You are on page 1of 14

ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

DALAM KALANGAN GURU

¹Noorzeliana Binti Idris, ²Norazilawati Binti Abdullah, ³Saniah Binti sembak


Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Sistem pendidikan negara kita yang berteraskan peperiksaan telah mendorong


pelajar-pelajar belajar dan menghafal untuk lulus peperiksaan. Pengetahuan yang
diterima dengan cara ini tidak akan kekal. Ini bermakna kejayaan dalam peperiksaan
tidak memberi gambaran sebenar tentang kejayaan penguasaan sesuatu kurikulum.
Maka Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Pentaksiran Berasakan
Sekolah (PBS) sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS
dirancang, ditadbir, di skor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan ia merupakan satu bentuk
penilaian yang dilakukan oleh guru dan pihak sekolah. Namun sejak kebelakangan
ini banyak keluhan dari guru-guru tentang PBS. Maka kertas ini mengetengahkan isu
dan cabaran permasalahan guru dalam pentaksiran semasa melaksanakan PBS.
Kajian ini membincangkan isu-isu berkaitan ketidakyakinan dan ketidaksungguhan
guru dalam menaksir, amalan birokrasi dalam pentaksiran, dan beberapa
permasalahan guru sepanjang melaksanakan PBS. Kajian ini telah mengemukakan
beberapa cadangan bagi penambahbaikan kualiti dalam pelaksanaan PBS.

KATA KUNCI: Pentaksiran Berasaskan Sekolah, ketidaksungguhan, ketidakyakinan

PENGENALAN

PBS dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Ia juga merupakan penilaian holistik yang menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani) dan aspek-aspek psikomotor (fizikal) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM). Objektif utama pelaksanaan PBS adalah untuk:

i) mendapatkan gambaran keseluruhan potensi individu


ii) memantau pembangunan individu dan membantu untuk meningkatkan potensi
individu
iii) membuat laporan yang bermakna kepada pembelajaran individu
(Lembaga Peperiksaan, 2012)

Komponen PBS terdiri daripada bidang akademik dan bukan akademik seperti Rajah 1.
Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP),
manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psiko metrik (PPsi) dan
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi
pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif
yang berasaskan sekolah (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2012).

PBS

BUKAN
BUKAN
AKADEMIK
AKADEMIK AKADEMIK
AKADEMIK

Pentaksiran Pentaksiran
Pentaksiran Pentaksiran
Pentaksiran Aktiviti
Aktiviti
Pusat Sekolah
Sekolah Pentaksiran
Jasmani,
Jasmani, Sukan
Sukan dan
dan Pentaksiran
(PP) (PS)
(PS) Kokurikulum
Kokurikulum Psikometrik
(PAJSK)
(PAJSK) (PPsi)
(PPsi)

Rajah 1 Komponen PBS

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran sekolah (PS) merujuk pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, di
rekod dan di lapor oleh guru sekolah yang berkenaan. Pentaksiran sekolah dilaksanakan secara
formatif dan sumatif bagi melihat perkembangan pembelajaran murid serta menambah baik
pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja,
pemerhatian, kuiz, senarai semak laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Manakala
pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.
PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran
tentang pembelajaran (assessment of learning). PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk
pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of
learning). PS mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan


kemahiran yang dicapai oleh murid

b. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP

c. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan
murid.
d. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

(Lembaga Peperiksaan 2013)

a. Standard prestasi

Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan
seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari. Dalam satu tempoh
pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark) yang terdapat dalam
standard prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan
aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus. Standard Prestasi juga menjadi
sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak
langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan
dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Selain itu, standard prestasi
juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap dan standard pendidikan negara
berbanding negara lain. Jadual 1 menunjukkan pernyataan dalam Standard Prestasi dan
tafsirannya. Dengan menggunakan Standard Prestasi:

a. Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan
kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

b. Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang
ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.

c. Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas
melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

d. Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui
sistem pendidikan negara.

Jadual 1 Standard Prestasi dan Tafsirannya


PERNYATAAN TAFSIRAN
Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang
BAND disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan tahap
penguasaan murid
Satu penyataan tentang suatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu
STANDARD dan bersifat generik bagi memberi gambaran secara holistik tentang tahap
penguasaan murid.
Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai sepanjang
PERNYATAAN tempoh peringkat pembelajaran (Sekolah rendah : Tahun 1 hingga Tahun
STANDARD 6 dan Sekolah menengah rendah : Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) dan
digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran berkenaan.
DESKRIPTOR Deskriptor merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan
boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam
Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap
pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran
EVIDENS Pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan perkara
yang diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor.
(Murid)

EVIDENS Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang
melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses. Eviden
(Bahan) boleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak
dan laporan
Alat yang digunakan untuk menguji penguasaan/pencapaian murid bagi
INSTRUMEN sesuatu domain seperti Ujian bertulis, Ujian lisan, Demonstrasi, Ujian
amali, Pemerhatian, Kajian Lapangan dan sebagainya

b. Dokumen Standard Prestasi

Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Dokumen yang
dibangunkan ini mengandungi panduan untuk mentafsir pencapaian murid mengikut tahap-tahap
pencapaian seperti yang dihasratkan dalam Dokumen Standard Kurikulum. Dokumen Standard
Kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum yang mengandungi perkara-
perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses PdP. Jadual 2 menunjukkan
contoh Dokumen Standard Prestasi yang mengandungi pernyataan deskriptor dan eviden bagi
mata pelajaran Sains tingkatan Satu.

Jadual 2 Dokumen Standard Prestasi

BAND PERNYATAAN DESKIPTOR EVIDENS


STANDARD
1 B1 B1D1 B1D1E1
Tahu Mengetahui konsep dan Menyatakan kerjaya dalam Menyenaraikan kerjaya dalam
prinsip asas sains sains bidang sains

B1D2 B1D2E1
Mengenal pasti sel sebagai unit Menyatakan sel sebagai unit asas
asas kehidupan kehidupan

B1D2E2
Menyenaraikan pelbagai jenis sel
manusia

B1D3 B1D3E1
Menyatakan tentang benda- Menyenaraikan benda-benda yang
benda di sekeliling mempunyai isim dan memenuhi
ruang.

AMALAN DALAM PENTAKSIRAN SEKOLAH


Guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran dan
pembelajaran pelajar, oleh itu kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh guru amat
diberi perhatian. Tujuan utama pentaksiran dalam bilik darjah adalah untuk mendapat maklumat
tentang kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar (McMillan, 2008). Pentaksiran dalam bilik
darjah merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembentukan ujian bertulis dan pentaksiran prestasi
(performance assessment), penggredan, mentafsir skor peperiksaan, memberi maklum balas
tentang hasil pentaksiran dan penggunaan hasil pentaksiran dalam membuat keputusan. Namun,
guru seharusnya merancang sebelum pentaksiran dilakukan supaya pentaksiran yang dilakukan
lebih terancang dan telus. Guru memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan
melakukan perancangan berikut;

a. memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar dengan memilih kandungan mata
pelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK).

b. tentukan kaedah pengajaran serta mengenal pasti kaedah pentaksiran seterusnya


menyediakan bahan-bahan pengajaran

c. menyampaikan kandungan mata pelajaran kepada murid dengan menggunakan pelbagai


strategi mengikut kreativiti guru

d. menaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar dan melaporkan tahap prestasi
murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid.

Guru melakukan pentaksiran dan sentiasa memastikan berlaku penjajaran strategi dan
instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Pentaksiran boleh
dilakukan secara tidak formal sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian iaitu guru
menilai murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat. Pelajar
pula boleh memberikan eviden untuk dinilai dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu.
Sekiranya pelajar telah mencapai standard yang ditetapkan, guru akan meneruskan PdP
kandungan berikutnya dalam DSK. Sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan
guru akan membuat sesi pemulihan untuk membimbing murid tersebut. Pemilihan strategi
pengajaran penting bagi membantu murid mendapat pengalaman pembelajaran yang sejajar
dengan DSK. Rajah 2 menunjukkan Carta alir penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran
Sekolah.
saan Tahap
pengua

pai Telah
menca
Belum
ahap mencapa

han
muli
Pe
aan
penguas

M
A

U
L
seterusnya
pentaksiran
pembelajaran dan
pengajaran,
laksanakan
baru
kurikulum
Pilih

pentaksiran
kaedah
menyediakan
pembelajaran
pengajaran,
Guru
pentaksiran
dan
pembelajaran
pengajaran dan
melaksanakan
Guru
diajar
yang akan
kurikulum
standard
Guru pilih
evidens
berdasarkan
melapor yang
merekod
prestasi murid,
Guru menilai
standard
dan

rancang
dan

dan
Rajah 2
Rajah 2
Penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah

PELAPORAN

Pelaporan ialah proses guru menentukan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran yang
diajar berdasarkan deskriptor yang terdapat dalam DSP. Pelaporan boleh dilakukan secara
formatif dan sumatif.

a. Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid melaporkan perkembangan murid dalam


pembelajaran berdasarkan pentaksiran secara formatif (rujuk Rajah 4)

Rajah 3 Pelaporan Formatif


b. Pelaporan Pencapaian Murid melaporkan pencapaian murid dalam pembelajaran
berdasarkan pentaksiran secara sumatif (rujuk Rajah 4)

Rajah 4 Pelaporan sumatif

ISU DAN CABARAN PBS DALAM KALANGAN GURU

Ketidakyakinan guru dalam pentaksiran

Walaupun guru-guru telah mengikuti kursus tetapi mereka tetap merasa kurang yakin dalam
menaksir murid. Kekurangan pengetahuan, kemahiran dan sumber material menambahkan lagi
ketidakyakinan mereka dalam pentaksiran. Hal ini pernah diutarakan oleh Raden (2008) di mana
guru mengimpikan latihan yang profesional dalam pentaksiran bagi mendapatkan pengetahuan
dan kemahiran pentaksiran agar mereka boleh melaksanakan PBS dengan jayanya. Guru-guru
mahu dibekalkan dengan sumber material seperti Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
(PPPM), Manual Pentaksiran, contoh instrumen, contoh pemarkahan dan sebagainya. Latihan
dan bengkel ini sangat penting untuk memberi kemahiran dan keyakinan kepada guru untuk
merangka bentuk dan pelaksanaan PBS. Sebahagian ibu bapa juga mempertikaikan cara setiap
guru mata pelajaran membuat pentaksiran. Di sebabkan sikap campur tangan ibu bapa yang
hanya menuding jari, menambahkan lagi ketidakyakinan guru dalam membuat pentaksiran.
Kajian soal selidik LP yang dijalankan mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara
dalam talian (online) pada September 2012 mendapati guru kurang memahami mengenai cara
melaksanakan pentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (pentaksiran
formatif). Hal ini adalah kerana, kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai
bentuk kerana masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid
menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel.

Ketidaksungguhan guru dalam Pentaksiran

PBS berperanan menguji dan menilai prestasi murid dari semua segi secara keseluruhan.
Pentaksiran merangkumi prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah sepanjang murid
menjalani proses PdP. Guru yang bertanggungjawab dan berperanan menjalankan proses PBS ini
perlu mengikuti semua langkah dan prosedur pentaksiran. Namun begitu, ketidaksungguhan
guru dalam menaksir akan menjejaskan seluruh sistem pentaksiran. Kualiti pentaksiran boleh
dipertikaikan oleh semua pihak jika guru mengambil sikap acuh tidak acuh semasa menaksir
pelajar. Sekiranya perkara ini berlaku, di bimbangi berlaku ketidakadilan, ketelusan dan
keseragaman dalam membuat pentaksiran terhadap murid, sedangkan amalan ini merupakan
salah satu elemen yang penting dalam menentukan murid mendapat gred yang menepati apa
yang diusahakan dan diperoleh sepanjang PdP. Perkara ini berlaku kerana kurang pemantauan
dari pihak atasan. Perkara ini telah dibincangkan dalam kajian Tan Ai Mei (2010) di mana
kurang pemantauan akan menjadikan guru tidak bersungguh dan leka dalam melakukan
pentaksiran. Oleh itu guru perlu dipantau dengan menggunakan satu piawai atau standard
pentaksiran yang sah dan sesuai digunakan terhadap murid. Manakala kajian Chan (2009)
mendapati 25% guru mengatakan tiada pemantauan dari pihak pentadbir dan tiada kerjasama
dengan guru senior dan pihak pentadbir juga tak hiraukan pelaksanaan PBS mereka hanya
mahukan keputusan sahaja. Perkara ini berlaku juga disebabkan pemarkahan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah menyebabkan guru menaksir sambil lewa. Tidak bersungguh-
sungguh kerana rasa tidak puas hati menyebabkan pemarkahan tidak telus

Amalan Birokrasi Dalam Pentaksiran

Hasil temu bual Tan Ai Mei (2010) dalam kajian beliau dengan guru PBS, mengatakan bahawa
guru diminta secara am memberi gred yang baik kepada pelajar. Arahan ini secara tidak
langsung mendorong pengurusan PBS ke arah sekadar mengisi keperluan markah, khasnya
dalam memberi gred yang baik kepada pelajar. Perkara ini berlaku disebabkan pemantauan dari
pihak atasan hanya untuk melihat ‘hitam putih’. Penyataan ini turut disokong dalam kajian Tan
Ai Mei yang mendapati bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) ada membuat pemantauan tetapi hanya secara bertulis iaitu memeriksa
laporan-laporan yang telah pun difailkan. Menurut Tan lagi pemantauan secara amali atau
semasa proses pelaksanaan PBS kurang dilakukan di sekolah-sekolah. Pemantauan secara amali
ini penting bagi melihat sendiri pelaksanaan PBS oleh guru-guru dan mengkaji di mana cacat
celanya. Ini kerana jadual pemantauan telah pun disediakan di awal tahun lagi namun
pelaksanaannya tidak mengikut seperti mana yang dijadualkan. Menurut Tan lagi, pemantauan
pelaksanaan PBS oleh pihak LP dan JPN yang sekadar berfokuskan kepada laporan penulisan
telah banyak mewujudkan isu mengenai akauntabiliti penilaian berkenaan. Antaranya meliputi
isu perbuatan penipuan termasuk pembentukan sikap murid yang tidak serius terhadap projek
dan kerja lisan yang dijalankan. Ini berlaku kerana pemantauan yang tidak dijalankan pada tahap
amali, atau pun penekanan tidak diberi oleh pentaksir terhadap pemantauan pada peringkat
proses.

Permasalahan Guru Sepanjang Melaksanakan PBS

Sepanjang melaksanakan PBS banyak keluhan guru diluahkan melalui media cetak mahu pun
media sosial. Pernyataan ini bertambah kuat apabila kajian secara ‘online’ yang dijalankan oleh
KPM untuk melihat persetujuan guru dalam pelaksanaan PBS mendapati hampir 75% guru
setuju ia dihapuskan. Ini juga terbukti lagi apabila wujud laman di‘facebook’ yang ingin
memansuhkan PBS. Ia disokong oleh lebih 70 ribu orang guru
(https://www.facebook.com/KamiMahuSPPBSDimansuhkan). Tambahan pula pihak KPM telah
memberhentikan pelaksanaannya buat seketika pada bulan Februari 2013 bagi mengkaji semula
semua rungutan guru tentang pelaksanaan PBS yang dikatakan agak terburu-buru. Berikut adalah
permasalahan yang dihadapi oleh guru sepanjang melaksanakan PBS:

Bebanan guru yang bertambah

Baru-baru ini Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) membuatkan guru yang mengajar tingkatan tiga
lebih terkesan dengan bebanan kerja. Ini adalah kerana mereka perlu mengajar, menaksir dan
memberi skor kepada pelajar. Sebelum ini Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dijalankan
guru hanya mengajar dan guru luar terlibat dalam penandaan kertas jawapan dan memberi
markah kepada pelajar. Bebanan semakin bertambah apabila guru memegang jawatan-jawatan
penting di sekolah yang memaksa guru keluar sekolah untuk berkursus atau terpaksa memberi
tumpuan lebih untuk menjalankan tugasan-tugasan penting. Secara tidak langsung, guru
tertinggal banyak masa untuk mengajar dan mentaksir pelajar. Acara atau aktiviti di sekolah juga
sedikit sebanyak mengganggu sesi PdP guru dalam melaksanakan PBS.

CADANGAN PENGUKUHAN PELAKSANAAN PBS DALAM KALANGAN GURU

PERBANYAKAN LATIHAN DAN BENGKEL DALAM PENTAKSIRAN

Ilmu pentaksiran sangat penting kepada seseorang guru bagi melaksanakan pentaksiran yang
telus. Dengan ilmu ini pentaksiran guru akan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi. Kajian Stiggins (2005) juga mendapati tidak ramai guru yang betul‐betul bersedia dalam
melakukan pentaksiran bilik darjah kerana mereka tidak berpeluang untuk mempelajari teknik‐
teknik dan amalan pentaksiran yang betul. Selama ini wakil setiap sekolah akan dihantar untuk
mendapatkan ilmu tersebut dan akan menyampaikan semula kepada guru-guru sama ada secara
formal atau tidak formal. Kesannya, maklumat yang disampai mungkin bukan sepenuhnya atau
mungkin berlaku kesilapan penyampaian maklumat. Dengan dapatan kajian Tan (2010) yang
mendapati guru kurang yakin melaksanakan PBS disebabkan kurang pengetahuan dan
kemahiran, maka pihak JPN harus turun ke sekolah-sekolah secara berperingkat untuk memberi
pendedahan yang secukupnya. Guru boleh bersoal jawab dan berkongsi masalah yang dihadapi
serta mendapat maklum balas serta-merta. Penyampaian ilmu ini mungkin boleh dibuat dua kali
setahun memandangkan masalah akan timbul setelah melalui proses pelaksanaan. Maka proses
pentaksiran akan berjalan dengan lancar apabila semua permasalahan telah dapat diselesaikan,
walaupun secara perlahan-lahan.

PEMANTAUAN YANG KONSISTEN DAN BERMATLAMAT

Pihak JPN/PPD mahu pun pentadbir sekolah seharusnya memantau semasa proses pentaksiran
berlaku dan bukan memantau guru-guru dari segi lisan yang bertulis. Ini adalah kerana laporan
bertulis mungkin boleh direka dan bukan dalam keadaan sebenar. Maka sebaiknya pemantauan
perlu dilihat sendiri oleh pegawai yang bertanggungjawab sejauh mana pelaksanaannya. Ia juga
berguna untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh guru semasa proses pentaksiran berlaku.
Dengan itu penambahbaikan boleh segera dibuat bagi mengatasi segala permasalahan yang
ditanggung oleh guru. Kekerapan pemantauan juga boleh menjamin kualiti sesuatu pentaksiran.
Ini adalah kerana guru-guru perlu sentiasa bersedia dengan proses sebelum, semasa dan selepas
pentaksiran. Kajian secara online yang dibuat oleh LP pada September 2012, mendapati 90%
guru tahun 1, 2 dan 3 serta 83% guru tingkatan 1, tidak jelas tentang konsep pentaksiran. Guru-
guru ini menyatakan pentaksiran dilakukan selepas pengajaran sedangkan pentaksiran boleh
dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Stiggins 2005). Maka dengan adanya
pemantauan, masalah sebegini boleh dikesan dan tunjuk ajar boleh diberikan secara langsung.

KURANGKAN GANGGUAN DALAM PENTAKSIRAN

Program sekolah harus dikurangkan supaya tiada gangguan semasa pentaksiran dijalankan. Pihak
pentadbir perlu memberi kerjasama dengan tidak terlalu membebankan guru dengan tugasan
yang bukan melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana guru perlu lebih masa
untuk yang melibatkan aktiviti pentaksiran di mana guru perlu merancang dengan teliti dan
menepati objektif pengajaran yang telah ditetapkan di awal pengajaran dan pembelajaran.
Program sekolah yang kerap diadakan di waktu persekolahan sedikit sebanyak mengganggu
perancangan guru dalam melaksanakan pentaksiran. Kalau dilihat rasional kepada perlunya
pelaksanaan PBS adalah (King & Brathwaite, 1991):

i. ia menaksir sesuatu objektif yang tidak dapat ditaksir melalui ujian bertulis biasa.
ii. ia memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan atau kemahiran yang
mereka kuasai.

Maka dengan ini perlunya guru dan pelajar beri penumpuan penuh kepada aktiviti pengajaran
dan pembelajaran untuk memastikan kualiti pentaksiran mencapai piawaian yang ditetapkan.
RUMUSAN

Guru yang melaksanakan PBS seharusnya diberi pengetahuan dalam pentaksiran supaya
keseragaman dan kejituan dalam memberi skor. Pihak sekolah perlu mengurangkan aktiviti-
aktiviti yang mengganggu guru dalam PdP. Pihak atasan juga perlu memantau dan sentiasa
memberi penekanan dalam aktiviti pentaksiran. Pelajar dan ibu bapa perlu diberi pendedahan
tentang kepentingan PBS supaya memudahkan guru bekerjasama dengan mereka.

BIBLIOGRAFI
Chan Yuen Fook 2003. Pendektan Penilaian:satu tinjauan dari aspek kesesuaiannya dalam
penilaian program latihan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Institut
Aminudin Baki 13(1): 65-81

Chan Yuen Fook, Gurnam kaur Sidhu, Md Rizal Bin Md Yunus 2009. School-based Assessment.
Enhancing Knowledge and best Practices. University Publication Centre UTM Shah
Alam.

J. Braithwaite, 1991 The Criminal Class and the Making and Breaking of Australia, Australian
and New Zealand Journal of Criminology, 24, , 99-104.

Lembaga peperiksaan 2012 . http://www.moe.gov.my/lp

Lembaga Peperiksaan 2012. Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Lembaga Peperiksaan 2013. Buku Informasi PBS

Mc Millen, M.D., Robert L. L. dan Norman E.G. 2000. Measurement and assessment in
teaching (Fifth Edition). Pearson International Edition, Upper Saddle River, New Jersey

Radin Mohd Shamsul Zahri 2008. Penilaian Program Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan
Sekolah. Teknologi Kejuteraan SPM. Tesis Sarjana. UKM Bangi.

Stiggins, R.J. Schafer & Hills 2005. Assessment Literacy, Phi Del Kappan (atas talian) assess.
Htlm.at www.oise.on ca (20 September 2008)

Tan Ai Mei 2010 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia. Kesediaan Guru, Isu dan
Panduan Pelaksanaan. Gerak Budaya Enterprise, Kuala Lumpur. Tesis Doktor Falsafah.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

BIODATA DAN ALAMAT PENULIS


Noorzeliana IDRIS merupakan seorang pemegang biasiswa PhD Kementerian
Pendidikan Malaysia yang sedang mengikuti Falsafah Kedoktoran dalam bidang
Penilaian Pendidikan di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. Beliau merupakan guru Matematik yang
berpengalaman selama 16 tahun di sekolah rendah dan menengah sebelum mengikuti
PhD. Beliau juga memiliki Sijil Perguruan Asas (Sains & Matematik) di Maktab
Perguruan Perempuan Melayu Melaka, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik di
Universiti Pendidikan Sultan Idris, dan Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik di
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noorzeliana IDRIS

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tanjung Malim, 35900 Perak

Malaysia

E-mail : elly3011@yahoo.com

Norazilawati ABDULLAH merupakan pensyarah kanan di Fakulti Pendidikan dan


PembangunanManusia, Jabatan Pengajian Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Malaysia. Beliauadalah seorang guru sebelum berkhidmat sebagai pensyarah
di Universiti Pendidikan SultanIdris, Perak. Pendidikannya sebagai pelajar
Sarjanamuda Sains Dengan Pendidikan iaituPendidikan (Sains) adalah di Universiti
Kebangsaan Malaysia(2002), peringkat Sarjana- Pendidikan (Sains) Universiti
Kebangsaan Malaysia(2005) dan Doktor Falsafah (Ph.D) -Pendidikan (Sains)
Universiti Kebangsaan Malaysia(2010). Kajian-kajian beliau banyak dibentangkan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa sehingga mendapat beberapa anugerah
antaranya Tokoh Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Am,
KESATUAN WAWASAN NUSANTARA, 2013.

Norazilawati ABDULLAH

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Tanjung Malim 35900 Perak

MALAYSIA

E. Mail: nora@fppm.upsi.edu.my
Saniah SEMBAK merupakan pelajar PhD secara sambilan dan berkhidmat sebagai
guru di sekolah menengah di Melaka. Beliau adalah pelajar di Fakulti Pendidikan dan
Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia dalam bidang
Pengajian Kurikulum. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 16 tahun
dan telah menamatkan Sarjana Muda Pendidikan Sains (Biologi) di Universiti
Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2004 serta Sarjana Pendidikan Sains 2011di
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saniah SEMBAK

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Tanjung Malim 35900 Perak

MALAYSIA

E. Mail: sann_sanny6176@yahoo.com

You might also like