Professional Documents
Culture Documents
Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah PDF
Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah PDF
2.7 Apakah fungsi DSP? DSP dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. 2.8 Adakah instrumen PS perlu diselaraskan antara murid, kelas dan sekolah? Instrumen PS tidak perlu diselaraskan kerana guru perlu mempelbagaikan instrumen mengikut kesesuaian murid. 2.9 Apakah Standard Prestasi? Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark) yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus. 2.10 Adakah seseorang murid itu mesti menguasai setiap deskriptor untuk menentukan band yang dicapainya? Ya, murid mesti menguasai setiap deskriptor untuk menentukan band yang dicapainya. Penguasaan setiap deskriptor membuktikan murid telah menguasai semua standard kandungan/hasil pembelajaran bagi band berkenaan. 2.11 Adakah murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum menguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu? Boleh, murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum menguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu kerana guru mengajar berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum (DSK)/Sukatan Pelajaran. Walau bagaimanapun, murid perlu menunjukkan evidens lisan atau bertulis atau bahan yang membuktikan bahawa murid telah menguasai deskriptor dalam band yang terdahulu. Evidens boleh dikemukakan dalam bentuk bahan atau murid itu sendiri. 2.12 Adakah sekolah perlu melaksanakan PEKA, PLBS/ULBS dan kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan 1? PEKA dan PLBS/ULBS perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PS. Kerja kursus bagi KHB tidak perlu dilaksanakan di Tingkatan 1 mulai tahun 2012. 2.13 Adakah LINUS boleh digunakan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah? Tidak boleh kerana LINUS merupakan satu program untuk mengenal pasti murid yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).PBS pula ialah satu pendekatan pentaksiran yang merangkumi komponen akademik dan bukan akademik. Ia merupakan satu proses pentaksiran yang berterusan dan dilaksanakan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
2.14 Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan? Bergantung kepada keperluan / objektif / tujuan ujian tersebut diadakan.Sekiranya bertujuan mendapatkan kedudukan murid, skop ujian boleh merentasi semua konteks dan konstruk (pengetahuan dan kemahiran yang diukur) dalam mata pelajaran tersebut. Sekiranya JK PBS sekolah memutuskan untuk mendapatkan kedudukan bagi murid-murid dalam band-band tertentu, soalan atau tugasan ujian tersebut hendaklah berdasarkan evidens dalam dokumen standard prestasi. 2.15 Adakah murid yang belum menguasai kemahiran/pengetahuan dalam PS perlu ditaksir semula? Murid perlu ditaksir semula sehingga murid menguasai pengetahuan/kemahiran dalam PS. 2.16 Bolehkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadi pentaksir? Boleh, kerana GSTT telah dilantik untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pentaksiran hendaklah dijalankan oleh guru yang mengajar.
6.6 Bagaimanakah pelaksanaan PBS bagi murid dari golongan OKU? Murid akan ditaksir dan dinilai menggunakan standard prestasi khas dan mekanisme yang sesuai. Pentadbir sekolah hendaklah menyediakan segala keperluan khas murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS. 6.7 Bolehkah pentaksiran yang dibuat oleh guru dipercayai? Boleh kerana guru merupakan orang yang paling layak untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:
perkembangan murid secara berterusan pembelajaran murid perkembangan murid rd prestasiIntegriti guru dikawal melalui proses penjaminan kualiti yang merangkumi pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.
7.9 Bolehkah FS disediakan di hujung tahun? Tidak boleh, FS perlu disediakan bermula dari awal tahun kerana pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berjalan secara berterusan. FS perlu dikemaskini sepanjang tahun. 7.10 Bilakah evidens Pentaksiran Sekolah murid boleh dilupuskan? Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Beasaskan Sekolah (SPPBS).Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS.
8.4 Apakah penyelarasan? Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.Penyelarasan dalaman dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua .Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang atau guru.Manakala penyelarasan luaran dilaksanakan oleh LP/JPN/PPD. 8.5 Apakah pengesanan? Pengesanan ialah proses menilai instrumen PBS yang bertujuan untuk: 1. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran. 2. Menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran 3. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiranPengesanan dilaksanakan oleh Pegawai Lembaga Peperiksaan atau pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan. 8.6 Bolehkah sekolah melaksanakan silang pemantauan dengan sekolah berhampiran untuk tujuan kebaikan bersama? Boleh kerana kerjasama tersebut akan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PBS. 8.7 Bolehkah sekolah melaksanakan silang penyelarasan dengan sekolah berhampiran untuk tujuan kebaikan bersama? Boleh bagi menjamin kebolehpercayaan instrumen / tugasan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.