You are on page 1of 6

KATA KERJA TRANSITIF

1. Kata kerja transitif menerangkan perbuatan pelaku terhadapsesuatu (objek)


2. Kata kerja ini mesti diikuti oleh unsur objek yang terdiri daripada kata/frasa nama.

Contohnya: Emak makan nasi

(KKT) (objek)

3. Selain kata kerja dasar makan, minum, dan minta, kata kerja transitif ditanda

pengimbuhan meN-, meN-...-kan/i, mempeR-, atau mempeR-...-kan/i.

KESALAHAN UMUM KATA KERJA TRANSITIF

1. Kata kerja transitif makan atau minum yang menerima unsur objek nya mestilah
mengimbuhkan awalan meN-. Contohnya:
1. (a)   Adik suka minumnya. ( ̊)
2. (b)   Adik suka meminumnya. ( ̧)
2. Imbuhan pembentuk kata kerja transitif tidak boleh digugurkan dalam binaan ayat
aktif. Contohnya:
1. (a)  Ayah sedang cat rumah. ( ̊)
2. (b)  Ayah sedang mengecat rumah. ( ̧)
3. Kata selain kata/frasa nama tidak boleh hadir selepas kata kerja transitif. Contohnya:
1. (a)  Kami mencari akarnya tadi. ( ̊)
2. (b)  Kami mencarinya tadi. ( ̧)

KATA KERJA TRANSITIF (FKT)


1. Frasa kerja transitif terbina daripada kata kerja transitif sebagai kata intinya.
2. Frasa kerja transitif memerlukan objek selepasnya. Contohnya:

* Saya menggubah bunga.


(KKT)

(objek) (FKT)

KESALAHAN UMUM FRASA KERJA TRANSITIF


1. Hanya kata hubung bahawa boleh hadir selepas frasa kerja transitif yang dalam binaan
ayat majmuk aktif. Contohnya:
1. (a)  Dia mengatakan yang ibunya sakit. ( ̊)
2. (b)  Dia mengatakan bahawa ibunya sakit. ( ̧)
2. Kata nafi bukan tidak boleh bertindak sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja
transitif kecuali dalam konteks pertentangan maklumat. Contohnya:
1. (a)  Kami bukan memancing ikan. ( ̊)
2. (b)  Kami tidak memancing ikan. ( ̧)
3. (c)  Kami bukan memancing ikan atau berenang. ( ̊)
4. (d)  Kami bukan memancing ikan, tetapi berenang. ( ̧)

KATA KERJA TAK TRANSITIF


1. Kata yang menerangkan perbuatan pelaku terhadap diri sendiri.
2. Terbina daripada pengimbuhan meN-, beR-, dan teR-.
3. Tidak diikuti oleh objek tetapi boleh diikuti oleh unsur penerang atau pelengkap.

Contohnya:

1. (a)  Ali menyanyi. (tanpa penerang)


2. (b)  Ali menyanyi dengan nyaring. (dengan penerang)
3. (c)  Ali bermodalkan suaranya yang merdu. (dengan pelengkap)
KESALAHAN UMUM KATA KERJA TAK TRANSITIF
1. Imbuhan awalan kata kerja tak transitif tidak boleh digugurkan atau ditiadakan.

Contohnya:

Ah Huat sedang senam. ( ̊) Ah Huat sedang bersenam. ( ̧)

(c)

2. Kata kerja tak transitif berapitan beR-...-kan mesti diikuti oleh kata nama selepasnya

sebagai unsur pelengkap. Contohnya:

1. (a)  Mereka berbekalkan dengan sebotol air sahaja. ( ̊)


2. (b)  Mereka berbekalkan sebotol air sahaja. ( ̧)
3. Sesetengah kata kerja tak transitif seperti naik dan masuk tidak perlu diikuti oleh kata
sendi nama. Contohnya;
1. (a)  Mereka masuk ke persatuan itu. ( ̊)
2. (b)  Mereka masuk persatuan itu. ( ̧)

(a)

(b)

FRASA KERJA TAK TRANSITIF

1. Frasa kerja tak transitif tidak memerlukan objek selepasnya.


2. Kata intinya terdiri daripada kata kerja tak transitif yang terdiri daripada kata kerja

dasar dan yang berimbuhan meN-, beR-, dan teR-.

3. Frasa kerja tak transitif terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja tak transitif

dengan pelengkap dan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap.

4. Frasa kerja tak transitif dengan pelengkap seperti menjadi, berapitan beR-...-kan
yang

diikuti oleh kata nama selepasnya. Contohnya:

* Bermandikan embun.

(KKTT) (pelengkap)
5. Fasa kerja tak transitif tanpa lengkap diikuti oleh unsur penerang selepasnya atau tanpa
unsur penerang selepasnya. Contohnya:

 *  bersiul. (tanpa penerang)


 *  bersiul dengan riangnya. (dengan penerang)

KESALAHAN UMUM RASA KERJA TAK TRANSITIF

1. Frasa tak transitif yang selain daripada berimbuhan beR-...-kan dan kata kerja
menjadi

mesti disisipkan dengan kata sendi atau kata adjektif untuk tujuan perluasan.
Contohnya:

1. (a)  Kami berbelanja pakaian raya agak banyak. ( ̊)


2. (b)  Kami berbelanja untuk pakaian raya agak banyak. ( ̧)
2. frasa kerja tak transitif tidak menerima kata nafi bukan sebagai unsur keterangan
kecuali terdapat pertentangan maklumat. Contohnya:
1. (a)  Mereka bukan menyanyi. ( ̊)
2. (b)  Mereka bukan menyanyi sebaliknya menari. ( ̧)

KATA KERJA PASIF (KKP)

1. Kata kerja yang membentuk ayat pasif.


2. Kata kerja ini mengutamakan objek sebagai unsur penderita, iaitu sesuatu yang kena

oleh sesuatu perbuatan yang dilakukan.

3. Objek atau unsur penderita terletak di hadapan ayat pasif.


4. Empat jenis kata kerja pasif, iaitu kata kerja pasif diri pertama dan kedua, kata kerja
pasif

diri ketiga, kata kerja pasif berimbuhan pasif, dan kata kerja pasif dengan kata bantu
pasif “kena”.

KATA KERJA PASIF DIRI PERTAMA DAN KEDUA


1. Kata kerja ini diawasi oleh objek dan kata ganti nama diri pertama atau kedua.
2. Berasal daripada pengimbuhan aktif meN-, meN-..._kan, meN-...-i, mempeR--,

mempeR-...-kan, atau mempeR-...-i yang digugurkan awalannya. Contohnya:

1. (a)  Saya memancing ikan. (ayat aktif)


2. (b)  Ikan saya pancing. (ayat pasif)

(objek) (KGND) (KKP)


KATA KERJA PASIF DIRI KETIGA
1. Kata kerja ini berpola (objek+KKP+(oleh)+KGND3).
2. Ditandai dengan imbuhan di-, di-...-kan, di-...-i, dipeR-, dipeR-...-kan atau dipeR...-
i.

Contohnya:

1. (a)  Dia memancing ikan. (ayat aktif)


2. (b)  Ikan dipancing olehnya. (ayat pasif)

(objek) (KKP) (KS) (KGND3)

KATA KERJA PASIF BERIMBUHAN PASIF

1. Kata kerja yang berimbuhan beR-, teR-, dan apitan


2. Mengutamakan dan meletakkan objek atau unsur penderita di hadapan ayat pasif.

Contohnya:

1. (a)  Bajunya tidak bergosok

(objek) (KB) (KKP)

2. (b)  Tikar itu terbentang di ruang tamu. (objek) (KKP) (unsur keterangan)
3. (c)  Sani kegelian kerana digeletek. (Penderita) (KKP)

KATA KERJA PASIF DENGAN KATA BANTU PASIF “KENA”

1. Lazimnya kata bantu pasif “kena” hadir sebelum kata kerja dasar yang mengalami

pengguguran imbuhannya. Contohnya:

1. (a)  Amin kesampukan tadi.


2. (b)  Amin kena sampuk tadi.
2. Kebanyakan soalan yang berkaitan dengan kata kerja pasif disoal dalam slot soalan
penggunaan kata dan kesalahan umum tatabahasa bagi perkataan yang digariskan.
Untuk ulasan PMR, sila rujuk imbuhan pasif.

FRASA KERJA PASIF

1. Kata intinya terbina daripada kata kerja pasif.


2. Jenis frasa kerja pasif adalah mengikut jenis kata kerja pasif,iaitu:
1. (a)  Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua. Contohnya:
1. (i)  Buku itu saya baca.

(KGND1) (KKP)

2. (ii)  Poster itu awak lukis? (KGND2) (KKP)


2. (b)  Frasa kerja pasif diri ketiga. Contohnya: Tikar itu dianyam olehnya.

(KKP) (KGND3)

3. (c)  Frasa kerja pasif berimbuhan pasif. Contohnya: Soalan itu belum
berjawab.

(KKP)

4. (d)  Frasa kerja pasif dengan kata bantu pasif kena.contohnya: Buku itu
kena conteng oleh adik.

KESALAHAN UMUM FRASA KERJA PASIF


1. Memasukkan kata lain di antara kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan kata
kerja positifnya. Contohnya:
1. (a)  Foto itu saya akan ambil. ( ̊)
2. (b)  Foto itu akan saya ambil. ( ̧)
2. Memberikan awalan di- pada kata kerja pasif sebelum kata ganti nama diri pertama
dan kedua. Contohnya:
1. (a)  Foto itu diambil oleh saya. ( ̊)
2. (b)  Foto itu saya ambilkan. ( ̧)
3. Tidak boleh menghadirkan kata sandang nya selepas kata kerja pasif diri pertama dan
kedua. Contohnya:
1. (a)  Foto itu saya ambilkannya untuk awak. ( ̊)
2. (b)  Foto itu saya ambilkan untuk awak. ( ̧)
4. Tidak boleh merangkaikan kata ganti nama diri ketiga dengan kata kerja pasif yang
mengalami pengguguran awal meN-. Contohnya:
1. (a)  Foto itu Encik Khoo cuci. ( ̊)
2. (b)  Foto itu dicuci oleh Encik Khoo. ( ̧)
5. Frasa kerja pasif diri pertama, kedua dan ketiga tidak menerima kata nafi bukan
kecuali maklumatnya terdapat pertentangan maksud. Contohnya:
1. (a)  Foto itu bukan saya ambil ataupun Ani. ( ̊)
2. (b)  Foto itu bukan saya ambil, tetapi Ani. ( ̧)

You might also like