You are on page 1of 5

Peranan Nazir

PERANAN JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN)

PERANAN PENGURUSAN SEKOLAH

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti


Latar Belakang Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) adalah sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1956 atas perakuan Penyata Razak 1956(Perenggan 42-46) dan seterusnya diberi pengesahan oleh Ordinan Pelajaran 1957 (perenggan 9296). Penubuhan sebuah badan pengawalan dalam pendidikan seperti JNS telah disarankan semenjak tahun 1938 oleh sebuah Suruhanjaya Khas berkenaan dengan Dasar Pelajaran (Surat Mesyuarat No 70, Tahun1952) dan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) menyokong penubuhan sistem pengawalan khas bagi seluruh negara. PerkembanganPenubuhan JNJK Pada peringkat awal penubuhan (1956), JNJK merupakan sebuah organisasi tertutup yang disebut sebagai Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (JNSP). Dari segi struktur organisasi, keanggotaan JNSP pada ketika itu terdiri daripada seorang Ketua Nazir Sekolah, 3 orang Nazir Sekolah di Ibu Pejabat, 3 orang NAzirSekolah di Kawasan Timur, 3 orang di Kawasan Selatan dan seorang Nazir Sekolah di Kawasan Utara. Melalui Laporan Suruhanjaya Aziz tahun 1970, JNSP menjadi sebuah perkhidmatan tertutup. Perubahan Peranan dan Fungsi JNJK Akta Pelajaran 1961 Artikel 97 telah memberi kuasa kepada Ketua Jemaah Nazirdan Nazir memberi nasihat kepada pengurusan sekolah, institusi pendidikan dan guru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan. Bagi membolehkan tugasan tersebut dilaksanakan dengan berkesan, Kuasa-Kuasa Am NazirSekolah (121), diberi kepada Nazir Sekolah bagi membolehkan mereka "pada bilabila masa memasuki institusi pendidikan". Akta Pelajaran 1961 melalui Artikel 96 (a), telah meletakkan asas tentangmatlamat penubuhan JNJK. Matlamat tersebut dijelaskan lagi secara terperinci oleh Jawatankuasa Kabinet 1979 iaitu JNJK diamanahkan untuk "memerhati,mengawasi, dan menasihati guru supaya mutu pengajian dan pembelajaran serta pengelolaan pentadbiran di sekolah terpelihara dan seterusnya dapat diperbaiki.". Sebagai institusi pengawal mutu pendidikan negara, JNJK perlu bertinda"without fear or favour" dan "is not coloured by anything but professional consideration" selari dengan perkembangan peranan, fungsi dan tanggungjawab JNJK yang ditentukan oleh Akta Pelajaran.

Fungsi

1. Pemeriksaan Institusi Pendidikan Memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan diperiksa oleh Nazir Sekolah pada lat tempoh yang difikirkan sesuai;AP96, Seksyen 117(b). Apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh menteri, memeriksa sesuatu institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan itu diperiksa; AP96,Seksyen 117(c). Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubung dengan pemeriksaan institusi pendidikan sebagaimana yang ditetapkan; AP96,Seksyen 117(d),118, 121, 122. 2. Bimbingan dan Nasihat Ketua Nazir atau Nazir Sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubung dengan pengajaran dan kaedah pengajaran;AP96, Seksyen 118. 3. Penyediaan Laporan Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117,dan jika laporan itu dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorskan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan itu. AP96, Seksyen 120(1).

You might also like