You are on page 1of 108

PSZ 19:16 (Pind.

1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o


JUDUL: MENINJAU TAHAP KESEDARAN NASIONALISME DALAM

KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA SEKITAR JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya _ _UMI SOLEHA BINTI RADZALI_________

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: No. 46 Perlop 3 Lasah, 31110 Sg. Siput (U), Perak. Tarikh: _____________
CATATAN

(TANDATANGAN PENYELIA) PN. SANITAH MOHD YUSOF Nama Penyelia

Tarikh: _________________

* Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan E lektrik).

Tandatangan Nama penyelia Tarikh

: : Pn. Sanitah Mohd Yusof :

ii

MENINJAU TAHAP KESEDARAN NASIONALISME DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA SEKITAR JOHOR BAHRU

UMI SOLEHA BINTI RADZALI

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

iii

Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap -tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Nama Tandatangan

: :

Umi Soleha Binti Radzali

Nama Penulis : Tarikh :

Umi Soleha Binti Radzali 9 Mei 2011

iv

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia dan pembimbing projek sarjana muda iaitu Pn Sanitah Binti Mohd Yusof yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan, nasihat dan pendapat yang terlalu banyak membina hingga membolehkan saya untuk menyempurnakan projek sarjana saya.

Seterusnya terima kasih juga kepada kalangan pengsyarah, staf-staf sokongan dan rakan-rakan seperjuangan terutama kepada mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pendidikan. Tidak dilupakan juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan projek ini.

Akhir sekali dedikasi khas untuk tulang belakang saya iaitu Radzali Bin Marjuni dan Saniah Binti Mohamed Shahid , ayahanda dan bonda yang tercinta serta semua insan yang disayangi kerana memberikan sokongan dan dorongan yang tidak putusputus kepada saya. Segala pengorbanan semua pihak amat saya hargai.

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau kesedaran nasionalisme dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sekitar Johor Bahru. Kajian ini berdasarkan tiga persoalan kajian iaitu mengenalpasti tahap pengetahuan politik, tahap patriotisme terhadap negara dan mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan politik dan tahap patriotisme dalam kalangan pelajar di IPTA dan IPTS. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A tentang latar belakang responden, Bahagian B pula tentang pengetahuan sistem politik di Malaysia manakala Bahagian C tentang patriotisme terhadap negara. Responden kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar dari IPTA dan IPTS sekitar Johor Bahru. Hasil kajian dianalisis menggunakan perisisan Stastical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan politik pelajar IPTA dan IPTS adalah pada tahap sederhana, manakala tahap patriotisme pelajar IPTS lebih tinggi berbanding pelajar IPTA. Hasil kajian juga menunjukkan tidak

terdapat perbezaan yang signifikan tentang tahap pengetahuan politik dalam kalangan penuntut IPTA dan IPTS di sekitar Johor Bahru. Begitu juga, tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang tahap patriotisme terhadap negara dalam kalangan penuntut IPTA dan IPTS di sekitar Johor Bahru. Akhir sekali kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenalpasti tahap kesedaran nasionalisme di kalangan pelajar IPTA yang mengambil jurusan pendidikan serta teknologi bahagian teknik dan vokasioanal dan kalangan rakyat Malaysia.

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to review the awareness of nationalism among undergraduate students from Public Higher Education Institution and Private Higher Education Institution at Johor Bahru. There are three main objectives, the recognition of political knowledge, the patriotism level toward the nation and to identify the differences of political knowledge and the patriotism among students from Public Higher Education Institution and Private Higher Education Institution. Questionnaire was used to collect the data for studies. There have three sections, Section A about the students personal information, Section B about the knowledge of political situation and the Section C their patriotism toward the nation. Data was collected from 100 students from both Public Higher Education Institution and Private Higher Education Institution. The result was analyzed used Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0. From the analysis, the result show that the level of political knowledge among both institution are average meanwhile the level of patriotism of students from Private Higher Education Institution are higher than Public Higher Education Institution. There are no significant differences on level of political knowledge but there are significant differences on level of patriotism toward nation between both institution. Finally, it suggested that more studies regarding the level of nationalism awareness toward different races in our country and toward to student from technical and vocational course will be conduct.

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xiii xv xii

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7

Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Soalan Kajian Hipotesis Kajian Rasional Kajian

1 4 7 8 9 9 10

viii

1.8 1.9

Kepentingan Kajian Skop Kajian

11

1.10

Definisi 1.10.1 Nasionalisme 1.10.2 Institut Pengajian Tinggi Awam 1.10.3. Institut Pengajian Tinggi Swasta 1.10.4 1.10.5 Pengetahuan Politik Patriotisme Terhadap Negara

13

16 1.11 Penutup

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1

Ringkasan Sejarah Awal dan Proses Pembinaan Negara

17

20 2.2 2.3 Gagasan Persekutuan Malaysian Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan 2.3.1 Kemunculan Pertubuhan Melayu 2.3.2 Kesatuan Melayu Muda 21

2.4

Nasionalisme Malaysia 2.4.1 Nasionalisme Awal 2.4.2 Nasionalisme Kepartian 2.4.3 Nasionalisme Kompromi 2.4.4 Nasionalisme Malaysia Masa Kini

25

2.5 2.6

Konsep Asabiah Dan Nasionalisme Patriotisme

31 33

ix

2.7 2.8

Remaja dan Nasionalisme Kajian Lepas

34 37

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

Pengenalan Reka Bentuk Kajian Tatacara Kajian Kesahan Kajian Populasi dan Sampel Kajian Instrumen Kajian 3.6.1 Soal Selidik Bahagian A 3.6.2 Soal Selidik Bahagian B 3.6.3 Soal Selidik Bahagian C

38 39 40 41 42 43

3.7 3.8

Kajian Rintis Analisis Data 3.8.1 Analisis Data Bahagian A : Latar Belakang Responden 3.8.2 Analisis Data Bahagian B : Tahap Pengetahuan Politik Malaysia 3.8.3 Analisis Data Bahagian C : Tahap Patriotisme Terhadap Negara

45 45

3.9

Kesimpulan

47

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 4.2

Pengenalan Analisis Data 4.2.1. Bahagian A : Latar Belakang Responden.

48 49

4.2.2. Bahagian B : Tahap Pengetahuan Politik Di Malaysia. 4.2.3. Bahagian C : Tahap Patriotism Terhadap Negara

4.3

Analisis Perbezaan

Mann-Whitney Tahap

U-Test

Bagi Politik

60

Pengetahuan

Malaysia Dan Tahap Patriotisme Terhadap Negara Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Pelajar

Institut Pengajian Tinggi Swasta Sekitar Johor Bahru.

4.4

Kesimpulan

62

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 5.2

Pengenalan Ringkasan Kajian 5.2.1. Latar Belakang Pelajar Institut

63 64

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi

Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru. 5.2.2 Tahap Pengetahuan Politik Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru. 5.2.3 Tahap Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi

xi

Awam

(IPTA)

dan

Institut

Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru. 5.2.4 Perbezaan Tahap Pengetahuan

Politik Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian

Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru. 5.2.5 Perbezaan Tahap Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.

5.3 5.4

Rumusan Perbincangan 5.4.1 Pengetahuan Politik Di Malaysia Dalam Kalangan Pelajar Institut Tinggi Awam (IPTA) Dan Institut Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru. 5.4.2 Patriotisme Terhadap Negara

68 68

Dalam Kalangan Pelajar Institut Tinggi Awam (IPTA) Dan Institut Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.

5.5 5.6 5.7

Cadangan Kajian Lanjutan Penutup

73 75 75

xii

BIBIOGRAFI

xvi

LAMPIRAN Lampiran A: Borang Soal Selidik Lampiran B : Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat Lampiran C: Surat Pengesahan Soal Selidik

xviii xix xx

xxi

xiii

SENARAI JADUAL

No. Jadual

Tajuk

Muka Surat

3.1

Menujukkan item yang dibuang dan item yang diperbaiki

42

3.2

Taburan soalan mengikut konstruk soalan bahagian B

44

3.3

Taburan soalan mengikut konstruk soalan bahagian C

44

3.4

Ringkasan statistik kaedah analisis

47

4.1

Latar belakang responden : perbandingan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sekitar Johor Bharu

50

4.2

Tahap pengetahuan Politik di Malaysia : perbandingan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sekitar Johor Bharu

53

4.3

Tahap patriotisme terhadap negara : perbandingan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi

57

xiv

Swasta (IPTS) sekitar Johor Bharu

4.4

Jadual statistik bagi tahap pengetahuan politik dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS

60

4.5

Jadual statistik bagi tahap patriotisme terhadap negara dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS

61

xv

SENARAI SIMBOL

IPT IPTA IPTS DYMM Dr

Institut Pengajian Tinggi Institut Pengajian Tinggi Awam Institut Pengajian Tinggi Swasta Duli Yang Maha Mulia Doktor

xiii

SENARAI LAMPIRAN

No. Lampiran

Tajuk

Muka Surat

Soal selidik

80

Surat kebenaran untuk membuat kajian bagi projek sarjana muda di Institut Teknologi Perindustrian YPJ

81

Surat pengesahan untuk soal selidik

82

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Tiga ideologi yang memberi kesan pada masyarakat dan muncul sejak separuh pertama abad ke 19 ialah liberalisme, nasionalisme dan sosialisme. Ia memusnahkan rejim Order lama di Eropah Barat dan menjadi begitu signifikan di seluruh dunia pada dekad yang berikutnya. Beberapa perubahan politik telah memberi kesan langsung pada perkembangan intelektual di Eropah Barat pada masa itu terutamanya Revolusi Perancis. Ia merupakan penyumbang utama

dalam perkembangan idea nasionalisme. Menurut Marshall (1998) nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai, Sentiment aspiration, and consciousness are all terms applied to what constitutes nationalism, or valuation of the nation-state above all else. However, it also entails

certains assumptions about the will to self-determination, the existence and indeed desirability of diversity, the superiority of the sovereign state over other forms of rules, and the centrality of national loyalty to political power as basic form of legitimation. Terdapat berbagai pandangan para pengkaji mengenai pengertian sebenar nasionalisme. Emile Durkheim dan Lenin (1974) masing-masing menyatakan nasionalisme ialah solidariti antarabangsa berbentuk nasionalisme yang matang manakala penulis lain-lain mendakwa nasionalisme ialah suatu keadaan yang mencetuskan pergerakan politik sama ada politik yang berhaluan kanan mahupun bersifat kiri.

Semangat

nasionalisme adalah perlakuan yang dizahirkan bagi Ia adalah

menunjukkan rasa kasih sayang dan cinta kepada tanah air.

manisfestasi daripada penyuburan semangat patriotik yang wujud dalam diri seseorang warganegara. Dengan kata lain, nasionalisme ialah perasaan yang ditunjukkan oleh seseorang rakyat kerana cinta pada negaranya manakala patriotism juga adalah perkara yang sama tetapi ia lebih berbentuk psikologi dalam setiap inividu. Contoh patriotism seperti menghormati bendera negara, mentaati pemimpin, menyanjung lagu kebangsaan dan lain-lain lagi.

Nasionalisme pula sering kali ditonjolkan dalam bentuk yang tersusun dan berorganisasi seperti kewujudan persatuan dan parti-parti politik mahupun perjungan bersenjata menentang sebarang ancaman ke atas kedaulatan bangsa dan negara.

Walau bagaimanapun patriotisme dan nasionalisme saling berkait antara satu sama lain. Ia membawa maksud umum yang sama iaitu perasaan hormat, sayang dan cintakan negara dan hanya berbeza istilahnya sahaja. Perbezaan antara kedua istilah ini diterangkan oleh Abdul Latif Bakar (1998),

Nasionalisme adalah sentimen di kalangan penghuni sesuatu wilayah itu menggunakan lambang-lambang tertentu sempadan dan ibu kota bagi menentu taraf negara bangsa, keperibadian kebangsaan, kewarganegaraan,

bahasa kebangsaan, ekonomi, kebudayaan dan kesenian, bendera, lagu kebangsaan dan lain-lain. Patriotisme pula meluapkan perasaan kesetiaan kepada negara dan ia menjadi unsur-unsur penting nasionalisme.

Dalam sejarah negara kita semangat nasionalisme mempunyai tiga bentuk utama iaitu nasionalisme awal yang berbentuk penentangan ke atas kuasa penjajah, nasionalisme yang berbentuk kompromi dan nasionalisme Malaysia.

Nationalisme dan patriotism berperanan dalam keadaan yang khusus dan dikaitkan dengan perjuangan sesebuah bangsa bagi mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Namun begitu, daripada segi pengertian yang terkandung dalam kedua-dua konsep tersebut ia adalah keperluan yang vital bagi setiap bangsa dan negara dalam menentukan mereka terus hidup dan berdaulat di dunia ini. Secara umumnya perkembangan nasionalisme dalam konteks negara kita menunjukkan bahawa ia dipelopori oleh orang-orang Melayu. Dengan kata lain, mereka adalah pencetus nasionalisme iaitu rasa cinta pada tanah air dan bangsa sendiri. Manakala pengisian nasionalisme adalah kesinambungannya kepada

semangat dan inspirasi yang sedia ada. Semangat ini diperkaya dengan elemenelemen kompromi, kesediaan bertolak ansur, rasa kesyukuran dan terima kasih di kalangan seluruh rakyat Malaysia dan bersedia menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara serta berada dalam satu ikatan dan rupa bangsa iaitu bangsa Malaysia.

1.2

Latar Belakang Masalah

Jika di lihat dewasa ini, tahap nasionalisme dalam kalangan rakyat-rakyat Malaysia khususnya kepada golongan muda berada pada keadaan yang tidak selesa. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang mendorong masalah ini terjadi.

Oleh sebab itu penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk melihat tahap nasionalisme dikalangan mahasiswa-mahasiswa pengajian tinggi. Faktor pertama pendorong masalah ini adalah semangat nasionalisme yang ditonjolkan oleh generasi kini berbeza jika dibandingkan dengan semangat nasionalisme pada era pra kemerdekaan. Jika dahulu mereka bersemangat untuk memperjuangkan kemerdekaan untuk tanah air tercinta daripada dijajah oleh penjajah dengan ini semangat yang dibawa secara tidak langsung dapat membangkitkan kesedaran dan memberi rangsangan kepada masyarakat yang lain supaya bangun membela nasib negara sendiri. Apa yang dapat kita lihat kini, generasi sekarang seolaholah sudah tiada semangat nasionlisme yang ditanamkan dalam diri mereka. Ini kerana mereka membutakan mata dan menghindari semangat nasionalisme yang sepatutnya dirasai oleh setiap individu. Hal ini terjadi kerana generasi kini tidak merasai bagaimana jerih perit yang dilalui oleh pejuang-pejuang kemerdekaan untuk mengecapi kemerdekaan. Jadi kemerdekaan yang disambut setiap tahun semakin lama ia menjadi semakin tidak bererti kerana erti kemerdekaan telah pudar dek semangat cintakan negara yang semakin hilang.

Seperti yang termaklum, negara kita telah mencapai kemerdekaan dengan cara yang penuh diplomatik tanpa melibatkan senjata dan pertumpahan darah. Kita telah memperolehi kemerdekaan melalui perundingan. kuasa politik menerusi pilihanraya umum. Kita mendapat

Lazimnya sesuatu yang didapati

dengan mudah ini kurang dihargai dan cepat dilupai. Persolan ini timbul kerana bimbang kesenangan dan kemewahan yang kita warisi akan melekakan, melalai atau mengkhayalkan kita. Mungkin kemewahan juga akan membuat kita

mengabaikan tugas dan tanggungjawab memelihara kemerdekaan negara. Manalah tahu oleh kerana gelojoh mengejar kebendaan, kedudukan, pangkat dan kuasa maka ada di antara kita yang tidak berteraskan semangat patriotisme dan nasionalisme. Sejarah telah membuktikan bagaimana Empayar Melayu Melaka yang terkenal kegemilanganya hancur lebur disebabkan oleh unsur-unsur negatif seperti yang dibincangkan di atas. Kita seharusnya menjaga dan

mempertahankan kemerdekaan kita dengan penuh sikap bertanggungjawab. Kuasa politik yang kita ada ditangan kita sekarang hendaklah digunakan sepenuhnya bagi mempertingkatkan kualiti hidup kita sebagai satu bangsa yang merdeka. Matlamat ini akan hanya tercapai sekiranya kita bersatu padu dan jika kita bertindak sebagai satu pasukan. Itulah sebabnya mengapa pada hari ini pucuk pimpinan kita sering menekankan tentang semangat nasionalisme. Pemimpin-pemimpin kita sering melaungkan supaya dihidupkan semula semangat kebangsaan ini. Tujuan adalah supaya rakyat jelata menyedari akan hikmat di sebalik semangat tersebut. Kerana pada hemat kita, hanya semangat nasionalisme sahajalah yang dapat menyatupadukan kita semua sepertimana yang terbukti di zaman nenek moyang kita.

Bagi menyuburkan perasaan cinta kepada tanah air yang mengikut pepatah Melayu berbunyi di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung usaha usaha yang bersepadu perlu dilaksanakan oleh semua pihak di negara ini. Banyak hujah menyatakan generasi masa kini tidak mempunyai semangat nasionalisme dan kurang patriotik. Menurut Abd. Karim (1998), faktor-faktor yang menyebabkan wujud perkara di atas adalah : i. asas pengetahuan sejarah bangsa, agama dan negara yang kurang.

ii. iii. iv. v. vi.

sikap yang negatif mudah terpengaruh dan terpedaya pengawasan ibu bapa yang semakin berkurangan masyarakat yang bertambah individualistik tumpuan pendidikan agama dan moral yang merosot.

Faktor yang seterusnya adalah generasi kini tidak mengerti apa yang dikatakan dengan nasionalisme dan apakah perbuatan yang boleh mencerminkan semangat kecintaan kepada negara. Konsep nasionalisme Melayu adalah berbeza dari tafsiran nasionalisme yang digunakan di Barat. Nasionalisme Melayu

adalah khusus untuk orang-orang Melayu. Nasionalisme Melayu lahir sebagai manisfestasi cetusan rasa dan keinsafan bangsa Melayu. Nasionalisme Melayu wujud kerana bangsa Melayu telah ditindas. Nasionalisme Melayu lahir kerana bangsa Melayu diperas oleh penjajah pada suatu ketika dahulu. Nasionalisme Melayu lahir sebagai pendorong kepada orang Melayu menyatukan rancangan mereka, untuk membulatkan keputusan mereka serta untuk menjitukan tindakan mereka di dalam menuntut kemerdekaan dari penjajah. Dalam kes ini kita tidak boleh menunding jari untuk menunjukkan siapa yang salah tetapi kita perlu cermin diri sendiri untuk melihat apa yang kita sendiri fahami tentang nasionalisme itu.

Kesan kepada fenomena ini, terdapat kecenderungan dalam kalangan sesetengah pihak yang seolah-olah melupakan asas sebenar kejayaan dan pencapaian negara kita hari ini yang berdasarkan persefahaman dan tolak ansur antara semua pihak. Ini kerana terdapat setengah pihak dalam masyarakat kita hari ini mengemukakan tuntutan yang berbentuk sepihak dan mengenepikan kepentingan pihak-pihak lain. Ia juga menunjukkan seolah-olah nasionalisme kompromi itu kian hilang semangatnya. mencapai kemerdekaan? Apakah ia tidak releven selepas

Dalam cita-cita mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju, mantap dan berdaya saing dan memberikan erti sebenar kepada nilai kemerdekaan, kerajaan mewujudkan beberapa rancangan jangka panjang. Antaranya ialah Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1991 yang disifatkan sebagai as the leading for Malaysia in the 21st century. (Ho Khai Leong dan James Chin, 2001) Ia disifatkan sebagai blue-print kepada masyarakat Malaysia yang bakal terbentuk menjelang tahun 2020 nanti. Berdasarkan wawasan ini, masyakat

Malaysia akan menjadi sebuah masyarakat yang mempunyai pakej lengkap iaitu mempunyai kekuatan dari segi moral, rupa bangsa, ekonomi dan sosial. Apakah dengan tercapainya segala cita-cita yang direncanakan dan dijalankan pada masa kini, kita akan berjaya membentuk sebuah negara bangsa yang ideal dan melengkapi setiap rakyat Malaysia dengan nasionalisme dan patriotisme.

1.3

Pernyataan Masalah

Hasil daripada ulasan yang ditulis pada bahagian latar belakang masalah, didapati terdapat banyak faktor yang mendorong kepada kemerosotan semangat nasionalisme pada generasi kini antaranya adalah kelunturan semangat nasionalisme, bersikap individualistik dan sebagainya. Oleh itu, hasil daripada masalah ini kita dapat membuat satu penyelidikan untuk melihat tahap nasionalisme generasi kini berdasarkan faktor-faktor yang tertentu. Justeru itu, bersesuaian dengan penyataan masalah bagi penyelidikan ini iaitu meninjau tahap kesedaran nasionalisme dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelejar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut : i. mengenal pasti tahap pengetahuan politik dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru. ii. mengenal pasti tahap patriotisme terhadap negara dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru. iii. mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan politik dan tahap patriotisme dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.

1.5

Soalan Kajian

i.

Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan politik dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru?

ii.

Adakah terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan

pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru?

1.6

Hipotesis Kajian

H 1: Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan politik yang signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.

H 2: Tidak terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di sekitar Johor Bahru.

1.7

Rasional Kajian

Rasional kajian ini dilakukan adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang utama adalah isu kedaulatan dan kesucian tanah air yang tercinta. Seperti yang ketahui negara Malaysia ini mempunyai sultan yang berperanan sebagai ketua negara dan menjadi lambang bagi sesebuah negara. Menurut Ibrahim (2009) mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis RajaRaja Melayu dan titah beberapa orang daripada baginda Raja-Raja Melayu berhubung dengan kedudukan Islam, kontrak sosial serta kedudukan Raja-Raja berperlembagaan, yang keseluruhannya bertujuan mengingatkan rakyat tentang keluhuran Perlembagaan negara yang seharusnya dipertahankan demi menjaga keharmonian dan perpaduan. Ini kerana rakyat umumnya memahami bahawa RajaRaja Melayu merupakan tunjang pemerintahan negara yang seharusnya dihormati

10

oleh semua lapisan rakyat, terutamanya ketika kuasa politik negara dihujani dengan kepelbagaian cabaran dalaman dan luaran yang menggugat kestabilan negara. Maka kenyataan Majlis Raja-Raja dan titah para Raja sendiri adalah merupakan sesuatu yang seharusnya diberikan perhatian serius oleh rakyat dan kerajaan.

Selain itu adalah mengenai isu keharmonian yang perlu dijaga oleh rakyat Malaysia. Malaysia terdiri daripada 80 kaum yang mempunyai pegangan, dialek dan budaya masing-masing di bawah satu rumpun yang sama. Bagaimana untuk kita iaitu rakyat yang berbilang kaum untuk mengekalkan keharmonian ini untuk mengelakkan berlakunya perpecahan. Salah satu kesefahaman yang perlu diwujudkan adalah mengenai isu keagamaan. Seperti yang diketahui Islam merupakan agama rasmi negara kita. Menurut Ibrahim (2009) kesediaan dan komitmen tiga kaum terbesar Malaya ketika menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada Kerajaan British, iaitu tentang kedudukan agama Islam dan kebebasan bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka dalam aman dan harmoni, merupakan satu persefahaman asas yang menjadi prinsip pemerintahan negara ini. Hal inilah juga yang merupakan satu pendirian bersama yang dapat ditafsirkan sebagai kontrak sosial dalam beragama di negara ini, di samping kontrak sosial di dalam aspek-aspek yang lain lagi.

Seterusnya rasional kajian ini kepada golongan generasi muda yang akan membentuk negara pada masa akan datang. Mereka ini adalah merupakan golongan yang akan menggerakkan negara sama ada menjadi negara yang baik atau tidak. Sehubungan dengan itu, semangat nasionalisme perlu ditanamkan kedalam diri mereka sejak dari awal lagi. Menurut Ibrahim (2009) proses dan usaha mempertingkatkan pentadbiran undang-undang di Malaysia, dan usaha mengemaskinikan latihan dan pengeluaran tenaga manusia yang berkemampuan di dalam pentadbiran dapat dilipatgandakan lagi untuk melahirkan institusi

11

pentadbiran, kehakiman, pendidikan dan semua institusi yang lebih berwibawa dan cekap, sesuai dengan perkembangan negara yang pesat membangun. Untuk menjadi negara yang maju, generasi-genarasi ini perlu menitik beratkan nasionalisme dan patriotism dalam diri mereka agar negara kita bergerak seiringan dengan arus permodenan tanpa melupakan sejarah-sejarah penting negara.

1.8

Kepentingan Kajian

Untuk menjadi negara maju dan seimbang dari segenap sudut ia perlulah mempunyai bekalan dalaman yang kuat dan tidak mudah lentur. Apa yang

dimaksudkan dengan bekalan dalaman adalah semangat nasionalisme dan patriotisme yang kuat. Ini kerana setiap individu harus dan wajib ada semangat ini di dalam diri mereka ke mana sahaja individu itu berada. Ia menjadikan jati diri seseorang individu itu sendiri. Seperti contohnya negara-negara maju seperti Jepun, Korea, China dan sebagainya walaupun ia berada di tangga teratas dalam semua perkara iaitu dari segi perniagaan, pembangunan, reka cipta ia masih membawa jati diri negara masing-masing supaya negara lain tahu bahawa ia dapat menggambarkan negara mereka sendiri. Itulah yang perlu ada di dalam rakyat Malaysia sekalian, jangan kita terlalu bermegahkan dengan menyaingi negara lain semata-mata mengejar kemajuan tetapi tidak mempunyai jati negara sendiri, ia menunjukkan betapa naifnya kita.

Selain daripada itu, pendidikan dan pembelajaran memainkan peranan yang penting untuk membentuk sesuatu generasi yang gemilang dan cemerlang serta terbilang. Bak kata pepatah Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya supaya anak-anak ini menjadi seperti acuan yang telah ditetapkan. Generasi ini perlu dipupuk supaya belajar untuk mencintai negara, agama dan

12

bangsa seperti yang dituntut di dalam rukun negara. Ia akan menjadi bekalan di hari kelak supaya apabila ia dewasa mereka tahu betapa pentingnya sesuatu negara itu dibentuk dan pengisian di dalamnya. Kita tidak mahu melahirkan generasi yang buta kepada semangat mempertahankan maruah negara dan tidak mempunyai semangat kebangsaan.

Jika kita lihat dewasa ini generas-generasi muda hanya tahu bilakah tarikh hari kemerdekaan ini kerana semua pihak-pihak pentadbiran mengambil cuti. Mereka akan menyambut secara besar-besaran di dataran merdeka atau di mana sahaja yang membuat sambutan hari kemerdekaan. Apa yang

menyedihkan jika di tanya apa yang dimaksudkan dengan kemerdekaan mengikut pengertian masing-masing ia tidak menggambarkan semangat cintakan kepada negara. Di sinilah kita dapat lihat betapa teruknya wabak ini berleluasa di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Adakah kita sudah tidak memerlukan

kemerdekaan atau kita ingin mengadaikan maruah negara sendiri. Di sinilah kepentingan kajian ini dijalankan untuk menjawab segala persoalan yang melibatkan maruah negara, pendidikan serta individu sendiri.

1.9 Skop kajian

Skop kajian yang dijalankan dalam kajian ini adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam iaitu di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan di Institut Pengajian Tinggi Swasta iaitu di Institut Teknologi Perindustrian YPJ.

13

1.10 Definisi

Berikut adalah definisi-definisi yang di gunakan dalam kajian ini

1.10.1 Nasionalisme

Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.

Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperti yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya. Terdapat beberapa bentuk

nasionalisme .Nasionalisme boleh menonjolkan dirinya sebagai sebahagian ideologi negara atau gerakan (bukan negara) yang popular berdasarkan pendapat sivik, etnik, budaya, keagamaan dan ideologi. Kategori tersebut lazimnya saling kait-mengait dan kebanyakan teori nasionalisme mencampuradukkan sebahagian atau kesemua elemen tersebut.

14

1.10.2 Institut Pengajian Tinggi Awam

Institut Pengajian Tinggi Awam (juga Universiti Awam) ialah universiti yang banyak dibiayai secara awam melalui kerajaan negara atau setempat. Antara senarai universiti awam di Malaysia ini adalah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan banayak lagi.

1.10.3. Institut Pengajian Tinggi Swasta

Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang begitu pesat mencetuskan keperluan terhadap sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Antara langkah yang diambil oleh negara ialah

menyediakan dasar pendidikannya yang liberal. Y.A.B. Perdana Menteri sendiri sering menyatakan bahawa Malaysia telah bersedia menjadi tempat tumpuan negara lain mendapatkan pendidikan tinggi.

Pendidikan tinggi di Malaysia telah mencapai taraf komoditi eksport yang begitu strategik. Dasar ini telah disambut baik oleh badan-badan swasta dengan menubuhkan pelbagai bentuk institusi pendidikan tinggi sama ada secara bersendirian atau bekerjasama dengan institusi pendidikan tinggi awam tempatan dan institusi pendidikan tinggi luar negara. Bagi menjamin pertumbuhan

pendidikan tinggi swasta ini dilaksanakan secara sihat, Parlimen telah

15

meluluskan dua akta yang berkaitan pada tahun 1996, iaitu Akta Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) dan Akta Lembaga Akreditasi Negara (Akta 556).

Akta Pendidikan Tinggi Swasta bertindak mengaturkan penubuhan dan pengurusan institusi pendidikan swasta agar dapat menyediakan suasana pendidikan tinggi yang berkualiti untuk pelajarnya. Antara institusi pendidikan tinggi swasta Malaysia adalah Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia, Universiti Industri Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan banyak lagi.

1.10.4 Pengetahuan Politik

Menurut Ramanathan (1997), politik dianggap sebagai pengkajian tentang pemerintahan ataupun tinjauan tentang kegiatan yang melibatkan semua perkara yang berhubung kait dengan pemerintahan iaitu bentuk, struktur, fungsi dan dasar-dasar kerajaan. Dalam kontek ini pengetahuan politik bermakna

segala ilmu pengetahuan yang diketahui atau dipelajari berkenaan politik.

1.10.5. Patriotisme Terhadap Negara

Menurut Ramanathan (1997), negara sebagai sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap berada di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar. Justeru itu, sebuah negara

menuruti undang-undang antarabangsa haruslah mempunyai elemen-elemen

16

penduduk

(rakyat

atau

populasi),

wilayah

(sempadan),

kerajaan

dan

kedaulatan.dalam konteks ini sikap terhadap negara bermakna perbuatan atau pandangan yang berdasarkan pada pendapat atau fikiran seseorang individu terhadap negara (iaitu Negara Malaysia).

1.11 Penutup

Apa yang dibincangkan di dalam Bab 1 ini adalah pengenalan awal bagi tajuk pengkaji iaitu melihat perbezaan tahap nasionalisme dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru. Jika dilihat terdapat pelbagai pendorong bagi faktor kemerosotan semangat nasionalisme dalam kalangan muda kini antaranya adalah pengetahuan asas sejarah bangsa, agama dan negara yang kurang, sikap masyarakat yang bertambah individualistik dan sebagainya. Ini merupakan antara latar belakang masalah yang dikupas oleh pengkaji yang dianggap masalah semangat nasionalisme kini semakin membimbangkan kepada semua pihak. Pengkaji menjalankan kajian ini berlandaskan kepada tiga objektif utama iaitu tahap pengetahuan politik, tahap sikap terhadap negara dan perbezaan tahap pengetahuan politik, tahap sikap terhadap negara. Kesimpulannya hasil daripada Bab 1 ini adalah pengkaji ingin mendekatkan pengetahuan nasionalisme serta isu-isu semasa bagi melihat bahawa isu yang cuba dikaji oleh pengakji adalah sangat penting dan boleh memberikan manfaat kepada semua.

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1

Ringkasan Sejarah Awal dan Proses Pembinaan Negara

Tanggal pada 31 Ogos 1957 menjadi satu tarikh keramat apabila negara ini diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Proses yang dikenali sebagai bina negara ini dalam proses keseluruhan bagi pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia mengambil masa yang panjang. Proses memerdekakan negara bererti membebaskan diri daripada cengkaman penjajah serta mendapatkan kembali hak mereka yang dirampas tetapi apa yang terjadi di Malaysia berbeza kerana Malaysia harus membina dan menyusun semula hak yang ditinggalkan penjajah dan diagihkan secara adil antara kumpulan kaum yang terbina akibat dasar British yang lepas.

18

Jika dilihat sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana pembentukan atau penggabungan wilayah di negeri-negeri Malaysia bermula atas desakan kuasa luar dan bagi memenuhi kepentingan mereka. Sebagai contoh yang berlaku selepas Perang Dunia II, Pihak Inggeris mula menilai kepentingan tanah-tanah jajahan bagi ibu negara mereka. Kesan daripada peperangan yang berlaku terlalu banyak kerosakan serta kemusnahan hampir semua tempat tanah jajahan. Ini menyebabkan kos pembaikpulih yang sangat tinggi. Selain itu, impak yang amat ketara adalah kegagalan Pihak Inggeris mempertahankan tanah jajahan dan penduduk setempat daripada diancam pihak musuh telah melahirkan satu sikap dan pandangan yang serong kepada Pihak Inggeris yang mementingkan diri sendiri. Ini telah membangkitkan kembali semangat perjuangan dan kewibawaan yang tinggi dikalangan penduduk setempat untuk membebaskan diri daripada penjajah. Hasil daripada perubahan yang berlaku ini, timbul kebangkitan dalam kalangan penduduk untuk menentang pentadbiran British seterusnya menggalakkan perkembangan gerakan semangat kebangsaan dan nasionalisme di negara ini. (Mohd Idris,1994)

Apa yang dapat dilihat, gerakan nasionalisme terbahagi kepada dua iaitu gerakan nasionalisme bersenjata dan tidak bersenjata. Gerakan nasionalisme bersenjata ini juga dikenali sebagai gerakan penentangan awal yang berhubung dengan kebangkitan awal masyarakat Melayu menentang penjajah. Antara tokoh awal yang terlibat Datuk Dol Said di Naning, Datuk Maharajalela di Pasir Salak, Datuk Kelana di Sungai Ujong, dan ramai lagi. Gerakan ini gagal disebabkan beberapa faktor seperti kekurangan senjata, tiada kesatuan antara orang-orang Melayu, masalah perhubungan komunikasi, masalah semangat kenegerian yang kuat dan tiada tokoh yang dapat menyatukan semua pihak. Biarpun gagal tetapi gerakan ini penting dalam merangsang gerakan-gerakan penentangan yang lain pada masa hadapan. (Mohd Idris, 1999)

Manakala bagi gerakan nasionalisme tidak bersenjata adalah gerakan yang menjadi tumpuan persatuan-persatuan dan organisasi-organisasi yang berhubung kait

19

dengan masyarakat Melayu. Penetangan yang mereka lakukan adalah berdasarkan dengan keintelektualan yang mereka ada dan biasanya menerusi aktiviti penulisan atau perjuangan dengan mata pena. Landasan mereka adalah sama iaitu membebaskan daripada penentangan penjajah serta memperbaiki kehidupan masyarakat. Antara institusi yang bertanggungjawab untuk melahirkan golongan nasionalisme daripada kalangan intelektual adalah Universiti Al-Azhar di Mesir, Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Maktab Perguruan Sultan Idris (NSPI).

Ulasan kepada perjalanan perjuangan ini adalah seperti yang diperkatakan oleh Asnarulkhadi dan Jayun (1997), Pendek kata, era perjuangan membebaskan diri dari penjajah bukan hanya bermula sekitar tahun 1940-an tetapi boleh disusur galur sehingga pertengahan tahun 1870-an lagi. Dengan semangat ingin memerintah negeri sendiri dan digalakkan lagi oleh semangat tolak ansur dan bekerjasama di antara rakyat pelbagai etnik, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 1957

Setelah jalan yang sukar dilalui oleh para pejuang kemerdekaan untuk Tanah Melayu akhirnya berbaloi apabila Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi telah diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 tepat jam 12.00 tengah malam apabila bendera Union Jack diturunkan secara rasmi. Kini bermulalah satu sejarah baru untuk warga Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara mengikut acuan sendiri. Oleh kerana ketika itu, negara-negara jiran Tanah Melayu seperti Indonesia, Singapura dan sebagainya tidak merdeka lagi pelbagai cara untuk menggabungkan negara seperti yang dilakukan oleh Melayu Raya tetapi tidak berjaya oleh sebab-sebab yang tertentu.

20

2.2

Gagasan Persekutuan Malaysian

Terdapat pelbagai cadangan-cadangan awal untuk penubuhan gagasan Malaysia antaranya cadangan daripada Malcolm MacDonald, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara (1949-1952) diikuti dengan idea daripada David Marshall Ketua Menteri Singapura dan akhir sekali Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman menyuarakan konsep atau Gagasan Persekutuan Malaysia.

Terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan penting bagi Tunku membuat cadangan gagasan tersebut. Yang pertama adalah Aspek keselamatan adalah merupakan aspek terpenting di dalam sesebuah negara.tuanku ingin mengelakkan daripada Negara kita berulang sejarah iaitu apabila Tanah Melayu pernah diishtiharkan darurat sejak 1948 hingga 1960 dibawah pemerintahan Parti Komunis Malaya. Kedua adalah Aspek imbang kaum, keseimbangan kaum dapat dilakukan walaupun terdapat perbezaan yang besar antara penduduk Tanah Melayu dan penduduk Cina Borneo. Negara Borneo ini adalah Sabah, Sarawak dan Brunei. Permasalahan imbangan kaum ini terpaksan diambil serius bagi mengelakkan kekacauan yang mungkin berlaku.

Seterusnya adalah Jalan pintas untuk kemerdekaan dimana Tunku fikirkan untuk membantu negara-negara jiran untuk mengecapi kemerdekaan. Apa yang Tunku inginkan adalah suasana yang aman dan harmoni serta bebas di wilayah Asia Tenggara ini. Akhir sekali ialah Aspek ekonomi adalah faktor lain yang memainkan peranan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu Tunku yang melihat pencantuman dengan Singapura sebagai keperluan ekonomi bersama. Pencantuman ini memberi ruang kepada Singapura bagi menyelesaikan masalah-masalah ekonomi disebabkan

peningkatan populasi dan perdagangan entrepot yang memerlukan pulau ini

21

melancarkan pogram berskala maksimum ke arah industrialisasi. Oleh itu, pencantuman ini menjadikan asas ekonomi dan politik yang sangat kuat

2.3

Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan

2.3.1 Kemunculan Pertubuhan Melayu

Menurut kamus pelajar edisi kedua, kesepakatan itu membawa maksud kepada keadaan atau hal sepakat ; kerukunan. Manakala daripada kamus dewan edisi keempat, perjuangan pula adalah perihal berjuang untuk merebut (mencapai, mempertahankan) sesuatu diambil. Hasil daripada definisi-definisi ini jelaslah menunjukkan hasil daripada persepakatan oleh sesuatu pertubuhan atau persatuan dapat mencetuskan satu bentuk perjuangan bagi menuntut bela atau bagi mempertahankan hak masing-masing. Begitu juga yang berlaku pada era sebelum dan selepas kemerdekaan banyak pertubuhan di wujudkan bertujuan untuk memainkan peranan sebagai kesedaran kebangsaan. Senario pada ketika itu adalah bersifat kenegarian serta memperjuangkan kepentingan ekonomi dan sosial. Namun begitu, pertubuhan tersebut menjadi pendorong kepada kemunculan pertubuhan yang bersifat kebangsaan. Hasil daripada kesepakatan ini dapat

mengukuhkan lagi semangat nasionalisme dikalangan rakyat ketika itu.

Terdapat pelbagai pertubuhan yang diwujudkan tetapi pengkaji hanya membincangkan mengenai Kesatuan Melayu Singapura serta Parti Komunis Malaya. Bagi pertubuhan ini telah menjadi perangsang kepada pemimpin-pemimpin di negerinegeri Melayu untuk menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan kepentingan orang Melayu di negeri masing-masing. KMS ini telah diasaskan oleh Mohammad Eunos

22

Abdullah pada tahun 1926. Kesatuan ini dianggotai oleh golongan bangsawan, kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga. Antara tujuan penubuhan ini adalah: 1. Mengalakkan ahlinya memainkan peranan yang lebih besar dalam politik dan pentadbiran. 2. 3. Memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang pendidikan Menjadi wakil orang Melayu untuk berurusan dengan kerajaan British bagi hal yang berkaitan dengan hak dan kepentingan orang Melayu.

Justeru itu menjelang akhir tahun 1930-an, banyak persatuan Melayu yang bersifat kenegarian telah ditubuhkan. Persatuan-persatuan ini hanya berlandaskan dengan objektif untuk meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu. Perjuangan mereka ini bersifat sederhana seperti menunjukkan kesetiaan yang kuat kepada Raja-Raja Melayu dan bekerjasama dengan Britishserta mereka mendesak supaya lebih banyak peluang diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan.

Berikutnya pada tahun 1939, KMS bersama-sama Persatuan Melayu Selangor telah menganjurkan Kongres Melayu Se- Tanah Melayu yang pertama di Kuala Lumpur. Kongres ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan Orang Melayu. Seterusnya kongres kedua telah dijalankan pada 1940-an bertujuan untuk menyarankan agar semua persatuan Melayu bekerja keras untuk memajukan orang Melayu di negeri masing-masing.

Bagi Mahmud Embong (1990), tahun 1945 sehingga 1949 adalah tahap yang paling menarik dan signifikan bagi penyertaan orang Melayu dalam gerakan komunis. Tahun-tahun tersebut adalah klimaks bagi sejarah penyertaan orang-orang Melayu dalam pergerakan komunis di Tanah Melayu. Hal ini disebabkan pendekatan yang

23

digunakan oleh PKM lebih tersusun dan terancang. Kader-kader komunis Melayu yang dipilih disusupkan ke dalam parti politik, seterusnya mendalangi badan-badan barisan hadapan. Kemudian mereka mengadakan kelas-kelas politik kiri dan akhirnya mengheret orang-orang Melayu memasuki gerakan bawah tanah serta berjuang secara gerila.

Di sini dapat dilihat cara Pihak Komunis menubuhkan sesuatu pertubuhan lebih bersifat intelektual dan matang jika dibandingkan dengan pertubuhan yang ditubuhkan dikalangan orang Melayu. Pertubuhan ini ditubuhkan untuk menetang penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu ketika itu, walaupun persatuan ini dianggap pengganas sedikit sebanyak golongan ini memberi faktor untuk mempercepatkan panamatan penjajah.

2.3.2 Kesatuan Melayu Muda

Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur. KMM merupakan sebuah pertubuhan Melayu yang bersifat politik yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu yang bersifat radikal dalam gerakan nasionalisme Melayu. Ia telah dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob. Walaupun perjuangan KMM belum sampai ke peringkat bagi mencapai kemerdekaan, tetapi di kalangan sesetengah pemimpinnya memang terdapat sikap antipenjajah dan anti golongan bangsawan yang mereka anggap sebagai tali barut penjajah. Mungkin adanya sikap antipenjajah dan anti golongan bangsawan di kalangan sesetengah pemimpin KMM, gerakan itu juga dikatakan oleh Roff (1967) dan Fuston (1980) mempunyai ciri-ciri sosialis.

24

Sememangnya KMM adalah sebuah pertubuhan nasional, tetapi pandangan yang mengatakan KMM bukan lagi sampai ke peringkat bagi mencapai kemerdekaan tidak dipersetujui. Menurut Mustapha Hussain (salah seorang pemimpin KMM), KMM ini ditubuhkan o leh pemuda-pemuda sedar atau pemuda-pemuda progresif yang dalam lingkungan lewat 20-an. Pemuda-pemuda sedar ini sebenarnya ingin membela nusa dan bangsa sebelum ekonominya dieksplotasi sepenuhnya oleh bangsa lain dan sebelum kemewahannya dikecapi oleh orang yang tidak berhak. Mereka kesal kerana nusa yang bernama Tanah Melayu sudah pun diputar belit namanya sehingga menjadi Malaya. Mereka juga kesal dengan sikap British yang membenarkan kemasukan bangsa asing tanpa sebarang kawalan. Justeru itu, perkataan lumrah dalam perbualan mereka ialah kemerdekaan, kebebasan dan ketuanan Melayu.

Sesungguhnya kehebatan penglibatan orang-orang Melayu dalam gerakan komunis cukup dirasakan apabila PKM berjaya mendalangi badan-badan barisan hadapan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Se-Malaya) iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API), Ikatan Pemuda Tanah Air (PETA), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tanah Malaya (BTM) atau Barisan Tani SeMalaya (BATAS). Badan-badan ini menurut Mahmud Embong diperalatkan oleh kader-kader komunis terutama sekali AWAS dan BATAS dalam perjuangan membebaskan negeri ini daripada cengkaman Inggeris dan kemudiannya mengikut telunjuk komunis (Mahmud Embong,1999).

Apa yang dapat disimpulkan disini adalah menunjukkan betapa semangat nasionalisme yang dibawa oleh mereka semata-mata untuk melihat Tanah Melayu bebas daripada sebarang penajajahan. Setiap pertubuhan yang diwujudkan terdapat kelemahan sendiri tetapi apa yang dibawa oleh mereka adalah api perjuangan yang tinggi . Jika kita bandingkan semangat pertubuhan ini dahulu dan sekarang sangat jauh berbezanya, jika dahulu matlamat utama adalah negara tercinta tetapi kini terdapat segelintir pertubuhan yang hanya untuk kepentingan individu. Kita sepatutnya berasa malu kepada pejuangpejuang lepas kerana susah payah mereka seolah-olah sudah sampai ke penghujungnya.

25

Generasi kini seharusnya meneruskan perjuangan yang ada kerana segala yang kita kecapi kini iaitu kemakmuran, kedamaian dan perpaduan adalah sangat bernilai lebih daripada harga segunung emas.

2.4

Nasionalisme Malaysia

Terdapat

pelbagai

jenis

nasionalisme

tetapi

disini

pengkaji

hanya

membincangkan empat jenis nasionalisme iaitu yang relevan dengan tajuk penyelidikan pengkaji. Jenis-jenis nasionlisme yang akan dibincangkan di dalam bab ini adalah nasionalisme awal, nasionalisme kepartian, nasionalisme kompromi dan nasionalisme Malaysia masa kini.

2.4.1 Nasionalisme Awal

Tanah Melayu ini mula dijajah oleh pihak British yang mana ia mempunyai agenda tersendiri. Terdapat pelbagai kesan hasil daripada pemerintahannya sehinggalah terdapat banyak peristiwa pertumpahan darah yang mana korbannya adalah rakyat di negara sendiri iaitu Tanah Melayu. Antara kisah yang sering manjadi sebutan sehingga kini apabila pihak British menjadi penasihat kepada Sultan ketika itu. Secara tidak langsung Sultan menjadi seperti boneka yang dikawal oleh pihak British. Selain itu pihak Britsh juga mengishtiharkan bagi menubuhkan pusat pemungutan cukai yang di letak dibawah kawalan Eropah. Impaknya pembesar-pembesar Tanah Melayu ketika itu hilang pendapatan. Terdapat banyak lagi provokasi yang dilakukan oleh pihak British untuk memanipulasikan seluruh rakyat di Tanah Melayu untuk tunduk dan hanya mengikut arahannya

26

Ketika ini, terdapat beberapa golongan rakyat jelata cuba bangkit untuk menentang dengan apa yang dilakukan oleh pihak Britsh. Seperti contoh Haji Abdul Rahman Limbong yang merupakan ulama dari Terengganu yang menggunakan sentimen agama. Beliau menegaskan bahawa peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan oleh British adalah peraturan kafir dan tidak wajar dipatuhi. Beliau juga mendakwa pihak British tidak boleh menggenakan cukai kerana ini adalah tanah hak milik Allah. Pandangan ini diterima oleh sebahagian besar rakyat Terengganu dan pihak British terpaksa memadamkan penentangan ini dengan menggunakan senjata.

Terdapat ramai lagi pejuang-pejuang yang menetang apa yang dilakukan oleh pihak British ini tetapi disebabkan beberapa faktor perjuangan mereka ini tidak mendatangkan hasil kepada pihak British. Antara faktornya adalah kelemahan strategi, senjata, sokongan masa dan tempoh yang terlalu singkat. Ketiadaan sokongan daripada pihak pemerintahan tempatan sendiri merupakan faktor yang melemahkan gerakan penentangan bersenjata. Selain itu, kegagalan gerakan kebagsaan yang disebabkan masih kurang kesedaran mengenai kepentingan kemerdekaan negara di kalangan masyarakat Melayu. Kekalahan perjuangan kelompok Melayu pada masa itu

menyebabkan masyarakat tempatan kehilangan beberapa orang tokoh pemimpin yang berwibawa.

Walaupun pejuangan-pejuangan orang Melayu sebelum ini mengalami kegagalan, namun ia tidak masih wujud kekosongan dalam nasionlisme tempatan pada masa ini. Ini kerana menjelang abad ke 20 terdapat kemunculan gerakan kebangsaan di negara ini diterjemahkan dalam bentuk intelektual di kalangan masyarakat Melayu. Ia menampakkan bentuk gerakan kebangsaan yang menggambarkan cita-cita masyarakat iaitu masyarakat yang inginkan bebas dan merdeka. Kecenderungan mereka ketika ini dikaitkan dengan peranan agama Islam. Ia memberi cetusan idea dan pemikiran kepada kesedaran kemasyarakatan, ekonomi dan politik di kalangan masyarakat di Tanah

27

Melayu ketika itu. Sejarah pendidikan di negara ini dimulakan oleh sistem pendidikan pondok. Antara negeri yang awal menerima pendidikan adalah Kedah, Kelantan dan Terengganu iaitu pada awal abad ke 19.

Hasil daripada pembacaan pengkaji didapati bahawa ketika pemerintahan pihak British banyak faktor kemunduran masyarakat Melayu bukan disebakan oleh ketidakupayaan yang terdapat pada diri mereka. Sebaliknya berpunca daripada peluangpeluang yang diperuntukan untuk mereka yang sangat terhad. Peminggiran masyarakat Malayu dalam hal-ehwal kemajuan dan pembangunan adalah bertitik-tolak daripada dasar penjajah yang merencanakan supaya penduduk peribumi di negara ini ketinggalan bagi membolehkan mereka menjajahnya dalam tempoh yang lebih panjang.

Kekuatan perjuangan masyarakat Melayu pada masa itu disebabkan kesedaran sosial yang wujud di kalangan golongan cerdik pandai yang bertujuan memecahkan kebekuan pemikiran dan mengubah persepsi masyarakat Melayu. Pada umunya, bentuk semangat kebangsaan pada masa itu adalah semangat patriotism dan belum mencapai tahap nasionalisme. Ini kerana semangat kebangsaan di kalangan orang-orang Melayu belum diorganisasikan dalam bentuk yang lebih jelas dan komprehensif. Dengan kata lain ia lebih berbentuk cetusan kesedaran dalaman yang dilahirkan melalui tingkah laku individu dan kelompok tetapi masih belum wujud sebagai suatu bentuk organisasi khusus yang mampu menggembleng semangat kebangsaan Melayu pada masa ini dalam bentuk yang lebih ekslusif.

2.4.2 Nasionalisme Kepartian

28

Semangat kebangsaan yang diterjemahkan melalui kesedaran sosial yang disuarakan mereka juga lebih banyak mengajak masyarakat pada masa itu bersatu padu. Pada ketika ini, segelintir masyarakat Tanah Melayu yang bijak telah bangkit dan menubuhkan beberapa persatuan dengan matlamat tersendiri. Ulasan mengenai partiparti yang berada di awal bab ini telah dibincangkan. Di sini pengkaji mengambil contoh terdapat persatuan yang terdapat di setiap negeri mempunyai persatuan dan objektif mereka adalah untuk pendidikan dan masa depan anak Melayu. Selain itu Persatuan Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah ditubuhkan pada tahun 1936 dengan objektif menjadikan soal kemerdekaan sebagai pokok perbincangan dan dasar perjuangan mereka.

Terdapat banyak lagi kesatuan-kesatuan yang ada dan ini diperkukuhkan lagi dengan peranan media massa terutamanya melalui WartaMalaya yang menjadi lidah perjuangan KMM sendiri. Hasil daripada tulisan-tulisan ini dapat menyedarkan rakyat lain tentang kepentingan persatuan untuk membela nasib negara sendiri.

2.4.3 Nasionalisme Kompromi

British berpandangan Melayu tidak akan muncul sebagai sebuah negara yang merdeka dan kuat tanpa perpaduan daripada kaum-kaum yang menetap di negara ini. Sehubungan dengan itu, masyarakat Cina dan India masing-masing telah menubuhkan persatuan iaitu Parti MCA (Malayan Chinese Association) pada 27 Februari 1949 diketuai oleh Tan Cheng Lock manakala MIC (Malayan Indian Association) pada 1946. Mereka menggembleng tenaga bersama-sama dengan masyarakat Melayu sesuai dengan arus perdana pada masa itu iaitu cita-cita bagai mencapai kemerdekaan untuk Tanah Melayu.

29

Persetujuan pemimpin-pemimpin politik pelbagai kaum iaitu daripda UMNO, MIC dan MCA bergabung membentuk parti perikatan pada 1951 memulakan tradisi kompromi dalam perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu. Mereka telah berjaya memenangi pertandingan pilihan raya pada 1955.

Kesanggupan orang Melayu untuk mengundi orang bukan Melayu adalah satu pengorbanan yang sangat tinggi kerana bercita-cita untuk capai kemerdekaan dalam masa yang lebih cepat iaitu dalam masa empat tahun sebagaimana yang terkandungan dalam manisfesto parti parikan dalam pilihan raya tersebut. Pengorbanan tersebut dilakukan atas dasar nasionalisme yang unggul tanpa terlalu mengambil kira soal kepentingan bangsa Melayu walaupun mereka dapat berbuat demikian.

Semangat kerjasama, persefahaman dan tolak ansur ini kemudiannya diterjemahkan secara sah dalam Perlembagaaan Malaysia 1957. Dalam perlembagaan ini orang-orang Melayu bersetuju menerima penduduk bukan Melayu melalui kerakyatan secara bebas iaitu melalui prinsip Jus Soli. Mereka bagi penduduk bukan Melayu bersetuju memberi hak istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera sebagaimana yang terkandung dalam Perkara 153 dan Perkara 161(A). Berdasarkan persetujuan bersama, perlembagaan menetapkan Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan mengikut Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dan agama Islam sebagai agama rasmi mengikut Perkara 3. Selain daripada itu perlembagaan juga menetapkan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintahan negara. (Salleh Abbas, 1997)

Nasionalisme yang berteraskan kompromi di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia ternyata sangat rapuh apabila tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun keputusan pilihan raya 1969 adalah penyebab peristiwa ini, namun masalah-masalah

30

ketidakseimbangan ekonomi dan sosial yang wujud antara penduduk Melayu dan Cina adalah api dalam sekam dalam konteks hubungan kaum antara keduanya. Ia menunjukkan berkenaan bahaya kebebasan yang keterlaluan yang digunakan oleh partiparti politik dalam kempen-kempen sepanjang pilihan raya tersebut.

2.4.4 Nasionalisme Malaysia Masa Kini

Selepas kita mencapai kemerdekaan ramai yang berpendapat nasionalisme tidak lagi menjadi unsur yang penting. Apa yang lebih penting ialah usaha-usaha pengisian kemerdekaan yang menitik beratkan soal-soal pembangunan dan kestabilan politik. Nasionalisme hanya penting apabila sesebuah bangsa ataupun negara menghadapi ancaman daripada dalam ataupun pihak luar.

Agak sukar menentukan apakah bentuk nasionalisme dan patriotism Malaysia masa kini. Apakah pengukuran yang dapat digunakan dalam menentukan tahap patriotism dan nasionalisme di kalangan rakyat di negara kita hari ini. Nasionalisme Malaysia berjaya dicapai apabila wujud rasa sepunya atau esprit de corps yang kuat di kalangan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan kepada Malaysia.

Bak kata pepatah melayu yang berbunyi di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung dapat menyuburkan perasaan cinta kepada tanah air beserta dengan usaha usaha yang bersepadu perlu dilaksanakan oleh semua pihak di negara ini.

31

2.5

Konsep Asabiah Dan Nasionalisme

Perkataan asbiyah berasal dari perkataan Arab yang kata dasarnya daripada perkataan asab yang bererti mengikat, contohnya mengikat individu-individu ke dalam masyarakat (asbtun, usbatun atau isabatun). Asabiyah juga berasal dari perkataan asaba. Konsep asabiah ini ada dibincangkan oleh Ibn Khaldun iaitu ilmuan Islam yang pernah bekerja sebagai hakim, kadi dan banyak mengeluarkan kitab-kitab mengenai hal-hal kemasyarakatan, sejarah, epistemology dan cabang-cabang ilmu agama yang lain seperti tasawuf. Menurut Muhammad Lufti Ishak (2010), konsep asabiah ini adalah menghampiri makna nasionalisme yang berkembang kemudian dalam duni moden. Ibn Khaldun melihat asabiah ialah komponen terpenting dalam menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa. Apabila rasa asabiah atau perkauman berkurangan maka perlahan-lahan tamadun sesuatu bangsa itu menuju kehancuran. Sampai masanya, tampuk ketamadunan akan berubah teraju kepada kaum yang memiliki dan menghayati perasaan asabiah dengan lebih mendalam.

Muhsin Mahdi (2006), yang mengkaji falsafah sejarah Ibn Khaldun turut mengulas pendapat tersebut: in order to be able to found a great civilization, or ti conquer or build great empire, they may need an additional force to eliminate their shortcomingsThis force is religion. Religion, like any other social cause, needs solidarity to establish itOnce a religion is adopted and supported by such a group, it becomes a highly effective force. It create new loyalty: absolute belief in, obedience to, the demands of the law and the religious leader.

32

Oleh itu, konsep asabiah Ibn Khaldun tidak harus dilihat dalam kerangka yang sempit, apalagi cuba mentafsirkannya berdasarkan paradigma yang berkembang kemudian, khususnya di Eropah. Nasionalisme dikatakan lahir di Eropah, khususnya di Perancis dan Inggeris pada awal abad ke-13. Konsep nasionalisme mengambil masa hampir lima abad untuk muncul dan difahami pengertian moden. Jadi, pelbagai peristiwa yang berlaku dalam rentang masa itu, merupakan sebab kepada pemupukan makna nasionalisme.

Pelbagai peristiwa yang berlangsung seperti penjajahan dan kolonisme, ialah faktor penting yang menyebarkan fahaman nasionalisme keluar dari Eropah ke kawasan tanah jajahan termasuk ke dunia Islam. Menurut Esposito (1995), terdapat dua isu besar yang mewarnai dunia Islam pada abad ke-19, iaitu bengkitnya gerakan kemerdekaan dan isu nasionalisme. Maka, pada abad ke-19, konsep nasionalisme dunia Islam dibentuk oleh tokoh-tokoh intelektual antaranya seperti Jamaluddin al-Agghani, Muhammad Abduh dan Hassan alBanna. Oleh itu, tidak hairanlah nasionalisme yang subur dalam kalangan umat Islam kemudiannya dibentuk oleh kerangka Islam yang menekankan kecintaan kepada negara yang dilihat sebagai sebahagian daripada keimanan ( hub alwatan min al-iman).

Nasioalisme jenis ini juga dikembangkan oleh Burhanuddin Helmy di negara kita. Manifestasi nasionalisme yang dibawa oleh Burhanuddin Helmy didorong oleh nilai Islam. Hal ini diakui oleh Kamaluddin Jaafar (2000) yang melihat pemikiran Burhanuddin Helmy sentiasa berpasak pada tiga aspek penting, yakni kemerdekaan, kebangsaan Melayu dan Islam.

Yang terbaru Mufti Negeri Perak turut menjelaskan hal ini dalam satu artikelnya yang berjudul Luaskan Makna Politik dalam akhbar Mingguan

33

Malaysia. Dalam hal ini, Tan Sri Harussani memegang konsep asabiah seperti yang didefinasikan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu suatu hari, seorang lelaki bertanyakan kepada Rasulullah makna sebenar asabiah. Lelaki itu bertanya, adakah dianggap asabiah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya. Nabi menidakkannya dan menyatakan bahawa asabiah itu adalah seseorang itu menolong bangsanya daripada kezaliman.

2.6

Patriotisme

Patriotism terbentuk daripada kata Yunani, iaitu Peter yang bermaksud father dan patris yang bermaksud land. Apabila kedua-dua perkataan tersebut digabungkan maka muncullah maksud kecintaan kepada tanah air. Pengertian yang sama juga diberikan oleh kamus Webster. Menurut kamus Webster, patriotism ialah the devoted love, support and defence of ones countray.

Hasan al-Banna merupakan pengasas kepada gerakan Ikhwanul Muslimim di Mesir turut mengupaskan mengenai konsep patriotisme. Menurut Hassan al-Banna, Islam menerima baik empat konsep patriotism iaitu semangat cinta akan tanah air yang wujud secara fitrah dan rasa tanggungjawab untuk membebaskan tanah air dari kuasa asing serta meletakkan asas-asas kemerdekaan serta kemuliaan rakyat. Selain itu, usaha menyatupadukan rakyat dalam sesebuah negara demi kepentingan bersama serta Wataniyyatul-Fath, iaitu perjuangan menguasai wilayah dunia dengan perutusan illahi.

Muhammad lufti Ishak (2010), tokoh-tokoh intelektual Muslim seperti Iqbal juga mempunyai pandangan yang murni terhadap patriotisme. Dalam

34

satu perhimpunan di India (IKIM 2008): Patriotisme merupakan satu kebajikan yang benar-benar selaras dengan fitrah manusia, dan mempunyai tempat dalam kehidupan moral manusia. Namun yang merupakan kepentingan sebenarnya adalah keyakinan manusia, kebudayaan dan tradisinya. Hal-hal ini yang merupakan erti yang seharusnya dibawa hidup dan dibawa mati, bukan sejengkal tanah di mana jiwa manusia dihubungkan untuk sementara waktu.

2.7

Remaja dan Nasionalisme

Remaja adalah golongan manusia yang berumur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun. Golongan ini merupakan golongan yang dipandang serius sama ada dalam instusi kekeluargaan, pendidikan dan negara. Ketika berada dalam golongan umur ini, mereka lebih mudah terpengaruh kepada bendabenda yang ada disekeliling mereka. Remaja sering menjadi bahan utama dituduh tidak mempunyai semangat nasionalisme disebabkan pelbagai faktor.

Menurut Dewan Siswi (1991), remaja tidak boleh disalahkan sepenuhnya. Memang diakui mereka tidak berminat bercakap tentang nasionalisme. Walau bagaimanapun jika dilihat sekarang, bukan sahaja golongan remaja malah dolongan yang lebih senior juga tidak menghiraukan semangat ini. Mereka gagal menunjukkan contoh yang baik kepada remaja tentang betapa perlunya nasionalisme. Selain itu, golongan ibu bapa juga gagal mendedahkan betapa pentingnya nasionalisme kepada anak-anak mereka. Mungkin mereka berasa janggal untuk menceritakan perkara ini kepada anakanak. Mereka hanya mendapat pendedahan tentang nasionalisme di sekolah dalam mata pelajaran sejarah.

35

Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri memandang serius tentang penghayatan semangat patriotism dalam kalangan remaja. Antara saranan dan harapan beliau yang petik daripada buku yang berjudul Mahathir dan Belia ialah: Generasi muda hari ini hendaklah sentiasa memupuk semangat setia dan patriotisme dan tidak melakukan sesuatu yang boleh merugikan bangsa dan negara. Sikap puak-puak dan bermusuhan sesama sendiri akan menghancurkan semangat patriotisme. Oleh itu, mereka perlu mengamalkan falsafah hidup yang tidak mengutamakan kepentingan diri semata-mata. Kepentingan

negara hendaklah diambil kira bersama kerana kepentingan negara akan membawa kebaikkan yang lebih baik kepada diri sendiri.

Menurut Dewan Siswa (1994), nilai-nilai patriotisme sememangnya perlu ditanam dalam jiwa remaja. Hal ini kerana pada peringkat remaja masih dalam menuju keperingkat dewasa. Patriotisme dapat mengajar remaja mendisiplinkan diri mereka. Disiplin yang utuh akan membantu mereka

mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi sama ada alam persekolahan atau pekerjaan. Sementelah itu negara memerlukan generasi muda yang berdisiplin dan mampu membuahkan produktiviti yang cemerlang. Generasi muda hari ini akan menjadi kemudi pembangunan dan kepimpinan negara pada masa akan datang.

Di samping itu media elektronik juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu menerapkan semangat nasionalisme dalam kalangan remaja dengan menyiarkan lagu, pendeklamasian sajak, drama dan forum yang

36

berunsurkan patriotik. Berbanding dengan media cetak, media elektronik dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan.

Terdapat

pelbagai

cara

untuk

kita

membuktikan

semangat

nasionalisme, menurut Menurut Dewan Siswa (1994), untuk membuktikan kita menyayangi Malaysia, kita haruslah bersatu padu tanpa menimbulkan perasaan perkauman. Perasaan kedaerahan atau perkauman akan menyemarakkan api permusuhan seperti yang dilakukan oleh kaum Serbi. Selain itu, penggunaan simbol sebagai contoh apabila seseorang mencintai negaranya, dia akan menunjukkan penghormatan dan cintanya melalui tingkah laku seperti menghormati bendera negara, lagu kebangsaan, bahasa kebangsaan dan simbol-simbol keagamaan. Tanpa perasaan sedemikian, masyarakat dapat menumpukan terhadap pembangunan dan dengan demikian negara kita lebih maju.

Hakikat sejarah tidak boleh di pandang ringan. Mahu tidak mahu kita harus menerima fakta sejarah. Kita harus mengakui bahawa dalam kebenaran sejarah bukan UMNO sahaja yang memegakkan kemerdekaan. Peranan puak nasionalis dalam parti-parti lain turut harus diakui. Menurut Menurut Dewan Siswa (1990), dalam suasana dan kehendak zaman moden nasionalisme masih penting. Bagaimanapun nasionalisme pada peringkat ini harus sesuai dengan kehendak masa dan perubahan dunia. Nasionalisme hari ini perlu wujud dalam kontek yang lebih luas. Semangat menyayangi negara, mencintai bangsa Malaysia harus sebati walau di mana pun kita berada. Jangalah kita bersikap seperti sesetengah pelajar yang lupa diri iaitu apabila berada di negara asing mengutuk dan mencerca negara sendiri walaupun mereka mengakui di dalam hati tidak ada negara lain di dunia yang lebih baik daripada Malaysia.

37

2.8

Kajian Lepas

Kajian lepas yang bertajuk mengenalpasti tahap nasionalisme Malaysia di kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan dan pelajar sekolah menengah swasta. Ditulis oleh Wong Shui Wah dan Mohammed Najib B. Abdul Ghafar, Pm. Dr. pada 2005. Terdapat empat objektif dalam kajian ini, iaitu mengenalpasti tahap identiti kebangsaan, tahap pengetahuan politik, tahap sikap terhadap negara dan tahap nasionalisme dikalangan pelajar tingkatan empat dari sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah swasta. Pengkaji lepas menggunakan soal selidik untuk mengumpul data bagi kajian ini adalah termasuk empat bahagian iaitu biodata pelajar, persoalan identiti kebangsaan pelajar, persoalan tentang pengetahuan politik pelajar dan persoalan tentang sikap pelajar terhadap negara (Malaysia). Responden kajian terdiri daripada 276 orang pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah kebangsaan dan dua buah sekolah menengah swasta di Negeri Johor. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap nasionalisme diantara pelajar dari sekolah menengah kebangsaan dan pelajar dari sekolah menengah swasta. Tahap nasionalisme pelajar dari sekolah menengah kebangsaan adalah lebih tinggi daripada pelajar dari sekolah menengah swasta. Hasil kajian mengikut item dalam ketiga-tiga bahagian soal selidik menunjukkan perbezaan yang ketara dalam persoalan tentang sikap pelajar terhadap negara Malaysia.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang metodologi kajian yang merangkumi aspek populasi, sampel, reka bentuk kajian dan lain-lain. Merujuk di dalam Kamus Dewan edisi keempat, nasionalisme membawa makna satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.

Kajian ini mengandungi tiga objektif iaitu mengenalpasti tahap pengetahuan politik, tahap patriotisme terhadap negara dan perbezaan tahap pengetahuan politik dan tahap patriotisme dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS.

39

Pengkaji berminat membuat kajian ini kerana pelajar dari IPTA dan IPTS merupakan perintis yang akan mencorakkan dunia serta menjadi pemimpin pada masa akan datang. Mereka adalah permulaan untuk kita melihat bekalan yang bakal mereka bawa untuk mempertahankan tanah air mereka yang tercinta. Institut pengajian tinggi merupakan institut yang akan membekalkan mereka dengan ilmu pengetahuan yang akan digunakan pada masa akan datang. Ilmu berkaitan dengan kenegaraan juga turut dipelajari oleh mereka tetapi sejauhmanakah ilmu itu dapat menjadikan mereka seorang yang mempunyai nasionalisme yang tinggi dan mempunyai tahap kecintaan yang tinggi terhadap negara mereka sendiri. Pengkaji mengutip data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik dimana ia dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah tentang latar belakang responden. Manakala pada bahagian kedua pula tentang tahap pengetahuan pelajar dan akhir sekali adalah bahagian ketiga mengenai sikap terhadap negara Malaysia.

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai rekabentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrument kajian, kajian rintis dan akhir sekali adalah mengenai cara menganalisis data. Setiap satunya akan dibincangkan dengan lebih teliti dan teratur.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan menggunakan soal selidik berbentuk ujian. Kaedah soal selidik merupakan satu kaedah kajian yang mudah, iaitu sampel diberikan alat untuk dipenuhkan maklumat dan kemudian maklumat diproses mengikut kaedah analisis yang dirancang oleh penyelidik. Pengisian maklumat melalui borang soal selidik mempunyai kekangan tersendiri, terutamanya jawapan responden adalah bergantung pada soalan (item) dan tafsiran responden

40

tentang apa yang dikehendaki oleh item. Kejelasan item adalah penting. Dengan itu, kaedah tinjauan selalunya didahului dengan kajian rintis tentang instrumen supaya pengkaji boleh membetulkan maklumat yang diperlukan. (Mohd Najib, 2003)

Untuk menjalankan kajian ini, terdapat banyak langkah dan prosedur yang perlu dijalankan sebelum ianya menjadi satu penyelidikan yang lengkap. Langkah pertama adalah dengan mencari masalah utama. Kajian melalui pelbagai sumber rujukan seperti jurnal, majalah, surat khabar, internet dan buku-buku yang telah dijalankan. Pengkaji tertarik untuk membuat kajian mengenai semangat cintakan negara kerana banyak kes dilaporkan di akhbar yang melibatkan maruah negara dicemari bukan sahaja oleh orang luar malah dalam kalangan rakyatnya sendiri. Kajian ini pernah dilakukan oleh pengkaji yang lepas dimana beliau menggunakan responden dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah kerajaan dan swasta sekitar Johor Bahru. Oleh itu, saya berminat untuk menyambung kajian tersebut dengan meninjau kesedaran nasionalisme dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Jangka masa untuk mendapatkan data mengenai kajian ini dianggarkan mengambil masa sebulan. Ini kerana kajian ini adalah kajian berbentuk perbandingan yang melihat dua buah IPT iaitu IPTA dan IPTS jadi ia mengambil masa sedikit untuk mengumpulkan data. Kajian ini mengambil masa selama sebulan untuk mengutip data. Pengkaji mengambil masa yang lama kerana perlu mengutip data di dua buah IPT iaitu IPTA dan IPTS.

Untuk mendapatkan maklumat-maklumat objektif yang hendak diukur, pengkaji telah membina soal selidik yang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian latar belakang responden, bahagian tahap pengetahuan politik di Malaysia dan akhir sekali bahagian patriotisme terhadap negara Malaysia.

41

Sebelum menjalankan kajian rintis, pengkaji telah menghantar borang soal selidik kepada empat orang pengsyarah yang mempunyai latar belakang akademik mengenai sejarah dan asas pendidikan. Ini bertujuan untuk mengesan kesahan soal selidik yang digunakan seperti adakah soalan yang digunakan dapat menggambarkan apa yang pengkaji maksudkan serta soalan yang releven untuk masa sekarang. Kajian rintis dijalankan dalam kalangan pelajar salah sebuah IPTA dengan menggunakan seramai sepuluh orang responden untuk melihat alat yang digunakan adalah seperti yang hendak diukur serta dapat memperbetulkan kesilapan jika ada. Jika terdapat kesilapan, pengkaji dapat membuat pembetulan sebelum soal selidik sebenar dijalankan.

Setelah borang soal selidik diperbaiki, kajian sebenar telah dijalankan keatas responden yang ditetapkan. Kemudian kesemua data yang diperolehi akan ditukarkan dalam bentuk perisian iaitu SPSS version 15 .0 for windows (Statistical Package For Social Science). Perisian ini digunakan adalah untuk memudahkan pengkaji melihat hasil daripada data yang telah diperolehi. Analisis data akan dibentangkan dalam bab 4.

3.3

Populasi dan Sampel Kajian

Menurut

Najib (1999),

menjelaskan populasi adalah sumber

bagi

penyelidikan untuk mendapatkan data-data atau maklumat berkenaan penyelidikan yang dijalankan. Manakala responden yang terlibat dalam sesebuah kejian hendaklah mewakili keadaan sebenar kesemua populasi. Azizi, et al (2007) pula menyatakan populasi adalah keseluruhan kumpulan manusia, objek mahupun peristiwa yang mempunyai sedikit persamaan secara spesifik. Populasi dalam kajian ini merupakan pelajar IPTA dan IPTS iaitu seramai 140 orang.

42

Sampel adalah satu kumpulan subjek untuk mendapatkan data. Penggunaan sampel dapat menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Dalam kajian ini, teknik pensampelan yang digunakan adalah berdasarkan Jadual Krejcie, R.V and Morgan D.W. Berdasarkan jadual tersebut, jumlah sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah sebanyak 100 orang berdasarkan kedua-dua IPT.

3.4

Instrumen Kajian

Untuk kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen jenis soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A adalah bahagian mengenai latar belakang responden manakala Seterusnya bahagian B mempunyai 20 item berbentuk ujian tentang pengetahuan politik responden (political interaction). Bahagian C juga berbentuk ujian mengenai sikap pelajar terhadap negara Malaysia dimana mempunyai 12 item (attitudes towards nation).

3.4.1 Soal Selidik Bahagian A

Seperti yang sedia maklum, bahagian A mempunyai empat item berkaitan responden seperti jantina, bangsa, agama, pekerjaan ibubapa atau penjaga, tahun pengajian dan pogram pengajian.

3.4.2 Soal Selidik Bahagian B

Dalam bahagian ini terdapat 20 item tentang pengetahuan politik pelajarpelajar IPTA dan IPTS berbentuk soalan aneka pilihan. Item-item ini adalah mengenai simbol negara, nama pemimpin negara, ideologi negara, perkara-perkara atau ciri-ciri yang berkaitan dengan negara Malaysia.

43

Jadual 3.1 : Komponen Yang Terdapat Pada Bahagian B Bil 1. 2. 3. 4. Simbol negara Nama pemimpin negara Ideologi negara Perkara atau ciri-ciri yang berkaitan negara Item-Item Bilangan Item 7,11,16,18 5,10,13,19 6 dan 20 1,2,3,4,8,9,12,14,15,17

3.4.3 Soal Selidik Bahagian C

Untuk bahagian ini terdapat 12 item mengenai sikap nasionalisme terhadap negara Malaysia. 12 item itu dibahagikan kepada empat komponen iaitu kesedaran melakukan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia, kerelaan melindungi negara, keinginan untuk emigerasi dan perasaan bangga seseorang rakyat ketika menyambut hari kebangsaan. Item-item ini adalah berbentuk penyataan positif. Para responden perlu menandakan salah satu pilihan sama ada ya atau tidak.

Jadual 3.2 : Empat Komponen Yang Terdapat Pada Bahagian C Komponen Penyataan Soalan Kesedaran melakukan tanggungjawab No. Penyataan Soalan 1 hingga 3

sebagai seorang warganegara Malaysia Kerelaan melindungi Negara Keinginan untuk emigerasi Perasaan bangga seseorang rakyat ketika menyambut hari kebangsaan 4 hingga 6 7 hingga 9 10 hingga 12

44

3.5

Kajian Rintis

Item-item soal selidik dipetik daripada instrumen kajian Ibrahim Saad (1987) dalam kajiannya Competing Identities In A Plural Society The Case of Peninsular Malaysia dan diubah suai dalam kajian pengkaji. Pengkaji telah menjalankan satu kajian rintis (pilot test) bagi memperbaiki item-item soal selidik. Bagi tujuan ini seramai sepuluh orang mahasiswa di salah sebuah IPTA di sekitar Johor Bahru telah dipilih untuk mengisi borang soal selidik ini dan mereka tidak terlibat dalam kajian sebenar.

Nilai Alfa Cronbach bagi soal selidik kajian ini ialah sebanyak 0.7 . Nilai ini mempunyai kebolehpercayaan yang bersesuaian dengan kenyataan Mohd

Majid(1994), meskipun tidak khusus boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai. Alat ukur pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sesuai digunakan dan menjadi rujukan paling minimum untuk diterima. Nilai kebolehpercayaan yang boleh diterima pakai antara 0.6 sehingga 1.0.

3.6

Analisis Data

Setelah data diperolehi, data telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS version 15.0 for windows (Statistical Package For Social Science) untuk menjawab persoalan kajian ini. bagi jawapan soalan kajian. Penyelidik menggunakan kaedah pengujian statistik, peratus, frekuansi dan ujian mann whitney untuk menguji hipotesis.

45

3.6.1 Analisis Data Bahagian A : Latar Belakang Responden

Pada Bahagian A ini terdapat enam item yang berkaitan dengan latar belakang responden iaitu jantina, bangsa, agama, pekerjaan ibubapa atau penjaga, tahun pengajian dan pogram pengajian. Oleh itu, untuk menganalisis data ini pengkaji menggunakan perisian SPSS version 15.0 for windows (Statistical package for social science) untuk mendapatkan frekuansi dan peratusan.

3.6.2 Analisis Data Bahagian B : Tahap Pengetahuan Politik Malaysia

Pada bahagin ini, terdapat soalan berbentuk objektif aneka pilihan adalah untuk menguji tahap pengetahuan maklumat politik bagi responden pelajar IPTA dan IPTS di sekitar Johor Bahru. Bagi responden yang menjawab jawapan yang betul akan mendapat skor 1 dan salah adalah 0. Untuk setiap item hanya mempunyai satu sahaja jawapan yang betul. Pengkaji juga akan membincangkan hasil dapatan dalam bentuk peratusan.

46

3.6.3 Analisis Data Bahagian C : Tahap Patriotisme Terhadap Negara

Di dalam bahagian ini, terdapat 12 item untuk melihat tahap patriotisme terhadap negara bagi IPTA dan IPTS. Hasil dapatan akan dibincangkan dalam bentuk peratusan.

3.6.4 Analisis Pada Bahagian Hipotesis

Dalam kajian ini terdapat dua hipotesis iaitu tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan politik yang signifikan dalam kalangan pelajar IPTA dan pelajar IPTS serta tidak terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang signifikan dalam kalangan pelajar IPTA dan pelajar IPTS. Menurut Ronald, et (2006), penggunaan Mann-Whitney U-test ialah kumpulan yang bebas yang menguji antara kumpulan tidak parametrik bagi membezakan dua kumpulan. Oleh itu, pengkaji menggunakan ujian ini untuk melihat hipotesis hasil daripada analisis.

Jadual 3.3 : Ringkasan Statistik Kaedah Analisis Bil. 1. 2 3. 4. Objektif Kajian Latar belakang responden Tahap pengetahuan politik malaysia Tahap patriotisme terhadap negara Perbezaan tahap pengetahuan politik Malaysia dan tahap patriotisme terhadap negara Jenis Statistik Peratusan Peratusan Peratusan Mann-Whitney U-test

47

3.7

Kesimpulan

Metodologi kajian seperti yang telah dibincangkan didalam bab ini merupakan proses yang dilakukan untuk mencapai matlamat kajian. Ia juga menunjukkan kaedah yang telah digunakan dalam proses penganalisis data yang dilakukan dalam bab 4. Data-data yang akan diperolehi akan digunakan untuk dianalisis bagi mendapatkan dapatan kajian. Seterusnya data ini akan ditunjukkan dalam bentuk jadual serta keterangan yang mudah difahami.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang analisis data yang diperolehi daripada soal selidik. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap nasionalisme dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Pengkaji telah mengedarkan sebanyak 100 borang soal selidik kepada responden di IPTA dan IPTS sekitar Johor Bahru.

Soal selidik yang telah digunakan mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A latar belakang responden, Bahagian B tahap pengetahuan politik di Malaysia yang mengandungi 20 item soalan berbentuk aneka pilihan (A, B, C dan D) berkisar mengenai simbol negara, nama pemimpin negara, ideologi negara, perkara-perkara atau ciri-ciri yang berkaitan dengan negara Malaysia.

49

Bahagian C pula meninjau tahap patriotisme terhadap negara yang mengandungi 12 item yang memerlukan jawapan ya atau tidak. Bahagian ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu kesedaran melakukan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia, kerelaan melindungi negara, keinginan untuk emigerasi dan perasaan bangga seseorang rakyat ketika menyambut hari kebangsaan.

4.2

Analisis Data

Untuk menganalisis data kajian menggunakan SPSS version 15.0 for windows (Statistical Package For Social Science).

4.2.1. Bahagian A : Latar Belakang Responden.

Bahagian ini mengemukakan soalan tentang latar belakang responden yang mempunyai enam item iaitu agama, jantina, bangsa, pekerjaan bapa atau penjaga, tahun pengajian dan pogram pengajian.

50

Jadual 4.1 : Latar Belakang Responden: Perbandingan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru. Bil. Latar Belakang Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam (IPTA) (%) 1. Jantina Lelaki Perempuan 2. Bangsa Melayu Cina India Lain-lain 3. Agama Islam Buddha Hindu Kristian 4. Pekerjaan Bapa/Penjaga Kerajaan Swasta Sendiri 5. Tahun Pengajian Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 6. Pogram Pengajian 22 78 96 4 96 4 34 12 54 22 20 58 SPE 12 SPH 52 SPJ 8 SPR 22 SPC 2 SPM 4 Swasta (IPTS) (%) 34 66 90 4 6 90 2 6 2 36 34 30 26 24 50 DTS 32 DST 22 DSK 22 DTM 24

51

Berdasarkan jadual 4.1, responden perempuan bagi kedua-dua IPT adalah paling tinggi iaitu 78% bagi IPTA dan 66% bagi IPTS. Manakala bagi responden lelaki untuk kedua- dua IPT masing-masing 22% untuk IPTA manakala 34% untuk IPTS. Peratusan bangsa Melayu bagi kedua-dua institut pengajian adalah tinggi masing-masing 96% dan 90%. Bagi bangsa Cina dan India hanya terdapat pada IPTS dengan peratusan yang rendah iaitu Cina sebanyak 4% dan India adalah 6%. Begitu juga dengan bangsa lain-lain hanya 4% di IPTA. Berdasarkan jadual juga didapati pelajar beragama Islam mempunyai peratusan yang tertinggi masing-masing mempunyai peratusan 96% dan 90%. Agama Hindu mempunyai 6% daripada pelajar di IPTS dan 4% bagi pelajar beragama Kristian di IPTA. Manakala peratusan yang rendah bagi pelajar beragama Buddha dan Kristian di IPTS iaitu sebanyak 2%.

Selain itu, didapati pekerjaan penjaga yang bekerja sendiri bagi pelajar di IPTA paling tinggi iaitu 54% diikuti 36% adalah pekerjaan penjaga yang bekerja di sektor swasta di IPTS. Manakala sebanyak 34% adalah bekerja di sektor kerajaan bagi pelajar di IPTA dan sektor swasta bagi IPTS. Hanya 30% bapa atau penjaga yang bekerja sendiri bagi IPTS manakala 12% bagi IPTA.

Manakala bagi hasil analisis tahun pengajian didapati peratusan tertinggi ialah pelajar tahun 4 dengan 58% di IPTA dilihat 50% pelajar tahun 3 di IPTS. Seterusnya dengan 26% adalah daripada tahun 1 dan 24% daripada tahun 2 masing-masing dari IPTS. Manakala di IPTA 22% adalah daripada tahun 1 dan peratusan terendah sebanyak 20% daripada tahun 2. Bagi IPTA tiada responden daripada tahun 3 kerana mereka mengikuti latihan mengajar dan bagi IPTS tiada tahun 4 kerana pengajian mereka hanya 3 tahun.

52

Bagi pogram pengajian di IPTA, program pengajian SPH (Sarjana Pendidikan Kemahiran Hidup) adalah paling tinggi iaitu 52%, diikuti dengan 22% adalah pogram SPR (Sarjana Pendidikan Elektrik dan Elektronik) sebanyak 12% daripada pogram SPE (Sarjana Pendidikan Elektrik) dan 8% di pogram SPJ (Sarjana Pendidikan Jentera) manakala 4% adalah dari pogram SPM (Sarjana Pendidikan Matematik) dan peratusan terendah adalah 2% dari pogram SPC (Sarjana Pendidikan Kimia).

Akhir sekali bagi pogram pengajian di IPTS, pogram DTS (Diploma Teknologi Seni Bina) adalah paling tinggi iaitu 32% dan bagi pogram pengajian DTM (Diploma Teknologi Mekanikal) adalah 24%. Peratusan terendah adalah 22% iaitu pogram pengajian DPS (Diploma Pengurusan Sains) dan DSK (Diploma Sains Komputer).

4.2.2.

Bahagian B : Tahap Pengetahuan Politik Di Malaysia.

Bahagian B adalah mengenai pengetahuan sistem politik Malaysia yang mempunyai 20 soalan. Analisis menunjukkan peratusan dan frekuansi bagi jawapan yang betul dan salah sahaja.

53

Jadual 4.2. : Tahap Pengetahuan Politik Di Malaysia : Perbandingan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru. No. Soalan Jawapan Betul Peratusan Betul (%) IPTA IPTS 1 Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 2 Malaysia dibentuk pada 3 Sultan yang dipilih menjadi Yang diPertuan Agong akan memerintah negara selama 4 Berapakah jalur pada jalur gemilang 5 Siapakah nama Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang A. DYMM Tuanku Zainal Abidin 6 Manakah kumpulan mengandungi 5 prinsip Rukunnegara B.kepercayaan 100 kepada Tuhan, Kesetiaan pada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan 98 2 94 98 6 2 B.14 94 98 6 2 A. 16 Sept. 1963 A.5 thn 92 80 8 20 80 84 20 16 B. 31 Ogos 1957 96 98 Peratusan Salah (%) IPTA IPTS 4 2

54

Undangundang, kesopanan dan kesusilaan 7 Agama rasmi negara Malaysia 8 Terdapat 3 komponen B.Yang Didalam parlimen iaitu Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat 9 Berapakah ahli dalam A.219 Dewan Rakyat 10 Siapakah nama Sultan Johor sekarang A.DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar 11 Bunga kebangsaan Malaysia 12 Warna apakah pada bendera Malaysia melambangkan warna Diraja 13 Siapakah Perdan Menteri Malaysia dari tahun 2003 hingga 2009 B.Tun Sri Abdullah Ahmad BAdawi 90% 74 10 26 A.Kuning 98 98 2 2 A.Bunga Raya 100 100 82 94 18 6 42 38 58 62 36 22 64 78 A.Islam 100 100 -

55

14

Ibu negara Malaysia

B.Kuala Lumpur

80

88

20

12

15

Malaysia terdiri daripada 3 bangsa yang besar iaitu

A.Melayu, Cina dan India

100

100

16

Binatang apakah yang menjadi lambing Negara malaysia

A.Harimau

96

98

17

Lagu kebangsaan Negara Malaysia ialah

B.Negaraku

100

100

18

Bahasa kebangsaan Malaysia ialah

B.Bahasa Melayu A.Tunku Abdul Rahman

98

100

19

Siapakah yang digelar bapa kemerdekaan malaysia

90

100

10

20

Wawasan 2020 ialah

C.satu crusade slogan atau motto Malaysia

42

36

58

64

Hasil daripada analisis didapati bahawa hampir keseluruhan pelajar di kedua-dua institut dapat menjawab dengan betul. Hanya terdapat empat soalan sahaja yang dapat dijawab oleh kesemua responden dengan tepat iaitu agama rasmi negara Malaysia, bunga kebangsaan Malaysia, bangsa yang terdapat di Malaysia dan lagu kebangsaan negara Malaysia.

56

Secara keseluruhannya, bagi pelajar di IPTA hanya dapat menjawab satu sahaja soalan dengan tepat iaitu soalan mengenai rukun negara. Bagi pelajar di IPTS pula secara keseluruhannya dapat menjawab dua sahaja soalan dengan betul iaitu mengenai bunga kebangsaan dan siapakah yang digelar Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Jadual 4.2 menunjukkan hanya dua sahaja soalan iaitu mengenai wawasan 2020 dan mengenai ahli Dewan Rakyat yang mendapat skor yang rendah iaitu bawah 50%. Di dapati para pelajar IPTA dan IPTS lemah pada soalan 20 iaitu mengenai pemahaman wawasan 2020. Kedua-dua pelajar institut pengajian tinggi ini mendapat skor markah yang rendah iaitu 42% bagi IPTA dan 36% bagi IPTS. Selain itu, pelajar di IPTA menunjukkan bahawa mereka tidak tahu mengenai ahli dalam Dewan Rakyat. Peratusan dengan skor yang ditunjukkan adalah sebanyak 21%.

4.2.3. Bahagian C : Tahap Patriotisme Terhadap Negara

Pada bahagian C merupakan bahagian yang meninjau tahap patriotisme terhadap negara. Ia mengandungi 12 item yang berbentuk penyataan positif. 12 item tersebut telah dipecahkan kepada empat komponen penyataan soalan utama iaitu kesedaran melakukan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia, kerelaan melindungi negara, keinginan untuk emigerasi dan perasaan bangga seseorang rakyat ketika menyambut hari kebangsaan. Jadual 4.3 dibawah menunjukkan tahap patriotisme terhadap negara antara IPTA dan IPTS

57

Jadual 4.3 : Tahap Patriotisme Terhadap Negara: Perbandingan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru. Bil Item / Penyataan Ya (%) 1. Kesedaran melakukan IPTA Tidak (%) Ya (%) IPTS Tidak (%)

tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia 1. Saya lebih mementingkan tugas berkaitan dengan diri saya berbanding tugas terhadap negara 2. Saya berasa gembira, jika dipilih untuk menyertai PLKN 3. Jika diberi peluang, saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan Kerelaan melindungi negara 1. Jika Malaysia diserang oleh musuh, saya rela mati untuk mempertahankan negara. 2. Jika Malaysia menyerah kalah kepada negara lain, saya akan menentang sepenuhnya. 3. Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban untuk mempertahankan negara Malaysia. Keinginan untuk imegerasi 1. Saya adalah warganegara Malaysia, saya tidak akan berpindah ke negara lain. 2. Saya merasai Malaysia adalah tempat yang terbaik untuk saya tinggal. 12 88 14 86

72

28

76

24

98

100

2.

86

14

92

98

92

100

100

3.

96

96

100

98

58

4.

3. Malaysia ialah sebuah negara yang aman,damai dan selamat Perasaan bangga seseorang rakyat ketika kebangsaan 1. Saya berasa sangat bangga semasa menyambut Hari Kebangsaan. 2. Saya berasa penuh bersemangat semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan 3. Saya menggantungkan bendera Malaysia di hadapan rumah saya semasa Hari Kebangsaan pada setiap tahun menyambut hari

96

100

92

98

96

98

54

46

86

14

Jadual 4.3 menunjukkan nilai peratusan bagi setiap jawapan yang responden telah pilih. Bagi item yang pertama iaitu berkaitan dengan kesedaran melakukan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia, terdapat tiga penyataan untuk menilai item tersebut. Didapati bagi pernyataan yang pertama majoriti pelajar di IPTA dan IPTS tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Sebanyak 88% IPTA dan 86% IPTS menyatakan tidak bagi item saya lebih mementingkan tugas berkaitan dengan diri saya berbanding tugas terhadap negara. Ini menunjukkan mereka lebih mementingkan tugas negara berbanding dengan tugasan individu. Bagi penyataan kedua iaitu perasaan gembira untuk menyertai PLKN, pelajar di IPTA sebanyak 72% manakala 76% bagi pelajar IPTS. Penyataan yang ketiga iaitu mahu bekerja dengan agensi kerajaan. Kesemua pelajar di IPTS setuju untuk bekerja di agensi kerajaan manakala hanya 98% pelajar di IPTA mahu bekerja di agensi kerajaan.

Bagi item kedua iaitu kerelaan melindungi negara juga terdapat tiga penyataan untuk menjelaskan item ini. Penyataan pertama iaitu kerelaan

59

mempertahankan

negara

daripada

serangan

musuh.

Peratusan

IPTA

menunjukkan sebanyak 86% manakala di IPTS sebanyak 92% pelajar menyatakan ya bagi penyataan ini. Penyataan kedua ialah penentangan terhadap negara jika Malaysia menyerah kalah kepada negara lain, pelajar di IPTA menunjukkan peratusan sebanyak 98% berbanding pelajar di IPTS 92%. Manakala bagi penyataan ketiga ialah menghormati pahlawan yang telah berkorban untuk mempertahankan negara Malaysia. Kedua-dua IPT

menunjukkan 100% menyatakan ya bagi penyataan ini.

Untuk item yang ketiga pula adalah mengenai keinginan untuk imigerasi. Penyataan yang pertama tentang berpindah ke negara lain. Dapatan kajian menunjukkan 96% pelajar di IPTA dan IPTS tidak berpindah ke negara lain. Bagi penyataan kedua pula tentang negara Malaysia merupakan tempat terbaik untuk didiami. Pelajar di IPTA menyokong sepenuhnya penyataan ini manakala hanya 98% pelajar di IPTS yang menyatakan ya bagi penyataan ini. Penyataan ketiga tentang Malaysia ialah sebuah negara yang aman, damai dan selamat. Seratus peratus pelajar di IPTS menyatakan ya bagi penyataan ini manakala 96% sahaja pelajar IPTA yang menyatakan ya.

Akhir sekali adalah mengenai item keempat iaitu perasaan bangga seseorang rakyat ketika menyambut hari kebangsaan. Penyataan yang pertama iaitu perasaan bangga semasa menyambut Hari Kebangsaan, didapati 98% pelajar di IPTS dan 92% pelajar IPTA menyatakan ya pada penyataan ini. Seterusnya bagi penyataan kedua ialah perasaan penuh bersemangat semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan. Bagi pelajar IPTS 98% manakala 96% pelajar IPTA menyatakan ya pada penyataan ini. Akhir sekali adalah penyataan ketiga ialah menggantungkan bendera Malaysia di hadapan rumah semasa Hari Kebangsaan pada setiap tahun. Pelajar IPTS mendapat 86% dan 54% di IPTA menyatakan ya bagi penyataan ini.

60

4.3

Analisis Mann-Whitney U-Test Bagi Perbezaan Tahap Pengetahuan Politik Malaysia Dan Tahap Patriotisme Terhadap Negara Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta Sekitar Johor Bahru.

Untuk menganalisis hipotesis ini, pengkaji menggunakan MannWhitney U-Test untuk mendapatkan hasil analisis. Hasil daripada analisis bagi hipotesis 1 iaitu :

H 1: Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan politik yang signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru. dapat dilihat dalam jadual dibawah .

Jadual 4.4 : Jadual Statistik Bagi Tahap Pengetahuan Politik Dalam Kalangan Pelajar IPTA dan IPTS. Keputusan Mann-Whitney U Wilcoxon W Z Asymp. Sig. (2-tailed) 1243 2518 -0.05 0.960

Hasil daripada dapatan analisis ini menunjukkan nilai ujian-U adalah 1243 dan perbezaan kumpulan antara IPTA dan IPTS 0.960. Nilai signifikan yang digunakan dalam ujian ini adalah 0.01dan dapatan kajian

61

mendapati nilai perbezaan antara kumpulan = 0.960 > 0.01. Ini menunjukkan hipotesis nol diterima dan menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan politik yang signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.

Bagi analisis hipotesis kedua: H 2: Tidak terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di sekitar Johor Bahru.

Jadual 4.5 : Jadual Statistik bagi Tahap Patriotisme Terhadap Negara dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS. Keputusan Mann-Whitney U Wilcoxon W Z Asymp. Sig. (2-tailed) 936 2211 -2.289 0.022

Dapatan kajian mendapati nilai perbezaan antara kumpulan = 0.022 > 0.01. Hipotesis nol ini diterima dan menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang signifikan dalam kalangan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam di sekitar Johor Bahru.

62

4.4

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat di dalam bab 4 ini adalah segala data mentah pengkaji telah menggunakan SPSS version 15.0 for windows (Statistical Package For Social Science) untuk melakukan penganalisisan. Dengan menggunakan seramai 100 orang responden daripada IPTA dan IPTS sekitar Johor Bahru dapat melihat pelbagai hasil yang diperolehi berdasarkan objektif yang dibuat. Walaupun terdapat perbandingan yang ketara atau sama antara IPTA dan IPTS ini menunjukkan variasi dalam melakukan kajian. Seterusnya bagi perbincangan hasil daripada data yang diperolehi akan dibincangkan dalam bab 5.

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Hasil daripada analisis yang diperolehi dalam bab 4, bab ini akan membincangkan dapatan kajian dan merumuskan hasil daripada dapatan analisis. Selain itu dalam bab ini juga pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang sesuai dengan kesedaran nasionalisme dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sekitar Johor Bahru. Aspek-aspek yang turut terkandung dalam bab ini adalah ringkasan kajian, perbincangan, rumusan hasil kajian, cadangan dan kajian lanjutan.

64

5.2

Ringkasan Kajian

Kajian menggunakan soal selidik yang mengandungi Bahagian A ialah latar belakang responden, Bahagian B iaitu pengetahuan politik di Malaysia dan Bahagian C mengenai patriotisme terhadap negara. Kesemua bahagian ini akan dibincangkan secara terperinci.

5.2.1. Latar Belakang Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan responden dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS sekitar Johor Bahru. Responden dipilih secara rawak sebanyak 100 responden bagi kesemua institut pengajian tinggi. Dalam bahagian A ini, pengkaji cuba melihat latar belakang responden berdasarkan jantina, bangsa, agama, pekerjaan bapa atau penjaga, tahun pengajian dan pogram pengajian.

Berdasarkan jadual 4.1, pelajar perempuan bagi kedua-dua institut adalah tinggi berbanding pelajar lelaki. Begitu juga bangsa Melayu paling ramai berbanding bangsa yang lain. Di IPTA tidak terdapat pelajar berbangsa Cina dan India yang menjawab soal selidik ini dan di IPTS pula tiada pelajar dari bangsa

65

lain-lain yang menjawab soal selidik ini. Agama Islam bagi kedua-dua institute IPT adalah tinggi manakala tidak terdapat agama Buddha dan Hindu di IPTA.

Di IPTA mempunyai peratusan yang tinggi bagi bapa atau penjaga yang bekerja sendiri manakala di IPTS peratusan yang tinggi adalah bekerja di sektor swasta. Untuk pengetahuan, pelajar yang belajar di IPTA ini mengambil pogram sarjana muda dan di IPTS pula adalah pogram diploma. Bagi tahun pengajian di IPTA, tahun 4 mendapat peratusan yang tinggi manakala di IPTS pula adalah tahun 3 yang mendapat peratusan tinggi.

Akhir sekali adalah mengenai pogram pengajian. Jika dilihat di IPTA terdapat 6 pogram pengajian dan di IPTS pula hanya 4 pogram. Bagi pogram SPH(Sarjana Pendidikan Kemahiran Hidup) di IPTA adalah mendapat peratusan yang tinggi. Untuk IPTS pula peratusan tinggi adalah bagi pogram DTS (Diploma Teknologi Seni Bina).

5.2.2

Tahap Pengetahuan Politik Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.

Dalam soal selidik pada Bahagian B adalah tentang pengetahuan politik di Malaysia. Terdapat 20 soalan yang dikemukakan untuk menguji tahap pengetahuan politik para responden. Soalan-soalan yang disoal adalah berkaitan dengan simbol negara, nama pemimpin negara, ideologi negara dan perkaraperkara yang berkaitan dengan negara Malaysia.

66

Hasil daripada analisis menunjukkan bahawa kesemua responden dapat menjawab enam soalan sahaja iaitu soalan asas mengenai pengetahuan politik di Malaysia dengan betul seperti agama rasmi negara Malaysia, bunga kebangsaan Malaysia, bangsa terbesar di Malaysia dan sebagainya. Walau bagaimanapun, terdapat peratusan yang rendah iaitu soalan yang berkaitan dengan wawasan 2020 dan soalan ahli Dewan Rakyat. Kedua-dua IPT mendapat peratusan yang rendah untuk kedua-dua soalan ini.

Apa yang dapat dilihat disini, kesemua pelajar mengetahui pengetahuan asas di Malaysia dan mereka tidak berapa peka terhadap perkara yang baru digubal oleh parlimen. Ini menunjukkan pengetahuan mereka terhadap poltik di Malaysia tidak cukup tinggi.

5.2.3 Tahap Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.

Untuk mengukur tahap patriotisme ini pengkaji telah membahagikan bahagian ini kepada empat bahagian iaitu kesedaran untuk melakukan tanggunjawab sebagai seorang warganegara Malaysia, kerelaan melindungi negara, keinginan untuk imegerasi dan perasaan bangga menyambut hari kebangsaan.

67

Bagi item pertama iaitu mengenai kesedaran melakukan tanggungjawab sebagai seorang warganergara dalam kalangan pelajar di IPTA dan IPTS didapati mempunyai peratusan yang tinggi. Ini menunjukkan mereka sedar akan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang rakyat Malaysia. Manakala bagi item kedua iaitu kerelaan melindungi negara, pelajar di IPTA dan IPTS bersetuju untuk menghormati pahlawan-pahlawan terdahulu yang berkorban untuk negara begitu juga kerelaan mereka untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara tercinta.

Untuk item ketiga iaitu keinginan untuk imegerasi pula, pelajar di keduadua institut ini bersetuju menyatakan bahawa Malaysia adalah negara yang aman dan sesuai untuk didiami serta mereka menunjukkan tidak mahu berpindah ke negara lain. Akhir sekali iaitu mengenai perasaan bangga ketika menyambut hari kebangsaan. Analisis menunjukkan pelajar di IPTA dan IPTS bersemangat ketika menyambut hari bersejarah ini dan ketika menyanyikan lagu Negaraku. Manakala bagi pelajar di IPTA hanya separuh daripada keseluruhan pelajar sahaja yang menggantungkan bendera Malaysia ketika musim kemerdekaan, ini berbeza dengan pelajar di IPTS yang mejoritinya mengantungkan bendera.

5.2.4 Perbezaan Tahap Pengetahuan Politik Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.

Hasil jumlah peratusan bagi IPTA dan IPTS pada bahagian ini didapati jumlah yang diperolehi adalah hampir sama tetapi berada pada tahap sederhana iaitu tidak mendapat seratus peratus. Ini menunjukkan tiada perbezaan tahap pengetahuan politik bagi pelajar IPTA dan IPTS.

68

5.2.5 Perbezaan Tahap Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.

Pada bahagian ini pula, jumlah peratusan yang diperolehi bagi IPTS adalah lebih tinggi berbanding IPTA. Ini menunjukkan terdapat perbezaan antara IPTA dan IPTS.

5.3

Rumusan

Rumusan yang dapat dibuat adalah berdasarkan hipotesis yang telah dibincangkan dalam bab sebelum ini. Untuk mengukur hipotesis, pengkaji telah menggunakan Mann Whitney U-Test. Perkaitan akan dibuat berdasarkan analisis dalam bab 4. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa : 1. Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan politik yang signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru. 2. Tidak terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di sekitar Johor Bahru.

69

5.4

Perbincangan

Perbincangan ini hanya akan menyentuh bahagian pengetahuan politik di Malaysia serta bahagian patriotisme terhadap negara. Selain itu pengkaji juga akan menyatakan perbandingan yang dibuat pada kajian lepas iaitu mengenai nasionalisme dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Swasta sekitar Johor Bahru.

5.4.1 Pengetahuan Politik Di Malaysia Dalam Kalangan Pelajar Institut Tinggi Awam (IPTA) Dan Institut Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.

Jika diteliti dalam ringkasan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan politik di Malaysia dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS adalah pada tahap sederhana. Ini terbukti bahawa mereka hanya mampu menjawab enam sahaja yang betul secara seratus peratus manakala 14 soalan lagi pada peratusan yang tinggi. Walaupun mereka mendapat peratusan yang tinggi bagi jawapan yang lain, ini terbukti mereka tidak begitu menguasai pengetahuan yang sepatutnya seorang rakyat perlu tahu.

Bagi kajian lepas yang dilakukan pada 2005, menunjukkkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan mampu menjawab tujuh soalan dengan peratusan yang tinggi tapi begitu juga pelajar Sekolah Menengah Swasta.

70

Pengkaji melihat senario ini sebagai satu masalah kerana tahap pengetahuan politik di Malaysia pada pelajar sekolah menengah adalah sama pelajar di IPT. Sepatutnya pelajar IPT yang lebih matang perlu menunjukkan penguasaan dari segi pengetahuan politik perlu dicontohi oleh pelajar sekolah menengah. Bagi institut pendidikan segenap tahap pendidikan ada diterapkan pembelajaran mengenai nasionalisme seperti di sekolah mata pelajaran Sejarah adalah merupakan subjek ada dalam kurikulum dan pada peringkat pengajian tinggi pelbagai mata pelajaran teras berkaitan kenegaraan diterapkan dalam pembelajaran mereka seperti TITAS, Islam dan Isu-Isu Semasa, Hubungan Etnik dan sebagainya. Sedikit sebanyak faktor ini sebenarnya memainkan peranan untuk mendekatkan para pelajar supaya mempunyai nasionalisme dan patriotisme dalam diri setiap individu.

Pengkaji merasakan penerapan pengetahuan mengenai politik dan asal usul negara yang dijalankan oleh institut pendidikan tidak boleh disalahkan. Mereka telah menerapakan budaya ini sejak dari tadika hingga ke peringkat pengajian tinggi tetapi individu itu sendiri menolak untuk menerima budaya ini sebagai sebahagian dari diri mereka. Untuk menerapkan pengetahuan mengenai negara ini merupakan salah satu cabaran utama kepada pendidikan kini untuk memastikan semua generasi muda dapat memahami negara sendiri dengan penuh kecintaan. Seperti yang dijelaskan dalam Pelita Bahasa (2010) di bawah tajuk Cabaran Pendidikan Kini iaitu: Hasrat dasar pendidikan kebangsaan ialah memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum melalui sistem

pendidikan yang mengutamakan perkongsian nilai, budaya dan cita-cita yang sama. Cabaran yang besar adalah untuk muncul sebagai kuasa pemersatuan yang jitu yang mendidik murid tanpa mengira kaum, menghargai sejarah pembinaan negara, bangsa, memahami kepelbagaian dan

71

menjunjungi aspirasi perpaduan selaras dengan semangat dan cita-cita Satu Malaysia.

Seperti yang dibincangkan dalam bab 2 iaitu berkaitan dengan nasionalisme Malaysia kini iaitu nasionalisme Malaysia berjaya dicapai apabila wujud rasa sepunya atau esprit de corps yang kuat di kalangan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan kepada Malaysia.

Selain itu, pada kajian yang lepas terdapat perbezaan tahap pengetahuan antara pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Swasta. Ini terbukti dalam ujian t yang dilakukan iaitu nilai signifikan yang <0.05. Manakala bagi tahap pengetahuan pelajar di IPTA dan IPTS dengan analisis yang dibuat menunjukkan tiada perbezaan. Hasil dapatan ini dapat dijelaskan bahawa kurikulum yang dilaksanakan di institut pengajian adalah berkesan dan mungkin faktor media juga memainkan peranan yang penting. Seperti yang dijelaskan dalam bab 2 tentang pengaruh media elektronik dalam membantu menerapkan semangat nasionalisme dalam kalangan remaja dengan menyiarkan lagu, pendeklamasian sajak, drama dan forum yang berunsurkan patriotik. Berbanding dengan media cetak, media elektronik dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan.

Walaupun terdapat banyak lagi faktor sama ada dalaman atau luaran yang dapat mempengaruhi para pelajar khususnya di IPTA dan IPTS, ini semua adalah terpulang kepada kesedaran mereka untuk menyayangi negara sendiri. Sekarang kita lihat pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh golongan cerdik pandai yang tidak tahu menilai sejarah dan asal usul negara mereka sendiri. Para pemimpin mengharapkan agar golongan cerdik pandai ini dapat menjaga dan memelihara negara sendiri sebelum ia hancur ditelan oleh kemajuan. Justeru itu, pelajar di

72

IPTA dan IPTS khususnya perlulah bijak dalam menimbangi pengetahuan teknologi dan pengetahuan sejarah di Malaysia.

5.4.2 Patriotisme Terhadap Negara Dalam Kalangan Pelajar Institut Tinggi Awam (IPTA) Dan Institut Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.

Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan patriotisme dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS sekitar Johor Bahru. Hasil dapatan ini adalah berbeza dengan dapatan kajian sebelum ini iaitu terdapat perbezaan patriotisme dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Swasta.

Hasil dapatan bagi item kesedaran melakukan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia, dilihat penyataan saya lebih mementingkan tugas berkaitan dengan diri saya berbanding tugas terhadap negara tidak mencapai seratus peratus. Walaupun peratusan yang diperolehi adalah tinggi, bagi pengkaji nilai peratusan ini tidak cukup untuk mengambarkan kepentingan mereka terhadap negara. Begitu juga pada item kedua tentang kerelaan melindungi negara pada penyataan jika Malaysia diserang oleh musuh, saya rela mati untuk mempertahankan negara dan jika Malaysia menyerah kalah kepada negara lain, saya akan menentang sepenuhnya . Nilai peratusan yang diperolehi tidak mencapai seratus peratus dan ini menunjukkan mereka tidak sanggup berkorban demi negara sama ada dari segi kewangan, masa, tenaga dan sebagainya.

73

Manakala bagi item ketiga iaitu keinginan untuk imegerasi, menunjukkan hasrat untuk berpindah ke negara lain. Ini ternyata pada penyataan saya adalah warganegara Malaysia, saya tidak akan berpindah ke negara lain tidak mendapat peratusan ya seratus peratus. Akhir sekali pada item keempat iaitu perasaan bangga ketika menyambut hari kebangsaan. Hasil dapatan menunjukkan pelajar IPTA dan IPTS tidak mengantungkan bendera Malaysia pada hari kebangsaan. Walaupun ia merupakan perkara yang mudah tetapi sebenarnya bendera kita adalah sebagai lambang jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia yang berjiwa patriotisme. Selain itu, hal ini dilihat sebagai sesuatu yang meruncingkan kerana golongan ini yang akan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan yang telah lama kita capai.

Menurut

bab

yang

membincangkan

mengenai

remaja

dan

nasionalisme, menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor lain yang menjadikan para pelajar ini kurang semangat kenegaraan seperti kurang penerapan mengenai pengetahuan dan patriotisme daripada ibu bapa dan golongan yang lebih tua. Selain itu, mereka menjadikan kelakukan orang dewasa sebagi idola mereka. Jika orang dewasa itu tidak menunjukkan nasionalisme dan patriotisme terhadap negara bagaimana golongan pelajar ini untuk menjadi rakyat yang sayang pada negara.

Pelbagai langkah kerajaan cuba untuk menangani masalah ini seperti yang biasa dilakukan oleh golongan yang bekerja di agensi kerajaan. Mereka kerap mengadakan pelbagai kempen dan acara yang melibatkan kenegeraan secara tidak langsung ibu bapa yang bekerja di agensi kerjaan dapat membawa bersama-sama keluarga untuk meraikan acara ini. Anak-anak dapat diterapkan nilai-nilai kenegaraan dalam diri mereka.

74

5.5

Cadangan

Berdasarkan hasil kajian didapati tahap pengetahuan pelajar di IPTA dan IPTS adalah berada pada tahap sederhana. Di institut pengajian tinggi telah memperkenalkan subjek kenegaraan di dalam kurikulum mereka dan pelbagai aktiviti dan kempen dijalankan berunsurkan nasionalisme turut diadakan. Hasilnya tahap pengetahuan politik mereka masih tidak memberangsangkan. Justeru itu, pengkaji mencadangkan di peringkat institut pengajian tinggi untuk menambahkan lagi subjek kenegaraan yang lebih interaktif dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar seperti pembelajaran sambil beraktiviti.

Selain peringkat institut pengajian tinggi, pihak media juga berperanan untuk membentuk semangat nasionalisme dan patriotisme dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS. Seperti yang sedia maklum pelajar lebih suka menonton atau mendengar hiburan berbanding belajar jadi penerapan unsur-unsur kenegaraan ini dapat dilakukan dalam bentuk cerita atau lagu. Dengan ini secara tidak langsung pelajar akan lebih mudah untuk memahami mesej yang perlu disampaikan.

Tambahan pula pada Kementerian Pembelajaran untuk menjadikan para pendidik yang mempunyai kekuatan minda, ketangkasan daya fikir dan daya cipta, kemantapan idealisme dan kekuatan jati diri. Kualiti dan profesionalisme pendidikan perlu dibangunkan dalam persekitaran budaya cemerlang yang berpaksikan etos masyarakat berpengetahuan. Justeru itu, pendidik yang

cemerlang mampu melahirkan pelajar yang gemilang.

75

Selain daripada dapatan kajian terdapat juga cadangan pada kajian ini. Hasil daripada kajian menunjukkan terdapat kelemahan dari segi soalan dalam soal selidik. Ini kerana soalan yang diberi adalah sedikit iaitu bahagian B mempunyai 20 soalan dan bahagian C 12 soalan. Pada kajian yang akan datang diminta agar menambahkan soalan-soalan yang lebih terkini sesuai dengan responden yang digunakan.

5.6

Kajian Lanjutan

Kepada pengkaji yang ingin menyambung kajian ini diharap agar melakukan kajian yang sama terhadap pelbagai etnik di seluruh negeri Malaysia iaitu meninjau kesedaran nasionalisme dalam kalangan etnik seluruh negeri di Malaysia. Tujuan kajian ini dijalankan agar pengkaji dapat melihat tahap nasionalisme berdasarkan etnik di Malaysia yang paling tinggi dan rendah. Selain itu kajian ini juga boleh dilakukan kepada pelajar yang mengambil jurusan pendidikan teknik dan vokasional.

xvi

BIBIOGRAFI Anthony D.S. Smith and Martin Robertson (1979). Nationalism In The Twentieth Century. Oxford Gerard Delanty and Krishan Kumar (2007). The Sage Handbook of Nation and Nationalism. Ltd. London: SAGE Publication Musa Hitam (1986). Nationalism Krisis Dan Kematangan. Selangor: Pelanduk Publication (M) Sdn Bhd. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Bailey, K.D (1992). Kaedah Penyelidikan Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Borg, W.R & Gall, M.D (1979). Education Research and Introduction. New York: 3rd ed. Logman Wong Shui Wah (2005). Nasionalisme Malaysia Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Pelajar Sekolah Menengah Swasta Sekitar Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Jeniri Amir (2010). Satu Bahasa Satu Malaysia. Dlm. Padilah Haji Ali . Pelita Bahasa. Selangor: Dawama Sdn Bhd. 8-11 Tan Sri Muhyidin Mohd Yassin (2010). Cabaran Pendidikan Kini. Dlm. Padilah Haji Ali . Pelita Bahasa. Selangor: Dawama Sdn Bhd. 28-29. Muhammad Lutfi Ishak (2010). Memaknakan Kemerdekaan Melalui Nasionalisme Dan Patriotisme. Dlm. Padilah Haji Ali . Tunas Cipta. Selangor: Dawama Sdn. Bhd. 4-7

xvii

Noha Abdullah (1990). Remaja Dan Nasionalisme. Dlm. Dewan Siswa Roslee Muhamad Robat (1991). Nasionalisme Remaja. Dlm. Dewan Siswa Razali Che Mat (1994). Melahirkan Patriotisme Dalam Jiwa. Dlm. Dewan Siswa Zulhilmi Paidi dan Rohani Ab. Ghani (2003). Kenegaraan Malaysia Isu-Isu Dalam Pembinaan Negara. Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Mohd Idris Salleh, Fauziah Shafie & Che Su Mustafa (1994). Sejarah Bangsa Dan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd. Abdullah Bin Haji Jaafar (1984). Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia Ramlah Adam (1994). Dato Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Marof Redzuan dan Nazaruddin Hj. Mohd Jail (1997). Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra Malaysia: Aslita Sdn Bhd Masariah Binti Mispai, Johana, Ridzuan Bin Hasan (2004). Kurikulum Bersepadau Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ronald A. McQueen and Christina Knussen (2006). Introduction To Research Methods And Statistics In Psychology. England: Pearson Education Limited. Abdullah Zakaria, Abdul Rahman, Haji (1976). Malaysia in History. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

xviii

LAMPIRAN

xix

LAMPIRAN A BORANG SOAL SELIDIK

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SOAL SELIDIK

TAJUK : MENINJAU KESEDARAN NASIONALISME DI KALANGAN PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI SEKITAR JOHOR BAHRU.

Borang soal selidik ini mengandungi Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan dengan latar belakang saudara/saudari. Bahagian B dan Bahagian C adalah berkaitan dengan objektif kajian yang dijalankan. Segala maklumat yang saudara/saudari berikan adalah SULIT. Diharapkan saudara/saudari dapat menjawab soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas bagi mencapai objektif kajian ini dijalankan. Di atas kerjasama yang diberikan oleh saudara/saudari didahului dengan berbanyak terima kasih. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kajian ini.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN ARAHAN i) :

Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan bagi kenyataan yang berkaitan dengan diri anda.

1. Bangsa a. Melayu b. Cina c. India d. Lain-lain ( ( ( ( ) ) ) )

3. Agama. a. Islam b. Buddha c. Hindu d. Kristian e. Lain-lain ( ( ( ( ( ) ) ) ) )

2. Jantina a. Lelaki b. Perempuan ( ( ) )

sila nyatakan ________

4. Pekerjaan bapa/penjaga a. Kerajaan b. Swasta c. Bekerja Sendiri ( ( ( ) ) )

5. Tahun Pengajian 6. Pogram Pengajian

) _______________________________________________

3
BAHAGIAN B: PENGETAHUAN SISTEM POLITIK MALAYSIA Sila jawab semua soalan yang disediakan. Bulatkan jawapan yang sesuai. 1. Persekutuan Tanah Melayu mencapai B. DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail C. DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj D. DYMM Sultan Azlan Muhibbudin Shah 2. Malaysia dibentuk pada A. 31 Ogos 1957 B. 16 September 1957 C. 16 September 1963 D. 31 September 1963 6. Manakah kumpulan di bawah mengandungi 5 prinsip RUKUNEGARA A. i.Kepercayaan Kepada Tuhan 3. Sultan yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong akan memerintah negara selama A. 5 tahun B. 3 tahun C. 1 tahun D. 7 tahun B. i.Kepercayaan Kepada Tuhan ii.Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 4. Berapakah Malaysia A. 15 B. 14 C. 13 D. 12 C. nama Yang di-Pertuan Agong iii.Keluhuran Undang-Undang iv.Kesetiaan Kepada Raja v. Kesopanan dan Kemoralan D. i.Kedaulatan Undang-Undang ii. Kepercayaan Kepada Raja i.Keluhuran Perlembagaan ii.Kepercayaan Kepada Tuhan 5. Siapakah Malaysia sekarang A. DYMM Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj v. Kesopanan dan Kesusilaan jalur yang terdapat dibendera iii.Keluhuran Perlembagaan iv. Kedaulatan Undang-Undang ii.Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara I iii.Kesucian Perlembagaan iv.Keluhuran Perlembagaan v.Kesopanan Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu

kemerdekaan pada A. 31 Ogos 1967 B. 31 Ogos 1957 C. 13 Ogos 1957 D. 31 September 1957

4
iii.Kekuasaan Perlembagaan iv.Kesopanan dan Kesusilaan V.Kepercayaan Kepada Tuhan 7. Agama rasmi Negara Malaysia ialah A. Islam B. Tiada agama rasmi C. Kristian D. Taotism 13. Siapakah Perdana Menteri Malaysia dari tahun 8. Terdapat 3 komponen dalam Parlimen iaitu A. Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negeri dan Dewan Rakyat B. Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat C. Dewan Negara, Dewan Negeri dan Dewan Rakyat D. Dewan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Bandaran 14. Ibu Negara Malaysia ialah A. Wilayah Persekutuan B. Kuala Lumpur C. Shah Alam 9. Berapakah bilangan ahli dalam Dewan Rakyat A. 219 B. 209 C. 129 D. 192 15. Malaysia terdiri daripada 3 bangsa yang besar iaitu A. Melayu, Cina, India B. Melayu, Cina , Iban 10. Siapakah nama Sultan Johor sekarang A. D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar B. Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar AlHaj Ibni Alhmarhum Sultan Ismail C. Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah D. Tan Sri Yaacob B. Abd Latiff 16. Binatang apakah yang menjadi lambang Negara Malaysia A. Harimau B. Beruang C. Gajah 11. Bunga kebangsaan Malaysia ialah A. Bunga Raya B. Bunga Ros C. Bunga Orkid D. Singa C. India, Iban, Malanau D. Malanau, Melayu, Cina D. Johor bahru 2003 sehingga 2009 A. Tun Dr. Mahathir Mohamad B. Tun Sri Abdullah Ahmad Badawi C. Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak D. Tun Hussein Onn 12. Warna apakah pada bendera Malaysia melambangkan warna Diraja A. Kuning B. Putih C. Biru D. Merah D. Bunga teratai

5
19. Siapakah yang digelar Bapa Kemerdekaan 17. Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah A. Negara saya B. Negaraku C. Terang bulan D. Bangsaku Malaysia A. Tunku Abdul Rahman B. Tun Abdul Razak C. Tun Hussein Onn D. Tun Dr. Mahathir Mohamad

18. Bahasa kebangsaan Malaysia ialah A. Bahasa Inggeris B. Bahasa Melayu C. Bahasa Cina D. Bahasa Tamil

20. Wawasan 2020 ialah A. Satu dasar yang konkrit B. Perlembagaan Malaysia C. Satu crusade slogan atau motto Malaysia D. Satu rang undang-undang

BAHAGIAN C: PATRIOTISME TERHADAP NEGARA Jawab semua soalan yang disediakan. Sila tandakan ( / ) bagi kenyataan yang betul. Bil 1 Kenyataan Saya tidak bertanggungjawab keatas tugasan yang berkaitan dengan negara 2 Saya berasa gembira, jika dipilih untuk menyertai PLKN 3 Jika diberi peluang, saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan 4 Jika Malaysia diserang oleh musuh, saya rela mati untuk mempertahankan negara. 5 Jika Malaysia menyerah kalah kepada negara lain, saya akan menentang sepenuhnya. 6 Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban untuk mempertahankan negara Malaysia. 7 Saya adalah warganegara Malaysia, saya tidak akan berpindah ke negara lain. Ya Tidak

6
Bil 8 Kenyataan Saya merasai Malaysia adalah tempat yang terbaik untuk saya tinggal. 9 Malaysia ialah sebuah negara yang aman,damai dan selamat 10 Saya berasa sangat bangga semasa menyambut Hari Kebangsaan. 11 Saya berasa penuh bersemangat semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan 12 Saya menggantungkan bendera Malaysia di hadapan rumah saya semasa Hari Kebangsaan pada setiap tahun Ya Tidak

-TAMATMENINJAU KESEDARAN NASIONALISME DI KALANGAN PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI SEKITAR JOHOR BAHRU.

xx

LAMPIRAN B

SURAT MEMOHON KEBENARAN MENDAPATKAN MAKLUMAT

UMI SOLEHA BINTI RADZALI No. 46, Perlop 3 Lasah 31100 Sg. Siput (U) , Perak Darul Ridzuan. PENGARAH Universiti Tun Abdul Razak, Aras 4, Bangunan Perisind, No.8, Jalan Bukit Timbalan, 8000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. 2 DISEMBER 2010

TUAN/PUAN, MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMBUAT KAJIAN BAGI PROJEK SARJANA MUDA DI UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK Seperti yang dimaklumkan di atas, saya merupakan mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai mengambil Jurusan Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi Kejuruteraan Elektrik ingin memohon kebenaran daripada pihak Tuan/Puan untuk melakukan kajian di tempat Tuan/Puan. 2. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, kajian yang saya jalankan ini bertajuk Mengenal Pasti Perbezaan Tahap Nasionalisme Dalam Kalangan Penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam Dan Penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta. Kajian saya ini adalah menggunakan kaedah tinjauan. Saya memerlukan responden daripada mahasiswa yang belajar di Universiti Tun Abdul Razak untuk membantu saya mendapatkan maklumat bagi kajian saya. 3. Di sini saya juga ada melampirkan kertas kerja kajian saya sebagai rujukan pihak Tuan/Puan. Jika pihak Tuan/Puan membenarkan saya untuk melakukan kajian ini, saya akan mula mengutip data bermula Januari 2011. Saya berharap agar pihak Tuan/Puan dapat membenarkan saya untuk melakukan kajian di sini. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amat saya hargai. Sekian, Terima Kasih. Yang Benar, .. (UMI SOLEHA RADZALI) No. Tel : 012-4816710

xxi

LAMPIRAN C SURAT PENGESAHAN SOAL SELIDIK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN 81310 SKUDAI, JOHOR

PENGESAHAN DAN PENILAIAN TERHADAP BORANG SOAL SELIDIK BAGI PROJEK SARJANA MUDA (PSM)

TAJUK :

MENINJAU KESEDARAN NASIONALISME DALAM KALANGAN PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI SEKITAR JOHOR BAHRU.

Saya UMI SOLEHA BINTI RADZALI bernombor Matrik AP073046 dari Jurusan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) Spe sedang menjalankan projek sarjana muda bagi memenuhi penganugerahan ijazah sarjana muda bagi semester 2/20102011. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan saya berada dibawah penyeliaan PN SANITAH MOHD YUSOF daripada Jabatan Asas Pendidikan. Untuk itu saya dikehendaki mendapatkan kesahan untuk setiap item di dalam borang soal selidik ini. Disini saya turut melampirkan objektif dan persoalan kajian serta borang soal selidik bagi rujukan Tuan/Puan. Harap pihak Tuan/Puan dapat memberikan kerjasama dengan menilai borang soal selidik ini.

PENGAKUAN Saya dengan ini mengaku bahawa telah menyemak dan menilai item-item yang terdapat di dalam soal selidik pelajar ini.

Nama Pengsyarah Tandatangan Cop

:. : :

Tarikh

:..

Ulasan: ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

1.1

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut : i. Mengenal pasti sistem politik Malaysia dalam kalangan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru. ii. Mengenal pasti patriotisme terhadap negara dalam kalangan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.

1.2

Soalan Kajian

i.

Adakah terdapat perbezaan sistem politik Malaysia dalam

kalangan

penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru? ii. Adakah terdapat perbezaan patriotisme terhadap negara dalam kalangan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru?

You might also like