You are on page 1of 4

METODOLOGI KAJIAN

1. PENGENALAN

Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan


menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian.
Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan
teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan
lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian
tentang proses kajian.

1.1 REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin.
Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem.
Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa
melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian adalah merujuk
kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan
tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian.
Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut
berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian
hubungan antara pemboleh – pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian ( Kerlinger
1970 ). Reka bentuk yang digunakan untuk melancarkan kerja kursus ini ialah kaedah
rujukan dan soal selidik.

1.2 KAJIAN PERPUSTAKAAN


Kajian perpustakaan sangat penting bagi pengkaji mendapatkan maklumat yang
berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Hasil dari kajian perpustakaan telah banyak
membantu pengkaji dalam mencari bahan atau idea tentang aspek yang boleh dikaji oleh
pengkaji. Pengkaji dapat meluaskan pengetahuan berkaitan dengan tajuk yang akan dikaji
hasil dari kajian perpustakaan yang dilakukan.
Kajian perpustakaan banyak dimanfaatkan dalam menyiapkan bab satu dan dua iaitu
bahagian yang melibatkan konsep-konsep yang sesuai digunakan dalam kajian yang akan
dibuat dan bahagian kosa ilmu yang menerangkan soal kajian lepas yang telah dilakukan
oleh pengkaji terdahulu. Penting bagi seseorang Pengkaji untuk mempunyai maklumat atau
bahan yang berkaitan dengan kajiannya agar kajian yang dilakukan itu tidak menyerupai
dengan kajian-kajian yang lalu. Hal ini juga penting kerana hasil dari kajian perpustakaan
pengkaji akan dapat lebih memahami bagaimana sesuatu kajian itu dilakukan.

Dalam menjalankan kajian perpustakaan, pengkaji perlu bijak dalam memilih bahan
yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam kajian pengkaji. Hal ini penting kerana
pemilihan bahan yang sesuai akan banyak membantu pengkaji dalam menyiapkan latihan
ilmiah .Dalam pencarian bahan atau sumber rujukan yang sesuai, pengkaji perlu tahu apa
yang akan dikaji atau apa yang akan diketengahkan dalam kajian pengkaji. Hal ini akan
memudahkan pengkaji dalam mencari bahan atau sumber rujkan yang sesuai dengan kajian
pengkaji.

1.3 KAJIAN CARIAN INTERNET

Kajian secara carian internet juga adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan
oleh pengkaji untuk mencari sumber maklumat untuk membuat sesebuah penulisan. Hal ini
kerana internet menyediakan akses ke sumber daya informasi yang banyak, termasuk
artikel, jurnal, buku, blog, dan banyak lagi. Kajian pencarian internet memungkinkan peneliti
untuk mengumpulkan literatur terkini dan relevan yang berkaitan dengan metodologi
penelitian mereka. Hal ini membantu dalam memperbaharui pengetahuan dan memastikan
bahawa metodologi yang digunakan adalah yang terbaru dan terbaik.

Kajian carian internet juga adalah menjadi sumber utama yang dimanfaatkan dalam
menyelesaikan kajian. Ketika seseorang mula meneliti perkara baru, kajian pencarian
internet dapat membantu dalam memahami landasan teori yang sedia ada, metodologi yang
telah digunakan sebelumnya, dan hasil penelitian berkaitan. Ini membantu peneliti dalam
merumuskan pertanyaan penelitian yang relevan serta merancang metodologi yang tepat.

Namun dalam hal ini, penulis haruslah bijak dalam memilih laman sesawang yang
sesuai dan mampu dipercayai kesahihannya. Melalui kajian ini, peneliti dapat
mengeksplorasi berbagai metode yang telah digunakan dalam penelitian sebelumnya.
Dengan mempelajari kelebihan, kelemahan, dan aplikasi metode-metode ini, peneliti dapat
memilih dan mengadaptasi metode yang paling sesuai dengan pertanyaan penelitian
mereka. Ini membantu dalam mengembangkan metodologi yang efektif dan memperkuat
landasan penelitian.
Kajian perpustakaan yang dilakukan oleh pengkaji bukan hanya mencari buku-buku yang
diperlukan di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan Pusat Linguistik Dan
Bahasa sahaja. Tetapi pengkaji juga turut memanfaatkan kemudahan terkini iaitu pengkaji
juga mendapatkan bahan yang diperlukan melalui perpustakaan atas talian. Hal ini
memudahkan pengkaji dalam mendapatkan artikel-artikel dan membantu pengkaji
mendapatkan bahan yang lebih banyak.
Di samping itu, kebanyakan artikel hanya boleh didapati dalam perpustakaan atas talian
sahaja seperti Gema Online, Institutional Repository Of Universiti Kebangsaan Malaysia dan
beberapa laman web lagi. Laman web yang sedemikian boleh dianggap sebagai
perpustakaan atas talian. Dalam usaha mendapatkan lirik-lirik Lagu Jenaka Rakyat Kedah
pula, pengkaji berusaha untuk mendapatkan lirik-lirik tersebut dari Perpustakaan Negeri dan
juga dari kedai-kedai muzik serta cuba mendapatkan dari laman web atas talian.

You might also like