You are on page 1of 15

NORHIDURA BT OTHMAN AYUNI BT AZIZ NUR FARHANA BT.

MOHD SARIF

Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam".

Latar Belakang
Abu

Hamed Mohammad ibn Mohammad al- Ghazalli Lahir di Tus, Khorasan, Iran Ahli falsafah, ahli teologi dan ahli juri. Belajar di Gurgan, ilmu fiqh. Tus,lanjut pelajaran dalam bidang agama, falsafah,logik dll.

Pada

peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma kerana keluarganya miskin. Beliau mempelajari ilmu fikah pada waktu itu. Beliau seterusnya mempelajari tauhid, mantiq, usul fikah dan falsafah serta menyelidik dan mengkaji segala pendapat empat mazhab hingga mahir dalam bidangbidang tersebut.

Kecintaannya

terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.

Walaupun

telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana

Selain

belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibakar oleh tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad.

Antara kitab yang musnah termasuk:


40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,).

Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar fMengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).

Kalau

menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli filsafat tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal.

Menurut

Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan , agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama.

Hasilkan

lebih 400 karya dalam bidang teologi, falsafah,sains dan ilmu sufi.

-Tahafut al-Falasifa -Ihyaul Ulumuddin -Maqasid al-falasifa

Terdapat

tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengingati Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.

Perkembangan

sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal sematamata.

Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri

Terima Kasih

You might also like