You are on page 1of 87

HBIS 4303

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

SEMESTER SEPTEMBER 2012

HBIS4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

NO. MATRIKULASI

690825025538002

NO. KAD PENGENALAN

690825025538

NO. TELEFON

0195652535

E-MEL

norasiahnot1969@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

Pusat Pembelajaran Kedah

[Semester September 2012

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

ISI KANDUNGAN
BAB 1

PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

1.2

Struktur Kajian

1.3

Objektif Kajian

BAB 2

BAB 3

DAPATAN KAJIAN
2.1

Sejarah Timbulnya Ajaran Syiah

2.2

Mazhab-Mazhab Dalam Ajaran Syiah

2.3

Usul Akidah Syiah

2.4

Ajaran Syiah di Malaysia

2.5

Bukti Ajaran Syiah di Malaysia

2.6

Cadangan Menangani Ajaran Syiah


KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI

[Semester September 2012

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

BAB 1
PENDAHULUAN
1.1

PENGENALAN

Syiah menurut bahasa bererti pengikut ,pendukung,pembela, penolong yang kesemuanya mengarah
kepada individu atau kelompok tertentu. Dari segi istilah, Syiah adalah mereka yang
mengagungkan Saydina Ali r.a. dan percaya bahawa beliau adalah imam sesudah Rasul s.a.w. dan
percaya imamah adalah dari keturunan beliau ( Ali Muhammad al-Jurjani

dalam Khomeni

Revolusi Iran dan Aqidah Syiah)


Fahaman Syiah sebenarnya telah muncul sejak zaman pemerintahan khalifah dan terus berkembang
sehingga hari ini malah mempunyai pengikut di merata dunia termasuklah di Malaysia. Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ,4 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)]
menjelaskan fahaman Syiah yang merangkumi berbagai mazhab dan usul akidah adalah
bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. Justeru itu, kajian ini akan menumpukan
kepada sejarah kemunculan ajaran Syiah, mazhab-mazhab yang popular dan usul akidah yang
menjadi pegangan pengikut Syiah. Kajian ini juga akan membincangkan perkembangan ajaran
Syiah di Malaysia dan cara menangani ajaran Syiah.
1.2

STRUKTUR KAJIAN

Kajian ini adalah kajian berbentuk tinjauan bagi mendapatkan maklumat mengenai fahaman ajaran
Syiah dari segi sejarah kemunculan, mazhab mazhab dalam Syiah dan usul akidah pegangan
pengikut Syiah . Tinjauan juga dilakukan bagi mengenalpasti perkembangan ajaran Syiah di
Malaysia. Kajian secara mendalam dijalankan melalui instrumen temubual,sumber-sumber rujukan
seperti buku, kertas kerja, seminar dan internet bagi mendapatkan maklumat kajian.
1.3

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk melihat aspek-aspek berikut:


i) Mengetahui maklumat terperinci mengenai sejarah timbulnya ajaran Syiah.
ii) Mengetahui maklumat terperinci mengenai mazhab-mazhab yang terdapat dalam
ajaran Syiah.
iii) Mengetahui maklumat terperinci mengenai usul akidah pegangan pengikut Syiah.
iv) Mengenalpasti maklumat lengkap mengenai ajaran Syiah di Malaysia.
v) Mendapatkan beberapa cadangan bagi menangani ajaran syiah.
[Semester September 2012

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

BAB 2
DAPATAN KAJIAN
2.1

SEJARAH TIMBULNYA AJARAN SYIAH

Kebanyakan ahli sejarah berbeza pendapat tentang pemulaan Syiah yang sebenarnya. Menurut alBaghdadiy, Syiah muncul pada zaman pemerintahan Uthman bin Affan hasil perancangan Yahudi
iaitu Abdullah bin Saba yang berusaha mempengaruhi umat Islam yang tidak berpuashati kerana
Sayyidina Ali tidak dilantik sebagai khalifah. Beliau meyakini pengikutnya bahawa khalifah selepas
Rasulullah s.a.w. adalah Sayyidina Ali r.a. dan mendakwa Abu Bakar, Umar dan Uthman telah
merampas jawatan itu . Kelompok ini telah melebih-lebihkan Sayyidina Ali r.a. daripada sahabatsahabat yang lain dan mengagung-agungkannya sehingga ke peringkat mempertuhankan Sayyidina
Ali r.a.
Abu Zuhrah berpendapat bahawa, golongan Syiah ini telah timbul pada akhir pemerintahan
Sayyidina Uthman dan semakin berkembang ketika zaman pemerintahan Sayyidina Ali. Apabila
berlaku Perang Siffin antara Sayyidina Ali dan Muawiyah r.a., maka telah wujud dua kumpulan
iaitu kumpulan Syiah dan ahli Sunnah. Pandangan ini secara tidak langsung menyatakan bahawa
pengikut Ali r.a. beraliran syiah dan pengikut Muawiyah pula Sunnah wal Jamah.Pendapat ini
sudah tentu tidak benar, kerana kedua-dua golongan ialah golongan yang berfahaman Sunnah wal
Jamaah.
Menurut Syeikh Abdul Halim Mahmud ,Syiah muncul setelah syahidnya Hussin bin Ali
r.a. yang telah keluar dari pemerintahan atau tidak mengiktiraf kekhalifahan Yazid bin Muawiyah.
Sayyidina Hussin telah syahid di Karbala setelah dibunuh bersama keluarganya dalam perjalanannya
ke Iraq. Setelah Hussin syahid, sebahagian pengikutnya telah mengistiharkan diri keluar dari
pemerintahan Bani Umaiyah. Pertempuran pun berlaku, sebahagian mereka terbunuh. Mereka inilah
yang dikenali sebagai Syiah. Mereka sangat berdukacita dengan kesyahidan Hussin dan meratapi
kesyahidannya. Justeru itu, pada hari ini kita dapat melihat golongan Syiah mengadakan upacara
memperingati kesyahidan Hussin , tetapi tidak ada sebarang upacara memperingati kesyahidan
Sayyidina Ali r.a.
Sungguhpun begitu, kelahiran golongan ini tidak lain hanyalah suatu gerakan politik
menentang pemerintahan Bani Umayyah. Mereka tidak mempunyai prinsip-prinsip akidah atau
mazhab fiqhiyyah yang berlawanan dengan ahli sunnah. Bahkan kita dapati para pemimpin angkatan
[Semester September 2012

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

pertama yang didakwa oleh orang-orang syiah sebagai imam-imam mereka adalah pendokongpendokong sunnah dan perawi hadis yang muktabar. Fahaman Syiah ini kemudian diteruskan oleh
pengikut-pengikut mereka yang menjadikan persoalan imamah sebagai usul akidah yang utama.
Mereka juga telah menokok tambah ke dalam agama Islam perkara-perkara bidah yang sangat
berbahaya dan mendakwa apa yang ditokok tambah itu merupakan bahagian yang tidak terpisah dari
Islam. Akhirnya bidah-bidah itu menjadi akidah yang menjadi pegangan pengikut Syiah.
2.2

MAZHAB-MAZHAB DALAM AJARAN SYIAH

Kelompok Syiah terbahagi kepada kelompok yang amat banyak pecahannya. Menurut al-Baghdadiy,
Syiah dibahagikan kepada empat kelompok yang besar dari kelompok yang ekstremis (Ghulah) ,
kelompok sederhana (Ismailiyah, Zaidiah) dan kelompok pertengahan ( Imamiah). Setiap mazhab
ini pula mempunyai pecahan kelompok yang kecil di bawahnya.
i.

Ghulah ()(

Mazhab ini ialah kumpulan yang melampaui had dalam persoalan akidah dan mempunyai banyak
pecahan kelompok . Syiah Ghulah ini terbahagi kepada Sabaiah, Bayaniah, Mughiriah, Mansuriah,
Ghurabiah, Khattabiah, Janahiah, Hululiah, Syariiah dan Numairiah.
As-Sabaiyah berpandangan bahawa Saidina Ali lebih mulia dan layak daripada sahabat-sahabat
lain dan mempunyai sifat-sifat ketuhanan. Al-Ghurabiah cabang kelompok ini berpendapat malaikat
Jibril terkeliru hingga

menyampaikan wahyu kepada Rasulullah sedangkan asalnya patut

disampaikan kepada Sayyidina Ali r.a. Ada juga yang menyatakan Jibril telah khianat lalu
mengkafirkan Jibril.
Kelompok kelompok ini terlalu taksub dan ekstrem terhadap imam-imam mereka sehingga
menyamakan atau melebihkan imam dengan Tuhan .Mereka juga telah menghalalkan perkara yang
haram dan mengharamkan perkara yang halal. Walaupun mereka mendakwa bahawa pegangan
mereka daripada agama Islam namun jumhur ulama berpendapat mereka telah terkeluar daripada
acuan Islam.Namun begitu, kelompok ini semakin punah dan hanya sedikit jumlah pengikutnya.
ii.

Ismailiyah

Mazhab ini ialah Ajaran Ismailiyah, yang juga dikenal dengan nama mazhab Tujuh Imam. Sebutan
Ismailiyah diperoleh pengikut mazhab ini karena penerimaan mereka atas keimaman Isma'il bin

[Semester September 2012

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Ja'far sebagai penerus dari Ja'far ash-Shadiq. Ismail ialah putera Imam Shadiq a.s. yang telah
meninggal dunia ketika ayahnya Shadiq masih hidup.
Walaubagaimanapun sebahagian pengikutnya meyakini bahawa ia tidak meninggal dunia tetapi
Ia ghaib dan akan muncul kembali. Bagi mereka ia adalah Imam Mahdi a.s. yang sedang dinantinantikan kedatangannya. Ajaran Ismailiyah memiliki ciri penekanan pada aspek batiniah dari agama
Islam. Pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di sekitar
Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika.
ii.

Zaidiah ()

Kelompok ini adalah pengikut kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi Thalib.
Pada tahun 121 H., beliau mengadakan pemberontakan terhadap Hisyam bin Abdul Malik, salah
seorang khalifah dinasti Bani Umaiyah. Sebahagian masyarakat berbaiat dengannya dan ketika
terjadi peperangan di Kufah antara kelompoknya dan tentera penguasa, ia syahid. Ia dianggap
sebagai imam Syiah yang kelima oleh para pengikutnya.
Kelompok ini turut dikenali dengan nama Syiah Imam Lima dan berkembang di Yaman di
mana

40%

daripada

penduduk

Yaman

adalah

pengikut

Syiah

Zaidiyah.

Ulama mengklasifikasikan pengikut Zaidiah dalam golongan yang mutadil kerana yang paling
hampir kepada Ahli Sunnah wal Jamaah, lebih-lebih lagi dalam persoalan ibadat. Pendapat aliran ini
tidaklah sampai mengagung-agungkan Ali dan mencerca sahabat-sahabat yang lain melainkan hanya
mengatakan bahawa Ali lebih layak memegang tampuk khalifah selepas kewafatan baginda
Rasulullah s.a.w. daripada Abu Bakar dan Umar.
Menurut keyakinan mazhab Zaidiyah, setiap orang yang berasal dari keturunan Fatimah AzZahra` a.s., alim, zahid, dermawan dan pemberani untuk menentang segala manifetasi kezaliman,
boleh menjadi imam. Syiah Zaidiyah menggabungkan dua ajaran dalam mazhabnya. Dalam bidang
ushuluddin ia menganut fahaman Mutazilah dan dalam bidang furuuddin ia menganut fahaman
Hanafiah. Kebanyakan kelompok ini berada di Yaman. Syiah Zaidiah terbahagi kepada 3 kelompok
iaitu Jarudiah, Jaririah, Solihiah.
iv.

Imamiah ()

Mazhab yang paling terkenal dalam ajaran Syiah ialah mazhab Imamiah . Menurut Ibn Khaldun,
perkataan al-Imamiyyah digunakan bagi merujuk golongan Syiah al-Imamiyyah kerana mereka

[Semester September 2012

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

memasukkan keyakinan terhadap imam sebagai syarat keimanan. Para imam di sisi mereka ialah
yang berketurunan sayyidina Ali bin Abi Thalib yang berjumlah dua belas orang dan disusun
mengikut turutan berikut:
1. Ali bin Abi Thalib (al-Murtadha)
2. Hasan bin Ali (al-Mujtaba)
3. Husin bin Ali (al-Syahid)
4. Ali Zainal Abidin (al-Sajjad)
5. Muhammad (al-Baqir)
6. Jaafar (al-Sadiq)
7. Musa (al-Kazim)
8. Ali (al-Redha)
9. Muhammad (al-Jawwad)
10. Ali (al-Hadi)
11. Hassan (al-Askari)
12. Muhammad (al-Mahdi al-Muntazor)
Justeru itulah, aliran ini dipanggil Ithna `Ashriyyah. Kelompok ini mempercayai Imam yang
terakhir iaitu Muhammad bin Al-Hassan Al-`Askary itu belum meninggal dan akan kembali satu
hari nanti untuk memerintah dunia. Pada mereka, beliaulah yang digelar Mahdi Yang Ditunggu.
Mazhab ini juga percaya bahawa Rasulullah s.a.w. telah mewariskan jawatan Khalifah kepada dua
belas orang tersebut tetapi maklumat mengenainya telah dirahsiakan oleh sahabat. Inilah sebabnya
mereka menghukum para sahabat secara umumnya sebagai kafir

kerana merahsiakan maklumat

tentang pewarisan tersebut.


Kelompok ini juga

dikenali

sebagai al-Rafidah ( )kerana ingkar dan menolak

kelayakan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai Khalifah selepas kewafatan Rasulullah
s.a.w.Aliran ini yang paling terkenal dalam kelompok ajaran syiah terutama di Iran, Iraq dan
Lubnan. Pada hari ini, ia merupakan aliran Syiah yang paling besar.
2.3
i.

USUL AKIDAH SYIAH


Konsep Imamah

Al-Imamah merupakan suatu pegangan yang telah menjadi salah satu iktikad golongan Syiah.
Mereka mendakwa bahawa hak memerintah setelah NabiMuhammad S.A.W. adalah milik Sayyidina
[Semester September 2012

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Ali dan keturunannya daripada zuriat Sayyidatina Fatimah al-Zahra.Ia

merupakan salah satu

daripada rukun iman yang penting sehingga iman seseorang dianggap tidak sah melainkan setelah
menerima konsep al-imamah ini.
Dalam mengukuhkan hujah mereka terhadap iktikad imamah ini, mereka telah menjadikan Hadis
Ghadir Khum sebagai dalil bagi mengesahkan dakwaan mereka bahawa Sayyidina `Ali merupakan
pemimpin yang akan menguruskan umat setelah kewafatan baginda S.A.W. Hadis tersebut berbunyi:


Maksudnya:Barangsiapa yang aku pemimpinnya, maka Ali juga pemimpinnya.
ii. Khalifah Diwasiatkan secara Nas ()
Ajaran Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan rasul-Nya secara
nas.Ini dinyatakan dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh ulama Syiah iaitu Syeikh Muhammad Redha
al-Muzaffar, kami (Syiah) beriktikad bahawa imam-imam seperti nabi tidak berlaku melainkan
dengan nas daripada Allah SWT atau lisan Rasul atau lisan imam yang dilantik secara nas apabila
ia hendak menentukan imam selepasnya.(Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah).
Syiah mempercayai pewaris

Rasulullah s.a.w. ialah Saidina Ali .Kemudian Saidina Ali

mewasiatkannya pula kepada anaknya Hasan dan Hussin sehinggalah kepada Imam Dua Belas AlMahdi Al-Muntazar.Ia merupakan sunah Allah kepada semua nabi-nabi bermula dari Nabi Adam
hinggalah Nabi yang terakhir.
iii. Imam Adalah Maksum. ()
Syiah meyakini bahawa Imam-Imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar
dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia.Kedudukan mereka sama seperti Nabi
bahkan lebih tinggi kedudukan dari para Nabi a.s. Bagi mereka, Imam adalah pemelihara syariat dan
melaksanakan hukum-hukum.Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad
Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa
imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum .(Penjelasan Terdahap Fahaman Syiah).
iv. Berpura-pura ()
Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah perbezaan antara apa yang diitiqad dan disembunyikan
dalam hati dengan apa yang diucap dan dilahirkan. Akidah al-Taqiyyah diamalkan oleh golongan
Syiah dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua khuf. Syeikh

[Semester September 2012

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Muhammad bin Ali Babawaih dalam kitab al-Khisal menyebut,Taqiah adalah wajib, sesiapa yang
meninggalkannya sama seperti dia meninggalkan solat.
v.

Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia
(al-Bada').

Akidah Syiah menyakini Allah bersifat al-Bada.Menurut akidah Syiah , al-Bada' ialah Allah
mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap
tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini jelas menganggap Allah itu jahil atau tidak mempunyai ilmu
yang meliputi. Disebutkan oleh al-Tabatabai dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini juzu' 1
hal. 146:"AI-Bada" ialah zahir perbuatan yang tersembunyi disebabkan ternyata tersembunyi ilmu
kerana adanya maslahah. Kemudian diluaskan penggunaannya, maka kami maksudkan dengan alBada' itu ialah lahirnya setiap perbuatan yang sebelumnya itu adalah tersembunyi (daripada Allah
S.W.T)".
vi. Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kunpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi
Keadilan ()
Akidah Syiah mempercayai bahawa Allah S.W.T. akan menghidupkan semula orang-orang yang
telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang telah
melakukan kezaliman. Mereka termasuklah para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman,
Aisyah, Hafsah dan lain-lain lagi. Menurut al-Syeikh Muhammad Redha al Muzaffar, Allah S.W.T.
akan mengembalikan sesuatu kaum yang telah mati dalam bentuk yang asal,lalu sebahagian
daripada golongan memuliakan satu puak dan menghina satu puak yang lain dan ia menunjukkan
mana golongan yang benar dan golongan yang zalim .(Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah).
vii. Konsep al-Mahdiah
Syiah Imamiah mempercayai Muhammad bin Hassan al- Askari adalah imam yang ditunggutunggu yang telah hilang dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang-orang
yang melakukan kezaliman. Beliau dikatakan telah bersembunyi di sebuah gua melebihi seribu
tahun. Pada waktu ini, puak Syiah boleh menghubungi Imam Mahdi melalui empat orang wakil
iaitu Uthman bin Ibnu Said al-Umri,Muhammad Ibnu Uthman, Husain Ibnu Ruh dan Ali Ibnu
Muhammad al-Samiri. (Penjelasan terhadap Kefahaman Syiah).

[Semester September 2012

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

viii. Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali


Golongan Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga disamatarafkan dengan
Rasulullah s.a.w. bahkan dalam beberapa keadaan Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi.Perkara ini
di nyatakan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-kulaini yang menjelaskan perihal golongan
Syiah yang terlalu mengagungkan Saidina Ali. Mereka mempercayai hanya Ali dan para Imam
sahaja yang menghafal dan menghimpun al-Quran dengan sempurna.
ix . Mengkafirkan sahabat Rasulullah s.a.w
Golongan syiah mempercayai bahawa selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.semua sahabat telah
murtad kecuali Ahlul Bait dan beberapa orang sahabat termasuk Abu Dzar,Miqdad bin
Aswad,Salman al-Farisi dan Ammar.Perkara ini dinyatakan di dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh alMajlisi juz 27, hal 64-66. Mereka turut menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah
sebagai Empat Berhala Quraisy dan Isteri-isteri Rasulullah adalah musuh Allah.
x.

Menambah syahadah.

Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad
s.a.w.Perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini ,Juzu 1, hal 44,
.sesungguhnya Allah menciptakan langit dan bumi. Ia menyeru malaikat lalu ia menyeru
tiga kali dan tiga kali dan

sebanyak tiga

kali.
xi.

Menghalalkan nikah mutah.

xii.

Menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah sekalipun hadis mutawatir.

2.4

AJARAN SYIAH DI MALAYSIA

Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan Revolusi Islam
yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai
Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa
menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan
meluasnya di Malaysia.
Golongan Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang
merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia.Golongan Syiah ini berpecah
[Semester September 2012

10

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

kepada beberapa kumpulan, dan menurut sumber dari JAIS terdapat tiga kumpulan Syiah yang
berkembang di Malaysia semenjak beberapa tahun yang lalu. Golongan Syiah tersebut ialah :
i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai
Bombay. Kumpulan ini

berpusat di daerah Klang

dan mempunyai jumlah pengikut yang

dianggarkan 200 hingga 400 orang.Kumpulan ini dianggap kumpulan Syiah yang besar kerana
mereka juga mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri.
ii. Syiah Ismailiah Agha Khan
Kumpulan Syiah ini dikenali dengan nama Kedai Peerbhai dan bergerak di sekitar Lembah
Kelang.Jumlah pengikut kumpulan ini tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok
Syiah Bohra.
i.

Syiah Jafariyah atau Imamiah Ithna Assyariah (Imam Dua Belas)

Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada
tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini tersebar ke negara ini melalui bahan-bahan
bacaan ,pelajar-pelajar

yang belajar di Iran dan peranan beberapa orang pensyarah universiti

tempatan telah menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut
Pengajian Tinggi.
Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya
Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Beberapa buku utama Syiah telah
dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu antaranya Kasf al-Asrar karangan
Ayatullah al Khomeini, Al-Usul Min al-kafi (al-Syeikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini) dan
banyak lagi.
2.5.

BUKTI AJARAN SYIAH DI MALAYSIA

Bukti perkembangan ajaran Syiah di Malaysia dapat dilihat berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis

di Negeri Selangor. Kajian mendapati ajaran Syiah

disebarkan di pusat pengajian tinggi ,oleh orang awam dan melalui penubuhan persatuan.
Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu
Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut
Teknologi Mara.
[Semester September 2012

11

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Serbuan pihak JAIS dan pihak polis ke sebuah kubu Syiah di Gombak, jelas menunjukkan
ajaran Syiah telah menular dalam masyarakat di Malaysia. Dalam serbuan pada malam 10 Muharam
(malam acara Asyura) , hampir 200 orang pengikut Syiah telah ditahan. Mengikut Pengarah Jais,
kumpulan ini didapati telah melakukan berbagai penyelewengan dari segi akidah dan
syariat.Antaranya menziarahi kubur Saidina Husin dikira ganjaran syurga,menghalalkan nikah
mutah, menjamakkan solat dalam apa keadaan pun dan sebagainya. Gambar-gambar Imam Syiah
serta kalimah Husin yang banyak digantung dalam premis tersebut ,jelas menunjukkan tentang
ajaran Syiah yang diamalkan.( Berita Harian Online).
Menurut Ustaz Nasim dalam kertas kerjanya, Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah,
Akhlak,Ummah dan Negara, ajaran Syiah di Malaysia memang telah menular dengan
seriusnya.Menurut beliau, pengikut Syiah telah melakukan berbagai amalan bidah seperti
mengadakan sambutan maulid setiap Imam Syiah mereka dengan upacara memuja dan memuji nama
nama Imam khususnya Saidina Husin sambil menari dan memukul dada mereka. Amalan ini jelas
bertentangan dengan amalan yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.
2.6

CADANGAN MENANGANI FAHAMAN SYIAH

Kajian ini merujuk kepada Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa , 4 dan 25 September 1984
[Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] dan temubual dengan Ustaz Abdul Rashid b Ahmad, tokoh
agama Daerah Baling, Kedah sebagai cadangan bagi menangani ajaran Syiah di Malaysia.Cadangan
adalah seperti berikut:
a. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang
berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
b. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang Undang Islam dan demikian
penyebaran apa apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah
dilarang.
c. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang
undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal
Jamaah sahaja.
d. Menyediakan pengajaran dan pendidikan Islam secara formal dan tidak formal secara
berterusan di institusi-institusi pengajian.
[Semester September 2012

12

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

e. Menetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah , filem ,
video dan lain lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan
Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
f. Mengadakan ceramah atau taklimat bagi menangani ajaran Syiah .
g. Menerbitkan buku,risalah atau video berkaitan akidah.
h. Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai bahaya Syiah.
i. Menghentikan penghantaran pelajar ke negara-negara yang mengamalkan ajaran Syiah.
BAB 3
KESIMPULAN
Fahaman Syiah merupakan satu fahaman yang sebenarnya berakar umbi daripada permasalahan
politik yang berlaku pada zaman Sayyidina Uthman, yang akhirnya telah meresapi permasalahan
dalam agama iaitu akidah. Atas rasa kecintaan yang mendalam terhadap Sayyidina Ali r.a. dan ahlu
bait, pengikut Syiah telah menokok tambah perkara-perkara bidah dalam agama dan menjadikan
persoalan imamah sebagai asas keimanan yang utama. Dengan itu, lahirlah pecahan kelompok Syiah
yang terlalu banyak antaranya Syiah Ghulah, Ismailiyah, Zaidiah dan Imamiah.
Fahaman Syiah ini akhirnya telah tersebar ke merata dunia termasuklah Malaysia. Walaupun jumlah
pengikut Syiah di Malaysia masih kecil bilangannya, namun ia tidak boleh dipandang ringan.
Pengaruh fahaman Syiah yang menyeleweng dari segi akidah, syariat dan akhlak sebenarnya adalah
ancaman kepada seluruh umat Islam. Dalam hal ini, tidak ada perisai yang lebih kuat dalam
mendepani cabaran fahaman ini dengan berkesan melainkan umat Islam perlu kembali berpegang
teguh dengan ajaran yang ditetapkan oleh ahli Sunnah wal Jamaah sahaja.Selain itu pihak berwajib
khususnya

Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia dan Jabatan Agama Islam mesti berusaha

membendung penularan fahaman Syiah ini.


(3630 patah perkataan)

[Semester September 2012

13

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

BIBLIOGRAFI
Rujukan Buku
Jahaberdeen Mohamed Yunoss (2006). Islam: Antara Isi dan Kulit. Selangor :Thinkers Library
Sdn.Bhd.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2002) Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah. Kuala Lumpur :
Bahagian Hal Ehwal Islam,
Mazlan Yahya(1997).Kuliah Fardhu Ain Aqidah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher
M. Quraish Shihab (2007). Sunnah-Syiah Bergandingan Tangan .Mungkinkah? Jakarta :
Lentera Hati.,Jakarta.
Mohammad Manzoor Nomani (terjemahan-Abu Muhammad) 1989, Khomeni Revolusi Iran dan
Aqidah Syiah. Kuala Lumpur : Islamic Publications House.
Mohd Fauzi Hamat , Mohd Sobri Ellias (April 2011) Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyyah dan
Ahli Sunnah wal Jamaah. Sumber R & D, Jabatan Agama Selangor.
Mohd Samsuddin Harun & Azmul Fahimi Kamaruzaman (2010) Kemunculan Budaya Syiah di
Alam Melayu: Satu Kajian Awal
Mohd Nasim bin Abdul Rauf (2011) kertas kerja : Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak,
Ummah dan Negara.
Rujukan Laman Web
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/perkembangan-fahaman-syiah-di-selangor
Berita Harian Online, http://www.bharian.com.my/articles/Malaysia larangsebarSyiah/Article/,
6 April 2011.
Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-dimalaysia,
6 April 2011.
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ,4 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara
4.2. (2)] Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenaiajaran-syiah , 11 November 2012
http://ilmuanmalaysia.com/2012/06/05/syiah-di-malaysia-kesannya-kepada-umat-islam/ 5 Jun 2012
abuaqif http://abuaqifstudio.blogspot.com/ bahaya Syiah- , 25 Mei 2011
www.sinarharian.com.my/.../syiah-menular-... 18 Jun 2012

[Semester September 2012

14

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

15

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

16

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

17

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

18

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

19

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

20

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

21

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

22

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

23

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

24

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

25

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

26

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

27

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

28

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

29

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

30

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

31

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

32

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

33

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

34

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

35

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

36

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

37

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

38

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

39

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

40

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

41

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

42

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

43

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

44

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

45

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

46

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

47

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

48

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

49

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

50

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

51

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

52

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

53

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

54

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

55

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

56

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

57

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

58

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

59

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

60

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

61

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

62

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

63

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

64

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

65

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

66

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

67

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

68

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

69

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

70

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

71

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

72

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

73

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

74

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

75

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

76

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

77

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

78

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

79

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

80

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

81

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

82

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

83

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

[Semester September 2012

84

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

4) Syiah

Taqiyyah

(berpura-pura).

Dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi, juzu' 2 oleh Abu Ja'far Muhammad bin Ya'kub bin
Ishak al-Kulaini al-Razi, hal. 217: Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada.
Abu Umar al-A'jami katanya Abu Abdullah a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar,
Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama
bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali
dalam

masalah

[Semester September 2012

arak

dan

menyapu

dua

khuf."

85

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Di tempat yang lain Imam Jaafar As-Sadiq a.s. berkata kepada Sulaiman bin Khalid (perawi hadis):
"Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya
akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh Allah." (al-Kafi
jilid

2,

hal.

222)

Taqiyyah merupakan konsep atau ciri utama yang tidak dapat dipisahkan dari fahaman Syiah
AGAMA ISLAM - . Taqiyyah pada hakikatnya adalah amalan "berdusta dan berbohong". Ulama
Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syiah lantaran jelas
mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: "Tidak pernah
aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syiah ." (AlKifayah,

hal.

5) Syiah

49,

as-Suyuti,

Tadrib

Mengkafirkan

Ar-Rawi,

Para

jilid

Sahabat

1,
Rasulullah

hal.

327)
s.a.w.

Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz 27, hal 64-66: Kebanyakan
para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapi
apabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu
kembali secara mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; "Semua manusia
murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Salman, Abu Zar, Miqdad dan
Ammar,

dan

perkara

ini

tidak

ada

masalah

lagi."

AGAMA ISLAM - Keadilan dan kedudukan para sahabat yang tinggi telah sabit melalui al-Quran
sendiri.
6) Syiah

Mengingkarinya
-

bererti
Menghalalkan

mengingkari
Nikah

al-Quran.
Mut'ah.

Iaitu kahwin kontrak tanpa wali dan saksi berdasarkan akad untuk tempoh waktu dan maskahwin
tertentu sahaja (mafhum hadis Syiah dalam kitab al-Kafi jilid 5, ms 286). Di dalam riwayat yang
lain daripada Abi Jaafar (Muhammad Al-Baqir) berkenaan mut'ah katanya: "Ianya bukan termasuk
daripada empat (isteri). Mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan
yang disewakan." (al-Kafi jilid 5, ms 284) Dinyatakan dalam Kitab Man La Yahduruhu al-Faqih
[Semester September 2012

86

HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

oleh Abu Ja'far Muhammad b. Ali b. al-Husain Babwaih al-Qummi, juzu' 1 hal. 358: Adapun mut'ah
maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya dan tidak mengharamkannya
sehinggalah baginda wafat. Abu Ja'far al-Baqir meriwayatkan dalam kitab Man La Yahduruhu alFaqih Oleh Abu Ja'far Muhamad bin Ali bin al-Husain, hal. 358: "Bukan dari kami orang yang tidak
mempercayai

al-Raj'ah

dan

tidak

menganggap

halal

mut'ah

kita."

AGAMA ISLAM - Nikah Mut'ah telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selamalamanya sehingga hari kiamat menerusi hadits-hadits sahih sebelum baginda wafat dan salah
seorang perawi hadits tersebut ialah Saidina Ali sendiri. Antara hadits-hadits tersebut ialah:
Daripada Ali bin Abu Talib katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut'ah pada hari
peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung." (Riwayat Ibn Majah dan
al-Nasai)

*Syi`ah ini dianuti secara meluas di Iran dan Iraq. Puak Hizbullah yang kini diangkat sebagai
pejuang

Islam

sebenarnya

beragama

Syi`ah!

Al-Quran Sudah Diseleweng.


Aqidah Syiah mengatakan bahawa Al-Quran sekarang ini telah diubah, ditokok-tambah dan
diselewengkan. Di dalam kitab Al-Fashlu Al-Khitaab at-Thabarsi menukilkan kata -kata Sayyid
Ni`matullah al-Jazaairi: "Bahawa tokoh-tokoh Syiah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits
yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya
penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30)

[Semester September 2012

87

You might also like