You are on page 1of 1

Topik malam ni ialah "kenapa perlu overhaul?

" Baca dengan teliti , terutamanya newbie yg baru nak berjinak jinak dalam dunia permotoran. Kalau boleh, buka Microsoft Word..copy dan paste apa yg admin kongsikan ni.

Kenapa perlu Overhaul 1-Bila kuasa enjin dah mula berkurangan tahap perfomancenye dan kuat makan minyak. mungkin salah satunya berpunca dari pemendapan karbon 2-Bila komponen enjin iaitu sampai satu masa, komponen dalam enjin akan menjadi haus... contohnya.. bearing, oil seal dan lain-lain...maka proses overhaul perlu dilakukan untuk menggantikan kannya. 3-Bila motorsikal kita dilanda masaalah dalaman.. contohnya apabila motor kita keluar bunyi piston ring,conection rod.maka barang-barang yang perlu di tukar contoh nye chain , piston , rod, ring, bearing dan gasket....tapi bergantung pada keadaan. 4-Bila ada kebocoran di bahagian dalam enjin. kebocoran itu menyebabkan enjin akan membakar minyak enjin secara berlebihan. bahasa pasar dipanggil makan minyak enjin / hitam.Biasenye kalau makan minyak hitam ring piston dah longgar tukar saje bahagian piston ring..... 5-Bila motor tersebut enjin jammed.. Banyak melibatkan penukaran barang yang terlibat. Sebab tu dinasihatkan supaya overhaul sebelum enjin jem..sebab selepas enjin jem lagi banyak barang dalaman yang perlu ditukar kemungkinan piston lekat, ring lekat, piston pecah, piston pin patah atau rod bengkok 6-Bila enjin overheating, minyak hitam kering dan ini banyak, piston ring/valve seal dah tak tiptop atau oil pump dah tak mantap....

Rock N Ride y'all

You might also like