You are on page 1of 10

Ayat terbitan boleh didefinisikan sebagai ayat yang mengalami proses perubahan atau

tranformasi daripada ayat dasar.Ayat terbitan boleh terhasil dengan tiga cara iaitu penyusunan
semula,peluasan dan pengguguran

Proses Penyusunan Semula

Ayat yang mengalami penyusunan semula ialah ayat yang diubah menjadi ayat pasif,ayat yang
mempunyai dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi dan juga ayat songsang.Dalam proses ini
ayat akan mengalami perubahan namun maksud yang ingin disampaikan masih tetap
sama.Terdapat tiga proses penyusunan iaitu
a) Penyusunan semula objek ayat aktif menjadi subjek ayat pasif
b) Penyusunan semula objek sipi menjadi objek tepat
c) Dan juga penyusunan menjadi ayat songsang.

(a) Penyusunan Semula Objek Ayat Aktif menjadi Subjek Ayat Pasif.

Proses penyusunan ayat ini terjadi apabila ayat aktif ditukar menjadi ayat pasif.Frasa Nama
yang menjadi objek dalam ayat aktif disusun semula menjadi subjek dalam ayat pasif.Contohnya
Ayat aktif : Ali menampar adik
Ayat pasif : Adik ditampar oleh Ali
Ali menampar adik merupakan ayat aktif dimana objek kepada ayat tersebut ialah adik.Apabila
ia dipasifkan dan di susun semula maka kita dapat melihat dalam contoh ayat pasif tersebut
dimana adik telah menjadi subjek dalam ayat tersebut.

(b) Penyusunan Semula Objek Sipi menjadi Objek Tepat

Dalam banyak ayat,terdapat ayat yang mempunyai satu objek namun ada juga ayat yang
mempunyai dua objek.Maka ia dipanggil sebagai objek tepat dan objek sipi.Objek tepat adalah
objek yang berada diawal dan objek sipi berada selepas objek tepat.
(a) Ibu memarahi Ali dan Abu.
(b) Ibu memarahi Abu dan Ali.
Dalam contoh (a) kita dapat melihat bahawa Ali merupakan objek tepat tetapi selepas dilakukan
penyusunan semula kita akan dapat melihat sebagaimana dalam contoh (b) dimana Abu pula
menjadi objek tepat dan Ali menjadi objek sipi.

(c) Penyusunan Semula menjadi Ayat Songsang

Penyusunan semula ayat juga boleh dilakukan dengan menyongsangkan ayat
tersebut.Contohnya
(a) Ali telah berjaya menjadi jutawan selepas memenangi pertandingan Power Root.
(b) Menjadi jutawan selepas memenangi pertandingan Power Root,Ali berjaya.
Jika perhatikan susunan ayat dalam contoh (a) dan juga (b),kita akan dapat melihat kedudukan
predikat yang berbeza.Ali beraya yang berada didepan ayat telah bertukar menjadi di belakang
ayat.Maka ayat tersebut telah di songsangkan.

Proses Perluasan

Ayat yang mengalami perluasan ialah ayat terbitan yang mana berasal dari ayat dasar.Proses
perluasan terjadi apabila ditambah unsur lain atau unsur baharu.Dalam ilmu bahasa Melayu
terdapat beberapa jenis proses perluasan
(a) Perluasan frasa nama sebagai objek
(b) Perluasan frasa nama sebagai predikat
(c) Perluasan dengan kata hubung
(d) Perluasan melalui proses komplementasi

(a) Perluasan Frasa Nama sebagai Subjek.

Perluasan frasa nama sebagai subjek berlaku dengan proses pemancanganyang.Ia dilakukan
melalui proses relativasi.Contohnya
(a) Bomba memadam kebakaran
(b) Bomba itu abang saya
(c) Bomba yang memadam kebakaran itu adalah abang saya
Dalam ayat (a) dan (b) merupakan dua ayat yang berbeza.Bagi mengabungkan ayat terbabit
maka yang telah dipancangkan kedalam ayat terbabit menjadi contoh di (c).Dalam keadaan yang
sebenar bomba tersebut perlu diulang sebanyak dua kali namun ia hanya diulang sekali sahaja
sebagai subjek dalam ayat tersebut.

(b) Perluasan Frasa Nama sebagai Predikat

Perluasan Frasa Nama sebagai predikat dapat dilakukan dengan memancang frasa
relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan predikat yang
digugurkan sebagaimana contoh dibawah
(a) Ibu membeli sayur
(b) Sayur itu segar
(c) Ibu membeli sayur yang segar
Ayat (a) dan (b) merupakan ayat asal yang belum lagi mengalami proses perluasan
predikat.Dalam ayat 9c) kita dapat melihat berlakunya proses perluasan predikat apabila frasa
relatif yang telah dipancangkan kedalam ayat tersebut.Frasa nama yang sama dalam ayat tersebut
telah digugurkan.

(c) Perluasan dengan Kata Hubung

Perluasan ayat dengan kata hubung boleh berlaku dengan menggunakan kata hubung bagi
mengagbungkan dua atau lebih ayat. Antara kata hubung
ialah dan,serta,lalu,jika,walaupun,sungguhpun,kerana dan sebagainya.Antara contoh perluasan
dengan menggunakan kata hubung ialah
1. (a) Ali suka belajar
1.(b) Abu suka belajar
1.(c) Ali dan Abu suka belajar
Dalam contoh tersebut kata hubung dan telah digunakan bagi perluasan ayat tersebut.
2.(a) Ali suka belajar
2.(b) Rakan-rakan Ali suka belajar
2.(c) Ali serta rakan-rakannya suka belajar
Dalam contoh 2 kata hubung serta telah digunakan.
3.(a) Ali rajin
3.(b) Ali penyakit lelah
3.(c) Ali rajin tetapi mempunyai penyakit lelah
Dalam contoh 3,kata hubung tetapi telah digunakan untuk menghubungkan ayat (a) dengan ayat
(b).

(d) Perluasan melalui Proses Komplementasi

Perluasan melalui proses komplentasi bermaksud mengubah ayat menjadi satu frasa nama dan
memancangkan ayat tersebut kepada satu ayat lain sebagai ayat komplemen dan pelengkap
sebagaimana contoh dibawah
(a) Kerajaan memberitahu
(b) Ekonomi Malaysia meningkat
(c) Kerajaan memberitahu bahawa ekonomi Malaysia meningkat.
Dalam contoh (a) dan juga (b) merupakan ayat yang belum mengalami proses komplementasi
dan contoh (c) adalah contoh yang sudah mengalami proses komplementasi dengan adanya
perkataan bahawa.

Proses Pengguguran

Proses pengguguran boleh diertikan sebagai satu proses penerbitan ayat baharu yang terbentuk
daripada dua atau lebih ayat dasar yang mempunyai unsur yang sama pada bahagian subjek
mahupun bahagian predikat.Salah satu daripada unsur yang sama tersebut tidak akan diulang
tetapi akan digugurkan,seperti subjek yang sama,atau kata kerja yang sama mahupun objek yang
sama.Dalam hukum bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran iaiatu
a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek.
b) Pengguguran frasa predikat
c) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.

(a) Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek.

Pengguguran frasa nama sebagai subjek boleh berlaku dalam dua proses iaiatu
(a) Pengguguran subjek dalam ayat perintah
(b) Pengguguran subjek yang sama dalam ayat majmuk

.(a)(a). Pengguguran Subjek dalam Ayat Perintah.

Subjek yang digugurkan dalam ayat perintah ialah subjek yang terdiri daripada kata ganti diri
nama kedua iaitu kamu,awak,anda dan yang sama maksud dengannya.Contoh
Ayat Perintah : Kamu kemari menjadi mari!!.

.(a)(b) Pengguguran Subjek yang sama dalam Ayat Majmuk

Dalam pembinaan ayat majmuk yang terdiri daripada dua atau lebih ayat,maka sering berlaku
pengulangan subjek yang sama.Oleh itu,salah satunya perlu digugurkan.Sebagaimana contoh
dibawah
(a) Ali suka Aminah
(b) Ali suka Embong
(c) Ali suka Aminah daN Embong
Dalam contoh diatas berlaku pengulangan subjek iaitu Ali.Oleh itu Ali telah digugurkan.

Pengguguran Frasa Predikat

Pengguguran frasa predikat dalam hukum ilmu bahasa Melayu berlaku dalam dua bentuk iaitu
(a) Pengguguran seluruh frasa predikat
(b) Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat

.(a) Pengguguran Seluruh Frasa Predikat

Pengguguran seluruh frasa predikat bermaksud pengguguran seluruh sebarang predikat dalam
ayat majmuk.Contohnya
(a) Ali suka memancing
(b) Abu suka memancing
(c) Abu dan Ali suka memancing
Dalam contoh diatas predikat suka memancing telah digugurkan salah satunya dan menjadi
sebagaimana contoh (c).Proses pengguguran seluruh predikat ini boleh berlaku dengan
menggugurkan frasa nama predikat yang serupa,menggigurkan frasa kerja predikat yang
serupa,menggugurkan frasa adjektif dan juga pengguguran frasa sendi nama.

.(b) Pengguguran Bahagian-Bahagian Frasa Predikat

Pengguran bahagian-bahagian frasa predikat berlaku dalam empat keadaan iaitu
i) Oleh+FN dalam ayat pasif
ii) Kata bantu yang serupa
iii) FN sebagai objek yang serupa
iv) FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif

(b) (i) Pengguguran Objek +FN dalam Ayat Pasif

Dalam sistem ayat pasif,frasa sendi nama oleh + FN boleh digugurkan sebagaimana contoh
dibawah
(a) Perompak itu ditembak oleh pengawal keselamatan
(b) Perompak itu ditangkap
Dalam contoh (a) merupakan ayat pasif yang lengkap.Selepas berlaku pengguguran objek+FN
mana ia menjadi sebagaimana contoh di (b)

(b)(ii) Pengguguran Kata Bantu yang Serupa

Dalam menggabungkan ayat tunggal yang mempunyai kata bantu yang serupa,kata bantu
tersebut boleh digugur sehingga hanya tinggal satu sebagaimana contoh dibawah
(a) Ali boleh melompat
(b) Ali boleh menendang
(c) Ali boleh melompat dan menendang
Dalam contoh (c) kita dapat melihat bahawa kata bantu boleh telah digugurkan

(b)(iii) Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek yang Serupa

Dalam ayat majmuk terdapat FN nama yang bertindak sebagai objek yang serupa,maka objek
tersebut akan digugurkan sehingga tinggal satu sahaja.Contohnya
(a) Ali menangkap ular itu
(b) Ali membunuh ular itu
(c) Ali menangkap dan membunuh ular itu
Dalam contoh (c) kita akan dapat melihat secara jelas bahawa ular itu telah digugurkan.

(b)(iv) Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek Selepas Kata Kerja yang Membawa Makna
Adjektif

Frasa nama objek yang hadir selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif dalam
ayat boleh digugurkan.Contohnya
(a) Kemalangan itu menakutkan kami
(b) Kemalangan itu menakutkan
Dalam contoh diatas dengan pengguguran objek selepas kata kerja menjadikan kata kerja
tersebut membawa makna adjektif.

Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif

Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif berlaku apabila frasa nama itu di
relativisasikan dan digantikan dengan perkataan yang.Contohnya
(a) Bomba itu ibu saya.Bomba memakai baju seragam
(b) Bomba yang memakai baju seragam itu ibu saya.
(c) Yang memakai baju seragam itu ibu saya
Dalam ayat diatas telah berlaku proses relativisasi dimana perkataan yangtelah berada didepan
ayat.

Pengguguran Kata Nama Inti Frasa Nama

Kata nama inti yang terbina daripada KN(inti)+Penerang boleh digugurkan sehingga tertinggal
bahagian penerangnya sahaja.Contohnya
(a) Kegiatan penyeludupan merugikan negara
(b) Penyeludupan merugikan negara
Dalam contoh diatas dapat kita melihat bahawa diambil penerangnya sahaja

You might also like