You are on page 1of 2

MORFEM BEBAS DAN MORFEM TERIKAT

1. Apakah morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat
pula ialah mofrem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain.

2. Mengapakah perkataan 'hartawan' dan 'perkahwinan' mengandungi dua morfem, iaitu:


{harta}+{wan}, dan {per-...-an}+{kahwin}? Jelaskan.

‘Harta’ ialah morfem bebas kerana ‘harta’ boleh berdiri dengan sendiri. ‘Wan’ ialah
morfem terikat kerana tidak membawa maksud jika tidak digabungkan dengan mofem
bebas ‘harta’.

‘Kahwin’ ialah morfem bebas kerana ‘kahwin’ boleh berdiri dengan sendiri. ‘per-...-an’
ialah morfem terikat kerana tidak membawa maksud jika tidak digabungkan dengan
mofem bebas ‘per-...-an’

3. Berapakah bilangan morfem yang terdapat dalam perkataan yang berikut? Nyatakan
jenis morfem tersebut. Untuk morfem terikat, nyatakan jenisnya. (a) misalan (b)
berterbangan (c) memperjuangkan (d) menterbalikkan; dan (e) kemeriahan.

Semua perkataan tersebut mempunyai dua morfem iaitu morfem bebas dan morfem
terikat.

a) misalan = Morfem terikat satuan


b) berterbangan = Morfem terikat terbahagi
c) memperjuangkan = Morfem terikat kompleks
d) menterbalikkan = Morfem terikat terbahagi
e) kemeriahan = Morfem terikat terbahagi

4. Berapakah jumlah morfem bebas dan morfem terikat bagi perkataan: pemerkasaan,


bermaharajalela, mengetengahkan, ketidakbertanggungjawaban

Setiap perkataan mempunyai satu morfem bebas dan satu morfem terikat.

5. Kumpulan perkataan manakah yang terbina daripada gabungan morfem bebas dan
morfem terikat?

A tempurung, kayu, kampung


B cantik, gelanggang, maharaja
C jurutera, berdampingan, contohi
D juruterbang, kelupas, dijaringkan
Sila beri alasan untuk setiap pilihan jawapan. Terima kasih.

Jawapannya ialah C kerana jurutera, berdapingan dan contohi mempunyai morfem


bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah ‘juru’, ‘damping’, dan ‘contoh’ manakala
morfem terikat ialah ‘tera’, ‘ber-...-an’, dan akhiran -i.

KATA DASAR DAN KATA AKAR

1. Apakah perbezaan antara "kata dasar" dengan "kata akar"? Sila berikan contoh

Kata akar tidak mempunyai makna yang jelas. Kata akar juga ialah morfem terikat yang perlu
bergabung dengan morfem lain untuk membentuk perkataan. Kata dasar ialah kata yang
menjadi dasar kata terbitan atau sesuatu perkataan.

2. Berikan 10 contoh kata dasar dan 10 contoh kata akar.

Kata dasar:
lari, gosok, basuh, ikat, jawab, rasa, hantar, garis, lambai, bawa

Kata akar:
tani, igau, tawa, renang, rangkak, lanjur, jerumus, tapa, anai-anai, jemput-jemput

You might also like