You are on page 1of 17

PERGERAKAN ASAS PJM 3102

TAMIL SELVI A/P RAJOO

830315-05-5130 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011 KUMPULAN MATEMATIK 6 IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

1.0 PENGENALAN Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan asas kepada pergerakan kanak-kanak. Pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat seharusnya dititikberatkan pada pendidikan awal kanak-kanak lagi. Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti yang mencabar. Sekiranya mereka mempunyai asas pergerakan ini, berkemungkinan mereka tidak akan menghadapi masalah kelak. Namun, ibu bapa serta guru tidak seharusnya mengabaikan kepentingan pergerakan bukan lokomotor. Banyak faedah yang boleh diperolehi melalui pergerakan bukan lokomotor. Ia mengajar kanak-kanak menguasai keseimbangan tubuh badan dan sebagainya.

2.0 MATLAMAT Matlamat penghasilan kertas kerja ini adalah untuk memberikan peluang kepada guru agar dapat memperlajari teknik-teknik dan jenis-jenis pergerakan asas. Malah, ia juga untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan guru tentang pergerakan asas.

3.0 OBJEKTIF i. ii. memberi peluang kepada guru untuk mencurahkan idea dan perasaan. mempelajari cara untuk menyusun atur pergerakan mengikut ruang dan aliran. iii. dapat menjana idea dan pemikiran yang kreatif, mereka cipta serta mencipta pergerakan tubuh badan. iv. meningkatkan kefahaman tentang pergerakan jika bergabung dengan alatan.

4.0 TARIKH 23 September 2012

5.0

MASA 11.00 pagi

6.0

TEMPAT Gimnasium

7.0

KUMPULAN SASARAN Guru-guru PPG Semester 3 Ambilan Jun 2011

8.0

PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta 20 pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan

lokomotor.Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai 20 perlakuan yang berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan contohnya alatan seperti bola, tali, reben atau gelung rotan Pelajar perlu bijak menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi, sederhana dan rendah.

8.1

PROSEDUR PERLAKSANAAN DEMONTRASI 8.1.1 Jenis-jenis pergerakan

PERGERAKAN 1 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan :Skip setempat Alatan :Gelung rotan Cara Perlaksanaan: 1) Skip setempat sambil berdiri melalui gelung rotan sebanyak 5 kali.

PERGERAKAN 2 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan :Skip beredar Alatan :Gelung rotan Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri dan kemudian skip beredar dengan gelung rotan

PERGERAKAN 3 Jenis pergerakan : Bukan lokomotor Nama pergerakan : Berdiri Alatan : gelung rotan Cara pelaksanaan : 1) Berdiri dengan kaki kanan bengkok di hadapan

dan kaki kiri lurus di belakang. 2) Gelung diputarkan dengan menggunakan tangan.

PERGERAKAN 4 Jenis pergerakan : Lokomotor Nama pergerakan : Berlari Alatan : Gelung rotan Cara pelaksanaan : 1) Lari laju ke hadapan. 2) Gelung dileret ke hadapan

PERGERAKAN 5 Jenis pergerakan : Bukan lokomotor Nama pergerakan : Imbangan badan Alatan berat : Peti Lombol& Gelung Rotan Cara pelaksanaan : 1) Lompat ke atas lombol. 2) Imbang badan dua tapak sokongan 3) Kemudian memutar gelung dengan tangan kanan.

PERGERAKAN 6 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Guling Alatan : Tilam dan Gelung Rotan Cara pelaksanaan: 1) Gelung diletakkan diatas tilam 2) Gulingkan badan ke hadapan melalui gelung rotan.

PERGERAKAN 7 Jenis pergerakan :Bukan Lokomotor Nama pergerakan : Imbangan badan Alatan : Gelung rotan Cara pelaksanaan : 1) Imbangan badan dengan satu kaki. 2) Putarkan gelung rotan di sisi.

PERGERAKAN 8 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Keting-ting Alatan : Gelung Rotan Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri 2) Angkat kaki sebelah kiri 3) Lompat ketingting sambil menghayun gelung Rotan ke atas dan ke bawah.

PERGERAKAN 9 Jenis pergerakan : Bukan lokomotor

Nama pergerakan : Imbangan Alatan : Gelung rotan Cara pelaksanaan : 1) Imbangan badan empat tapak (kaki&lutut) 2) Gelung rotan diputarkan berbentuk helikoter

PERGERAKAN 10 Jenis pergerakan : Lokomotor Nama pergerakan : Galop Alatan : Gelung rotan Cara pelaksanaan : 1)Galop zig-zag melalui skitel. 2) Gelung rotan digerakkan ke atas dan ke bawah seperti menunggang kuda.

PERGERAKAN 11 Jenis pergerakan :Bukan Lokomotor Nama pergerakan : Lenggang Mak Limah Alatan : Gelung rotan Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak sambil memegang gelung paras pinggang. 2) Pusingkan gelung tadi sambil menggoyangkan pinggul.

PERGERAKAN 12 Jenis pergerakan : Lokomotor Nama pergerakan :Langkah pendek Alatan : Gelung rotan Cara pelaksanaan : 1) Berdiri dan berjalan langkah pendek di atas bangku. 2) Gelung rotan diputarkan dengan satu tangan (helikopter)

PERGERAKAN 13 Jenis Pergerakan :Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Mengilas Alatan : Gelung rotan Cara Pelaksanaan: 1) Berdiri tegak kemudian bongkokkan badan ke hadapansambil memegang gelung rotan. 2) Kemudian badan akan mengilas melawan arah jam bersama-sama gelung rotan.

PERGERAKAN 14 Jenis pergerakan : Lokomotor Nama pergerakan : Petak keting-ting Alatan : Gelung rotan Cara pelaksanaan : 1)Keting-ting tukar kaki 2) Gelung rotan dihayun ke kanan dan ke kiri.

PERGERAKAN 15 Pergerakan : Bukan Lokomotor. Nama Pergerakan : Imbangan sebelah kaki Alatan : Gelung rotan Cara Perlaksanaan: 1)Berdiri 2) Imbangan badan sebelah kaki. 3) Gelung rotan dilambung dan sambut sebelah tangan.

PERGERAKAN 16 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Lompat Dua kaki Alatan : Gelung rotan Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak kemudian melompat melalui gelung rotan dari sisi kanan keluar masuk

PERGERAKAN 17 Jenis pergerakan :Berdiri Nama pergerakan : Figure of Eight Alatan : Gelung rotan Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak dengan satu kaki dan menggerakkan gelung rotan figure of eight.

PERGERAKAN 18 Jenis pergerakan : Lokomotor Nama pergerakan : Berlari. Alatan :Gelung rotan Cara pelaksanaan : 1) Berlari tendang kaki ke hadapan 2) Gelung rotan dihayun ke atas dan ke bawah.

PERGERAKAN 19 Jenis pergerakan : Lokomotor Nama pergerakan : Lompat Alatan : Papan anjal dan gelung rotan Cara pelaksanaan : 1) Berlari perlahan dan lompat kedua kaki pada papan anjal 2) Badan lonjakkan ke atas dan melalui gelung rotan 3) Semasa mendarat bengkokkan lutut sedikit.

PERGERAKAN 20 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan :Post

Alatan : Gelung rotan Cara Perlaksanaan: 1) Menegakkan badan, kaki kanan bengkok ke hadapan, kaki belakang lurus. 2) Kedua-dua belah tangan dinaikkan ke atas sambil memegang gelung rotan menjadi huruf V.

8.1.2 Pelan kedudukan ujian amali Pergerakan Asas ( Rujuk kepada lampiran yang disediakan. )

8.2 SENARAI PERALATAN BERAT

A) 1 peti lombol B) 1 tilam C) 1 papan anjal D) 1 bangku E) 6 skitel

8.3 SENARAI PERALATAN TANGAN Senarai alatan tangan yang digunakan ialah a) 1 gelung rotan

4.0 Rumusan 5.0 Melalui kertas kerja dan ujian amalikali ini, ia telah banyak meningkatkan kefahaman saya tentang pergerakan asas.Saya telah banyak memperoleh pengetahuan dalam bidang ini kerana telah banyakmencari maklumat ketika dalam proses menyiapkan kertas kerja ini. 6.0 Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan dalam stesen-stesentertentu, ia telah mencungkil kreativiti saya dengan menjana idea yang baru.Saya mendapati bahawa gimrama ataupun pergerakan asas adalah amat menaiksekiranya kita meletakkan usaha dalam kreativiti untuk mencipta pergerakanbaru. 7.0 8.0 Refleksi 9.0

10.0

Saya ingin berterima kasih kepadapensyarah kerana saya diberi peluang untuk

mempelajari pergerakan asas yangamat menarik ini. Kami jarang mempunyai peluang untuk mempelajari teknik-teknikini. Namun sekarang, kami dibekalkan dengan alatan gimrama serta bimbinganpensyarah yang berpengalaman dalam bidang ini. 11.0 12.0 Melalui aktiviti ini, saya telahmemahami teknik-teknik gimrama serta kecantikan

setiap pergerakan. Setiappergerakan adalah unik dan melibatkan keseragaman serta kelinciran pergerakan.Walaupun saya bukan ahli gimrama, saya juga berlatih bersungguh-sungguh agarmencapai tahap yang memuaskan. 13.0 14.0 Selain itu, aktiviti ini telahmeningkatkan kreativiti saya terutamanya dalam mencipta

pergerakan-pergerakanbagi setiap stesen yang disediakan. Saya mencipta cara unik untuk memanipulatifkanalatan, tukar alatan serta pergerakan yang cantik. Jadi, saya rasa ini alahpeluang yang baik untuk menguji kreativiti serta menambah nilai estetika kami. 15.0 16.0 Saya juga berlajar untuk beranimencuba. Jika kita berani mencuba, barulah kita akan

mendapat hasil. Padapermulaannya, saya malu membuat pergerakan di depan orang ramai. Namun atasbimbingan pensyarah, saya berani mencuba setiap pergerakan dan akhirnya berjayamengatasi halangan mental dalam diri saya. Pensyarah juga sabar dan prihatindalam mengajar, memberi idea serta memperbetulkan setiap pergerakan kami. 17.0 18.0 Keseluruhannya, saya memang telah banyak mempelajari serta mendapat ilmupengetahuan tentang pergerakan asas daripada aktiviti ini sama ada dari buku,bimbingan pensyarah, siaran langsung gimrama dari Sukan Olimpik, latihan sertaujian amali pergerakan asas. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepadapenyarah.

19.0

2.0 OBJEKTIF PERGERAKAN LOKOMOTOR Antara objektif pergerekan lokomotor dan bukan lokomotor ialah dapat memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan. membantu guru pelatih menguasai semua kemahiran pergerakan asas dengan berkesan, memperkembangkan kebolehan dalam diri setiap guru pelatih bagi membentuk pergerakan yang kreatif, memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan bakal guru dalam membuat perancangan

dan strategi, dan mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai seorang bakal guru. Disamping itu, objektifnya adalah untuk meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan, melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik, bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran, mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan, melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan, sentiasa berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan, dan sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

3.0 MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTOR Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan ini juga dapat menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini ia mampu untuk memupuk semangat toleransi dan kerjasama, di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru. Selain itu, matlamat pergerakan ini ialah dapat memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak, mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.

4.0 DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang

menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Manakala, pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Selain itu, pergerakan ini juga merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Tambahan pula, pergerakan bukan lokomotor tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Sebagai contah, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi. Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya

menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan.

Terdapat banyak kebaikan dan faedah yang boleh didapati dalam aktiviti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Faedah serta kepentingan ini boleh diterapkan dikalangan kanak-kanak prasekolah kerana ia boleh membantu dalam peningkatan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka. Ia juga dapat menguatkan lagi otot-otot badan dan membantu kanak-kanak meningkatkan lagi koordinasi mata dan tangan mereka. Hal ini dapat dilihat di dalam aktiviti pergerakan bukan lokomotor yang dinamakan Ball In The Air. Pergerakan lokomotor yang melibatkan gerakan tubuh badan yang menyeluruh dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran pergerakan asas seperti berlari, melompat dan sebagainya. Tambahan pula, pergerakan lokomotor ini dilakukan dengan menggunakan alatan. Selain itu juga, melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baru. Di samping itu juga, guru dapat mengenal pasti kemampuan, tahap dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kanak-kanak juga dapat menguasai keseimbangan badan mereka di dalam aktiviti Flamingo Leg. Mereka juga dapat membezakan antara kaki kiri dan kaki kanan. Secara tidak langsung, aktiviti yang dilakukan ini memberi keseronokan dan kepuasan kepada mereka.

You might also like