You are on page 1of 2

REFLEKSI NAMA: HAIRUL AZRI BIN HARUN NO.

K/P: 680613-01-5347

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat dan kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan.,Tugasan yang perlu dilakukan ialah menulis satu karangan yang bertajuk kepentingan jadual spesifikasi ujian dan membina 20 soalan objektif 4 soalan struktur dan satu soalan karangansecara berkumpulan. Bagi saya tugasan ini banyak bermakna kepada saya. Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya tidak yakin kerana memberikan pengetahuan dan pengalaman baru yang

merasakan tugasan pada kali ini sedikit rumit kerana perlu membina Jadual Spefiasi Ujian (JSU), membina item ujian objekif dan subjektif berdasarkan kepada Taksonomi Bloom dalam matapelajaran bahasa melayu sekolah rendah sedangkan saya mengajar di sekolah menengah. . Walaupun begitu saya tidak bimbang kerana dua rakan lagi mereka mengajar di sekolah rendah. Bagi meringankan tugasan ini kami

membahagikan tugas masing-masing untuk mencari bahan. Bagi saya perkara pertama yang perlu saya lakukan ialah memahami konsep serta aras-aras yang terdapat dalam Taksonomi Bloom. Setelah dpaat menguasai Taksonomi Bloom barulah JSU dapat dibina. Pembinaan JSU merupakan langkah pertama dalam membina item ujian. JSU sangat penting bagi menentukan aras-aras dalam ujian. Melalui tugasan ini juga saya dapat mengetahui bagaimana susah payah seorang guru untuk menyusun dan menilai aras yang sesuai dengan kebolehan murid dalam masa yang sama mencabar tahap pemikiran pelajar. Walaubagaimanapun, JSU yang saya bina lebih kepada aras rendah dan sederhana dimana banyak menekankan aspek pengetahauan, kefahaman, aplikasi dan analisis..

Setelah itu, langkah berikutnya ialah pembinaan item ujian objektif dan item subjektif berdasarkan JSU yang sudah dibina. Saya telah membina item ujian untuk murid tahun 4. Semasa membina soalan tersebut saya ada merujuk kepada topik-topik pembelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran tahun 4 supaya tidak tersasar dari objektif pengajaran dan guru bahasa melayu di SRAB Segamat di mana tempat isteri saya bertugas. Agak mencabar juga untuk saya membina 20 soalan objektif. Maklumlah saya tidak pernah mengajar bahasa melayu. Saya banyak merujuk kepada rakanrakan, dan buku-buku sebagai panduan untuk membina item soalan .Akhirnya berkat kesabaran kumpulan kami telah dapat membina 20 soalan objektif dan 5 soalan penulisan yang mengikut JSU . Melalui pembinaan item ujian ini juga saya dapat merasakan bagaimana guru-guru saya yang terdahulu berusaha untuk membina ujian iaitu soalan yang hendak dikemukakan kepada murid-murid. Ia banyak memberi motivasi kepada saya untuk cekal dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik. Akhir sekali setelah dapat menimba pengalaman dalam membina JSU dan seterusnya membina soalan berdasarkan JSU dapatlah saya simpulkan di sini bahawa JSU adalah sangat penting untuk sesorang guru dalam membina soalan yang akan digunalan di dalam sesuatu ujian. Dengan adanya JSU tadi ia dapat memberi panduan dan pedoman untuk kita merancang soalan dengan baik dan bermutu. Melalui JSU itu juga kita dapat mengawal dan memastikan soalan yang dibina bertepatan dengan kehendak dan keperluan ujian tersebut diadakan Oleh itu pengalaman ini

sangat berharga bagi saya dan insy-Allah pengalaman yang saya diperolehi ini akan saya gunakan semasa menyediakan soalan di sekolah nanti.

You might also like