-guru , guru-guru PPG dan para peserta amat baik. Murid-murid mempunyai asas agama yang kuat dan mempunyai nilai kesopanan yang tinggi. Terdapat sebilangan murid mengetahui asas berkomunikasi dengan beradab. Murid-murid mempunyai asas pengetahuan sedia ada tentang kesantunan berbahasa.

Kelemahan Penayangan slaid yang kurang jelas kerana diadakan di dewan terbuka.

Ancaman Terdapat segelintir murid yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik sewaktu ditemubual oleh penceramah.

Peluang Memberi pendedahan kepada murid-murid adab-adab semasa berkomunikasi ketika belajar di IPTA dan menghadiri temuduga.

Murid berpeluang meluahkan pendapat masing-masing berkenaan dengan kesantunan berbahasa.

Laporan bergambar

Murid-murid tekun mendengar ceramah yang disampaikan.

You might also like