You are on page 1of 2

1.1.1.1.

2 Morfem terikat

(i) Morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh berdiri sendiri. Morfem ini memerlukan
penggabungan dengan morfem lain, sama ada dengan morfem terikat ataupun morfem
bebas. Contohnya,bermain,terambil,meneruskan, diingati, berenang, petani.
(ii) Morfem terikat terbahagi kepada tiga jenis:

(a) Morfem terikat satuan


Morfem terikat satuan ialah morfem terikat yang terdiri daripada satu
morfem sahaja.
Contoh: meN-, beR-, teR-, pe-,peN-,tata-,ke-,-wi,-wan,dan-em-.
Contoh perkataan: terduduk, bermain, menunjuk, ketua, seniman.
(b) Morfem terikat terbahagi
Morfem ini ialah morfem terikat yang terdiri daripada dua imbuhan
yang digunakan secara serentak, iatu pada awal dan akhir kata dasar.
Dalam penggunaannya, salah satu daripada morfem ini tidak boleh
digugurkan kerana kata yang terhasil akan menimbulkan makna yang
berbeza atau kata yang tidak bermakna. Contoh:
ke-an (keadaan,kemasukan, kediaman), per-an (perkahwinan,
perjalanan, perubatan), pe-an (penamaan, pemakanan) dan beR-
an (berguguran,berterbangan).

(c) Morfem terikat kompleks


Morfem terikat kompleks terdiri daripada dua morfem terikat atau
lebih.Morfem itu boleh terdiri daripada:
1. Gabungan dua morfem terikat pada awal kata dasar, seperti
memper-,dan diper-,Contoh:
memperbesar, mempercantik, diperluas.
2. Gabungan satu morfem pada awal kata dan satu morfem pada
akhir kata dasar, seperti meN-...-kan, meN-...-i, di-...-i, ber-...-
kan, ter-...-kan, ter-...-i. Contoh: menaikkan, menampakkan,
dilalui, dikasari, mendahului, berpayungkan,menemui,terungkapkan.
3. Dua morfem terikat diimbuhkan pada awal kata dasar dan satu
pada akhir kata, seperti memper-...-kan, memper-...-i, diper-...-
kan, dan diper-...-i. Contoh:
memperlihatkan,dipersetujui,mempersetujui, diperakui
dipersatukan, diperhatikan.

(Catatan:Morfem terikat terbahagi dan morfem terikat kompleks 2 dan


3 disebut juga sebagai apitan)

(b) Morfem terikat terbahagi

Dalam penggunaannya, salah satu daripada morfem ini tidak boleh digugurkan
kerana kata yang terhasil akan menimbulkan makna yang berbeza atau kata yang
tidak bermakna. Contoh:
(c)
Morfem terikat kompleks terdiri daripada dua morfem terikat atau lebih.Morfem itu
boleh terdiri daripada:
1. Gabungan dua morfem terikat pada awal kata dasar, seperti
memper-,dan diper-,Contoh: memperbesar, mempercantik, diperluas.
2. Gabungan satu morfem pada awal kata dan satu morfem pada akhir
kata dasar, seperti meN-...-kan, meN-...-i, di-...-i, ber-...-kan, ter-...-kan, ter-...-
i. Contoh: menaikkan, menampakkan, dilalui, dikasari, mendahului,
berpayungkan,menemui,terungkapkan.
3. Dua morfem terikat diimbuhkan pada awal kata dasar dan satu pada akhir kata,
seperti memper-...-kan, memper-...-i, diper-...-kan, dan diper-...-i. Contoh:
memperlihatkan,dipersetujui,mempersetujui, diperakui dipersatukan, diperhatikan.

1.2 Alomorf
(i) Alomorf ialah kelainan atau varian atau variasi bagi sesuatu morfem terikat.
(ii) Alomorf hadir apabila morfem terikat atau imbuhan itu digabungkan dengan kata dasar.
Jenis alomorf yang akan hadir ditentukan oleh huruf atau bunyi awal kata yang digabungkan
itu.
3

You might also like