You are on page 1of 39

KBD 6024: KURIKULUM BERMASALAH PENDENGARAN

Pensyarah :Dr. Abdul Rahim bin Razalli

MURUGESU A/L SUPERMANIAM (M20112001249)

MAGESWARY A/P N.MUNIANDAY (M20112001124)

TAJUK
Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar Pekak di Sek.Men.Keb Tasik Damai, Ipoh Perak.

PENYATA MASALAH KAJIAN


1. Adakah guru-guru Pendidikan Khas Pendengaran ini berjaya melahirkan generasi pekak yang dapat menguasai bahasa dengan baik 2. Adakah guru-guru pendidikan khas dapat menjadi guru yang benar-benar dapat mempraktikkan kaedah pengajaran, mendidik, menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan sedia menjadi guru yang ikhlas dalam mengajar mereka.

PERSOALAN KAJIAN
Persoalan yang pengkaji akan ketengahkan ialah:
1. Adakah penggunaan kaedah pengajaran bahasa memberi kesan positif kepada pembelajaran pelajar pekak. 2. Adakah penggunaan ABM benar-benar mempengaruhi pemahaman pelajar pekak semasa belajar.

3. Adakah sifat-sifat positif guru dapat memberangsangkan pembelajaran pelajar bermasalah pendengaran.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Untuk mengkaji kaedah pengajaran bahasa Melayu yang digunakan oleh guru kepada pelajar-pelajar pekak. 2. Untuk mengkaji keberkesanan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pemahaman para pelajar. 3. Untuk mengkaji sifat-sifat positif para guru yang mengajar pelajar pekak dalam mempengaruhi kaedah pengajaran bahasa Melayu

SKOP DAN BATASAN KAJIAN


Mengkaji penggunaan kaedah pengajaran Bahasa
Melayu, keberkesanan penggunaan ABM dan sifatsifat positif guru seperti minat, kreatif, penyayang, sabar dan sebagainya dalam mengajar pelajar-pelajar pekak. Kajian ini juga tertumpu kepada sebuah sekolah menengah sahaja.

METODOLOGI
REKABENTUK KAJIAN

KAEDAH KUALITATIF : KAJIAN KES

LOKASI KAJIAN
SMK TASEK DAMAI,IPOH.

SAMPEL KAJIAN
10 ORANG PELAJAR DARI TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5 (2 ORANG DARI SETIAP TINGKATAN) DAN 5 ORANG GURU YANG MENGAJAR BAHASA MELAYU DI SMK TASEK DAMAI,IPOH.

INSTRUMEN KAJIAN
1. SOALSELIDIK - untuk guru 2. TEMURAMAH - BERSAMA SEORANG GURU PPKI YANG MEMPUNYAI ANAK PEKAK. 3. PEMERHATIAN- SIFAT-SIFAT POSITIF GURU DAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN ABM

SOAL SELIDIK UNTUK GURU


Bah A: Maklumat latarbelakang responden. 7 item 1) Jantina. 2) Umur 3) Kelulusan 4) Keputusan SPM 5) Subjek Pengkhususan. 6) Pengalaman Mengajar. 7) Pengalaman menghadiri kursus Pengajaran Bahasa untuk Masalah Pendengaran.

sambungan
Bah B : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu 10 item Kaedah pengajaran Kod Tangan Bahasa Melayu, Bahasa Isyarat Malaysia, Ejaan Jari, Pertuturan Kiu dan Bacaan Bibir.

sambungan
Bah C : Pemilihan bahan pengajaran dan Alat Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. 10 item Mengukur penggunaan aplikasi ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

sambungan
Bah D : Pendapat Guru Bahasa PPKI Tentang Pelajar Tidak Dapat Menguasai BM. 8 item 1.Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul 2.Tidak dapat menulis susunan ayat dengan betul 3.Lemah dalam ejaan 4.Kesalahan penggunaan tatabahasa 5.Tidak dapat menguasai Bahasa Isyarat. 6.Tidak dapat menghasilkan bahasa 7.Lemah dalam bacaan 8.Sukar menjawab latihan bertulis.

sambungan
Kaedah Pengukuran : Data dianalisis : Skala likert Secara Manual kerana bilangan responden tidak melebihi 5 orang.

Kesahan dan Kebolehpecayaan


Kesahan muka dan isi kandungan soal selidik 1 orang panel pakar: Seorang pensyarah dalam bidang Pendidikan Khas dari Universiti Perguruan Sultan Idris Kebolehpercayaan soal selidik - telah diperoleh melalui Kajian Rintis yang diadakan ke atas 2 orang guru Pendidikan Khas sebelum kajian sebenar.

DAPATAN KAJIAN(SOAL SELIDIK)


Analisis Deskriptif Demografi Umur dan Jantina Responden
Bil 1. 2. 3. 4. 5. Umur 53 35 32 30 28 Jantina Lelaki Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan

DAPATAN KAJIAN(SOAL SELIDIK)


Taburan Kelulusan Akademik Guru PPKI
Kelulusan Akademik GSPK Sijil Perguruan Diploma Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sarjana Pendidikan Jumlah Bil. Guru 1 5 1 7 Peratus 14 % 72 % 14 % 100 %

Didapati tiada guru yang memiliki Sijil Perguruan. Hanya seorang guru senior yang memiliki Diploma Pendidikan dan juga guru tersebut adalah pemegang Ijazah dan juga Sarjana. 4 orang guru telah memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan iaitu sebanyak 72 % .

DAPATAN KAJIAN(SOAL SELIDIK)


Kelulusan BM, SPM Guru PPKI

40%

60%
Menunjukkan taburan kelulusan Bahasa Malaysia peringkat SPM, didapati bahawa 2 orang guru iaitu 40 %, memperolehi cemerlang dalam Bahasa Malaysia peringkat SPM. Sementara 3 orang guru iaitu 60 % memperolehi keputusan peringkat kepujian.

Pengkhususan Pengajaran Guru PPKI


Pengkhususan Pengajaran Guru PPKI Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Perakaunan Jumlah Bil. Guru 3 1 1 5 Peratus 60 % 20 % 20 % 100 %

Menunjukkan bilangan guru yang mempunyai pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran adalah 3 orang guru iaitu 60 %. Sementara 1 orang guru sahaja iaitu 20% mempunyai kelulusan dalam bidang Perakauan dan seorang lagi dalam bidang Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran iaitu sebanyak 20%. Jumlah guru yang mempunyai kelulusan dalam bidang Pendidikan Khas Masalah Pendengaran adalah melebihi jumlah guru yang bukan pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran. Ini menggambarkan SMK Tasek Damai mempunyai guru yang berkelayakan serta berpengetahuan dalam bidang Pendengaran.

Tempoh Berkhidmat serta Pengalaman menghadiri kursus Masalah Pendengaran Guru PPKI
Tempoh Berkhidmat Guru PPKI
1-3 tahun 4-6 tahun 7-9 tahun 10-12 tahun Melebihi 12 tahun

Bil. Guru
1 1 1 1 1

Peratus
20 % 20 % 20 % 20 % 20 %

Jumlah

100%

Taburan Guru PPKI yang Mengikuti Kursus Masalah Pendengaran

40%

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA


Kaedah pengajaran BM kepada pelajar-pelajar pekak adalah menggunakan bahasa isyarat. Kekerapan penggunaan Bahasa Isyarat untuk pengajaran harian daripada analisis soal selidik adalah seperti berikut.

Penggunaan Kaedah Pengajaran Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Bahasa Isyarat Amerika Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa Melayu ( KTBM) Bacaan Bibir Pertuturan Pengejaan Jari Jumlah

Bil. Kekerapan 5 15 10 9 11 50

Peratus 10 % 30 % 20 % 18 % 22 % 100 %

1. Analisis ini didapati keseluruhan guru tidak terikat kepada satu kaedah sahaja, tetapi mereka menggunakan pelbagai kaedah dengan kerap bagi memudahkan pembelajaran dalam kalangan pelajarpelajar pekak. 2. KTBM adalah medium komunikasi yang harus dikuasai oleh pelajar-pelajar bermasalah pendengaran kerana ia disyorkan oleh KPM kerana KTBM menepati tatabahasa yang betul. 3. BIM tidak digunapakai kerana ia sesuai kepada dewasa pekak dalam komunikasi yang mudah difahami.

Kekerapan penggunaan kaedah yang bertukar ganti disebabkan oleh tahap kemampuan atau tahap kognitif pelajar, serta tahap pendengaran pelajar yang berbeza-beza.Contoh seseorang pelajar itu lambat atau sukar untuk memahami kaedah KTBM, guru akan menggantikan kaedah pengejaan jari bagi mencapai tahap pemahaman pelajar tersebut.

A
BIL 1. 2.

Penggunaan Pelbagai Kaedah Pengajaran Bahasa


KAEDAH BERCERITA BERLAKON KEKERAPAN 14 6 % 19.18 8.22

3.
4. 5. 6. 7.

SOAL JAWAB/LATIHAN BERTULIS


KARANGAN PERMAINAN
BACAAN/ EJAAN

15
15 10
10

20.55
20.55 13.70
13.70

LAIN-LAIN JUMLAH

3 73

4.10 100

LAIN-LAIN BERGANTUNG PADA KEMAMPUAN DAN EMOSI PELAJAR PADA HARI PENGAJARAN.( P/P AKAN DI UBAHSUAI)

Pendapat Guru Terhadap Pelajar A Pekak Menikmati Bahasa


Pelajar-pelajar Pekak Bil Pelajar Menikmati Bahasa Perbualan dan bercerita tentang 10 kejadian harian Membaca cerita 3 Latihan gerak bibir 2 Bacaan 5 Lisan dan tulisan (karangan) 4 Menulis pelbagai tajuk 8 kenyataan di dalam atau di luar sekolah Jumlah Pelajar Yang di kaji - 10 orang Peratus 100% 30% 20% 50% 40% 80%

320%

Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru Semasa Mengajar BM Kepada Pelajar Pekak

MASALAH TIADA ASAS BAHASA ISYARAT LEMAH DALAM PEMBELAJARAN KURANG FAHAM MUDAH LUPA JUMLAH PELAJAR

BIL PELAJAR 1 10 10 9 10

PERATUS 20 % 100 % 100 % 90 % 310

Tiada asas bentuk bahasa isyarat dengan cekap berjumlah 29% (1 pelajar), pelajar lemah dalam pembelajaran 100 % (10 pelajar) sementara pelajar kurang faham 100 % (10 pelajar) dan pelajar muda lupa 90 %(9 pelajar)

PENDAPAT GURU BAHASA PPKI TENTANG PELAJAR TIDAK DAPAT MENGUASAI BM.

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR

BIL GURU

PERATUS (%)

Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul Tidak dapat menulis susunan ayat dengan betul Lemah dalam ejaan Kesalahan penggunaan tatabahasa Tidak dapat menguasai Bahasa Isyarat. Tidak dapat menghasilkan bahasa Lemah dalam bacaan Sukar menjawab latihan bertulis.

5 5

100 % 100 %

3 5 4 4 4

60 % 100 % 80 % 80 % 80 %

ALAT BANTU MENGAJAR

Daripada dapatan soalselidik menyatakan penggunaan ABM adalah pelbagai termasuk pengaplikasian ICT namun daripada pemerhatian selama 2 bulan didapati guru-guru bahasa PPKI masih mengamalkan tradisi lama iaitu menggunakan buku teks sahaja walaupun pelbagai ABM telah disediakan di sekolah ini.Contohnya: komputer,projekter,carta minda,kad gambar dan sebagainya.

TAMAT DARI ANALISIS SOAL SELIDIK

SETERUSNYA DAPATAN DARIPADA PEMERHATIAN PENGKAJI

PEMERHATIAN
Keberkesanan ABM Pengkaji telah membincangkan hasil daripada pemerhatian, penggunaan ABM adalah masih mengikuti tradisi lama dan guru tidak menggunakan kemudahan terkini seperti aplikasi ICT seperti EDUWEB,Internet dan lainlain. Oleh itu, penggunaan ABM tidak memberi sebarang kesan positif kepada pelajar.

PEMERHATIAN
Sifat-sifat positif Guru di sekolah ini adalah minat dan tidak berputus asa,suka membantu pelajar, memberi pujian, berilmu pengetahuan, humor dan periang dan kasih sayang. Ini adalah kerana pelajar-pelajar pekak yang berada di sekolah ini adalah yang berdisiplin baik serta menghormati semua guru.

TEMURAMAH
Temuramah dijalankan bersama seorang guru PPKI yang mempunyai anak pekak (TING 1) PENGKAJI Apakah perasaan cikgu semasa mengenalpasti anak bermasalah pendengaran ? RESPONDEN mula-mula memang tak sangka tapi bila dah macam ni, saya terimalah

PENGKAJI Apakah pandangan cikgu tentang penguasaan bahasa untuk anak cikgu?
RESPONDEN ..dia tak faham arahan sebab dia tak dengar pas tu hari ni ajar, esok lupa. Dia punya tumpuan, ingatan jangka pendek. Jadi penguasaan bahasa memang lemahle..

PENGKAJI Apakah pandangan cikgu tentang pengajaran bahasa kepada pelajar sekolah ini? RESPONDEN Apa yang saya faham, budak pekak cepat lupa. Cikgu-cikgu sini pun beritahu. Yalah, kita dah ajar hari-hari, naik je minggu depan, eh tak tahu, lupa. Kita terkejut, eh lupa. Bila tanya, ingat, ingat, ingat. Nanti minggu depan kita dah ajar tema lain, dia dah tak ingat bas. Kita tunjuk la gambar bas, tak ingat (sambil menggeleng kepala)

CADANGAN KAJIAN
Guru perlu diberikan latihan dalam pelbagai bentuk khusus dan bengkel bagi memberi peluang kepada semua guru untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT. Guru perlu didedahkan dengan penggunaan telesidang seperti skype yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta interaksi antara gurupelajar dan pelajar-pelajar.

KESIMPULAN
Pengajaran Bahasa Melayu adalah proses pengajaran yang memerlukan daya kecekapan seseorang guru menggunakan kesemua kaedah pengajaran. Guru-guru seharusnya mahir dan cekap dalam menguasai bahasa isyarat. Kecekapan guru akan mempengaruhi minat pelajar untuk belajar dengan penuh keyakinan tanpa adanya rasa rendah diri. Guru-guru ini juga berperanan untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran dengan pedagogi yang berkesan supaya pelajar pekak mampu menguasai bahasa.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like