You are on page 1of 13

PENANG FREE SCHOOL

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Analisis Penyata Kewangan
Perakaunan Tingkatan 6

Disediakan oleh : Saleha binti Salleh


10 Januari 2009

Objektif : 1. memahami maksud analisis penyata kewangan. 2. mengenalpasti kepentingan analisis kewangan. 3. membezakan analisis perbandingan dengan analisis nisbah. 4. mengira nisbah-nisbah kecairan, keberuntungan dan nisbah mampu bayar. 5. menginterpretasi hasil pengiraan nisbah. 6. mengenalpasti batasan atau limitasi analisis penyata kewangan.

PENGENALAN
Penyata kewangan sesebuah firma berguna kepada kumpulan pengguna dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk menilai prestasi firma tersebut. Pengguna-pengguna penyata kewangan biasanya terdiri daripada pihak dalaman dan luaran syarikat. Pengguna Dalaman Pihak dalaman mewakili pihak pengurusan yang menggunakan penyata kewangan untuk membuat analisis dan perbandingan prestasi setiap jabatan atau perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini penting untuk tujuan perancangan dan pengawalan. Kesatuan sekerja juga merupakan pengguna penyata kewangan firma. Prestasi syarikat akan memberi petunjuk kepada persatuan sekerja tentang kadar pembayaran gaji dan imbuhan adakah selari dengan pencapaian syarikat bagi sesuatu tempoh masa. Maklumat ini akan digunakan dalam proses perundingan atau tuntutan bayaran gaji. Pengguna Luaran Pihak luaran juga berminat untuk mendapatkan maklumat kewangan sesebuah firma. Pihak-pihak seperti pemegang syer, pemegang debentur, bakal pelabur, syarikat kewangan ,pemiutang mahupun pesaing berminat untuk meneliti prestasi kewangan syarikat. Pemegang syer pastinya memerlukan maklumat kewangan syarikat untuk mengetahui keberuntungn syarikat dan peratus pembayaran dividen atau perkembangan perniagaan. Bagi pemegang-pemegang debentur pula ingin memastikan kebolehan syarikat untuk membayar faedah dan kemampuan syarikat membayar balik debentur. Maklumat kewangan juga berguna kepada bakal-bakal pelabur yang ingin membuat pelaburan baru untuk memilih syarikat yang boleh memberi pulangan pelaburan yang tinggi. Syarikat-syarikat kewangan dan syarikat kredit juga sentiasa mengikuti perkembangan prestasi kewangan syarikat untuk menilai

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

kedudukan syarikat tersebut sama ada mampu membayar balik pinjaman atau untuk meluluskan pinjaman baru. Pemiutang-pemiutang juga berminat untuk melihat kecairan modal kerja syarikat , adakah syarikat mampu bayar liabilitinya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan pesaing-pesaing dalam industri yang sama akan sentiasa menggunakan maklumat kewangan syarikat untuk membuat perbandingan dengan prestasi mereka.

Matlamat penyata kewangan adalah untuk memberi gambaran sebenar mengenai kedudukan kewangan sesebuah syarikat termasuklah kedudukan kewangan semasa, prestasi masa lampau dan prospek masa hadapan. Oleh kerana itulah, laporan penyata kewangan hendaklah menuruti konvensyen pendedahan penuh (full disclosure) yang telah ditetapkan dalam Financial Reporting Standards (FRS) oleh Malaysian Accounting Standards Board (MASB). FRS telah menetapkan maklumatmaklumat minimum yang perlu dilaporkan dalam Penyata Tahunan sesebuah syarikat. Sumber utama maklumat yang digunakan untuk membuat analisis termasuklah : 1. penyata pendapatan 2. kunci kira-kira 3. penyata aliran tunai 4. nota kepada penyata kewangan 5. kaedah perakaunan yang digunakan 6. keputusan-keputusan kewangan yang telah dibuat 7. laporan juruaudit 8. data kewangan untuk tahun sebelumnya untuk perbandingan

KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN


Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan ialah Analisis Perbandingan dan Analisis Nisbah. ANALISIS PERBANDINGAN Analisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu : 1. Asas Intera Syarikat data-data dalam syarikat itu sendiri dibandingkan dengan item-item yang serupa tetapi dalam tahun yang berlainan. 2. Asas Antara Syarikat item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan syarikat yang lain dalam tahun yang sama sama ada syarikat itu merupakan syarikat subsidari dalam satu syarikat induk atau syarikat yang sama industrinya tetapi secara individu.

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

3. Asas Purata Industri - perbandingan dibuat dengan purata industri di mana syarikat itu beroperasi. Contoh Syarikat A (syarikat barangan elektrik) dibanding dengan angka industri dari pelbagai syarikat pengeluar barangan elektrik. Dua jenis analisis perbandingan adalah secara menegak dan secara melintang. Analisis menegak menganalisis komponen atau item dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira menggunakan peratusan yang relatif. Bermaksud , setiap item dibandingkan dengan satu item asas dalam penyata pendapatan contohnya jualan bersih dan dalam kunci kira-kira item dibandingkan dengan jumlah aset bersih. Analisis melintang (analisis arah aliran) pula membuat perbandingan data-data laporan kewangan dengan menggunakan satu tahun tertentu sebagai tahun asas perbandingan. Contohnya, peratus pulangan atas jualan tahun 2002 dan tahun 2003 dibandingkan dengan peratus tahun 2001 yang dijadikan tahun asas perbandingan. ANALISIS NISBAH Analisis nisbah digunakan untuk menunjukkan hubungan antara satu kuantiti dengan kuantiti yang lain. Hubungan ditunjukkan dalam bentuk peratus, kadar atau nisbah. Analisis nisbah boleh dibahagikan kepada : 1. Nisbah Kecairan 2. Nisbah Keberuntungan 3. Nisbah Mampu Bayar Nisbah Kecairan Nisbah kecairan mengukur kemampuan jangka pendek sesebuah syarikat untuk membayar hutang atau obligasi-obligasi mereka yang sudah cukup tempoh dan untuk memenuhi keperluan tunai yang tidak dijangka. 5 jenis nisbah yang digunakan dalam analisi nisbah kecairan adalah : 1. Nisbah Cepat nisbah cepat menunjukkan hubungan antara tunai, sekuriti boleh pasar dan penghutang bersih dengan liabiliti semasa. ia menunjukkan kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka pendeknya dengan cepat atau serta merta. Formula : Nisbah Cepat = Tunai + Sekuriti Boleh Pasar + Penghutang Bersih ------------------------------------------------2. Nisbah Semasa
4

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset semasa dengan liabiliti semasa. juga disebut nisbah modal kerja. ia digunakan untuk menilai kecairan syarikat atau kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka pendek. Nisbah semasa yang tinggi menunjukkan kemampuan syarikat membayar hutang jangka pendeknya dalam tempoh kurang daripada 12 bulan. Formula : Nisbah Semasa = Semasa Aset

Pusing Ganti Inventori (Stok) =

Kos Jualan --------------------Stok Purata

** Stok purata = stok awal + stok akhir 2

4. Pusing Ganti Akaun Belum Terima Nisbah ini mengukur berapa kali secara puratanya penghutang boleh dikutip dalam satu-satu tempoh. Menunjukkan cepatnya aset semasa ditukarkan kepada tunai. Ini juga menunjukkan kecekapan syarikat dalam aktiviti pemberian kredit dan pengutipan hutang. Semakin tinggi nisbah pusing ganti Akaun Belum Terima maka semakin cekap syarikat dalam mengendalikan penghutangnya. Formula : Pusing Ganti Akaun Jualan Bersih Jualan tunai Belum Terima = ----------------------------------------------------------

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

-------------3. Pusing Ganti Inventori Nisbah ini mengukur secara puratanya berapa kali inventori dijual dalam satu tempoh tertentu (biasanya 12 bulan satu tempoh perakaunan) Nisbah pusing ganti yang tinggi menunjukkan kekerapan syarikat membeli inventori baru dan ini bermakna jualan adalah baik. Ini juga menunjukkan kecukupan inventori dan kecekapan pengurusannya. Jika jumlah inventori yang disimpan adalah kecil, pengurusan dianggap baik. Formula :

5. Purata Tempoh Kutipan menunjukkan purata bilangan hari untuk mengutip hutang. Tujuannya untuk menilai keberkesanan polisi kredit dan polisi pengutipan yang diamalkan oleh syarikat. Formula : Purata Tempoh Kutipan = --------------Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

365 hari -------------------------------

Pusing Ganti Akaun Polisi pengutipan dianggap berkesan jika purata tempoh kutipan sama atau hampir sama panjang masanya yang dibenarkan dalam syarat jualan kredit.

Contoh : Syarikat Menara Persada Berhad Penyata Pendapatan Berbanding bagi tahun berakhir 31 Disember 2004 (RM) 592 500 (370 500) 222 000 165 000 11 250 12 810 189 060 32 940 2003 (RM) 579 750 (342 000) 237 750 180 750 16275 11 403 2208 428 29 322

Jualan (bersih) Tolak : Kos Jualan Untung Kasar Belanja-belanja operasi Belanja faedah Belanja cukai pendapatan (28%) Jumlah Perbelanjaan Pendapatan Bersih

Syarikat Menara Persada Berhad Kunci Kira-kira Berbanding bagi tahun berakhir 31 Disember 2004 (RM) Aset Semasa Tunai Sekuriti Boleh Pasar Akaun Belum Terima (Bersih) Inventori Belanja Terdahulu Jumlah Aset Semasa Aset Tetap Loji dan Peralatan Jumlah Aset Liabiliti Semasa Akaun Belum Bayar 15 15 59 157 3 250 000 750 250 500 000 500 2003 (RM) 113 18 55 152 3 243 500 750 500 250 750 750

120 000 370 500 57 750

105 750 349 500 48 000


6

Nota Belum Bayar Jumlah Liabiliti Semasa Liabiliti Jangka Panjang Bon Belum Bayar Jumlah Liabiliti Ekuiti Pemegang Saham Saham Keutamaan Saham Biasa, nilai tara RM1.50 sesyer Modal berbayar tambahan Pendapatan tertahan Jumlah Ekuiti Pemegang Saham Jumlah Liabiliti dan Ekuiti

30 000 87 750 105 000 192 750 30 000 97 500 26 250 24 000 177 750 370 500

22 500 70 500 105 000 175 500 30 000 97 500 26 250 20 250 174 000 349 500
Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

Maklumat tambahan : dalam tahun 2004, Syarikat Menara Persada Berhad telah mengisytihardan membayar dividen tunai ke atas saham keutamaan sebanyak RM1 200. Dividen saham keutamaan tahun 2003 adalah RM1 100. Pemegang saham biasa pula menerima dividen tunai sebanyak RM9 000 bagi tahun 2004 dan RM8 000 bagi tahun 2003. Pada 31 Disember 2003, harga pasaran saham biasa ialah RM10.50 sesaham dan pada 31 Disember 2004 ialah RM12.00 sesaham. a) Nisbah Cepat 2004

2003

b) Nisbah Semasa 2004

2003

c) Pusing Ganti Inventori 2004

2003

** andaian inventori awal 2003 RM149 000

d) Pusing Ganti Akaun Belum Terima 2004 2003

** andaian : jualan tunai tahun 2004 =RM222 500, tahun 2003 =RM250 000 dan ABT awal tahun 2003 = RM53 000

e) Purata Tempoh Kutipan 2004

2003

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

Margin Untung 100

Pendapatan Bersih ------------------------------

2. Pusing Ganti Aset digunakan untuk mengukur keberkesanan / keefisienan perniagaan menggunakan asetnya untuk menjana jualan. Formula : Pusing Ganti Aset = Jualan Bersih ------------------------Aset Purata

3. Pulangan Atas Aset mengukur keberuntungan syarikat secara keseluruhan. Formula : Pulangan Atas Aset -- x 100 = Pendapatan Bersih --------------------------

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

Nisbah Keberuntungan Nisbah keberuntungan digunakan untuk mengukur hasil atau keupayaan operasi sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu. Nisbah yang berkaitan dengan keberuntungan adalah : 1. Margin Untung digunakan untuk mengukur peratusan setiap ringgit hasil bersih daripada jualan bersih bagi suatu tempoh. Formula :

4. Pulangan Atas Ekuiti Pemegang Saham mengukur keberuntungan pemegang saham biasa. ia menunjukkan amaun pulangan yang diperoleh bagi setiap ringgit yang dilaburkan oleh pemilik atau pemegang saham biasa Formula : Pulangan atas Ekuiti Bersih Pemegang -----------------------------= Saham x 100 Pendapatan Biasa

5. Perolehan Sesaham mengukur amaun pendapatan bersih yang diperoleh oleh syarikat bagi setiap saham biasa yang diterbitkan. Formula : Perolehan Sesaham ----------6. Nisbah Harga Perolehan mengukur harga pasaran setiap saham biasa berbanding dengan perolehan sesaham syarikat. ini menggambarkan penilaian pelabur terhadap perolehan syarikat pada masa akan datang. Formula : Nisbah Harga Perolehan Saham biasa = Harga Pasaran ----------------------7. Nisbah Bayar Keluar (Kadar Hasil Dividen) mengukur peratusan perolehan syarikat yang diagihkan dalam bentuk dividen tunai. syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi akan mencatatkan nisbah bayar keluar yang rendah kerana sebahagian besar daripada pendapatan bersih syarikat akan dilaburkan semula. Formula : = Pendapatan Bersih --------------------------

10

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

Nisbah bayar keluar

Dividen tunai ------------------------Pendapatan Bersih

1. Nisbah Hutang Atas Jumlah Aset digunakan untuk mengukur peratusan jumlah aset yang diperoleh melalui pembiayaan pemiutang. Formula : Nisbah Hutang Atas Jumlah Aset Liabiliti = Jumlah ---------2. Bilangan Perolehan Faedah (Nisbah Liputan Faedah) mengukur kemampuan syarikat untuk memenuhi keperluan pembayaran faedah apabila pembiayaan seperti pinjaman mencapai tempoh matang. semakin tinggi bilangan perolehan faedah, semakin kukuh kedudukan syarikat. Formula : Bilangan perolehan faedah dan Belanja Faedah = Pendapatan Sebelum Cukai --------------------------------------3. Nisbah Hutang Atas Ekuiti mengukur peratusan jumlah ekuiti yang dibiayai oleh hutang.

11

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

Nisbah Mampu Bayar Nisbah mampu bayar mengukur kemampuan dan keupayaan sesebuah perniagaan untuk meneruskan operasinya dalam jangka masa panjang. Nisbah yang berkaitan dengan keberuntungan adalah :

semakin rendah nisbah hutang atas ekuiti , semakin tinggi kemampuan syarikat membayar semula kepada pemegang saham. Formula : Nisbah Hutang Atas Ekuiti x 100 = Jumlah Liabiliti ---------------------

LIMITASI ANALISIS PENYATA KEWANGAN


Walaupun analisis penyata kewangan banyak memberi menfaat kepada pihak-pihak berkepentingan sama ada luaran atau dalaman, analisis ini juga mempunyai beberapa kekangan atau kelemahan. Antaranya : 1. apabila perbandingan dibuat antara satu firma dengan satu firma yang lain, pastinya setiap firma mempunyai perbezaan dari segi penggunaan pelbagai kaedah untuk menilai serta mempersembahkan item-item dalam penyata kewangan. Misalnya untuk penilaian inventori, ada syarikat menggunakan kaedah MDKD dan ada yang menggunakan kaedah MKKD menyebabkan nilai inventori akhir tidak dapat dbandingkan dengan tepat. 2. data penyata kewangan yang digunakan sebagai asas pengiraan dinyatakan pada nilai kos sejarah dan bukannya pada nilai semasa. Ini bermakna keputusan yang akan dibuat untuk tindakan pada masa akan datang adalah berdasarkan kepada prestasi lepas. 3. penyata kewangan mengandungi banyak data yang diperoleh melalui anggaran contohnya peruntukan hutang ragu dan susutnilai. Ini mengakibatkan pengiraan menjadi tidak tepat. 4. bagi syarikat yang mempunyai pelbagai subsidiari pastinya setiap subsidiari menjalankan perniagaan yang berbeza dengan syarikat lain. Oleh itu nisbah seperti pusing ganti inventori adalah tidak selaras.

12

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

5. masalah kemanusiaan juga membataskan pemilihan nilai-nilai untuk dianalisis dan penilaian dalam membuat keputusan pastinya tidak sama. 6. kesan perubahan harga juga memberi kesan ke atas penilaian analisis. 7. firma yang berlainan akan mempunyai pola pemilikan aset yang berbeza walaupun dalam industri yang sama, contohnya syarikat yang menyewa bangunan dan memiliki bangunan sendiri. Nilai aset juga mungkin tidak dapat dibandingkan sekiranya sebuah syarikat itu telah membuat penilaian semula aset pada tahun tersebut tetapi syarikat yang dibandingkan belum membuat penilaian semula asetnya pada tahun yang sama.

13

Modul P&P Analisis Penyata Kewangan

You might also like