You are on page 1of 9

Memperkasakan Pendidikan Islam di Malaysia Melalui Program j-QAF

Abdullah Md. Din Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia Abstrak Program j-QAF telah dilaksanakan di sekolah rendah secara berperingkat-peringkat bermula pada tahun 2005 sehingga kini. Pelaksanaan secara berperingkat ini dibuat bagi membolehkan KPM menyediakan segala keperluan yang mencukupi agar program ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pada tahun 2010, Program jQAF telah lengkap pelaksanaannya satu pusingan. Hasil pelaksanaan program ini selama enam tahun sehingga 2010, maka KPM merasakan bahawa terdapat perkaraperkara yang perlu ditambahbaik bagi merealisasikan hasrat dan matlamat program j-QAF itu sendiri iaitu memastikan semua murid Islam di peringkat sekolah rendah berjaya untuk khatam Al-Quran dan menguasai ibadat solat dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, kertas ini akan membincangkan usaha-usaha yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkasakan Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah melalui Program j-QAF melibatkan pengurusan perjawatan guru j-QAF, semakan semula kurikulum dan bentuk pelaksanaan Program j-QAF dan juga usaha meningkatkan tahap akses murid terhadap Pendidikan Islam melalui peluasan Program j-QAF ke seluruh sekolah di Malaysia. Pendahuluan Merujuk seksyen 50 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan: Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Bagi memenuhi keperluan ini, mata pelajaran teras Pendidikan Islam (PI) di peringkat rendah dan menengah hanya boleh diajar oleh guru yang mempunyai kelulusan ikhtisas dalam opsyen PI. Pada masa ini terdapat kepelbagaian jawatan guru-guru yang mengajar PI di peringkat rendah seperti Jadual 1 berikut :

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

466

Jadual 1 : Jawatan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah, KPM


BIL 1 2 3 4 KOD JAWATAN GPA GPIK GJQ GJQK MAKSUD Guru Penolong Agama Guru Pendidikan Islam Integrasi / Pendidikan Khas Guru j-QAF Guru j-QAF Khas Guru Tambahan Pendidikan Islam KETERANGAN Jawatan dalam norma di SR Jawatan dalam norma di kelas Pendidikan Khas / Integrasi Jawatan luar norma di SR Jawatan luar norma di kelas Pendidikan Khas / Integrasi Jawatan luar norma di kelas Integrasi dan PraSekolah (minima 3 kelas) Jawatan luar norma di SJKC/SJKT (murid Islam => 5 orang)

GTPI

Kepelbagaian jawatan ini menyukarkan pengurusan Guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah kerana setiap jawatan mempunyai norma dan fungsi yang tersendiri. Norma Perjawatan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah i. Guru Penolong Agama (GPA) GPA adalah jawatan dalam norma bagi guru yang mengajar PI di sekolah kebangsaan (SK). Norma guru ini adalah 0.2n. Norma ini berkongsi dengan norma 1.5n Guru KBSR / KSSR. ii. Guru Pendidikan Islam Integrasi / Pendidikan Khas (GPIK) GPIK adalah jawatan dalam norma bagi guru yang mengajar PI di SK Khas atau kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Norma guru ini juga adalah 0.2n. Norma ini berkongsi dengan norma 1.5n Guru Pendidikan Khas. iii. Guru j-QAF (GJQ) GJQ adalah jawatan luar norma bagi guru yang terlibat dengan Program jQAF. Penempatan GJQ sebagaimana ditetapkan dalam Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program j-QAF adalah berasaskan sekolah seperti berikut : - 3 orang guru pada tahun pertama pelaksanaan. 5 orang 1 sekolah - 1 orang guru tambahan pada tahun tiga. - 1 orang guru tambahan pada tahun empat.

467 iv. Guru j-QAF Khas (GJQK)

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

GJQK adalah jawatan luar norma bagi guru yang terlibat dengan Program jQAF Pendidikan Khas sama ada di SK Khas atau kelas PPKI. Penempatan Guru j-QAF Khas adalah 1 orang bagi setiap sekolah. v. Guru Tambahan Pendidikan Islam (GTPI) GTPI adalah jawatan luar norma bagi guru yang mengajar PI di kelas PraSekolah, kelas PPKI, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Penempatan GTPI di kelas PraSekolah dan kelas PPKI adalah 1 orang bagi 3 kelas ke atas, manakala penempatan GTPI di SJKC dan SJKT adalah 1 orang bagi setiap sekolah. Isu-Isu Berkaitan Norma Perjawatan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah i. Waktu mengajar GPA melebihi waktu standard guru sekolah rendah Perkongsian norma GPA dengan Guru KBSR / KSSR boleh menyebabkan GPA terbeban dalam situasi tertentu. Sebagai contoh, keperluan GPA di sekolah rendah yang mempunyai 6 buah kelas adalah 1.2n (0.2 x 6 kelas). Apabila dibundarkan angka ini, maka hanya seorang GPA akan ditempatkan di sekolah ini. GPA ini perlu mengajar kesemua 36 waktu seminggu mata pelajaran PI (6 waktu seminggu per kelas x 6 kelas) yang tidak boleh diajar oleh guru lain yang bukan opsyen PI. Jumlah waktu mengajar ini melebihi waktu standard yang sepatutnya diajar oleh guru-guru di sekolah rendah (24 32 waktu seminggu). Terdapat sekolah yang mempunyai kelas PraSekolah atau kelas PPKI yang kurang daripada 3 kelas, maka sekolah ini tidak layak mendapatkan bekalan seorang GTPI (penempatan GTPI di kelas PraSekolah dan kelas PPKI adalah 1 orang bagi 3 kelas). Oleh itu waktu PI di kelas PraSekolah (4 waktu seminggu per kelas) atau kelas PPKI (6 waktu seminggu per kelas) terpaksa ditampung oleh GPA. Ini juga menyebabkan bilangan waktu mengajar GPA sedia ada turut bertambah. Selain itu, GPA juga dilibatkan dengan pengajaran kelas Tasmik di luar jadual waktu tetapi waktu mengajar di kelas Tasmik tidak diambil kira waktu mengajar mereka sebagaimana GJQ.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

468

ii.

Norma sedia ada GJQ tidak mengambil kira jumlah kelas dan bilangan murid Islam. Penempatan GJQ sebagaimana ditetapkan dalam Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program j-QAF adalah berasaskan sekolah seperti berikut : 3 orang guru pada tahun pertama pelaksanaan. 1 orang guru tambahan pada tahun tiga. 1 orang guru tambahan pada tahun empat.

5 orang 1 sekolah

Penempatan 5 orang GJQ di sekolah berasaskan kepada 3 orang GJQ opsyen PI dan 2 orang GJQ opsyen Bahasa Arab tanpa mengambil kira jumlah kelas dan murid Islam menimbulkan ketidakadilan di sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan kelas yang besar memandangkan guru terpaksa mengajar dalam jumlah waktu yang lebih banyak berbanding sekolah yang mempunyai bilangan kelas yang sedikit. Keadaan ini menjejaskan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Model Khatam Al-Quran secara Talaqi dan Musyafahah yang memerlukan jumlah guru seramai 3 4 orang untuk mengecilkan nisbah guru dan murid. Di samping itu, berlakunya lebihan guru bagi sekolah yang mempunyai bilangan kelas yang sedikit memandangkan guru mengajar dalam jumlah waktu yang sedikit berbanding sekolah yang mempunyai kelas yang banyak dan murid Islam yang lebih ramai. Mesyuarat Jawatankuasa Khas pada 5 September 2012 dan 10 September 2012 yang telah dipengerusikan oleh YB. Datuk Dr. Puad Bin Zarkashi telah memutuskan agar norma GJQ disemak semula dan ditambahbaik bagi memudahkan pihak KPM membuat pengiraan keperluan GJQ secara lebih tepat berasaskan keperluan sebenar sekolah. iii. Penempatan hanya seorang GTPI di SJKC dan SJKT. Norma sedia ada memperuntukkan penempatan seorang GTPI di SJKC dan SJKT yang mempunyai jumlah murid Islam 5 orang ke atas. Namun begitu, terdapat SJKC / SJKT yang mempunyai jumlah murid Islam yang ramai hampir kepada 300 orang. Keadaan ini menyebabkan GTPI terpaksa mengajar lebih banyak dan kepadatan kelas yang agak tinggi. Selain mengajar guru ini juga bertanggungjawab melaksanakan Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) kepada semua murid ini.

469 iv.

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Tidak ada penempatan GPA / GTPI di sekolah yang murid Islam kurang daripada 5 orang Pada masa kini, KPM tidak menghantar GPA / GTPI di sekolah yang mempunyai murid Islam kurang daripada lima 5 orang bersandarkan peruntukan yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Seksyen 50. Justeru itu, terdapat seramai 1701 orang murid Islam yang tidak berpeluang untuk belajar Pendidikan Islam di 589 buah sekolah seperti di Lampiran Jadual 2 berikut : Jadual 2 : Bilangan Sekolah dan Murid Islam Di Sekolah Yang Murid Islam Kurang Daripada 5 Orang
Bilangan Murid Islam Tahun 16 724 319 235 18 Pra Sekolah 238 62 16 4 PPKI 38 3 44 0

Jenis Sekolah SK SJKC SJKT SK Asli JUMLAH

Bilangan Sekolah 323 144 113 9 589

Jumlah Murid 1000 384 295 22 1701

Cadangan Penyelesaian i. Penjenamaan Semula Gelaran Jawatan dan jenis Guru Yang Mengajar Pendidikan Islam KPM mencadangkan supaya penjenamaan semula semua jawatan dan jenis guru yang mengajar PI dengan menggunakan satu nama sahaja iaitu Guru Pendidikan Islam (GPI) yang lebih memudahkan dan mengelakkan dari kekeliruan panggilan jawatan (Norm Cliche). ii. Mewujudkan Satu Norma Sahaja bagi Guru-Guru yang Mengajar Pendidikan Islam di Semua Jenis Sekolah Rendah Satu norma dibentuk dengan menggabungkan semua jawatan GPI di sekolah rendah seperti GPA, GPIK, GJQ, GJQK dan GTPI dan mengambilkira jenis sekolah, bilangan kelas dan jumlah keseluruhan murid Islam di sesebuah

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

470

sekolah. Norma baharu yang dicadangkan ini diasingkan daripada Pendidikan Moral dan norma guru akademik KBSR/KSSR. Norma ini juga akan mengasingkan norma guru yang mengajar PI dengan guru yang mengajajar Bahasa Arab. Pelaksanaan KSSR telah memperuntukkan secara rasmi 3 waktu Modul Elektif (Bahasa Arab / Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan / Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan / Bahasa Iban / Bahasa Kadazandusun) dalam jadual waktu persekolahan. Perkara ini menyebabkan norma guru yang mengajar Modul Elektif termasuk Bahasa Arab dikira bersekali dengan pengiraan norma guru KBSR/KSSR. Oleh itu, norma GBA perlu dikira berasingan dengan GPI. iii. Mengambil kira semua keperluan PdP Pendidikan Islam di aliran perdana, kelas PraSekolah, kelas PPKI dan Program j-QAF Norma ini mengambil kira peruntukan waktu PI aliran perdana di SK sebanyak 6 waktu seminggu per kelas dan di SJKC / SJKT adalah 4 waktu seminggu per kelas bagi tahap satu dan 5 waktu seminggu per kelas bagi tahap dua. Peruntukan waktu bagi kelas PPKI dan SK Khas adalah 6 waktu seminggu per kelas. Peruntukan waktu kelas PraSekolah adalah 4 waktu seminggu per kelas. Norma ini juga mengambilkira keperluan kolaboratif guru bagi Model Khatam Al-Quran dan Model Tasmik untuk memastikan kaedah pembelajaran Al-Quran secara Talaqi dan Musyafahah berlaku di semua kelas. Nisbah guru dan murid yang dicadangkan adalah 1:15 bagi aliran perdana dan 1:3 bagi aliran khas (kelas PPKI dan SK Khas). Konsep kolaboratif ini juga dilaksanakan bagi Model Solat aliran khas dan keseluruhan waktu PI di kelas Masalah Pembelajaran yang bilangan murid Islamnya melebihi 3 orang. Cadangan norma baharu ini juga mengambil kira 2 waktu kelas Tasmik yang diperuntukkan di luar jadual waktu sebagai jumlah waktu mengajar seminggu GPI. Dicadangkan juga 2 waktu lebihan yang terdapat dalam jadual waktu KSSR tahap satu diperuntukkan untuk kelas Tasmik sebagai waktu rasmi dan boleh berada di mana-mana dalam jadual waktu induk. Bagi tahap dua pelaksaan kelas Tasmik masih di luar jadual waktu. GPI yang mengajar di aliran khas (kelas PPKI dan SK Khas) perlu ada sijil kelayakan khas. Hanya GPI yang ada sijil khas dan mengajar 20 waktu seminggu atau lebih di aliran khas layak menerima Elaun Mengajar Murid Kurang Upaya.

471 iv.

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Memastikan semua sekolah yang ada murid Islam walau seorang perlu dihantar seorang GPI. Dicadangkan seorang GPI ditempatkan di sekolah yang murid Islam kurang dari 5 orang.

Konsep Kolaboratif Dalam Norma Baharu Gpi i. Konsep Kolaboratif Pendidikan Islam di SK, SK Asli, SABK, Model Khas dan K9.
BILANGAN GURU Quran 3 waktu 1 1 2 3 Ulum 2 waktu 1 1 1 1 Jawi 1 waktu 1 1 1 1 Tasmik 2 waktu 1 1 2 3 1 PRA SEKOLAH

ALIRAN PERDANA (Thn 1 6) Bil. Murid Norma Islam GPI 14 1 Guru 1 org/kelas Sekolah 5 14 org 0.2n /kelas 15 29 0.3n org/kelas 30 49 0.5n org/kelas

ii.

Konsep Kolaboratif Pendidikan Islam di SJKC dan SJKT


BILANGAN GURU Quran 2 waktu 1 1 2 3 Ulum 1 waktu 1 1 1 1 Jawi 1 waktu 1 1 1 1 Tasmik 2 waktu 1 1 2 3 1 PRA SEKOLAH

ALIRAN PERDANA (Thn 1 6) Bil. Murid Norma Islam GPI 14 1 Guru 1 org/kelas Sekolah 5 14 org 0.2n /kelas 15 29 0.3n org/kelas 30 49 0.5n org/kelas

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

472

iii.

Konsep Kolaboratif Pendidikan Islam di SK Khas dan Kelas PPKI a) Masalah Pembelajaran
ALIRAN KHAS Bil. Murid Islam 1 3 org/kelas 4 7 org /kelas Norma GPI 0.2n 0.4n Quran 3 waktu 1 2 BILANGAN GURU Ulum 1 waktu 1 2 Jawi 1 waktu 1 2 Solat 1 waktu 1 2

b) Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan


ALIRAN KHAS Bil. Murid Islam 1 3 org/kelas 4 7 org /kelas Norma GPI 0.2n 0.4n Quran 3 waktu 1 2 BILANGAN GURU Ulum 1 waktu 1 1 Jawi 1 waktu 1 1 Solat 1 waktu 1 2

Penutup Diharapkan cadangan Norma Baharu GPI ini dapat menyelesaikan segala isu berkaitan perjawatan guru-guru yang mengajar PI di sekolah rendah selama ini termasuk GJQ. Rujukan Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. 1998. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih. Kuala Lumpur: International Law Book Services. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. 2007. Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum Dan Kokurikulum Program j-QAF. T.P. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/2004 Pelaksanaan Program j-QAF Di Sekolah Rendah.

473

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2010 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011. Surat Siaran KPM Bil 35/2012 Peluasan Program j-QAF Semua Sekolah Rendah Tahun 2013

You might also like