You are on page 1of 1

Faktor yang menjayakan proses asimilasi kaum baba dan nyonya di Melaka ialah kesanggupan kumpulan etnik minority

ini mencairkan identity dan budaya asal mereka serta menerima identity dan budaya kumpulan etnik majority. Asimilasi ini berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan aspek kepercayaan. Berdasarkan pernyataan diatas : a) Bincangkan 3 aspek kebudayaan kaum Baba-Nyonya yang diterima daripada orang Melayu. b) Bincangkan 3 ciri yang terdapat dalam sesuatu budaya sehingga membolehkan ia bertahan lama. c) Huraikan 4 faktor penyumbang kepada plurality di zaman kesultanan melayu Melaka pada abad ke15M. Dalam tempoh 50 tahun merdeka, Malaysia telah mencapai satu tahap pembangunan yang menbanggakan serta menjadi peneraju dan role model kepada negara-negara yang sedang membangun. Berdasarkan pernyataan diatas : a) Jelaskan 3 bentuk projek modenisasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha mencapai status negara maju pada tahun 2020. (9 markah) b) Huraikan 3 peranan utama yang telah dimainkan oleh institusi institusi islam dalam aspek pembangunan ekonomi Malaysia.. (9 markah) c) Bincangkan 4 hambatan yang boleh menjejaskan usaha kerajaan membangunkan ekonomi negara sebagaimana yang digariskan dalam DEB dan DPN. (12 markah) Perlembagaan persekutuan yang diisytiharkan pada 31 ogos 1957 adalah hasil permuafakatan semua pihak. Ia merupakan kontrak social antara melayu dan bukan melayu yang bersetuju dalam beberapa perkara penting demi kestabilan negara. Berdasarkan pernyataan di atas : a) Bincangkan 3 hak istimewa orang melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan . (12 markah) b) Huraikan 4 kebebasan hak asasi manusia yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan. (18 markah) Kehidupan harmonis yang dinikmati pada zaman plurality dan zaman masyarakat plural menjadi asas keamanan negara kini. Ia menarik minat masyarakat antarabangsa untuk mengenali Malaysia dengan lebih dekat. Berdasarkan pernyataan di atas: a) Jelaskan maksud plurality dalam masyrakat plural. (6 markah) b) Terangkan 3 peringkat pembentukan masyarakat plural. (12 markah) c) Bincangkan 3 keunikan masyarakat plural Malaysia hari ini. (12 markah) Pembangunan politik yang berasaskan kerjasama antara kaum menjamin survival Malaysia sebagai sebuah negara masyarakat majmuk yang unik. Namun ia masih berdepan dengan cabaran cabaran yang boleh menggugat kestabilan politiknya. Berdasarkan pernyataan diatas a) Kemukakan tiga (3) bukti pencapaian pembangunan politik di Malaysia (9 Markah) b) Bincangkan tiga (3) strategi politik yang dilaksanakan oleh kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969 . (9 markah) c) Analisiskan tiga (3) cabaran yang boleh menggugat kestabilan politik di Malaysia dan tiga (3) cara mengatasinya. (12 markah) 1) Unsur tradisi dan kontrak social menjadi asas utama dalam merangka perlembagaan persekutuan 1957. Berdasarkan pernyataan tersebut : a) Huraikan empat (4) unsur tradisi dan rasional ia dikanunkan dalam perlembagaan. (12markah) b) Bincangkan tiga (3) hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana yan terdapat dalam perkara 153 ..(9markah) c) Buktikan tiga (3) bentuk kerjasama antara pelbagai etnik di Malaysia menjelang kemerdekaan.

You might also like