You are on page 1of 2

Temu Bual dengan Puan Rundin Anak Majeng Tentang Kraftangan Anyaman

Pelajar

: Selamat pagi Puan Rundin. Saya pelajar dari SMK Green Road ingin menemu

Pn. Rundin : Selamat pagi. Sebenarnya, saya merupakan satu daripada seorang yang menghasilkan kraftangan anyaman di Kampung Kepayang, Simunjan. Saya sudi berkongsi maklumat dengan adik tentang penghasilan anyaman. Pelajar : Bolehkah puan menerangkan apa itu anyaman?

Pn. Rundin : Anyaman ialah proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Pelajar : Terdapat beberapa jenis anyaman yang telah dihasilkan?

Pn. Rundin : Terdapat pelbagai jenis anyaman seperti anyaman mengkuang, anyaman lidi, anyaman rotan, anyaman buluh dan sebagainya. Anyaman-anyaman ini akan menghasilkan produk seperti bakul, tikar, tudung saji, hiasan dinding dan banyak lagi. Pelajar : Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan anyaman?

Pn. Rundin : Pertama, proses melurut bilah mengkuang harus dilakukan dengan menggunakan pelarut. Seterusnya, mulakan anyaman pada bahagian tengah kelarai yang dipilih.. Langkah yang ketiga ialah anyaman yang dimulakan di tengah dikembangkan sehingga membentuk kelarai. Kemudiannya, kemaskan anyaman dengan merapatkan jarak antara bilah-bilah mengkuang. Mulakan langkah mengayam untuk kelarai kedua apabila kelarai pertama sudah siap pada anyaman. Langkah yang seterus adalah membalikkan

anyaman dan selitkan bilah mengkuang yang lebih pada bahagian belakang anyaman. Akhir sekali, kemaskan lebihan mengkuang yang diselit pada bahagian belakang anyaman. Pelajar : Oh, begitu caranya untuk menghasilkan anyaman! Apakah harapan puan

terhadap kraftangan anyaman? Pn. Rundin : Saya berharap tradisi kekeluargaan yang telah diamalkan akan diwarisi oleh

generasi yang seterusnya dan tidak akan pupus ditelan zaman. Pelajar Pn. Rundin : Terima kasih kerana sudi ditemu ramah. : Sama-sama.

You might also like