Professional Documents
Culture Documents
BML 3063 IV Ragam Ayat
BML 3063 IV Ragam Ayat
RAGAM AYAT
Ragam ayat dalam Bahasa Melayu, ialah ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif. Dua perkara yang membezakan ayat aktif daripada ayat pasif ialah kedudukan subjek dalam ayat dan kata kerja yang digunakan.
Dalam ayat aktif, subjek menjadi judul ayat itu dan kata kerja yang digunakan ialah kata kerja aktif transitif yang berimbuhan meN-.
Contoh ayat aktif: Anak anjing Felix mengejar kucing jantan Maria.
RAGAM AYAT
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek (objek dijadikan judul) dan kata kerja pasif yang berimbuhan di-, teR-, beR-, ke- -an atau mempunyai kata kena sebelum kata kerja. Kata kerja pasif (kata kerja dasar) tidak menerima sebarang imbuhan bagi kata pasif diri pertama dan diri kedua. Contoh ayat pasif: Kucing jantan Maria dikejar oleh anak anjing Felix.
Ayat aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada (i) (ii) Ayat aktif transitif Ayat aktif tak transitif.
Ayat aktif transitif Ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. (a) (b) Ali menunggang basikal Ali menebas rumput
Ayat Aktif
Ayat aktif tak transitif Ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif dalam kluasa utamanya. Kata kerja tersebut tidak memerlukan objek. Namun demikian, kata kerja jenis ini boleh diikuti oleh pelengkap atau unsur keterangan. Contoh :
Rombongan pengantin itu telah tiba. Badannya menjadi kurus. Harga gula naik pada musim perayaan sangat tinggi. Kanak-kanak itu sedang tidur di bawah pokok.
AYAT PASIF
Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: (i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif (ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua (iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja
AYAT PASIF
(i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
Antara imbuhan kata kerja pasif ialah di-, ter-, ber-, dan ke-...an.
Digunakan dengan KGD ketiga. Contoh: (a) (b) (c) (d) Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam. Istana Raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun. Mereka kehujanan sepanjang hari. Surat itu belum berjawab.
AYAT PASIF
(iii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
Contoh:
(a) (b) (c) (d) Kerja itu sudah saya selesaikan semalam. Makanan itu belum kurasai lagi. Hutang itu perlu engkau jelaskan sepenuhnya. Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.
AYAT PASIF
(iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. Mengandungi kata kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan. Contoh: (a) Pencuri itu kena tangkap (oleh polis) (b) Dia kena tipu (oleh pemuda itu) (c) Perajurit itu kena tembak (oleh pengganas)
Bentuk Ayat
i. Ayat tunggal Ayat tunggal ialah ayat ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh (a) Salman Khan tampan. (b) Sharmila menyapu halaman rumah.
Dalam ayat di atas, Salman Khan dan Sharmila ialah subjek, manakala tampan dan menyapu halaman rumah ialah predikat.
Bentuk Ayat
ii. Ayat majmuk Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal yang dihubungkan oleh perkataan kata hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. Ayat majmuk terbahagi kepada 3 iaitu; (i) Ayat majmuk gabungan. (ii) Ayat majmuk pancangan. (iii) Ayat majmuk campuran.
Contoh
(a) Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.
(b) Kain yang dibelinya itu mahal, padahal ada yang lebih murah.
(a) Ayat majmuk Pancangan relatif (b) Ayat majmuk pancangan komplemen (c) Ayat majmuk pancangan keterangan
Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung pancangan yang untuk memancangkan klausa kecil ke dalam klausa induk. Contoh
(a) Wanita itu memakai barang kemas yang mahal.
Proses pemancangan
Proses pancangan ayat (a): Wanita itu memakai barang kemas. Barang kemas itu mahal. Wanita itu memakai barang kemas + barang kemas itu mahal.
Proses Pemancangan
Proses pemancangan ayat (b): Kanak-kanak itu comel. Kanak-kanak itu anak buah saya. Kanak-kanak itu comel + kanak-kanak itu anak buah saya. Kanak-kanak yang comel itu anak buah saya.
Proses Pemancangan
Proses pemancangan ayat (c): Perompak menyamun bank itu. Perompak telah ditangkap. Perompak menyamun bank itu + perompak telah ditangkap.
Ayat komplemen ialah ayat yang dipancangkan kepada ayat utama sebagai sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut. Ayat komplemen dihubungkan dengan ayat induk menggunakan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. (a) Dia mengakui bahawa anaknya itu nakal. (b) Nenek itu yakin bahawa anaknya akan pulang. (c) Ibu ke pasar untuk membeli ikan dan sayur.
Ayat induk: Dia mengakui (sesuatu) Ayat kompleman: Anaknya itu nakal
Contoh: (a) Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat. (b) Oleh sebab mereka datang lambat, mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan. (c) Pelajar itu berjaya lantaran usaha yang bersungguhsungguh.
(b)
(d) Jika diizinkan tuhan, kami akan datang lagi tahun hadapan.
Contoh: (a) Sungguhpun badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu. (b) Kendatipun pahlawan itu telah terkena tikaman, dia terus melawan musuhnya.
(c) Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih di kampung.
(d) Meskipun hari sudah lewat, pemuda itu masih mahu meneruskan perjalanan.
Ayat tersebut terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambungkan dengan kata hubung tetapi. Ayat pertama ialah Ahmad sedang membaca buku sementara ayat yang kedua ialah kawankawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.
Ayat yang kedua merupakan ayat majmuk juga kerana terdapat ayat relatif, iaitu yang sudah letih lesu, dipancangkan ke dalamnya.
Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat yang digabungkan dengan kata hubung dan, iaitu muridmurid itu mengetahui bahawa peraturan itu penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturan itu mesti dipatuhi.
Ayat yang kedua pula terdiri daripada ayat induk dengan dua ayat komplemen objek tepat.
Ayat induk ialah mereka menyedari (sesuatu ), sementara ayat komplemen ialah bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya dan peraturan itu mesti dipatuhi.
~ Tamat ~