You are on page 1of 1

Contoh alomorf

Alomorf: Contoh perkataan Alomorf:


imbuhan imbuhan
meN- peN.

me- memakan,
pe- pemaaf,pelawak
melawan
men- mendatang,
pen- pendapat,penjenayah
mencabut
mem- membasuh,
pem- pembawa,pem(p)ikat
mem(p)akai

meny(s)ampuk, peny(s)epit,
meny- peny-
meny(s)epi peny(s)ambung

meng- menggoreng, peng- penggali,penguji


meng(k)ering
mengecat,
menge- penge- pengebom,pengepam
mengelap

1.3 Morfofonem
(i) Morfofonem ialah satu istilah yang merujuk kepada kehadiran sesuatu bunyi atau fonem
tertentu apabila sesuatu morfem terikat atau imbuhan digabungkan dengan sesuatu kata dasar.
(ii) Wujudnya bunyi atau fonem itu ditandai oleh adanya huruf besar pada imbuhan itu,misalnya
meN-, dan peN-.
(iii) Huruf Nitu menjadi petanda bahawa di situ akan hadir bunyi sengauan tertentu apabila
imbuhan itu diimbuhkan pada sesuatu kata dasar. Bunyi itu ialah salah satu daripada bunyi-
bunyi sengauan, /m/, /n/,/ng/,/ny/ dan/nge/;bergantung pada bunyi awal pada kata dasar itu.
(Lihat contoh dalam jadual di atas).

1.4 Suku kata


(i) Suku kata ialah unit-unit bunyi yang membentuk kata. Unit-unit bunyi terdiri daripada vokal
dan konsonan.
(ii) Suku kata terbahagi kepada dua jenis, iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
(iii) Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh bunyi vokal manakala suku kata
tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh konsonan. Contohnya:
Suku kata terbuka bu,ku, su ka, da ki, se ni

Suku kata tertutup kam pung,kang kong,bung kus, ter bang

1.5 Kata
(i) Kata ialah unit tatabahasa yang terkecil, mempunyai makna,bebas, dan boleh berdiri sendiri.
(ii) Kata dikatakan unit tatabahasa yang terkecil kerana kata tidak boleh dipecahkan kepada
unit bermakna yang lebih kecil lagi. Sebagai contoh, kata makan walaupun boleh dipecahkan
kepada dua suku kata, ma dan kan,tetapi suku kata ini tidak mempunyai makna.

You might also like