You are on page 1of 55

PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

Disediakan oleh:

APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?


Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

TEORI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

Penekanan perlu diberikan persekitaran pembelajaran pembelajaran yang berkesan.

kepada kepelbagaian untuk menghasilkan

KUMPULAN SASARAN MURID YANG MANAKAH BOLEH MENDAPAT MANFAAT YANG LEBIH DARIPADA PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?
Jenis murid
Kumpulan Sederhana

Ciri murid

Cenderung kepada aplikasi konsep Terdorong melalui aktiviti hands-on Tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak

Lokasi

Sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional Sekolah-sekolah menengah harian

PENDEKATAN KONTEKSTUAL MERENTAS PELBAGAI DISIPLIN ILMU

Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau dengan pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal, atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?


Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri.

Individu menjadi pelbagai jenis kecerdasan

Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.

APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN?


Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.

CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN


Kita kekalkan : 10 % Apa yang kita baca 20 % Apa yang kita dengar 30 % Apa yang kita lihat 50 % Apa yang kita dengar dan lihat 70 % Apa yang kita bincang dengan orang lain 80 % Apa yang kita alami sendiri 95 % Apa yang kita ajar kepada orang lain

Kita Belajar

Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation

TEORI KECERDASAN PELBAGAI


Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan pelbagai.

Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat tentang apa yang dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru, pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih berkesan.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL MENGAMBIL KIRA PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan, dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.

FAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada :

MURID

Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama

GURU

Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

INDUSTRI

Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan
Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi

Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri. Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga tenaga kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia.

BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

APAKAH BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?


Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut:
Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi

R E A C T

Relating (Menghubung kait) Experiencing (Mengalami) Applying (Mengaplikasi) Cooperating (Bekerjasama) Transfering (Memindahkan)

Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui.

Relating (Menghubung kait) Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.

Experiencing (Mengalami) Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika tertanggal

Applying (Mengaplikasi) Murid telah mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasi pengetahuan ini apabila bertemu situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar. Cooperating (Bekerjasama) Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing. Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama.

Transfering (Memindahkan) Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m, dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.

Dalam proses pembelajaran secara Kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran . Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain.

BAGAIMANA MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?


Dalam pengajaran kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mestilah memenuhi keperluan strategi yang berikut:

MOTIVASI
Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan, contohnya :

Bidang
Muzik

Konsep
Permainan gendang

Motivas
Tayangan video permainan gendang oleh pelbagai kaum di Malaysia Memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak berserta jeritan

Sejarah

Darurat

PEMAHAMAN
Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.

KEMAHIRAN
Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara melakukan hands-on dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiran murid (minds-on). Dengan ini murid dapat mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh menyediakan senario tertentu untuk membantu murid menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, selepas murid mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan.

Bidang kerjaya juga boleh dibincangkan oleh guru dalam segmen ini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang mereka peroleh hasil daripada pembelajaran secara kontekstual.

PENILAIAN
Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan tentang tajuk tersebut adalah dua aspek segmen ini. Apabila guru merumus tajuk, murid diingatkan semula mengenai fakta penting. Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkaya pengetahuan murid. Selepas ini, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid.

Penilaian tidak semestinya secara bertulis. Guru boleh menggunakan kaedah lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah seperti kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaan portfolio. Perubahan sikap dan perlakuan yang dapat dilihat juga boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati isi pelajaran.

Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaranperlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pendekatan kontekstual. Paduan kedua-duanya akan mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan pembelajaran suatu aktiviti bermakna kepada mereka.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL


Perkara Pembelajaran secara Kontekstual Pembelajaran Secara Tradisional

Objektif

Mencari, membina dan mengaplikasikan maklumat kepada dunia sebenar.

Memindahkan maklumat.

Peranan Guru

Pembimbing dan mentor.

Penyampai maklumat.

Peranan Murid

Aktif mencari dan membina maklumat melalui aktiviti sebenar dalam kehidupan harian.

Penerima maklumat yang pasif melalui syarahan dan pembacaan.

Perkara

Pembelajaran secara Kontekstual

Pembelajaran Secara Tradisional

Isi Kandungan Disesuaikan untuk kecerdasan Disesuaikan untuk pelbagai. kecerdasan Bahasa dan LogikMatematik.

Kaedah

Inkuiri, penemuan dan aplikasi. Berasaskan pencapaian atau prestasi dan penyelesaian masalah (contoh: portfolio).

Syarahan dan soal-jawab.

Penilaian

Menguji fakta (contoh: ujian kertas dan pensil).

Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara pembelajaran secara kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional. Pembelajaran secara kontekstual memberi penumpuan kepada murid. Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan berbanding dengan kaedah tradisional.

Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan murid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetuju mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual. Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumber-sumber untuk membantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN

Pembelajaran kontekstual yang berjaya memerlukan komunikasi berterusan di kalangan murid, guru, ibu bapa dan masyarakat. Maklum balas daripada murid adalah satu komponen yang penting untuk mengukur keberkesanan program pembelajaran kontekstual. Ibu bapa dan masyarakat perlu memahami keadaan dan kaedah pengajaran yang terkini dan memberi sokongan kepada perancangan dan perkembangan pembelajaran kontekstual.

Kurikulum

Disiplin tradisional diubah suai dalam konteks yang bermakna. Strategi pengajaran baru perlu diwujudkan memandangkan peranan guru hanya sebagai fasilitator. Kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual dikenal pasti terlebih dahulu. Bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan dengan kaedah pembelajaran kontekstual. Maklumat tentang hubung kait kurikulum dengan individu, masyarakat dan khususnya alam pekerjaan perlu disediakan.

Teks dan bahan sokongan yang pelbagai perlu disediakan.

Teks dan Bahan Sokongan

Suasana Bilik Darjah

Bilik darjah diubah suai supaya murid boleh menjalankan aktiviti hands-on secara berkumpulan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid Suasana pembelajaran koperatif di kalangan murid digalakkan.

Guru mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya bagi sekolah luar bandar, guru akan menggunakan konteks yang ada di persekitarannya.

Persekitaran Luar Sekolah

Penilaian

Cara penilaian yang pelbagai dan adil perlu dirangka untuk membantu murid menguasai pembelajaran.

Perkembangan staf

Guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelaj teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan mempraktikkannya dalam bilik darjah. Guru perlu peka tentang persekitaran tempat kerja bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang, perkakasan komputer dan perisian serta peralatan lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Infrastruktur

Kewangan

Peruntukan kewangan yang mencukupi mesti disediakan.

Kepimpinan

Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir amat perlu supaya guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kontekstual dengan berkesan.

Jadual waktu perlu fleksibel supaya masa mencukupi untuk menjalankan aktiviti.

Masa

Sokongan Teknikal dan Kewangan

Penyediaan Situasi Tempat Kerja Sebenar

Kerjasama Masyarakat dan Sekolah

Hubungan rapat antara Kementerian Pendidikan dengan industri adalah penting untuk mendapatkan sokongan teknikal, kewangan dan memberi pendedahan kemahiran kepada murid tentang alam pekerjaan.
Murid memerlukan pengalaman handson. Mereka menimba pengalaman ini dengan cara bekerja atau membuat latihan amali dalam situasi tempat kerja sebenar. Masyarakat perlu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memberi sumbangan dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum.

Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabung jalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industri dalam merancang strategi untuk menjayakan wawasan bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima perubahan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.

You might also like