You are on page 1of 2

PENGENALAN Dalam konteks kajian, pelbagai teori dari pelbagai disiplin mungkin digunakan untuk melihat fenomena yang

sama. Ini disebabkan oleh lumrah fenomena sosial yangbersifat kompleks dan memerlukan pemerhatian dari pelbagai sudut dan dimensi.Situasi ini akan mempengaruhi cara sesuatu kajian tersebut dilaksanakanterutama dari segi pembinaan kerangka teori. Aspek ini perlu dibincang dengan telitisupaya hakikat dan tujuan teori-teori yang diangkat bersesuaian dan berupayamengelak penyimpangan yang berpunca dari kecenderungan sedia ada penyelidik dalam merekabentuk sesuatu kajian.Blaikie (2000)memerihalkan aspek ini sebagaisebahagian daripada siri pilihan yang perlu dipertimbangkan oleh penyelidik danbagaimana penyelidik meluruskan hubungannya dengan permasalahan kajian. Jikaaspek ini tidak dipenuhi, di mana pendekatan yang digunakan tidak bersesuaiandengan kajian, maka akibatnya hasil kajian menjadi lemah dari segi kepaduan. Penceramah menegaskan bahawa gambaran inilah yang selaludilemparkan kepada pengkaji-pengkaji sains sosial.

PENDEKATAN EKLEKTIK Bagi mencapai kepaduan yang dimaksudkan, penceramah berhujah bahawapendekatan eklektik adalah satu langkah alternatif yang boleh digunakan olehpenyelidik. Ianya adalah pendekatan menyerap beberapa teori dan dibangunkanmenjadi kerangka teoritikal.Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mampu membantu penyelidik membangunkan kerangka teori dengan lebih menyeluruh dan mendalam. Di sampingitu, pendekatan ini berupaya untuk menunjukkan jalan keluar jika tedapat barbagai-bagai tafsiran yang berbeza. Walau bagaimanapun, penyelidik perlu berhati-hatikerana pendekatan ini juga boleh menyebabkan pembentukan kerangka teori terlaluluas sehingga menjadi tidak kemas (unwieldy) dan menimbulkan masalah kepada penyelidik untuk meluruskan pertautan.Sehubungan itu penyelidik perlu bijak untuk mengambil intipati daripada teori-teori yang dikenalpasti untuk digunapakai. Initipati-intipati yang diambil perlu digabung, disusun dan diadun dengan teliti dan berhati-hati sehingga mempunyai kuasa untuk menghuraikan permasalahan kajian.Penceramah seterusnya

mendefinisikan eklektik sebagai pendekatan dalam mengadunkan prinsip-prinsip beberapa teori dan membangunkan satu kerangka bagi membuat analisis.

Titik Pertemuan Pelbagai Teori Persoalan yang sering timbul sehingga boleh menyebabkan eklektik menjadi tidak kemas adalah di manakah titik pertemuan pelbagai teori yang digunakan. Mengambil contoh pendekatan eklekif yang digunakan oleh Afrizal (2012) dimana tiga teori iaitu ekosistem Bandar, strukturasi dan modal social digunakan dalam membangunakan kerangka teori dalam kajian mengenai peranan Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti dalam pengurusan sisa pepejal.

Kekurangan Pendekatan Eklektik Penceramah menegaskan bahawa disebabkan eklektik menggunakan pendekatan teori yang pelbagi ia boleh menyebabkan kerangka teori menjadi terlalu luas dan tidak kemas untuk menghuraikan permasalahan kajian. Sehubungan itu beliau member panduan bahawa ianya boleh dielakkan dengan cara memberi penjelasan mengikut kronologi, bersifat kritis dan jika dua teori sudah memadai untuk dijadikan kerangka maka kewajarannya mesti dijelaskan supaya ia mudah difahami oleh pembaca.

KESIMPULAN Eklektik merupakan pendekatan alternatif di mana lebih daripada satu teori digunakan untuk membina kerangka teoritikal. Dalam menggunakan pendekatan ini penekanan perlu diberi terhadap cara mengadun dan menghubung teori-teori yang digunakan supaya ia nampak kemas dan tidak terlalu luas. Jika satu teori boleh digunakan maka tidak perlu menggunakan pendekatan eklektik.Di samping itu, titik pertemuan teori, iaitu bagaimana teori-teori yang digunakan mengikat di antara satu sama lain adalah satu proses yang kritikal dan penyelidik perlu berhati-hati bagai memastikan kepaduan kerangka teori yang dibina.

You might also like